Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, June 30, 2010

Az-Ziaroh Mahabbah wa Ilmiah ke teratak Ustaz Mohamad bin Mohamad Nor



Rindukan celoteh Ustaz Mad sewaktu di Kelas Nahu?
Rindukan Sahabat-sahabat ketika di Daurah?
dan masih pening lagi untuk membuat persiapan ke timur tengah?

Apa barang yang perlu dan tidak perlu di bawa ke mesir/jordan?
Kitab apa yang patut anda beli di malaysia lagi?
Berapa anggaran sara hidup di sana? Dan bagaimana ingin berjimat?
Persatuan apa yg harus anda sertai di sana? PMRAM? ISMA?#?
Bagaimana untuk pastikan diri anda tidak hanyut dalam lembah sekularisme?

Ayuh bersama kita melepaskan kerinduan ini serta merungkai seribu satu persoalan yang bermain di benak fikiran dengan menyertai az-Ziaroh mahabbah wa ilmiah bersama beberapa orang pelajar dari Mesir dan Jordan yang dijemput khas.

Tarikh: 24 Julai 2010
Hari: Sabtu
Bayaran: RM 5

Sebarang permasalahan boleh hubungi:
bahagian muslimin (hisyam ahmad- 0133084196)
bahagian muslimat (syarifah fathiah)

Bersama ini, ana sertakan tentatif ringkas untuk perjalanan program itu.

10.00 a.m -Berkumpul di rumah ust Mohamad
10.10 a.m -Majlis bermula
~Ucapan aluan dari wakil pelajar
10.30 a.m -Slot bersama anak-anak ustaz khas dari mesir dan jordan
12.00 a.m -Taujihat dari Ustaz Mohamad
01.00 p.m -Halwa telinga Qasidah
01.30 p.m -Solat Zohor berjemaah
02.00 p.m -Jamuan special masakan ust Mohamad
03.30 p.m -Pulang

Disediakan oleh : Ustaz Hisyam ahmad dari facebook daurah.

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu”. (Al-Ahzab:56)

Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: “Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya”. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)

Maka, apa tunggu lagi wahai diriku serta pembaca blogku sekalian. Ayuh kita konsisten mengamalkannya. Moga apa yang ku taip ini bakal menjadi peringatan buatku bahawasanya aku pernah mengajak orang berselawat ke atas nabi.

Wallahua'lam

Wassalamualaikum warahmatullah

Sunday, June 27, 2010

Osteoma/osteoblastoma

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Syukur pada Allah. Hari ini adik bongsu selesai menjalani pembedahan membuang tumor di tulang betisnya. Memasuki dewan bedah jam 10.00 a.m, pembedahan ini yang diketuai doktor Anuar serta doktor Aaron selamat selesai jam 1.00 p.m.

Berdasarkan penerangan yang diberikan oleh kedua-dua pakar tulang tersebut, penyakit adik ini namanya 'Osteoma' atau jika lebih melarat, namanya 'osteoblastoma', yakni terdapat sejenis tumor yang tidak merbahaya terbentuk di dalam tulang. Jika tidak dibuang, tidak apa, tetapi bakal menyebabkan kesakitan serta tulang akan membesar secara abnormal. Itulah yang dapat saya lihat dan perhatikan, setiap malam merupakan detik yang menyeksakan bagi adik dek kesakitan yang hanya beliau rasai hatta mengganggu waktu tidurnya sejak beberapa bulan lepas. Manakala, berdasarkan hasil x-ray, tulang betisnya telah membengkak. Merujuk pada CT scan pula, tumor tersebut juga kelihatan semakin membesar.

Disebabkan tumor tersebut bukanlah aggresif, maka ia tidak akan menjadi seperti kanser yang mudah sekali merebak ke mana-mana parts of our body.

Dalam kebanyakan kes-kes osteoma, pakar dari unit ortopedik biasanya akan menjalankan pembedahan terhadap pesakit. Pakar akan membuang bahagian tulang yang mengandungi tumor. Bak kata Dr Aaron ''buang ibunya/puncanya''..

