Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, April 14, 2010

Mengumpat....

Assalamualaikum warahmatuLLah..

Firman Allah Ta'la yang mksudnya : "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain. Dan janganlah sebahagian kamu menggunjing sebahagian yang lain.Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.(surah al hujurat : 12)

Mengumpat, menghina, mengejek, memperli dan seumpamanya merupakan penyakit manusia yang sememangnya tidak boleh lari lagi apatah lagi ianya sinonim dengan wanita. Jika tidak, nescaya amanlah dunia ini dari pergaduhan dan permusuhan.

Menurut kajian pula, wanita lebih banyak bercakap dari lelaki. Cehh..

‘’Saya tidak mengumpat, kerana apa yang saya ceritakan tadi perkara yang benar..’’

Itulah yang selalu didengari.

‘’Tak pe ke saya buka rahsia dia ni?’’ ‘’Takpe, kalau tak, tentu saya nampak dia ni baik je. Ni sebagai langkah berwaspada la, awak jangan bimbang, dia tak kan tahu.’’

Ni pula kes membuat fatwa sendiri semata ingin mengorek keburukan orang lain.

Tu semua bau-bau umpatan, yang mana apabila empunya badan mendengarnya, pasti dia marah atau terkecil hati.

Mengumpatlah...

1.bagi orang yang terzalimi untuk mengadukan kepada hakim.

2. Orang yang berkeinginan untuk mengubah kemungkaran dengan cara memberitahu keburukan seseorang itu kepada orang yang diyakini boleh menasihati dek lebih dihormati oleh si fulan atau lebih berkuasa.

3. Bagi orang yang meminta fatwa boleh mengadukan kepada mufti, bahwa si fulan(suami or etc) telah menganiayainya

4. tajrih (membuka aib) rawi dan saksi demi tujuan untuk menjelaskan kepada kalangan umat Islam bahwa rawi dan saksi tersebut tidak patut untuk dipercaya perkataannya.

5. Boleh melakukan ghibah terhadap orang fasiq, ahli bid'ah dan penguasa yang zalim demi tujuan untuk memberikan peringatan kepada orang, agar tidak melakukan perbuatan serupa

6. Seorang terkenal karena kecelaannya atau kecacatannya seperti si buta, atau si botak..dengan tujuan mengenalinya atau memanggilnya...ika di mmp, 3 orang guru wanita di sana menggunakan nama yang sama, haa, tika ini lah boleh digunakan gelaran yang diharap dengan gelaran itu, tak tersilap orang la..

Wallahua'lam

wassalamualaikum warahmatuLLah

Tuesday, April 13, 2010

Short tazkirah

*sedihnya untuk meninggalkan pengajian kitab di asrama
*sedihnya untuk meninggalkan kelas tahfiz di sekolah
*sedihnya untuk meninggalkan pengajian sirrul asrar
*sedihnya untuk meninggalkan rakan-rakan
*sedihnya.........

Masa tidak boleh diputar balik, teruskan mara ke hadapan, tanpa menoleh ke belakang, kerana bimbang hati kembali terpaut pada masa tersebut yang penuh dengan nilai-nilai berharga yang tidak mungkin dilupakan, lalu menghancurkan situasi sekarang, serta menyusahkan pihak yang menjayakan apa yang dirancang..

3 hari 2 malam berada di Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan demi menjayakan program kem pimpinan aspuri, sungguh indah dan cepat rasanya masa tersebut, paginya terasa suatu ketenangan yang menyelinap masuk dek memerhatikan keindahan alam ciptaan Allah, yang jauh dari bunyi bising, yang ada hanyalah bayangan tasbih makhluk-makhluk ciptaan Allah..

tasik..pohon..langit..Allahu robbi..

Mana mungkin tiada pencipta,
Mana mungkin segalanya sia-sia.
Wahai jiwa-jiwa yang masih hidup mata hatinya,
pandang lah dengan rasa hairan dan berfikir.

Firman Allah yang bermaksud : ''Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan perubahan malam dan siang itu terdapat tanda-tanda bagi ulul albab.''(surah ali imran: 190)

Siapakah mereka?

