Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, December 19, 2011

Nasihat prof

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni dapat free treatment dan ubat free. InsyaAllah getting well dalam beberapa hari sahaja lagi. Terasa Allah begitu inginkan hambaNYA ini sentiasa ingat, sentiasa sedar betapa Allah tidak ingin biarkan kita dalam kealpaan.

Buat diri dan rakan..dalam bab ibadah dan ahkam, ramai yang dah perbahaskan. jadi, hari ni jom kita hayati sebuah hikmah.. sangat sesuai untuk pihak yang merasa dirinya buruk, dan pihak yang merasa dirinya mulia. Kita adalah bagaimana kita memandang orang lain...

Dalam blogku yang lain ^_^.. ku catat segala yang dinasihati oleh prof tercinta. antara yang pernah tertulis pada ogos lalu..


Mafhum sebuah kata dari Ibnu Atoillah yang merupakan seorang ulamak sufi, ahli hikmah yang hebat.. 

"Berjalan dalam perasaan hina dina dek dosa yang dilakukan, lebih baik dari berjalan dengan perasaan bangga dan ujub dek ibadah yang dikerjakan"..

Dukturah memberitahu, Itu bukan bermaksud "lakukan dosa agar kamu jadi lebih baik"... tidak sama sekali..

Tapi sebagai kesedaran pada kita bahawa

Saat hati kita berada di tahap paling rendah, saat itu kita paling hampir dengan Allah SWT..

_____________________________________________________________________



Sunday, December 18, 2011

Persatuan sebagai medium

Bismillah.

Alhamdulillah, alhamdulillah. hari ini masih lagi diberi nafas untuk hidup, meneruskan tugas sebagai hamba Allah, sebagai anak, pelajar dan sebagainya.

Syukur & Gembira..

Berjaya menyiapkan assignment yang saya kira sedikit sukar. Bertajuk peranan wanita dalam kisah Nabi Musa a.s. Tidak sempat menaipnya, hanya tulis tangan, dan hanya 10 m/s. Terus hantar pada Dr.Sulaiman adduqur hafizahullah hari ini. Saya kira, juhud(usaha) masih belum diberi sepenuhnya, sebaliknya hanya secara luaran dan tidak begitu mendalam. adeh, kita cuba lagi yek.

Sedikit penat..

Kini masih berbaki dua kerja, yang diterima minggu lepas. Alhamdulillah semester yang cukup menguji dek berhadapan dengan para profesor yang sukakan assignment. Pertama, tentang pelaksanaan zakat & persoalan tentangnya. Kedua, tentang kemukjizatan alquran. Benarlah kata rakan bahawa prof2 di takhassus usuluddin kebanyakannya suka beri kerja!

InsyaAllah semester depan pasti adalah semester terbaik. Jangan pernah undur belakang!

Komitmen dengan persatuan, bagaimana ye?

Saya kira persatuan bukanlah gangguan.. sebaliknya ia nilai tambah. Teruskan berpersatuan, bukan kerana nama persatuan, bukan kerana 'org' dalam persatuan, dan bukan kerana 'hebatnya' pandangan orang terhadap kita bila berpersatuan.

Sangat2 cinta akan persatuan yang sedang saya join sekarang.. banyak isu2 yang berlaku di Malaysia, mungkin kita tak milikinya di universiti, sebaliknya persatuanlah medium yang menjadikan kita memilikinya.

________________________________________

p/s : seorang wanita tidak mungkin berubah berjiwa lelaki sekalipun hebat dalam persatuan atau sebagainya. Perkara yang mengecilkan hati, tetap mengecilkan hati sekalipun ia sangat ringan pada pandangan lelaki.

Peliknya, orang zaman sekarang menganggap wanita itu sehebat lelaki. Blog bersikap tegas dan sebagainya. Mungkin ada, tapi segelintir sahaja.

Tapi itulah, untuk jadi orang yang bermanfaat, semua itu perlu ditepis. Perasaan yang boleh mengganggu gugat komitmen dalam persatuan atau sebagainya perlu dipisahkan. Bukan membuang fitrah, tapi mengawalnya. Yakinlah anda yang membaca juga mampu. Anda yang menulis juga mampu. (sekalipun mengambil tempoh masa)

Persatuan memerlukan semangat yang berterusan kerana ia merupakan kerja tanpa gaji mahupun elaun. Berperang dengan pengurusan masa, emosi dan sebagainya. Memang hebat mereka yang mampu melibatkan diri dalamnya tanpa menjejaskan hal2 lain.

Perkara luaran terpenting dalam gerak kerja ialah bersungguh menjaga ukhuwah sukarelawan, menjauhkan diri dari segala unsur yang boleh memusnahkan ukhuwah serta memboikot kerjasama. Ramai yang tidak bersemangat menaikkan persatuan bukanlah kerana tidak ingin, tapi masalah ukhuwah yang terbit bakal meruntuhkan segalanya. Sering bertelagah, mengambil tindakan yang berbeza, dan sebagainya.

Last but not least, jadilah kita umpama bangunan yang saling meneguhkan sesama sendiri, kaji kembali tindakan diri sendiri, dan tindakan secara beramai. Kaji kembali jalan yang pernah ditempuhi, luaskan ia untuk kebaikan. Jangan bertelagah, dan hilangkan rasa tidak puas hati yang terpendam.

Masa itulah penawar, Allah jua tempat kita ajukan segala kepedihan.

Tindakan manusia itu bermacam. Andai mereka tersilap bicara, serahkanlah urusannya pada Allah. Andai benar, kajilah kembali diri sendiri.

Amalkan tegur menegur secara berhikmah di dalam persatuan, kita sering kata "tiada jalan lain" untuk menegur selain dari mengadakan mesyuarat(sebagai contoh)..kerana, bagaimana jika rakan yang bakal ditegur itu tahu? apakah perasaannya tatkala keburukannya dibicarakan secara beramai2.. Tiada jalan lainkah alasan kita? sedangkan kita tidak pernah "mencuba" jalan yang pertama iaitu menegur secara direct.. plan A. Jika tidak berjaya, plan B iaitu menyuruh orang yang terhormat untuk menegurnya. Jika tidak berjaya, akhirnya, perlulah masalah rakan itu dibincangkan. Bukan untuk mengukuhkan hujjah akan kesalahannya, tapi dipendekkan semata2 hanya untuk mencari jalan penyelesaian.

Itulah antara elemen2 penting bagi saya, untuk mengukuhkan lagi kehidupan pelajar berpersatuan, agar persatuan itu mampu dijadikan medium dakwah dan insan2 di dalamnya saling meneguhkan..

Bittaufiq wannajah buat diri sendiri dan sekalian pembaca. Motivasikan diri dalam setiap perkara.

Sunday, December 11, 2011

Bila kita

Bismillah.

Alhamdulillah, syukur, syukur pada Allah SWT atas limpah kurniaNYA masih mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumiNYA ini seterusnya menggunakan segala manfaat duniawi yang ada untuk ku sampai akhiratku.

Setelah meneliti dan muhasabah kembali. Aku menyedari betapa akademikku merosot untuk semester kali ini. Tidak semua madah merosot, tapi sesetengahnya. Banyak perkara yang bermain di fikiran, tapi persatuan bukanlah faktor terbesar. Faktor terbesar ialah pengurusan masa, emosi, jasmani dan rohani.

Allah.. lembutkan hati rakan2ku untuk berpindah...penat duk sini..

Hilang beg beberapa minggu lepas.Tak pernah aku mengalami kehilangan sedemikian, antara gembira dan berduka... aku kira, pertamanya, aku gembira dek tidak pernah mengalaminya, paling kurang ini sebagai modal untukku bersedih setelah sekian lama air mata tidak gugur..