Pesakit yang menghidap osteoma perlu sentiasa di susuli dengan rawatan susulan selama lebih kurang setahun dengan pakar ortopedik bagi memastikan ia benar-benar sudah lenyap, kerana jika pembedahan sebelum ini tidak membuang 'puncanya' secara complete, maka ia boleh kembali wujud(tak mustahiil) di bahagian tulang tersebut. Namun, selepas itu, pesakit boleh terus menjalani hidup secara normal.

Wallahua'lam. Ini hanya informasi yang sedikit, segala kekurangan dan kesilapan merupakan kelemahan diri saya sendiri.
Nak lebih lagi, layarilah wikepedia atau web ini.

Wassalamualaikum warahmatullah.

Thursday, June 24, 2010

Demam piala dunia..


Assalamualaikum warahmatullah,

Kali ini entry tentang world cup,
Setiap malam ada saja bunyi sorakan dari kedai kopi berhampiran. Ternyata masyarakat di Machang ini boleh bersatu disebabkan satu benda yang bulat, bergolek apabila ditendang, yakni 'bola'. Malah, bukan penduduk Machang sahaja, seluruh dunia juga bersatu untuk 'bola'.. Memang aura bola ni terlalu kuat.

Sekali lagi aura bola dapat dilihat apabila hampir pukul 2.30 pagi setiap malam, enjin motor akan dihidupkan oleh si peminat untuk bersama rakan sekepala menonton perlawanan live..hebat situasi ini.

Nak tak nak, sukan bola ni tidak boleh lagi dikritik atau dinafikan kehebatannya memandangkan ia sudah sedarah sedaging dalam jiwa setiap orang. Hatta tok lebai sekalipun, tiba masa menonton perlawanan world cup, kopiah jatuh pun tak disedari.hehe.

Kagum sekali dengan situasi sekarang.
Yang mengundang kepada lesunya solat subuh berjemaah.. Tapi hal ini salahnya bukan pada bola, tapi peminatnya..

Wallahua'lam
Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Jika dibuka peluang untuk mengembara jauh, jangan lepaskan!!

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Alhamdulillah dapat menukar template. Kecenderungan terhadap berlatar belakangkan alam semulajadi teramat tinggi, justeru, saya sekali lagi mengubah template. Em.. Kadang-kadang mata kita ingin melihat suatu kelainan, maka tidak salah sekali sekala menghias rumah.

Pening untuk menaip entry kali ini. Lagi pening memikirkan tajuk. Bab tajuk lah yang paling sukar bagi saya setiap kali ingin letak entry baru..

Dari sinilah kita bermula,
bermula dengan tidak tahu apa-apa..

Semuanya kelihatan sudah berubah,
Dari diri ini bayi yang hanya tahu minum susu, tidur..
Kemudian meniarap, merangkak, serta bertatih,
Kemudian dihantar ke tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah,
Semuanya di bawah pengawasan ibu dan ayah,
Kini diri ini hanya menanti saat untuk melepaskan ikatan tali pergantungan dari mereka,
berbekalkan kepercayaan yang diberikan,
serta nasihat yang tak lekang,
fuuh..debaran demi debaran,
Kian terasa ia,
Inilah gambaran seorang anak perempuan yang bakal berjauhan dari insan tersayang, (ibubapa)


Teman-teman yang bakal ke Timur tengah sekalian,
Dengan hijrah itulah kita peroleh pengalaman baru, pengalaman yang bakal mematangkan jiwa serta emosi. Di situlah kita bina kekuatan. Sebagaimana hijrahnya Rasulullah s.a.w bersama para sahabat dan penduduk Mekah yang telah Islam (Muhajirin) ke Madinah, di samping mencari ketenangan dari gangguan musyrikin Mekah, mereka turut bina kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi hari seterusnya.

