Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, July 24, 2010

Hidup lagi rupanya diri ini

Alhamdulillah, kita masih diberi peluang ke beribu kali untuk hidup di muka bumi pinjaman sementara dari Allah, jika bukan kerana kasih sayangNya, kita sudah lama dihalau keluar dari bumiNya ini dek kesalahan yang banyak sekali kita lakukan.

Semalam,24 Julai 2010, kami ke Yayasan Islam Kelantan untuk mendengar sedikit taklimat berkisar tentang perkara yang masih belum selesai. Dewan sedikit panas, panas kerana tiada penghawa dingin serta panas kerana berlaku sedikit pertanyaan yang bercampur aduk dengan suara kemarahan. ~I don't like to share about it~ Pulang dari YIK, kereta yang dipandu ayah terus meluncur sederhana laju ke Kok Lanas, beliau terpaksa menyambut tetamu istimewa untuk program bersama orang asli.

Tiba di rumah, saya ambil peluang untuk urus pasal 'urusan' ini melalui internet~Dont like to share it~Sedar-sedar, jam sudah hampir pukul 4, apa lagi, dengan rasa cemasnya saya mengatur jasad ke stesen bas. Alhamdulillah, sempat juga. Bertahun-tahun naik bas, memang jadual bas sudah lengkap dikolumkan dalam kepala, save dan selamat dari virus.

Terus mara ke Maahad Muhammadi(p), malam tersebut bakal diadakan jamuan serba wangi dengan haruman yang sedikit memeningkan kepala yakni haruman buah durian. Sebagai tetamu tidak khas, saya, fathiah dan Muslihah bertandang di kelas tahfiz tercinta sedikit lewat bagi memberi ruang buat adik-adik junior menyiapkan tempat makan. Memang dahsyat.

Hari ini (25/07/2010).. saya dan sahabat2 lain dikejutkan dengan berita pemergian cucu kepada Allahyarham Al-Fadhil al-Allamah tuan guru haji Abdullah Lubuk Tapah, Sumayyah Hilaluddin yang sudah kami sedia maklum akan sakit barah yang menyerangnya. Ibunya guru fizik kami, dan beliau merupakan antara pelajar cemerlang SPM 2009. Perit rasanya mendengar berita ini, namun perit jiwa seorang ibu yang membesarkannya hatta usianya mencecah 17tahun lebih dahsyat lagi. Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas beliau. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..

Hilang kata-kata..

Friday, July 23, 2010

Kita vs kanak-kanak

’’Adik!!! Jangan!! Tu kotor(najis ayam)!!”
Namun, tanpa menghiraukan laungan si kakak, budak kecil yang dipanggil adik tersebut masih tetap menyentuhnya, ye lah, kanak-kanak berumur 3 tahun, apalah yang dia tahu.
-------------------------------------------------------------------------------------
Firman Allah Ta’ala yang bermaksud : ’’Dan Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu-ibu mu (dalam keadaan) kamu tidak mengetahui sesuatu pun..’’(surah annahl:78)

Jangan panjangkan kalam, tp pendekkan nya agar setiap orang penjangkan fikiran. Suatu perumpamaan yg jelas, benarlah, setiap ssesuatu di sekeliling kita punyai banyak hikmah..

Kanak-kanak kecil yang tidak kenal jijiknya najis ayam, akan terkam je najis tersebut . Sedangkan kita yang kenal akan betapa jijiknya ia, sama sekali akan menjauhinya.

Jadi..

Kita tak ubah seperti kanak-kanak kecil, kerana sering mendahulukan suatu yang tidak pasti, bila dikata judi haram, kita tetap sokong, bila dikata hudud itu ketetapan Allah, kita kata ia menyusahkan manusia. Phd, ijazah dn sebarang kelulusan tertinggi hanyalah ibarat gown cantik yang dipakaikan pada kanak2, indah..tp..Hm..Kita berat untuk melakukan seuatu perkara melainkan dijanjikan dengan upah, hal ini tak ubah seperti kanak-kanak yang tidak akan ke kedai untuk beli barang melainkan ibu berjanji akan beri upah beberapa sen. Itulah hakikat kita,kita kanak-kanak di sisi para ulamak. Moga taraf kanak-kanak ini akan kita tinggalkan dan beralih ke taraf yang lebih matang. Ameen

Wallahua'lam

Wednesday, July 14, 2010

Ibu3x..ayah,.

Semalam ibu banyak bercerita tentang ahwal kami(adik-beradik) ketika masih dalam kandungan ibu, hatta af'al kami ketika lahir dan melihat dunia.

''Hui..bulan puasa ma? mesti banyak kena ganti, kesian ma..'', saya ajukan rasa hati terus kepada bonda tercinta. Ibu berkata, ''Tak, tak banyak..ma tetap puasa sampai dekat sangat dengan tarikh nani dilahirkan.''.. Fuh, terkesima sebentar, dahlah yang dikandung ni bukannya ringan, 3.45kg tuu, kagum sebentar dengan ibu. MashaAllah..