Kini demam dan kurang sihat. Alhamdulillah ya Allah.. moga diri ini terketuk lagi, terketuk lagi .. untuk terus dikaffarah.. syukur jika sakit ini sebagai kaffarah. Paling kurang aku menyedari bahawa Allah masih lagi inginkan aku untuk muhasabah kembali diriku. Dosa apakah yang masih tidak habis sehingga aku dikaffarah...muhasabah lah wahai diri... Siapa yang mahu kembali pada tuhannya dalam keadaan penuh dosa di belakang? ya Allah..

Sebab itulah..
Jika aku menemuimu ya Rasulallah.. terlalu banyak yang ingin diluahkan...

Perkara halal menjadi susah.. hingga kadang2 membuatkan sesetengah insan berputus asa..
Perkara halal menjadii ejekan hingga kadang2 membuatkan sesetengah insan kecewa..
Adat batil diangkat hingga ia dianggap syariat..
Adat batil dimasyhurkan hingga ia dianggap ajaran Islam..
Hakikatnya ia menyusahkan.. memburukkan keadaan..

Ya Allah..tak tau nak cakap apa..

Tuesday, December 6, 2011

Self modification

Bismillah.

Memulakan kalam dengan serba sedikit kekesalan. Rasa "terkena" pada diri sendiri. Bila meletakkan persatuan, akademik serba sedikit menurun. Bila meletakkan akademik, serba sedikit tanggungjawab lain mula kurang komitmen, termasuk tugas sebagai ahli rumah yang baik..Tapi silapnya bukan pada persatuan, tapi pada diri sendiri, khususnya dalam membahagikan masa..

Pelik jika sesorang menyalahkan persatuan, sedangkan kerja persatuan itu hanyalah sampingan bagi mengelakkan keboringan belajar sepanjang waktu.. menghabiskan masa di depan facebook tak pula menjadi masalah ye ^^, itulah masalah sebenar yang tidak kita sedari.. waaaah.. banyak perubahan yang perlu dilakukan, alang2 tahun baru buat umat Islam..jadi sama2 lah kita berazam untuk berhijrah.. hijrah ke arah yang lebih baik...

Kehebatan hijrah menyebabkan Saidina Umar r.a menjadikan ia sebagai titik tolak permulaan kelendar Islam. sebab itu dinamakan kelendar hijri.

Berhijrah bukanlah kerana ingin menunjukkan kelemahan, ataupun kekurangan dan ketakutan. Tetapi untuk membina kekuatan serta membentuk jiwa baru yang mampu berjuang lebih jauh.

Ketika Nabi dilanda dengan tahun kesedihan. Israk & mi'raj menjadi kekuatan bagi Nabi..

Hijrah pertama umat Islam ke Habsyah iaitu pada Rejab tahun ke 5 kenabian Muhammad S.A.W..

Allah AL-kHOLIQ mengkhabarkan pada hambaNYA bahawa bumi yang diciptakanNYA ini bukanlah sempit.

Firman Allah dalam surah azzumar ayat ke 10.

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Katakanlah pd mereka bahawa Allah mengkhabarkan ,, wahai hambaku yang beriman, bertaqwalah pada tuhanmu, untuk mereka yang melakukan kebaikan di dunia ini pahala, dan sesungguhnya bumi Allah ini sangatlah luas,dan DIA menjanjikan ganjaran yang tidak terkira buat mereka yang bersabar"

Diketuai oleh Uthman bin Affan r.a, rombongan hijrah pertama ke Habsyah terdiri dari 12 orang lelaki dan 4 wanita..dan bersama rombongan ini ada anak perempuan Rasullah S.A.W merangkap isteri kepada Uthman bin Affan, iaitu Roqiyah...

Tahun yang sama juga mereka pulang kembali ke Makkah dek mendengar berita palsu kononnya quraisy Makkah telah masuk Islam..

Jadi... HIJRAH KALI KE DUA KE HABSYAH..

dan pastinya bilangan muslimin kali ini lebih ramai, iaitu seramai 83 orang lelaki dan 18 (ada berpendapat 19) wanita.. dan ketika itulah, musyrikin Makkah turut menghantar 2 orang "orang mereka" iaitu Amru bin Al 'as serta Abdullah bin Abi Robi'ah ketika mereka masih lg dalam jahiliyah- ..untuk menipu raja Habsyah iaitu an-Najasyi... namun Allah menggagalkan perancangan mereka apabila melembutkan hati anNajasyi untuk terus mengizinkan umat Islam Makkah tinggal di Habsyah dgn aman.. ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------
Jika mahu diceritakan semua, panjang lah jadinya... cukup kita ketahui serba sedikit, itu belum lagi hijrah ke Madinah dan fasa2 menuju padanya..

Pokoknya..
Jika begitu hebat kesungguhan mereka dalam mempertahankan ISLAM, dalam menjaga keimanan,,, mengapa kita dengan mudahnya berasa lemah, merosot sekali bukan bererti merosot selamanya.. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berputus asa..sebaliknya sentiasa mencari kekuatan di mana pun peluang yang ada.. bukan kerana diri sndiri ingin mncari nama.. tapi krana ISLAM mengajar umatnya untuk kelihatan hebat di mata org lain.mencari nama untuk tegakkan ISLAM..

Berhijrahlah sambil muhasabah diri... sejauh mana penekanan terhadap pengurusan diri, emosi dan rohani... sejauh mana penekunan kita dalam menuntut ilmu sedangkan kita menyebut ''datangnya kita ke sini'' ialah untuk menuntut ilmu..


Friday, November 11, 2011

اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي

Bismillah.

Semalam tiga kali menghubungi bonda tercinta, dua kali untuk bertanya keadaan keluarga dan sekali untuk tanya pandangan bonda tentang urusanku. Ibu tercinta mendengar dan bertanya serba sedikit kemudian dengan tenang memberi pandangan. Sayang ibu..

Sehari sebelum itu sudah kehabisan kredit, menghubungi adik dan kakak :p

Khabar yang sedikit menyedihkan, ayah kurang sihat akhir-akhir ini. Sakit itu datang lagikah? Kesian ayah.. Moga Allah sembuhkan ayah yang aktif. Begitu banyak sekali ujian hebat buat ayah yang hebat.. Jika sebelum ini, dia bertungkus lumus mencari ikhtiar mengubati anaknya yang sakit, kini, dia pula ditimpa musibah penghapus dosa. Sungguh hebat dirimu ayah...

أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Ayah yang sentiasa ke masjid sekalipun sakit, ketika hubungi ibu, ayah sedang ke masjid, padahal tadi baru pulang dari hospital.. Melihat wajah ayah sudah cukup untuk mengajar anaknya akhlak dan melembutkan hati:(

Moga selepas ini anakmu ini mampu menjadi sehebatmu..dijauhkan dari memikirkan hal2 yang tidak perlu difikir banyak kali. Diberi kemudahan belajar dan menuntut ilmu dan pulang ke sana mengharumkan nama ayah.

Ya Allah, mudahkan urusanku ini..moga jalan yang bakal dilalui selepas ini lebih baik :)

Hati ini tidak putus berdoa..

*terfikir untuk bagi wang tiket ini pada ayah kalau2 cukup utk ayah tunaikan umrah.pergh... tak cukup pun........:(

Tuesday, November 8, 2011

Early marriage vs Increasing of divorce cases

Bismillah.

Ingin mencoretkan sedikit yang ku fahami tentang perkahwinan. Sebagai seorang yang makin meningkat ke arah dewasa, ku tidak lagi segan untuk berbicara tentang perkahwinan sekalipun usiaku masih seciput.. setiap orang memang melalui frasa usia ciputnya hihi.