Bisyr pernah berkata : ''Wahai para qari, mengembaralah, nescaya kamu menjadi baik. Sesungguhnya keadaan air apabila mengalir akan menjadi elok, apabila lama bertakung pada suatu tempat, berubahlah ia.''

Fahamkah akan kata-kata tersebut?
Ibaratnya air longkang yang mengalir dengan baik, serta air longkang yang tersumbat (bertakung), manakah yang lebih baik?..

Sesungguhnya setiap kebaikan itu datangnya dari Allah. Di mana sahaja kita berada, pasti kebaikan itu turut serta kerana Allah itu ar-Rohim sifatnya, sangat kasih dan sayang akan orang mukmin. Yang paling penting, niat hati tersebut. Apakah yang ingin dicari?..

Wednesday, June 23, 2010

Shabra dan Shatilla



Walaupun bulan september masih jauh lagi untuk kita memperingati kembali kes ini..tapi tidaklah post saya ini menhadiahkan dosa kepada saya..Oleh itu, tak kisahlah bulan berapa pun, apabila dah terbaca, lebih baik saya segera post..

Penyembelihan Sabra dan (Shatila/Chatila) berlaku pada September 1982, di Beirut, Lubnan, dalam kawasan di bawah kawalan Israeli, oleh Nasarani Lubnan. Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyifatkannya sebagai "penghapusan kaum (genocide)" -- satu istilah yang mempunyai kesan perhakiman antarabangsa. Kebanyakan perdebatan bertumpu kepada tanggungjawab Israel.

Pada ketika itu, Lubnan berada dalam keadaan perang saudara membabitkan siri pakatan yang rumit. Antaranya adalah pakatan antara Israel dan Nasarani Lubnan, diketuai oleh parti Phalangist( Pemimpin Phalangist pada masa itu, Bachir Gemayel, amat popular di kalangan Maronites, sebenarnya terkenal kerana kejam dan telah pernah membunuh bakal saingannya. Dia dilantik sebagai Presiden Lubnan pada 23 Ogos).

Pihak Israel telah melatih, membekalkan senjata, bekalan, dan juga pakaian seragam kepada pasukan Phalangist semenjak 1976.Mereka sedang bertikaian dengan pihak Muslim, termasuk Palestin yang diwakili oleh Organisasi Pembebasan Palestine "Palestine Liberation Organization (PLO)

Pihak PLO telah menggunakan Lubnan sebagai tapak melancarkan serangan terhadap sempadan utara Israel, dan berasaskan alasan tersebut, Israel telah menceroboh selatan Lubnan..

Namun selepas itu,
Di bawah sebuah perjanjian, pihak PLO bersetuju untuk meninggalkan Lubnan dibawah pengawasan antarabangsa dan Israel bersetuju untuk tidak mara ke dalam Beirut dan menjamin keselamatan orang awam Palestin yang tinggal di khemah-khemah.

Justeru,
1 September, pengunduran pejuang PLO telah lengkap..pengunduran mereka diselia oleh tentera Amerika.

Tiba-tiba,
14 September 1982, Bachir Gemayel(Ketua Phalangist yg bersekutu dgn Israel) telah dibunuh, menyebabkan pasukan Phalangist bersumpah untuk membalas dendam. Pembunuh dipercayai agen syria.

Tetapi,
Menteri Pertahanan Israeli Ariel Sharon meletakkan tanggungjawab pembunuhan tersebut ke atas penduduk Palestin. Menyebabkan Phalangist yang sememangnya membenci penduduk Palestin menjadi semakin marah dan berdendam.

Israeli juga ingin memperkukuhkan kedudukan mereka dengan menceroboh Beirut Barat. Walhal mereka sudah berjanji untuk tidak mara ke Beirut.