Firman Allah ta'ala yang bermaksud : ''iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk dan baring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi. seraya berkata, ''Ya tuhan, tidak lah Engkau jadikan ini semuanya sia-sia, MahaSuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.''-(Surah Ali Imran :191)

Wednesday, April 7, 2010

Kasihani diri

Minggu ini ingin mencatatkan mengenai perkara yang menjadi lumrah bagi hamlatul quran di tempat saya belajar..

Kesian lah pada roh dan jasad,
kesian lah pada misi dan impian yang pernah dibina,
berpenat-penat mendapatkannya,
berpenat-penat mengejarnya,
bersengkang mata untuk menghafaznya,
menangis tatkala diuji dengan sukarnya,
menangis tatkala dimarahi kerana silap membacanya,
enam jam seminggu masa diisi dengannya,
menghadap guru untuk memperdengarkannya,
30 ringgit dibayar untuk menghadiri kelasnya,
duit itu bukan kita yang usaha,
tapi ibu dan bapa,

kesian lah pada diri sendiri,
dikala semangat awalnya menggunung tinggi,
lalu masa sentiasa diisi dengan kalam ilahi ini,
malam pula diisi dengan tahajjud,
sebagai wasilah menemui ilahi,
agar dilembutkan hati,
dimudahkannya meresap hingga ke dasar hati,
hatta terbit dalam mimpi..

Lalu,
dengan izin Pemiliknya Yang Maha Agung,
Hadir juga ia dihati,
Lekat juga ia dalam dada,
Mudah pula untuk melafazkan patah kalimahnya,
dilembutkan lidah untuk sentiasa membacanya,
ditambah dengan ilham untuk melagukannya,
ditambah dengan kefahaman akan bahasanya,
diberikan kemudahan untuk memahaminya,
serta dikuatkan badan dan jiwa..
ke mana sahaja membawanya,
ke mana sahaja hati mengingatinya,
kedudukannya, muka suratnya serta maksudnya..

Tapi,
tatkala diri diuji dengan kepadatan masa,
dek terikat dengan jadual yang tersedia,
dan terikat dengan program-program yang ada,
ditambah dengan malas yang menjelma,
mulalah mencari alasan untuk meninggalkannya,
kering lidah kerana mengabaikannya,
tetapi masa kosong yang sedikit,
sempat pula membuka kelab berbicara yang tiada guna,
tanpa rasa bersalah kerana mengenepikannya,

Mudahnya melupakan misi dan visi yang pernah dicipta,
Mudahnya melupakan setiap detik untuk mendapatkannya,
Mudahnya membiarkannya merajuk tanpa kata,
Kononnya kita ada alasan yang benar-benar tak dapat dinafikannya,
bahawa kita benar-benar tiada masa,
Tidak hairanlah sabda Nabi s.a.w yang bererti : ''Peliharalah al-quran kerana sesungguhnya ia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatan.''(HR BUKHARI&MUSLIM)

Muhasabah kembalilah wahai jiwa,
yang dulu mengharap redha,
kenapa tiba-tiba ingin mencari murka?..
Bicara kita bukan sembarangan bicara,
melainkan ianya kalam Robb Yang Mulia,
Oh tuhan Yang Esa,
Ampunilah kekhilafan dan kealpaan kami semua.

Tidaklah yang kita inginkan darinya,
melainkan ia sebagai teman penunjuk jalan di dunia,
sebagai perawat jiwa yang gundah gelana,
sebagai penyeri hidup semasa,
Penenang sakit jasad dan jiwa,
pengukuh keyakinan dan penguat tali pergantungan kepada Yang Esa,
Yang paling penting,
wasilah mencari redhaNya,
serta kawan dalam kubur sana,
cahaya di sana yang gelap gelita,
pengiring setia bertemu Kholiq,
ketika dipanggil untuk menghadapNya,
Di medan hisab,
sebelum ditentukan ke syurga,
mahupun neraka.

Allah,
Islahlah dan tarbiahlah diri kami,
yang terkadang melupakan tanggungjawab yang kami pilih,
Bukan murka yang kami cari,
Bukan laknat yang dikejari.
Bantulah kami,
dalam setiap lapangan yang masih berbaki,
agar ianya diinfakkan dalam medan juang,
tanpa sedikit pun kami mengabaikan kalamMu yang suci..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...