Ku melihat dunia sekarang teramat jauh bezanya dengan dunia yang 10 tahun dahulu, berbeza dengan 5 tahun dahulu. Kita kini miliki facebook, twitter, yahoo messenger, millatfacebook, myspace, friendster dan sebagainya yang merupakan jalan pada perhubungan antara dua magnet lekat iaitu lelaki dan perempuan. Jaringan komunikasi kini teramat meluas, hatta berada di lebuh raya pun masih boleh berhubung, sesat pun masih boleh meminta tolong, ingin berskype, bervideo call dan seumpamanya bukan lagi sesukar dahulu..right? Kanak2 miliki handphone sekitar usia 12 tahun itu merupakan suatu perkara biasa, di mana-mana pun kita dapat melihat setiap watak yang bergerak samada kecil mahupun besar miliki handphone. Seingat saya, ketika saya darjah 6, saya masih belum memahami apa itu maxis, celcom, digi? Huhu. bila sebut jenama handphone lagi la dahsyat, sebut saja ipad, LG, XPERIA, apple, blueberry dan sebagainya... fuh.. tak mampu dihitung jari..

Justeru ku melihat perkahwinan awal bukanlah suatu yang pelik bagi sesetengah insan. Itulah cara yang terbaik untuk mengelakkan zina dan gejala buang anak.. Namun, dibimbangi masalah penceraian bakal meningkat, jika perkahwinan didirikan atas dasar nafsu semata, entah ke mana halnya setelah nafsu dipuaskan?..dapat anak?... itulah antara negatifnya perkahwinan awal yang bukan didirikan atas dasar kefahaman yang menyokong fitrah itu..dan itulah yang banyak mendominasi ramaja kita kini... sejurus tamat sekolah menengah dan masuk matrik, melaksanakan perkahwinan tanpa memikirkan risiko lain, pengajian, kewangan dan sebagainya...kemudian, apabila masalah-masalah tersebut menjelma dan membentuk sebuah gunung, akhirnya hancurlah sebuah rumahtangga itu..

Tapi jika cerdik dalam merancang dan memandang dalam setiap sudut, pasti ada jalannya.. kebiasaannya mereka yang cerdik, mampu merancang dengan baik dan sekalipun masalah itu datang,dia dapat mengatasinya dengan baik..kematangan dalam pemikiran dan keluasan sudut pandang sangat penting pastinya...! bukan sekadar pandai jaga anak, dah nak kahwin. bukan sekadar pandai masak, itu cukup untuk kahwin.. pandai uruskan diri, kewangan dan emosi.. tu pun penting...

Bagiku,..pernah je..

Terfikir dan tidak menolak untuk berkahwin awal, terlalu banyak hadaf yang ingin dicapai melaluinya... pergerakan pastinya lebih mudah bagi seorang wanita bersuami berbanding waktu bujangnya sangat terhad untuk bergerak..sedangkan waktu masih berkudrat kuat inilah masanya untuk terokai dunia sekeliling dengan lebih jauh..pulang Malaysia nanti, apakah masih berpeluang datang sini(oversea)? ... Allahu Allah..tp jika begitu, itu pastinya bukan diriku yang sebenar..aku yang sebenar bukanlah sematang itu untuk menjadi isteri orang..

Keluasan dakwah.. dan yang paling penting, selamat dan tenang dari unsur-unsur yang kurang baik yang bakal memperngaruhi gerak kerjanya dalam sebuah organisasi..

Namun di sana ada halangan yang perlu difikirkan... Jika diadakan debat.. agak2 yang mana menang?hehe.. debatkan! masyarakat kini sangat perlu penjelasan dan pencerahan tentang hal ini kerana rata2 memandang dalam satu aspek sahaja, iaitu "mengelakkan zina dan gelaja buang anak"...well, how about "penceraian"?

Wassalamualaikum wbt.

8 November 2011 : Walk alone

Alhamdulillah.

Hari ini dengan beraninya merantau dan berjalan-jalan seorang diri..dek sedikit tekanan yang menekan emosi yang sekian lama dipendam..Alhamdulillah, banyak perkara hari ini yang membuatkan tekanan itu semakin hilang. Seronok bila bersendirian..

Dalam surah al-muzzammil, Allah menjawab dan memberikan kita sebuah penyelesaian tatkala perasaan kurang baik hadir..

Bangkitlah qiyamullail dan laksanakan dua rakaat tahajjud paling kurang. Amalan-amalan pilihan inilah yang mengangkat seorang hamba itu menjadi harum namanya hingga di langit sana..

Jika berkesempatan, bolehlah kita teliti beza kalimah abid dan ibad yang disebut dalam alquran.hehe.sgt menakjubkan.

Menuju ke sana, menaiki bas sendiri, kemudian berhenti dan mengambil teksi.. berborak dengan pak cik teksi yang baik. Kemudian membayarnya wang sedikit lebih dengan harapan dia mendoakanku.. Selesai itu, berjalan-jalan dan bertemu pak cik jual keropok.. beli keropoknya dan bayar lebih, smbil meminta dia mendoakan.. bila bertemu kanak-kanak di masjid, ku bahagikan keropok itu.. ada yang menolak dan melihat saja ku makan.kih2. Seronok..tiada apa perasaan tatkala itu melainkan berharap sepulangnya diriku ke rumah, Allah lapangkan hati ini..

Ketika makan, ku disajikan dengan sebuah pemandangan hebat. Sorang wanita sedang menyalin lampin anaknya dengan kasar sekali. Letak di atas lantai tanpa beralaskan apa2, kemudian terus menukar lampin budak tersebut yang menangis makin kuat. Apa tidaknya, lantai itu sejuk... lantai tempat orang lalu lalang masuk masjid.... tersenyum ku melihat perbezaan cara antara orang melayu dan orang arab.

Banyak masa dihabiskan di tepi masjid itu, memerhatikan manusia dan dikelilingi kanak-kanak yang sedang menunggu ibubapanya.. Kemudian, terus berjalan-jalan mencari sesuatu.. tanpa hala, namun mata tidak lekang memerhati dan menganalisis.. :) Seronok bersendirian.. namun sekiranya kita berhadapan dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka itu lagi baik berbanding yang menyendiri tanpa apa-apa cabaran dalam hidup..

Ketika itu, terasa berani dan bersedia untuk dimarahi oleh pihak persatuan.. yerlah, seorang wanita keluar sorang2 di bumi orang.. Hati yang berbara lemah ketika itu bersedia memarahi dan menerima amarah orang, kata kan lah apa sahaja.. ku tidak kisah :)

Ingin dan sangat ingin berpindah, rumah kini di hujung kawasan, dan memaksa ku untuk rajinkan diri ke jamiah, naik turun bukit.. ku yang kecil pasti makin mengecil dek hal ini.. setiap kali pulang dari jamiah, setengah jam masa diambil untuk hilangkan kepenatan semput berjalan dan menaiki tangga rumah yang berada di tingkat 3.. Orang seringkali berpesan agar bersabar, namun tidak cerdik namanya jika bersabar tanpa cuba mencari penyelesaian.... insyaAllah moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk hidupku, ilmuku, agamaku dan hala tuju perjuanganku.. Ya Allah, ku mengharap belas ihsanMu untuk mudahkan urusanku ini..

Alhamdulillah terasa lega dan gembira sepulangnya ke rumah tadi sekalipun masih berbaki sesuatu..

Sekian wassalamualaikum wbt.

Monday, October 24, 2011

Hitung diri


Alhamdulillah, terasa masa berlalu dengan pantas.. Sekejap sahaja bakal meninggalkan tahun 2011.. dua bulan lagi.

Semester kali ini sangat mencabar, terasa berat ketika mengambil madah al-qosos al-qurani, pabila tanya rakan-rakan, majoritinya tahun 3, dan 4. Allahul musta'an.. Seronok dengan kisah-kisah, namun dari sudut pointer, jujurnya diri ini sangat bimbang. Persaingan sengit terpaksa dilakukan, apatah lagi bilangan pelajar untuk kelas kali ini 65 orang. =( boleh insyaAllah.

Dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar tahun dua, banyak ujian yang dihadapi, dan banyak juga nikmat yang dikecapi. Sekiranya dirimu cuba menghitung, pasti tidak mampu dihitung akan nikmat itu, justeru, kenapa masih menghitung ujian dan masalah? Apa yang mengganggumu sedangkan kehidupanmu makin baik, kewanganmu tiada masalah malah lebih dari sebelum ini.. bahasa mu juga makin baik..