Lagi-lagi,


Pihak pengintipan Israeli mendakwa bahawa khemah Sabra dan Shatila untuk pelarian Palestin di Beirut masih mempunyai sehingga 2,000 anggota PLO (yang didakwa tidak berundur, walaupun syarat perjanjian awal di mana PLO perlu meninggalkan Lubnan). Dakwaan yang tidak berasas.

Penat dah nak edit,

Faham-fahamlah pembaca sekalian, apabila orang yang tengah panas semakin di api-apikan, penghujungnya pasti menyeramkan. Phalangist dibantu puak Israel serta sekutunya menyembelih semua pelarian di kem shabra dan shatilla. Mayat mereka bergelimpangan dengan kesan dihiris dengan dahsyat. Justeru, kes ini telah dipertanggungjawabkan terhadap Israel khususnya Ariel Sharon yang merupakan Menteri Pertahanan Israel ketika itu..mereka tidak mempertahankan penduduk palestin yang di bawah pengawasan mereka...malahan, mereka hanya menyaksikan serta membantu menjayakan pesta menyembelih tersebut..

Allahu Robbi.. Sejarah ini kian pudar.
Saya juga tidak benar-benar jelas dengannya. Cuma sekadar tambah-tolak dari petikan asal di wikepedia, serta buku yang pernah dibaca ketika di Maahad dulu.. Saya mengasingkan setiap isi dengan perenggan agar mata kita tidak penat untuk membaca dan memahaminya.. Jangan lakar-lakar..

Akhir sekali..suatu masa nanti, Islam akan kembali berada di puncaknya..

''Khoibar khoibar!! Khoibar ya Yahud!! Jaishu Muhammad saufa ya'ud!!''

Hati yang pening lalat

Bila hati menangis, tiada siapa mendengarnya,
Dihijab senyuman dan tawa gembira,
Bila ia kian parah,
Gugurlah hijab tersebut,
Lalu terserlah dan terpampang pada wajah..

Hati itu dalam kemarau,
Kemarau iman dan taqwa,
Kemarau merindui Yang Esa,
Yang tidak dirasai panasnya serta sakitnya,
Melainkan bagi mereka yang dipandu hatiNya..

Bila dunia berdiri megah,
Jiwa mula tidak terarah,
Nafsu dan syaitan mengilai tak sudah,
Lalu,
Kehidupan akhirat makin lelah.

Monday, June 21, 2010

XPDC Da'ie muda

Assalamualaikum warahmatullah,

Syukur dirafa'kan kepada Allah atas kurnianya memberi kesihatan, serta kasih sayangnya menyembuhkan ibu tercinta yang baru selamat menjalani pembedahan.

Tidak ingin memanjangkan kalam, baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mengikuti rombongan pelajar dari Maahad Syamsul Maarif Lilbanat dalam XPDC dai'e muda bertempat di Kampung Perlug, Gua Musang, Kelantan.. Kampung orang asli yang paling hujung..paling seronok dan menakutkan

Coretan ini tak lebih sekadar laporan kehidupan..

Tiba di Gua Musang, rombongan XPDC disambut oleh hujan renyai-renyai, terdetik sedikit kebimbangan di hati akan perjalanan masuk ke hutan, hujan pastinya menyebabkan tanah menjadi licin serta pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti tanah runtuh. Ibarat digoncang dalam botol, begitulah situasi dan keadaan para peserta di dalam kereta lasak IOA. Ada yang terhantuk, pening, sakit dan sebagainya.. Namun, sedar tak sedar, di situlah Allah melihat apakah kita ingin meneruskan misi ini atau berpatah balik. Hujan itu hanyalah ujian pertama..

Tinggi..cerun..mashaAllah..hanya Allah yang tahu betapa gementarnya hati tatkala kereta bakal melalui cerun demi cerun.. Dalam perjalanan, sebuah kereta yang berada paling hadapan hampir-hampir tergelincir ke dalam gaung.. mujurlah Allah masih lagi ingin menyelamatkan mereka..