Saya lahir dalam bulan Ramadhan, seingat ibu, hampir seminggu sebelum umat islam bakal menyambut aidilfitri. Dalam perkiraan falak, mungkin 23@24 Ramadhan 1412H. Justeru, majlis aidilfitri tahun tersebut turut disertakan dengan majlis selawat.(erm..nama formalnya majlis ini saya kurang pasti)..seorang permata baru dalam keluarga ibu dan ayah, entah permata entah pasir yang diri ini bawa dalam hidup mereka..

Kata ibu, selepas tangisan pertama kami kedengaran, ketika itu, terasa seolah semua hutang di dunia ini terlangsai, sakit terasa hilang serta merta walaupun langsung tak dibius, lantas, dalam susah, senyuman tetap terukir, dek gembiranya menyambut kami. Saya tersenyum mendengarnya, ibu memperihalkan ahwal bunga hatinya dengan penuh perasaan, sukanya tatkala melihat ibu gembira.

Dan..hati ayah pastinya berbunga juga, tatkala mampu mengiqomahkan permata-permata beliau, dalam sakit ibu, ayah banyak menolong, menolong memberi semangat dan doa, serta menolong dalam urusan kerja rumah seharian, seingat saya, ayah sangat tegas, ketika kecil, saya pernah bergaduh dengan kakak, kepala saya di ditolak lalu terkena dinding bilik mandi, walaupun tanpa rasa sakit, saya menangis sekuat hati, lalu didengari oleh ibu dan ayah, lantas, saya dan kakak dibawa ke ruang tamu, saya mengadu bahawa kakak memukul saya, manakala kakak pula cuba bela dirinya..hehe..entah siapa yang benar. Ayah ketika itu, sedang memegang penyangkut baju, pada fikiran saya, kakaklah yang akan kena rotan kerana membuat saya menangis seolah kecederaan yang saya alami itu parah, tapi tanggapan itu salah, kedua-dua kami dirotan. ''Bo baloh!!''-kata ayah. MashaAllah, inilah satu peristiwa yang masih segar di ingatan.

Setiap pengalaman lepas, membuatkan kita lebih menghargai.. Hargai ibu, hargai ayah.
Moga2 penulisan ini bakal menjadi ingatan buatku tika mana perginya mereka berdua dari sisi ku.

Saturday, July 10, 2010

Beruntunglah kita andai,,,


Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabatnya dalam satu majlis ilmu :

“Siapakah agak-agaknya antara makluk Allah yang paling kamu kagum iman mereka kepada Allah? Para sahabat menjawab; para malaikat. Tidak kata Rasulullah, kerana mereka adalah golongan yang sentiasa bersedia untuk melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya. Kalau begitu wahai Rasulullah, mereka itu ialah para Anbiya (nabi-nabi). Tidak juga, kerana para anbiya dianugerahkan Allah kitab-kitab atau suhuf-suhuf dan mereka juga adalah golongan yang maksum(terpelihara daripada membuat dosa). Jadi kalau begitu kamilah wahai Rasulullah. Tidak juga, kerana kamu boleh jadi orang-orang yang beriman kerana aku berada bersama dengan kamu. Yang sebenarnya kata baginda, makhluk yang aku maksudkan itu ialah mereka yang akan datang selepas kamu yang hidup tanpa melihat aku (kewafatan baginda), kerana mereka boleh berpegang dengan Al-Quran dan jadi orang-orang yang beriman walaupun aku tidak ada di sisi mereka”.

Dalam riwayat hadis yang lain: Imam Ahmad,Imam Bukhari, Ibn Hibban dan al-Hakim daripada Anas, baginda ada menegaskan bahawa ;

” beruntunglah mereka yang melihat aku dan beriman kepadaku(Nabi hanya mengungkap sekali sahaja) dan beruntunglah mereka yang tidak melihat aku dan boleh beriman kepadaku” (diungkap baginda hingga diulang sebanyak tujuh kali).

Bertuahlah jiwa kita andai tergolong dalam golongan yang dikatakan nabi s.a.w sebagai ''beruntung'', zahir pandangan kita tidak melihat nabi s.a.w, namun iman dan aqidah membawa hati kita seolah menatapnya. Sungguh indah semestinya paras rupa baginda, sebagaimana yang kita bisa koreksi dari kitab syamail, tak terkata lagi akhlak baginda s.a.w.. Justeru, tidak hairanlah para sahabat baginda r.a tidak mampu kehilangan nabi s.a.w..



Saya tahu anda merindui Rasulullah, saya juga begitu..