Mungkin...

Perlunya menghitung kembali akan diri sendiri, memuhasabah diri, dengan tanggungjawab yang makin bertambah ini, apakah semuanya kamu laksanakan? tanggungjawab sebagai penuntut ilmu untuk mengamalkan ilmunya, tanggungjawab sebagai anak untuk sentiasa follow-up dan mendoakan ibubapa.. dan tanggungjawab sebagai hamba untuk mengabdikan diri pada tuannya. Allah..

Saat diri ini makin jauh dari kebenaran, bantulah aku untuk kembali pulang..suluhlah jalan itu dan redhailah diriku..

_______________________________

Sekalipun tidak mampu mengejar orang-orang hebat di hadapanku..

Ku melihat mereka yang hebat, mereka yang mulia, dan suci..

Ku mendampingi orang-orang yang sangat mantap, sentiasa qiyam, puasa dan berwibawa.

Di sisiku orang-orang yang wajahnya disimbahi nur ilmu, dan di sisiku orang-orang yang kurang dosanya..

Lalu ku pandang diriku,

dan memandang diriku sebagai sorang yang kekosongan, apa yang ingin dibawa..

Kenapa aku tidak seperti mereka... ? Apa yang menghalang aku dari jadi seperti mereka?

Cemburuku pada mereka tiada guna, andai aku tidak berusaha menghampirkan diri padaNya!

Ya Allah bantulah diriku mengislah diri...




Saturday, October 15, 2011

Sabtu : 15 Okt


Alhamdulillah wa syukr lillah.

Dalam slot akhir MURABBI hari ini, 4 potong ayat alquran dikeluarkan, sekaligus menjadi suatu tugas buat kami mentor mentee menghafal nombor tersebut serta ayatnya supaya suatu masa nanti, ia bersemadi dalam hati kami dan mampu untuk dikeluarkan bila2 masa saja ia diperlukan ..

3 : 103 - berpegang teguh pada tali Allah SWT
3 : 104 - tugas yang berterusan
3 : 139 - jangan pernah berasa lemah & sedih
59 : 9 - kisah muhajirin & ansor (Ithar)



USRAH merangka fikrah

Assalamualaikum wbt.

Sekian lama tidak menaip, kini insyaAllah kembali menaip, peringatan buat diri sendiri, juga insan-insan yang sama-sama inginkan perubahan. Tertarik dengan kata seorang sahabat :
"Bukanlah salah jika seseorang itu melakukan kesalahan, tapi salah jika ia kekal dalam kesalahannya."

Dan kata-kata seumpama itu kembali wujud beberapa bulan lepas, terlihat di facebook bekas presiden persatuan.

Mendapat taklifan sebagai naqibah/naqib, tentu sangat menakutkan, dan boleh jadi sedikit menggembirakan buat sesetengah orang.

Ketika memegang liqo' 116 di MMP dahulu, saya menyedari beberapa uslub/pendekatan yang salah sebagai seorang naqibah. Hingga sukar untuk mengaturkan pertemuan, liqo' nuqoba' kadang2 ditinggalkan.. Last2, kehadiran penuh hanya ketika mengadakan liqo' untuk jamu selera di luar..

Sbg seorang naqibah, kadang2 kita alpa dan leka sendiri, bercakap mengikut selera, semua tajuk dikupas dan tidak membuka ruang perbincangan. Itu bukanlah usrah namanya, itu ceramah.. hi hi. Peranan seorang naqibah sangat penting dalam menghidupkan sebuah halaqah, penting dalam membuka peti suara ahli-ahli usrah yang sedikit pendiam & membuka perbincangan.

Selain untuk meningkatkan bacaan & tsaqofah, mungkin juga sgt penting bagi sorang naqibah tersebut mampu menguasai beberapa peratus dari bidangnya,, Yerp, luaran mungkin kelihatan meningkat, namun bagaimana pula dengan dalaman? begitulah, dalam mengajak seseorang kepada ma'ruf, pengajaknya lebih aula untuk melakukan.. Di situ kita lihat, pentingnya buat seorang naqibah memperbanyak makanan rohani.. Semakin bertambah tanggungjawab, semakin perlu mencari tali-tali pergantungan dengan Allah SWT. Allahul musta'an.. =(

-Menerima dan meraikan kekurangan- Sebagaimana kita memiliki kekurangan, mereka juga begitu... raikan dan jangan merasa bosan...meng'hukum' seseorang juga merupakan tabiat manusia.... dukturah marwah sering berpesan... :
"Jangan benci pada manusia(dirinya), tapi cukup untuk membenci perbuatan buruknya.. "..

-Menjaga diri dari emosi-

kkkkkk.. dh lewat.. sambung...

Wednesday, September 28, 2011

Kuliyah Tarbiyah UJ

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan untuk mengatur kehidupan dengan baik. Hari ini sudah hampir dua minggu kuliyah bermula. 2 madah fiqh, 3 madah usuluddin, dan 1 madah hafazan. Gembira dan sedikit fit masa tatkala tiba hari isnin dan rabu. Mengisi kepala dengan 3 jam madah usuluddin yang sungguh memenatkan. Namun, sangat seronok bermain dengan bahasa yang indah, susunan yang menarik..itulah ayat2 kalamullah. Yang mengajar cara-cara berhujah, cara-cara mengeluarkan bukti, dan cara-cara menjadi seorang yg mampu berdepan dengan cabaran. Benar2 bermukjizat.

1- Berpersatuan

"Enti dari kuliyyah tarbiyah?" tanya saya pada kawan
"Ya, insyaAllah akan jadi guru nanti".. jawabnya

Di situ, saya faham, Oo... kuliyyah tarbiyah bererti faculti pendidikan.

Ada seseorang yang melihat persatuan sebagai bukan faktor tarbiyah. Lalu menjauhkah diri dari persatuan. Benarkah itu? adakah tarbiyah hanya diperoleh melalui usrah? atau hanya melalui pertemuan-pertemuan yang bertazkirah?

Persatuan banyak mendidik sebenarnya. Persatuan melahirkan pemimpin, dan yang lebih baik lagi, membentuk seseorang menjadi pemimpin yang baik, yang menyedari tanggungjawabnya sekalipun memegang sekelompok kecil. Mendidik para AJK untuk bertahajjud, munajat, serta mengisi masa dengan menggerakkan minda. Kepenatan berpersatuan kadang-kadang membuatkan seseorang terasa kehampirannya dengan pencipta.. perlunya mengadu pada pencipta..di samping melatih mu'amalah dengan manusia..

Berprogram, diskusi, ceramah, serta pelbagai program yang berpaksikan ilmu dan tarbiyah mampu dijalankan melalui persatuan. Namun, itu hanyalah separuh dari usaha membentuk seorang intelek berjiwa mantap, yang selebihnya ialah melalui faktor sekeliling.

Huhu.. kita yang tak faham, atau mereka yang tidak merasai.. apakah yang dinamakan tarbiyah itu..

----------------------------------------------------------
Mendapat berita dari Malaysia. Alhamdulillah Allah telah menyembuhkan kakak tercinta, dan kini sedang dirawat di sebuah wad di Malaysia. Syukur padaMu ya Allah. Dalam kesusahan ibu dan ayah, Allah memudahkan urusan anaknya di sini. Alhamdulillah, dicukupkan oleh Allah akan keperluan dan sedikit kehendak sendiri.

^____^


Wednesday, September 14, 2011

Memahami keperluan


Alhamdulillah masih mampu meneruskan kehidupan di sini, di bumi Jordan yang banyak mengajar mengenali kepelbagaian kerenah individu.

Berborak dengan adik-adik students baru, membuatkan saya sedikit sebak. Sebak dengan pengalaman untuk menjejakkan kaki ke sini.. dan pengalaman berada di sini. Menguruskan kewangan, menguruskan emosi dan sebagainya.