Selepas 3 jam dalam suasana debaran yang tak terhingga, alhamdulillah, rombongan tiba di destinasi hampir pukul 7 malam, disambut oleh penduduk asli di sana, kepenatan dalam perjalanan terasa lenyap begitu sahaja. Apatah lagi apabila para amek(ibu) di sana sudah menanti anak-anak angkat mereka untuk dibawa pulang ke rumah masing-masing.

Malam itu, memandangkan saya masih belum memiliki keluarga angkat, saya mengikuti ustazah Zainab ke rumah seorang amek untuk makan malam, kami dihidangkan ubi kayu goreng serta gulai labu..dan air kopi panas.. Makanan yang sedikit pelik tapi menyelerakan.. Dengan berlampukan cahaya api sebesar ibu jari, kesejukan malam dek hujan masih lagi turun benar-benar menambahkan selera.

Keesokannya, saya serta para peserta yang tidak mengikuti misi pertama ditemukan dengan keluarga angkat, wal hasil, keluarga angkat saya merupakan keluarga angkat kepada kawan baik sendiri, Syuhadiah serta seorabg pelajar kolej YIK, aminuddin.. Alhamdulillah, mereka cukup mesra.. Apak (Yaakub bin Busu), amek (Jaridah bt Pangkin), adik (Jihan, lina, rina, rumin, busu, lia, amin dan seorang lagi yang saya kurang jelas namanya)..semuanya masih kecil..

Hari itu merupakan hari beramah mesra, sememangnya sebelum ingin memulakan dakwah, hatinya perlu diikat terlebih dahulu.. Mereka juga bersemangat mengajarkan saya bahasa orang asli memandangkan di penutup nanti, akan ada kuiz untuk para anak angkat dalam bahasa orang asli. Jam 11 lebih, saya mengikuti amek dan adik-adik naik ke kebun (syukur hujan sudah berhenti) bersama amek2 lain. Sememangnya pengalaman melalui sungai yang berarus deras serta mendaki bukit yang cerun cukup-cukup menakutkan, amek dan adik yang sudah berpengalaman sedikit-sebanyak membantu saya mengharungi semua liku tersebut. Di puncak sana, saya bersama adik berlumba mengutip 'leh ber' yakni kulat.. Kulat yang boleh dimakan.. Geli sebenarnya, namun semua itu perlu ditepis.

Dalam perjalanan pulang ke rumah amek, kami berhenti seketika di kawasan batu-batu untuk bermain air. Seronok juga jadi kanak-kanak ni, amek pula tak kisah, malah dia yang mengajak saya bermain air. Sampai di kawasan penduduk dengan baju yang basah kuyup, tapi situasi begini biasa saja kerana majoriti yang pergi kebun, akan bermain air ketika pulang. Di rumah amek, saya belajar masakan orang asli, apak pula bersungguh mahu melihat anak angkatnya ini memasak. hehe..

Petang itu, kami sekeluarga makan bersama. Dikelilingi adik-adik seramai lapan orang..fuhh..macam-macam kerenah yang dapat dilihat. ''Chen cak?''..''chen''(mahu makan?..mahu)..apabila bertanya pada adik ''cak tabe''(tambah lagi)..jawabnya ''ijek''..tanda tidak mahu. Petang itu sekali lagi amek mengajak saya ke kebun ubi kayu, sepatutnya ada pembelajaran kelas fardhu ain.. Setelah meminta pendapat ayah, ayah benarkan untuk pergi turut serta ke kebun ubi kayu agar amek tidak berkecil hati.

Pulang dari sana, seluruh kaki saya sakit, bak kata mereka,gahel(letih) serta sakit katong(sakit lutut). Pukul 6 petang, ada sukaneka untuk kanak-kanak serta para amek, saya dan amek tidak turut serta kerana seluruh badan lenguh. Hampir senja, ketika itulah saya sempat mengambil masa mengajar amek dan adik serba sedikit akan asas solat. Walaupun mereka masih belum dapat melakukan solat dengan sempurna, namun tatkala tiba solat jemaah, mereka sentiasa turut serta. Malam itu, pengajian semula wudhuk serta al-fatihah telah diulang semula untuk semua amek dan adik-adik. Malam itu juga majlis penutup diadakan secara terbuka di dewan kayu. Cukup padat sekali dewan tersebut yang tak ubah seperti pondok.