''Ya Allah, kumpulkanlah kami bersama Rasulullah s.a.w serta keluarga baginda dan para sahabat baginda r.a.''

Wednesday, July 7, 2010

Bawa diri dan harapan


''Ee..takutnya, dahlah duk sebelah negara Palestin!''

''Yelah, tak pasal mati kat sana. Huii..ana tak nak!''


Kadang-kadang tatkala telinga terdedah pada suara-suara sebegitu, terasa bagai nak meletup. Namun, biarkan sahaja.

Benar lah apa yang diperkatakan, apabila kita membawa diri ke negara orang, maka persiapkan hati dan perasaan untuk menerima apa jua risiko yang bakal berlaku. Tidak mustahil, baru sahaja menjejakkan kaki di bumi yang cukup jauh dari negara asal, tiba-tiba ''dik, ayah dah meninggal'', atau ''kak long, ibu masuk wad icu''..

Menangis tak berlagu lah jadinya, apatah lagi bagi yang pertama kali membawa diri jauh dari keluarga tersayang.

Sebaiknya, sebelum melakukan penghijrahan ke mana sahaja tempat di dunia ini, usahlah meletak gambaran-gambaran yang terlalu indah, serta usahlah berharap untuk bersifat seperti sifat asal kita di rumah sendiri. Sebaliknya perlulah melatih diri berkongsi hidup dengan rakan-rakan@senior, mereka lah ibu bapa, dan mereka jualah adik-beradik.

Salah satu perkara yang amat penting ialah, tidak banyak mengkritik akan ahwal baru tersebut, tapi banyakkan membiasakan diri dengannya. Perlu diingat bahawa pemergian itu bukanlah untuk mencari kesenangan dan keriangan, melainkan itu hanyalah sampingan semata. Tujuan utama itulah yang perlu didahulukan, yakni ''gali ilmu dan bahasa arab''...

P/S : Peringatan dan motivasi diri sendiri dan sahabat sedauroh

Thursday, July 1, 2010

Di anjung bilik D asrama 3


Benarlah orang kata bahawa manusia seringkali tidak menghargai apa yang ada di depan mata, dan benarlah bahawa kita tidak tahu sejauh mana kekuatan kita melainkan setelah kita diuji.

Anies, hanani, atiqah, hurun, asyikin, liza, sakinah, amirah, tiah, syahira, muslihah..

Pertemuan dengan kalian bukanlah suatu yang dirancang, malah, diri ini tidak pernah terfikir bakal bersama kalian di sebuah rumah kecil yang menyimpan seribu satu kenangan, yang telah aku tinggalkan sisanya buat kalian. Diri ini tidak mungkin serba salah untuk menobatkan kalian sebagai muallim yang serba sedikit telah mematangkan diri ini. Lantai bilik menjadi saksi akan kesudian kalian bersusah payah sesama kita, dengan berlapikkan tilam yang nipis di bilik yang sempit, kalian dan aku tetap tegar dengan berterusan menikmati buah keimanan yakni 'sabar'..

Namun takdir Allah telah menetapkan bahawa kalian itu lebih tabah dariku, teruskan misi kalian di arena STAM, dan aku ditemani Tiah dan Muslihah akan teruskan misi pengajian di sebuah tempat yang jauh dari kalian.

Firman Allah yang bermaksud: "... Jika engkau membelanjakan seluruh kekayaan yang ada di langit dan bumi, agar mereka akan berbaik-baik dan berkasih sayang sesama mereka, pasti kamu tidak akan berjaya menjinakkan antara hati mereka. Akan tetapi Allahlah yang telah mencampakan perasaan kasih dan sayang itu ke dalam hati orang-orang yang dikehendakiNya....,"(surah al-anfal:63)

Aku doakan kesejahteraan berpanjangan buat kalian yang sangat ku rindui. Hati aku sebak tatkala menerima mesej dari Hurun In yang berbunyi : ''Slm shbtku, aku sgt mrinduimu..''..sebenarnya aku lagi merinduimu my friend. Kemanisan ukhuwwah bersama kalian ini lahir dari pohon akidah yang kalian dan aku tanam bersama bermula pertama kali mengenali kalian hingga kini. Moga ianya terus subur dan mekar biarpun tidak terzahir pada pandangan, namun pastikan hati kita merasai kemekarannya.

Aku mengimpikan kelazatan ukhuwwah yang bakal memberi cahaya buat aku dan kalian di mahsyar. Yang bakal menaungkan aku dan kalian di bawah naunganNya yang sangat mengasihi hambaNya.. Jarak jauh bukanlah pemisah antara hati yang telah ditaut kerana Allah.

Ku rindukan kalam Atiqah bt Halim yang seringkali membuatku sebak sendiri, jernihnya hatimu sejernih mutiara yang keluar dari lisanmu. Life must go on..

Semoga Allah merahmati kalian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...