Tekad dan azam yang dipasak. Tidak akan menggunakan wang ibu ayah ke arah suatu yang merugikan. Melihat insan lain membeli barangan berjenama, kasut berharga hingga 30 JD, beg berjenama yang mencecah harga puluhan dinar jordan, jubah dan jilbab berpuluh helai... geleng kepala sendiri melihat.. Hilang punca..

Sedikitpun hati ini tidak cemburu! Tapi berasa kasihan terhadap insan yang mengusahakan perbelanjaannya.

Kita bersenang di sini, hakikatnya, ada yang bersusah di sana. Mata terkabur dengan kabus-kabus rasa hati yang inginkan kemewahan. Kena ingat,, nilaian usaha ibubapa untuk mendapatkan seringgit itu lebih berharga dan cukup membuatkan kita merasa bersalah untuk membelanjakan wang ke arah suatu yang tidak perlu.

Alangkah baiknya,, wang lebihan yang ada, disimpan, dirancang untuk suatu yang akan datang. Bersenang di tahun 1 bukan bererti tahun seterusnya kita akan senang. Jadi, prepare siap2 segala risiko dan kemungkinan yang akan berlaku. Berjimat bukan bererti kita sengkek.. kedekut untuk keluarkan wang. Justeru, sekali sekala belanja rakan dan ahli rumah bukanlah suatu pembaziran jika ada batasnya.

Semester pertama tahun kedua akan bermula esok.

Doakan!


Monday, September 5, 2011

Elaika



Jom kita hayati sebuah nasyid indah dari bait-bait kata Imam as-Syafi'e rahimahullah ;

إليك إله الخلق أرفع رغبتي وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما

KepadaMu tuhan pencipta makhluk, ku angkat seluruh pengharapanku

biarpun diri ini wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Mulia, seorang yg brdosa


فلما قسا قلبي وضاقت مذاهبي جعلت الرجا مني لعفوك سلما

Tatkala terasa kerasnya hati dan sempitnya perjalanan ini,

Ku jadikan harapan ku itu sebagai tangga mendapatkan keampunanMu


فما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل تجود وتعفو منة وتكرما

Engkaulah Pemilik keampunan terhadap dosa

KepermurahanMu dan keampunanMu tetap berterusan


ألست الذي غذيتني وهديتني ولا زلت منانا علي ومنعما

Bukankah Engkau yang memberi makanku dan menunjuki jalanku

Dan Engkau sentiasa memberi kurniaan dan nikmat terhadapku


عسى من له الإحسان يغفر زلتي ويستر أوزاري وما تقدما

PadaNya yg memiliki belas kasihan moga Dia mengampuni kesilapanku,

Dan menutup segala kelemahanku dan dosa yang telah berlalu


فإن تعفو عني تعفو عن متمرد ظلوم غشوم لا يزايل مأثما

Sekiranya Engkau ampunkanku, ampunilah segala kejahatanku

kezaliman serta penganiyaan yang bisa mengekalkanku berdosa di sana nanti


وإن تنتقم مني فلست بآيس ولو أدخلت نفسي بجرمي جهنما

Sekiranya Engkau memberi balasan padaku, aku tetap tidak akan putus asa

Sekalipun dosa itu menyebabkanku terhumban ke neraka jahannam


فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه وفيما سواه في الورى كان أعجما

Lancar lidahnya tatkala menyebut-nyebut tuhannya,

dan tatkala bersama orang lain di dunia ini, dia bagaikan asing


يقول حبيبي أنت سؤلي وبغيتي كفى بك للراجين سؤلا ومغنما

Dia berkata : Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan bergantung harap

Cukuplah Engkau bagi orang-orang yang bergantung harap dan meminta


أصون ودادي أن يدنسه الهوى وأحفظ عهد الحب أن يتسلما

Aku memelihara keinginanku dari dicemari hawa nafsu,

dan aku menjaga perjanjian cinta ini agar terus kekal suci


ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى تلاحق خطوي نشوة وترنما

Ketika ku berjaga dari tidurku, aku terasa rindu. dan ketika aku lelap, aku berharap pdMu

agar Engkau mengiringi langkahku dengan lagu penuh semangat


فجرمي عظيم من قديم وحادث وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما

Dosaku teramat besar dari dulu dan kini

Namun, keampunanMu yang hadir itu lebih agung dan tinggi.

Wahai tuhanku..


---------------------------------------------------------------

Jadilah insan yang kuat di hadapan para musuh Islam,

Jadilah insan yang hebat dalam kalangan umat Islam..

tapi jangan lupa..

Untuk menjadi seorang yang paling lemah,

menjadi seorang hamba yang paling merasai kekurangan,

seorang insan yang paling menyedari kesalahan,

dan paling menyesali dosa yang dilakukan

tatkala di hadapan tuhan..


------------------------------------------------------------------------

p/s : Mak ayah, abang, kakak dan adik serta rakan-rakan... maafkan salah silapku, andai pernah menzalimi atau mengambil hak, andai pernah mengata dan menyibuk, atau menggores mana-mana hati.. kadangkala memikirkan kematian, hati ditusuk kebimbangan, siapa yang pernah kita hutangi tapi masih belum membayarnya? atau siapa yang pernah kita zalimi, namun masih belum meminta maaf dan balasan darinya?


Ya Allah, akhiri hidupku dengan husnul khotimah dan jauhi aku dari suul khotimah.

Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri dari Amman, Jordan

Alhamdulillah, masih hidup rupanya blogger sorang ni. Moga dengan peluang hidup ini, bertambahnya amalan dan makin hampir pada Allah Yang Esa.

Mengambil kesempatan yang ringkas untuk mengucapkan "TaqabbalaLLahu minna wa minkum" yang merupakan ucapan para sahabat Rasulullah s.a.w tatkala bertembung sesama mereka di hari raya.

Namun, lazimnya kita di nusantara akan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin".. Tidaklah salah kerana tidak ada nas yang melarangnya. Malahan tidak ada juga hadis yang menunjukkan ucapan Rasulullah s.a.w khusus pada hari eid.

Lazimnya kita orang melayu akan bermaafan di lebaran. Justeru, saya turut mengambil peluang ini untuk turut sama memohon kemaafan atas segala kesilapan sepanjang bergerak dan bermusafir di bumi Allah ini.huhu. Siapa tidak pernah mengata, mengumpat, mencela dan sebagainya. Sedari kita belajar dan memahami tentangnya, sangat2lah kita dituntut untuk menjauhi semua itu..Moga sejarah terkubur menjadi sejarah yang tidak akan berulang. Allahul musta'an. Allah jua tempat aku memohon pertolongan. (Ceh, ayat pondok ni hehe)

Opss satu lagi.. lupa.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG KE 54 ..

Saya sayang bangsa saya, dan saya cintakan negara saya. Namun, makin hari saya tidak lagi melihat bangsa melayu yang macam dulu.. pengaruh barat dah meresap dengan dahsyatnya, kesopanan dan tatamurni orang melayu hanya boleh dilihat di kampung-kampung. Itupun, susah.. anak-anak remaja kampung melepak, hisap rokok, keluar berpakaian sendat, gincu menebal, mekap pun berlapis-lapis. Orang Kelantan kata "daghat sungguh"..

Nak satukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum...susah. melainkan dengan Islam.. redhakan non-muslim untuk hidup di bawah panji Islam.. kenalkan mereka bahawa Islam sangat lemah lembut, prihatin dan penyayang terhadap semua manusia.. Dalam al-quran, menyebut bahawa Rasulullah s.a.w merupakan "Rahmat buat sekalian alam".. dan bukan "rahmat buat orang mukmin/muslim".. Justeru, muslim kah, atau non-muslim kah.... selagi hidup di alam ini.. layak untuk merasai kedamaian dan ketenangan di bawah panji Islam.........