Acara kuiz dikendalikan oleh ketua eksekutif IOA, Ustaz Khalid bin Ahmad serta pengetua MSMP, Ustaz Rosli. Boleh kata majoriti amek dan apak serta anak angkat mendapat hadiah, kerana kuiz tersebut diadakan untuk mengeratkan lagi ukhuwwah antara amek, apak dan anak angkat. Tiba masa amek yang perlu menjawab soalan kuiz, anak angkat akan bantu, manakala apabila tiba masa anak angkat, amek akan bantu. Malam itu saya diberi soalan mengira abjad 1,2,3 dalam bahasa asli. hehe.. mudah je.

Hari terakhir, diadakan salam jam'ie, sempena perpisahan antara amek dan anak angkat. Yang gembiranya, apabila anak angkat menghadiahkan tudung kepada mereka, segara mereka pakai tudung tersebut sebagai tanda penghargaan. Setiap anak angkat diberi hadiah oleh amek dan apak, kebanyakannya dari hasil bumi. Alhamdulillah..

Perjalanan pulang terasa begitu cepat, memandangkan sepanjang program, hujan tidak turun, kecuali ketika perjalanan datang kemari..syukur pada Allah yang memudahkan urusan ini, lampu, generator dan semua perkakas dapat berfungsi dengan baik, kereta IOA juga tidak timbulkan masalah, cuak(anjing) juga tidak liar seperti dahulu,jalan tidak licin serta perjalanan pulang dari Perlug ke jalan besar hanya sejam. Yang mengiringi kami tatkala itu ialah perasaan sedih.. Lambaian amek, apak dan adik-adik masih terbayang di mata. Semoga Allah memberi hidayah dan mengukuhkan aqidah mereka.. Rindu serindunya..

Monday, June 14, 2010

Gambar yang ringkas (di YIK)

Alhamdulillah, terima kasih kepada saudara Muhd Bazlee(Pengarah majlis penutup Kursus) kerana mewujudkan facebook khusus untuk peserta kursus bahasa arab..

Di sini, saya muatkan beberapa gambar yang ringkas sepanjang kursus.


Air paip di asrama KIAS..best..hehe.entah kenapa menerbitkan gambar ini


Dewan Kubro YIK


Pengajian Lahjah Ammiah Misriah oleh Ust Zulkifli


Ni Kertas exam sape la pulak..saya copy je.


Ujian tasmi' al-quran


Imtihan Daurah..100 soalan yang digabung...


Persembahan Hiwar musalsal di majlis penutup..menang!


Tamat sudah kursus!

Dapat syahadah/sijil..then pulang..

Sunday, June 13, 2010

Dauroh al-Lughatul Arabiah 2010


Assalamualaikum warahmatullah..

Kali ini tentang 'Addaurah al-Mukasthafah limultahiqil Jami'ah al-Arabiah':

Tarikh : 4 Mei 2010-3 Jun 2010
Tempat : Markaz Bahasa Arab, Yayasan Islam Kelantan, Nilampuri, Kelantan
Bilangan peserta : lebih dari 200 orang (tak concern mana tentang ni)
Penginapan : Asrama KIAS (muslimin dan muslimat)
Sasaran : Lepasan STAM dan SPM yang bakal melanjutkan pengajian ijazah di Mesir, Jordan dan Maghribi

Ya Allah, saat saya mencatat tentang dauroh ini, terasa sedih dan sebak, tak sangka dauroh ni sangat menyeronokkan, hingga di saat akhir dauroh, saya dan rakan sekepala menangis bersama. Termasuk ustazah yang mengajar kami madah kitabah, ustazah Aisyah. Teringat lagi kata beliau : ''Ana memulakan tugas sebagai pegawai Pusat Bahasa Arab bersama antunna, first masuk sini, ana kelih(tengok) muka antunna lah, sebule duk sekali, ana tak tahu dah gano hari ahad ni tanpa sep2 dauroh(peserta kursus), deme(demam) dah..''