Hakikat dan bukan majaz.. Selama pemerintahan sekarang, entah berapa kerat usaha untuk menarik non-muslim pada Islam yang dilakukan oleh kerajaan.. nasibb baik ada NGO yang rajin menggiatkan aktiviti dakwah pada non-muslim.. antara yang rajin juga ialah kerajaan negeri Kelantan.... ayah saya selalu menghadiri seminar-seminar anjuran kerajaan negeri yang menerangkan tentang konsep non-muslim dalam Islam dan pernah menjadi pembentang... yang dihadiri oleh segerombolan ramai non-muslim sekitar kelantan dan luar kelantan, serta mengumpulkan NGO NGO yang terlibat...

Tahniah dan syabas pada NGO yang brtungkus lumus utk tujuan itu. Paling kurang, ia membantu sedikit sebanyak..dan insyaAllah usaha mereka diganjari Allah s.w.t...

Ingin menggiatkan aktiviti secara menyeluruh, perlulah memegang tampuk tertinggi.. dan ia tidak tercapai melainkan sesuatu itu melalui jalan yang memang sampai kepada niat tadi.bagaimana nak sihat kalau x makan ubat.. nak tak nak, politik itu perlu..kerana politik terletak di menara tertinggi, semua yang kecil akan kelihatan dan mampu dilihat.dari sistem pengajiannya, sistem ekonomi, kebajikan, tarbiyah, sistem media hebahan dan sebagainya....

Setelah fathu makkah(kemenangan), kita lihat orang berpusu-pusu memeluk Islam... lihat bagaimana aktiviti dakwah Rasulullah s.a.w tidak lagi dihalang, dan lihat bagaimana ia mampu disebarkan secara meluas tanpa mengira kaum mahupun bangsa..

Ok.. sudah hampir subuh... sekian sahaja bebelan hari ini.. sinopsis dari sebuah forum yang saya lihat di youtube..forum ulamak berpolitik kalau x silap.. salah silap komenlah kat video tu.. hihi. linknya sudah hilang.. hmm.

Salam aidilfitri dari perantauan.. mak, ayah, abang, kakak, dan adik.. alhamdulillah, tiada tangisan di pagi raya.. *hehe* Ampun maaf, dan ku sampaikan segenggam kerinduan yang tak terhingga buat kalian.. bertemu tidak akan jemu, berpisah tidak pula gelisah... redhalah akan diriku andai tidak sempat pulang ke tanah air..~kematian hadir tanpa diundang~

Friday, August 19, 2011

Pencetus ^_^

Alhamdulillah wa syukr lillah.

InsyaAllah esok Sabtu 20.08.2011, akan bermula final exam untuk semester pendek ini. Ketika ini, sedang sibuk menelaah pelajaran bersama sahabat-sahabat seangkatan yang akan turut sama berjuang di medan exam. Belajar ketika exam dengan belajar selepas dan sebelumnya sangat berbeza. Ketika ini, kita akan mengejar-ngejar untuk menghabiskan silibus yang akan masuk dalam final exam. Belajar @ membaca sebelum atau selepas exam pula lebih pada untuk menyampaikan, hafal dan faham untuk memberi faham.. pasti di situ keberkatan yang lebih.

Tertarik dgn bacaan kitab hady annabawi fil adab karangan Dr.Sharaf al-Qudhoh...yang memperihalkan tentang dua ciri utama sebuah Jemaah Islam yang wajib untuk dibaiah(untuk bertaat setia) :

"1- Merupakan sebuah jemaah/pertubuhan .. dan bukanlah suatu yang teori @ pembawaan fikrah semata, tapi memiliki organisasi atau pim
pinannya. kerana itu lah, mazahib al-fiqhiyyah tidak dinamakan jamaah kerana ia tidak bertanzim.

2- Islam - sebagai matlamatnya dan bukan semata moto, tapi diusahakan ke arahnya menerusi wasilah atau cara-cara yang diharuskan syarak. Dari segi kefahamannya tentang Islam pula pastinya menyeluruh. Adapun jamaah yang mementingkan sesetengah sudut sahaja, maka ia bukanlah jamaah islam yang dimaksudkan.namun ia turut diganjari atas kebaikannya. contohnya : hanya mementingkan sudut politik semata, atau kerohanian semata, atau kebajikan semata, atau pengajian semata. Bahkan jamaah yang dimaksudkan hendaklah tidak meninggalkan salah satu dari yang disebutkan, samada sudut politiknya, kebajikannya, kerohanian dan sebagainya."

Di zaman kini yang tidak ada khalifah memegang tampuk daulah islamiyah, maka wajib untuk kita membantu dan membentuk sebuah jamaah yang berhadafkan(bertujuan) ke arah menegakkan daulah islamiyyah dengan jalan-jalan yang syar'ie serta tepat mengikut zaman.

Diri ni masih tak mengerti lagi apa yang dimaksudkan, tapi mungkin akan faham suatu masa nanti. hihi. jom kita tanya duktur.

Entah kenapa, semester pendek ni, kesemua duktur yang mengajar berfikrah dan berjiwa haraki. Boleh kata setiap kali kuliyah, mereka akan menyuruh pada "jadilah insan muharrik(yang bergerak) bukan semata mudrik(insan yang mengetahui)".. tapi kita pun konfius, camne caranya ye? hihi.mungkin bila dah dewasa sikit dan pulang ke Malaysia nanti, kita akan faham apa yang duktur maksudkan.


kagum.

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan yang dinanti

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Menuju madrasah tarbiyah, yang tidak pernah dibayangi suatu masa dahulu.
Berada di bumi Jordan, bersama kegersangan hari-hari yang dilalui.
Soifi yang cukup menguji.
Bersisa 4@5 hari lagi..sempatkah ia ditemui..

Buat ibu, ayah, yg kini busy, entah sempat buka ke x mauqi' ni^^..n adik beradik, pertama kali menghampiri ramadhan tanpa kalian.. mengharapkan doa yg tulus, moga Allah menabahkan diri ini saat hati tiba2 dirundung kerinduan. Namun, kesibukan di sini kdg2 tidak mengizinkan diri utk beruzlah dalam kesedihan.. kui2. jgn bimbang aknku:)

Sahabat2 yg dikasihi,
Pandai2 lah kita membentuk diri dalam bulan mulia ini, meninggalkan kata-kata kosong yg memenatkan, ketawa berlebihan yg juga memenatkan, serta angan-angan mat jenin yg tak berkesudahan. Menjauhi diri dari perkara tercela, seterusnya menghiasi diri dgn perkara mulia.. Menaikkan graf iman dan amal, serta menurunkan graf maksiat dan dosa.

Di sini mungkin ujiannya ialah kepanasan, tempoh puasa yg lama, dan rasa kering..

Kalau di Malaysia, ujiannya lagi banyak.. bazar ramadhan, channel rancangan yg melalaikn, serta tak kurang kepanasan yg mengeluarkan peluh..:) tabahlah orang malaysia ye. Isi perut sekadarnya, pilih rancangan utk ditonton, serta sabar hadapi hari panas.

Banyaknya nak kena jaga diri, iman dn hati.........



Thursday, July 14, 2011

Menanti kesembuhan

Menunggu dan menunggu
Moga Allah menyembuhkan beliau secepat yang mungkin
Agar boleh kembali menyambung pengajiannya.
Ameen.

Semangat untuk jadi berani!

Monday, July 11, 2011

Jangan takut

Allahuakbar..

Ya Allah...
Kuatkann diriku.
Jadikan aku seteguh dan seberani mereka..
Jadikan aku insan yang jauh dari sikap penakut, pengecut...
Tidak boleh lemah semangat..
Beranikan diri..
Kuatkan hati...
Seisi keluarga berhadapan dgn ujian ni..
Mereka telah berubah dgn hebat sekali..
Sedangkan aku masih d takuk lama..
Jangan terpedaya dgn kejahatan syaitan..
Kenapa berat nak angkat takbir..
Kenapa takut nak brdoa seorang diri..
Astaghfirullah..
Ya Hayyu Ya Qayyum...
..برحمتك نستغيث
إليك إلهي أشكو بثي وحزني وضعفي
Meniti hari di perantauan..
Mengimpi segalanya kembali seperti silam..
Sedangkan silam itu bukan lah mendekatkan dgn kampung halaman..
Ya Allah..
Tenangkan kami dengan kampung akhirat..