Namun, untuk bahagian muslimat, insyaAllah, ukhuwah yang dibina bersama tidak akan putus begitu sahaja. Credit kepada kak Suaidah Hannan yang bertungkus lumus menyiapkan biodata para peserta muslimat yang terkandung di dalamnya alamat, gambar, emel dan seumpamanya.

Sebulan bergelut dengan masalah air, elektrik..(la nubali bih/kami tak kisah)

Setiap hari praktis bercakap menggunakan bahasa mulia ini yakni bahasa arab, dalam kursus ini, tiada apa yang nak dibimbangkan atau dimalukan kerana masing-masing memahami situasi masing-masing, yang fasih tidak merendahkan yang kurang fasih, manakala yang kurang fasih tidak pula malu-malu dengan yang fasih. Begitu juga dengan para asatizah(guru-guru), huu..kami tidak dengar kalimah melayu dari lidah mereka, hatta ketika menalefon mereka juga, la budda min bahasa arab..Yes, I'm really like this situation..

Malamnya dihiasi dengan acara 'maharotul kalam', seperti debat bahasa arab, perbualan, forum, syarahan dan usrah.. Saya, fathiah dan Muslihah sama-sama bergandingan dalam debat, alhamdulillah, sangat menarik.. Tidak lupa buat teman-teman semajmu'ah, k.nida, humaira' dan k.mira yang berusaha memberi mata kepada kumpulan kami dalam acara hiwar. Serta k.hidayah, k.azrah dan k.ain yang mewakili kumpulan kami dalam forum. Manakala, syarahan pula melibatkan setiap ahli kumpulan. Allahu Robbi, aku sangat merindui mereka.

Di akhir dauroh, kami menempuh ujian tasmi' al-quran serta ujian keseluruhan madah yang berjumlah 100 soalan kesemuanya. Alhamdulillah, dua orang dari majmu'ah kami (majmu'ah arrobitoh) terpilih sebagai top3 best student dauroh. Bersyukurlah..



Rindu serindunya kepada kalam ustazah Zaimah, mengajar kami madah 'qiroah'..yakni membaca teks tanpa baris sememangnya suatu yang sangat menarik, silap faham, silaplah baris yang diletak.begitulah sebaliknya. Memerlukan kemahiran dalam nahu sorof..Manakala ustazah Aisyah, mengajar kami kitabah..ustazah yang paling rapat dengan pelajarnya..Yang paling penting, madah yang paling saya minati yakni qowaid arobiah, diajar dengan penuh gemilang dan menarik oleh ust Mohamad bin Mohamad Nor..Cehh.hakikatnya, semua madah saling berkait.semuanya saling berkait..

Antara aktiviti yang sangat saya gemari ialah istima' serta muhadhoroh am, kami perlu mendengar nasyid/ceramah yang disampaikan 100% dalam bahasa arab. Aktiviti yang kurang saya gemari tapi minati ialah pembelajaran lahjah ammiah misriah oleh ust Zulkifli, tiba turn beliau, tidak kering gusi jadinya para peserta.

Di akhir dauroh, kami dibawa ke Pantai Bisikan Bayu untuk rehlah dan sekaligus majlis penutup diadakan di situ..

Credit kepada sahabat yang ''sebulan berkenalan, terasa seperti sudah seabad''..Mereka ialah k.suhaila, k.ain, k.fatimah, k.lina, dan k.suaidah. Rindu sangat terhadap mereka, memang sekepala lah.. 'Boleh masuk' dengan mereka..

Di dauroh ni jugaklah saya first time memukul bola tampar.. wal hasil,lebam tangan kanan..

MasyaAllah.. Ana musytaqqah awi ilaihinna.

Ya Allah, ikatlah hati kami dengan ikatan cinta terhadapMu..Amiin

Wallahua'lam

Wassalamualaikum warahmtullah.

Saturday, June 12, 2010

Israel vs palestin(no..no) Israel vs aktivis kemanusiaan..sape menang?


Assalamualaikum warahamtullah.

Penat-penat.

31 Mei 2010, kita disedihkan dengan berita misi kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa banyak bekalan makanan dan bantuan untuk rakyat Palestin diserang oleh komando rejim zionis/Israel..Kita sememangnya sudah maklum akan kezaliman Israel sejak dahulu kala lgi, dari zaman Nabi Yaakub a.s lagi..mereka juga lah bangsa yang membunuh para nabi terdahulu. Dulu sampai kini, merekalah bangsa yang dilaknat.

Dalam al-quran, surah al Maidah, juzuk ke 6, ayat ke 82, Firmah Allah s.w.t yang bermaksud :''Pasti kamu dapati orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik...''

Tak banyak yang mampu ana ulas, cukup makan sahaja. Ana dan rakan-rakan ketika mengetahui berita ini, kami sedang dalam kursus bahasa arab lagi, sempit rasanya dunia kami apabila banyak info tertinggal.

Apa yang melucukan ialah video yang tersebar dalam youtube, (pastinya direka dan dibuat oleh puak Israel untuk menghalalkan tindakan mereka).. sudah kah anda lihat video melucukan itu?



Ia memaparkan lastik, guli, batang paip yang digunakan oleh para sukarelawan untuk menyerang mereka, wal hasil, nak tak nak, mereka perlulah melepaskan tembakan/belasah untuk ''mempertahankan diri''.(alasan semata) kerana dikasari. Ini mungkin sedikit melucukan kerana apa lah sangat benda-benda tersebut jika nak dibandingkan dengan senjata-senjata mereka. Nama lagi al-jund azzolim, tentulah segala kelengkapan ketenteraan itu sentiasa bersama mereka. Lagipun, media Israel belum tentu benar. Mereka sememangnya bangsa yang suka menipu lagi tidak berpegang pada janji.

Misi yang disertai lebih 50 negara ini(sama ada yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel atau tidak) terkandas begitu sahaja sebelum sempat masuk ke perairan Gaza lagi.. Ana yakin, kalau semua negara Islam bersatu, pasti mudah untuk melenyapkan bangsa zalim tersebut, tapi yang sedihnya, negara Islam sendiri ada yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, contohnya Mesir..

OIC seolah langsung tidak wujud, malah kewujudannya hanyalah simbolik semata..

PBB pula..didominasi oleh puak mereka juga, Amerika dan sekutunya..

Rundingan demi rundingan..sampai bila lagi nak letak kepercayaan terhadap Israel/Yahudi laknatullah..

Boikot..ni satu masalah..boikot berlaku secara bermusim, kena masa-masa yang semua orang tengah bersemangat, haa, ketika tu lah kita pun bersemangat boikot itu ini, tapi, bila semua mula senyap sunyi, boikot sudah tidak lagi diteruskan..

Bagaimana agaknya keadaan tokoh zionis terkemuka di dunia dan terhina di sisi Allah sekarang? Ingatkah kita pada tragedi yang amat tragis di Shabra dan Shatilla..huu..ada masa akan ku catat secara ringkas tentang tragedi itu.

Tokohnya Ariel Sharon (ejaan macam ni ke? emm..maaf jika silap)..kondisinya..wallahua'lam.

Panjang-panjang tak boleh jugak. Stop setakat ini dahulu..

''Khaibar,khaibar, khaibar ya yahud, jaisyu muhammad saufa ya'ud..takbir!! Allahuakbar!!"'

Wassalamualaikum warahmatullah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...