Friday, July 8, 2011

Mubarak


Alhamdulillah. Pujian bg Allah. hari ini selesai sudah anual general meeting PPMA 2010/2011. Tahniah buat yang diberi kepercayaan untuk menggerakkan Persatuan Penuntut Malaysia Amman. Pastinya mereka ingin melakar paling kurang 1 kenangan manis yg tidak mungkin dilupakan oleh ahli dalam sesi pentadbirannya. Moga Allah memberi kekuatan dalam setiap langkah kalian.

Menggerakkan persatuan@sesebuah organisasi, bukanlah terletak hanya pada saff kepimpinan. Tapi meliputi ahli itu sendiri. Kita merupakan sejuzuk dari persatuan @ pergerakan @ pertubuhan @ apa2 nama untuk sesuatu yg berorganisasi.

Justeru, lemahnya sesebuah persatuan @kuatnya ia bergantung pada ahli itu sendiri. Jangan bertanya "kenapa sikit sangat aktiviti@program" kerana ia hanya menuding jari pada diri sendiri agar memberi jawapan. Adakah jawapannya bermula dengan "sebab dia tak buat apa2".. ? tidak... jawapan sebenarnya ialah "sebab kita semua yg tak buat apa2.. ".

Akhir kalam,

Takde kaitan pun ngan atas tu.huhu.
Hargailah air.. hidup di Jordan ni sgt memerlukan kita utk berjimat.. sedih.. xde air plak kat umah.. 2nd time kot x de air sepanjang 9 bulan kat sini..[kih2.. ]

Untuk orang kat rumah[malaysia].. hnani sgt2 mendoakan kesejahteraaan semua. Moga Allah memberi jalan ikhtiar dan memudahkan segala jalan itu.. semoga sembuh dn terlindung dari kejahatan jin dan manusia. Moga buah kesabaran dan ketabahan itu mampu kalian nikmati dengan penuh kelazatan dan kerehatan..

Jom...
rehat.

Wallahua'lam..

Saturday, July 2, 2011

Nisa'


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, pujian bagi Allah.. segala kesempurnaan hanya pada Allah. Buat kesekian kalinya, kesyukuran diangkat kerana masih lagi bernafas, masih lagi mampu menjenguk pintu taubat dan mengumpul seberapa banyak bekal untuk dijual di sana..

Update ringkas sahaja, insyaAllah.

Dalam meniti titian kehidupan, kita sebagai muslimah mungkin jarang menyedari pentingnya kita untuk berada di atas jalan yang dinamakan jalan dakwah. Jalan yang mungkin mengurangkan hilai tawa, mengurangkan borak kosong, gosip dan segala macam tabiat sesetengah wanita tatkala bersama rakan-rakan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi. bahawa Nabi S.A.W berpesan :
ولا تكثر الضحك فإن كثرة الضحك تميت القلب
"Jangan ketawa yang keterlaluan, krn ia bakal mematikan hati"

Ketika berliqo' fikri beberapa minggu lepas, Ukht Nurul Jannah ada menyebut,
من كثر ضحكه قلت هيبته
"Sesiapa yang banyak sangat ketawanya, maka makin kurang kehebatannya"

Kata-kata saidina Umar al-Khattab kalau tak silap.

Bergurau senda bukanlah suatu tegahan, malah Rasulullah S.A.W juga bergurau, asalkan tidak membawa pada menipu.

Namun jauh sekali baginda S.A.W berhilai ketawa seperti kebanyakan kita, hingga tergolek-golek jadinya. cukup untuk baginda senyum hingga menampakkan giginya.

Banyak yang tidak saya ketahui tentang jalan yang dikatakan tadi, usia muda dan pengalaman seciput, namun, pernah terbaca sebuah buku tentang fiqh dakwah bagi seorang muslimah.

Sejarah telah melakarkan mereka-mereka yang hebat di zaman Rasulullah S.A.W dahulu.. Siapa ye? antaranya ;

Saidatina Khadijah r.a yang menenangkan ketakutan Rasulullah s.a.w serta melindungi baginda dengan harta,nyawa dan jiwa..

Khaulah bint Tha'labah r.a yang didengari rintihannya, lalu diturunkan ayat tentang zihar [dalam surah al-mujadalah]

Ummu Salamah r.a yang memiliki kebijaksanaan dalam meneliti suatu masalah, kisah yang sering kita dengar iaitu ketika perjanjian hudaibiyah..

Wanita-wanita yang berhijrah ke Habsyah bersama suami mereka, meninggalkan rumah, harta dan segala yang disayangi di kampung halaman sendiri iaitu Makkah. Tak mudah tu.. nak merentas padang pasir lagi...

Wanita yang menghadiri baiatul aqabah yang kedua.. iaitu seramai dua orang..

Saidatina Aisyah r.a..Imam Bukhari meriwayatkan dgn sanadnya dari Anas bin Malik r.a : Pada hari terjadinya perang uhud, aku melihat Aisyah dan Ummu Sulaim bekerja keras memindahkan kantong air di atas belakangnya kemudian menuangkan pada bibir orang-orang yg lain ..

Banyak lagi yang tidak mampu disebut di sini [sebab tak tahu nak baca camne] huhu..

InsyaAllah, jika dikaji, ia bukanlah suatu yang asing. Peranan seorang wanita memang sangat besar, paling besar ialah dalam membentuk rijal ummah.. ibu merupakan madrasah pertama bagi kita.. bagaimana kita terbentuk sekarang merupakan natijah dari penat lelah ibu dalam melayan kerenah kita kecik2 dulu.. kan?

Wallahua'lam..

Wassalamualaikum wbt.

Sunday, June 12, 2011

Langit tinggi

Ya Allah
Jaminanku bukan diriku
Bimbang tentang hari esok?
Rezekiku, pengajianku, ibu ayahku, keluargaku..
Sedangkan aku sendiri tidak mampu mengagak
Apakah ada hari esok untukku..
Ya Allah
Teguhkah keyakinanku
Moga ia tidak pudar
Moga ia tidak samar
Di sebalik kabus kebimbangan yang mengaburi
Ya Allah
Sedarkan diriku
Betapa aku teramat lemah
Biar seribu manusia mengangkat mengatakan "kamu hebat"
Langkah pena ini akan terhenti dek kurangnya daya aku
Nafas yang singkat ini akan putus tanpa izinMu
Hakikat yang bukan lagi majaz
Tiada yang mengiringi langkahku
Rasa takut akan dosa-dosa
Rasa rindu pada Pencipta
Penghubung dua perasaan ini
Hanyalah "pengharapan"
Tiada kehebatan yang mampu dibanggakan
Tiada harta yang bisa dibelanjakan
Tiada amalan yang sepadan
Untuk merisik khabar pintu syurga & arridho
Ya Allah
Pandanglah kami
Kerana kami berada di hujung
Bila-bila masa sahaja kami akan tersungkur


Tajuk yang hentah hape2
Mungkin penat kot
Survey rumah sewa baru..tapi tidak memenuhi kriteria
Sob3..
sabar2.. tenangkan diri




Monday, May 23, 2011

Tugas yang menakutkan


Nukilan seorang pelajar first year.

Sempit rasanya apabila setiap tingkah laku kita diperhatikan. Apatah lagi di facebook. Namun, sedikit sebanyak, itulah yang mendisiplinkan diri kita, membentuk akhlak yang benar-benar sebati dalam diri.

Mungkin permulaannya sangat pahit, namun pasti di pertengahannya ada tenang yang luarbiasa, dan di akhirnya ada kemanisan.
Lumrah seseorang yang berlatarbelakangkan pengajian agama, manusia sekeliling bagai cctv. Merakam segala gerak kerja, dan tatkala melihat sedikit kepincangan, mereka mula bising.

Tatkala kita mendiamkan diri, mereka mula tidak tentu arah, mula menimbulkan pertanyaan. ''Aii.. haritu punyalah semangat, sekarang dah senyap? takkan tak endah hal ehwal umat kot"

Bila mana kita lupa ayat quran, hadis, atau nama-nama kitab, mereka mula membuka mulut ..
''Macam mana ni, ilmu letak kat mana.. takkan dalil dot3 pun tak ingat..saya takpe la tak ingat, sebab saya jurusan dot3.. bukan shariah''

Bila mana melihat kita ditimpa musibah, mereka mula kata
''Ish3.. ni mesti ada wat hal yang Allah tak suka, orang berilmu yang tak amalkan ilmu, Allah balas 2kali ganda tau!"

Ish3. penat la macam ni.


Bila ugamawan dianggap malaikat..


Sebanyak mana pun seseorang itu menjaga dirinya, dia pasti tetap akan tersilap dalam certain tindakan, dia juga ada sifat lupa, dan dia juga manusia biasa, yang tidak lepas dari ujian. Lihatlah bagaimana para rasul dan nabi diuji. Ada yang diuji dengan kekufuran isteri, diuji dengan sakit, diuji dengan hinaan, dan sbgnya.. Jadi, jangan terus memandang serong pada mereka.

However,
--------------------------------------------------------
Seorang ugamawan itu,

nak tak nak, title yang telah sudi mereka tandatangani ini perlu dititik beratkan dalam kehidupan..title sebagai lepasan Jordan, lepasan UIA, USIM, lepasan Saudi, lepasan al-azhar, dan mana-mana tempat.. itulah title yang nampak gah di mata masyarakat.


Suka mahupun tak berapa suka, mereka perlu bersedia dengan pelbagai hujjah, baik dari al-quran mahupun hadis, kisah2 sirah, dan sebagainya.


Mahu tak mahu, mereka perlu hafal itu ini, perlu faham akan banyak perkara, baik politik, fekah, aqidah, tafsir dan sebagainya hatta ilmu bahasa.. bukan untuk tunjuk pandai, tapi supaya tidak tampak lemah di mata awam, supaya tempat galian ilmu itu tidak tercemar dengan ketidakcaknaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari.


Lagi-lagi bagi seorang lelaki, yang setiap harinya bakal berhadapan dengan awam. Baik di masjid mahupun luar masjid.


Ingatlah bahawa ALLAH memuliakan seseorang itu dengan ilmu. Namun, jika title itu dipegang, tapi jalan yang dilalui tidak seperti seorang yang berilmu, kehinaan lah yang bakal dia terima.

~Wallahi saya takut untuk pulang ke Malaysia nanti~ hehe [ ni stail orang arab, letak wallahi kat depan, untuk menguatkan lagi kata2 mereka, kalau wat kat Malaysia, habeslaa ]

-----------------------------------------------------
Tidak mengupdate blog bukan bermaksud tidak mengendahkan dunia sekeliling. Dunia luar merupakan gula garam kehidupan.

Hidup menyendiri yakni dengan hal sendiri, ibarat nasi kosong. Tiada rasa melainkan tawar. Nak kata tak sedap, tidak.. Nak kata sedap, pun tidak..
----------------------------------------------------

Terima kasih guruku kerana mengingatkan kembali padaku akan tugas dan tanggungjawab yang bakal ku tanggung sepulangnya ke Malaysia nanti. Bila sedar hal itu, mula rasa gundah. Banyaknya lagi nak kena faham betul-betul untuk memahamkan orang lain.. Last but not least, lakukan segalanya kerana Allah SWT.

"PENUNTUT CEMERLANG UMMAH GEMILANG"

MOOD KALI NI : exam yang membuatkan ku membaca, atau apa? muhasabah kembali

Friday, May 20, 2011

Bravo! mulakan langkah

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah wa syukr lillah.

Dirinya telah memulakan langkah. Yes! tabik spring..

Ops silap.. ~alhamdulillah~

Saya, jelajah blog-blog orang.. dan melihat cara penulisan setiap orang.. Tidak kurang juga yang tidak update2..~bz~ bagus la.. tapi yang mengkritik penulisan orang lain pun banyak yang saya temui. hehe.

My friend, bukanlah seorang yang berminat dengan penulisan ilmiah berunsur keagamaan, walau bagaimanapun, dia suka menulis~kot~. Namun katanya, takut nak buat blog.. tak layak & sebagainya.. tak mcm org ni.. tulisan dia bagus je..

O no.. takpe.. buat je blog.. dari melayari video2 yang tak baik.. baik lagi menulis kan.. tulis pengalaman hidup di negara orang pun dah ok ape.. mana tahu ada orang yg dapat inspirasi.. mana tahu ada orang yang dapat tips2.. biarpun sedikit, tulislah..

Yang penting, penulisan itu tidak mencela, menuduh atau berunsurkan penghinaan terhadap mereka yang tidak sepatutnya.. juga bukan penulisan angan-angan kosong @ angan-angan yang mustahil tercapai..

Akhirnya.. dia miliki blog.. hehe..
----------------------------------------------------
~Pesal ni nak update blog PPMA tak rajin mana.. blog sendiri bleh plak update.. ~haish~.. sebenarnya....... lupa ngan tugasan mengupdate + tak tahu nak update apa, kalau ada qarar, mudah sikit.. kita tahu apa perlu buat ~~ haha.. maaf presiden dah marah..
----------------------------------------------------
Hehe.. buat kawan2 yang baru mulakan langkah.. teruskan usahamu! dalam banyak2 entry, pasti akan ada entry yg mampu memanfaati pembaca.. bittaufiq~

Wednesday, May 18, 2011

Antara dua alam ..



Saje tulis tak nak bagi hilang~tajuk tu tak reti nak buat~ dalil inayah yang paling memberi kesan pada diri, dan beberapa individu .. yang telah berjaya membuatkan mereka yang tidak bertuhan utk rasa bertuhan.. ~kata guruku
-----------------------------------------------
Sedari kebergantungan kita pada Allah.

Wahai diri sendiri dan sekalian peneliti yang miliki akal dan hati,

Fikirkan.

Apakah mungkin langit, udara, cahaya, pokok, haiwan dan laut(contohnya) bersepakat untuk memenuhi keperluan kita. Langit kadangkala mendung, meneduh dari terik kepanasan, kadangkala cerah, kadangkala gelap. Udara beralun, kadangkala panas, kadangkala sejuk. Pokok membesar, tumbuh dan berdaun, daun membekalkan oksigen, darinya lagi terbit buah-buahan menjadi santapan sehari-hari. Haiwan membiak, ada yang mati, lalu kulitnya bisa menjadi pakaian, ada yang dari dagingnya bisa menjadi makanan.

Semuanya memenuhi HAJAT kita.

Siapakah yang lebih mengetahui tentang kita dan keperluan kita? diri kita kah? sedangkan tatkala hormon berubah pun kita tidak ketahui, bilangan saraf sendiri pun kita tidak pasti..

Haiwankah yang lebih mengetahui tentang keperluan manusia? itu lagi mustahil...

Atau .. apakah mungkin ia berlaku secara kebetulan.. kebetulan pokok itu tumbuh sedemikian rupa, dan kebetulan manusia memang memerlukan pokok untuk bernafas... adeh.. peningkan? jadi, tolak 'kebetulan' itu.

Tidak dapat tidak, yakinilah bahawa setiap ciptaan di alam ini penciptanya hanya satu.. Itulah yang mencipta, dan mengetahui keperluan ciptaannya.. dan DIA pastinya bukan manusia, dan tidak sama dengan manusia.. DIA pastinya bukan haiwan, bukan pokok dan tidak sama dengan semua yang ada di alam ini..

Seorang pakar komputer, yang cipta komputer, dia pasti mengetahui fungsi komputer ciptaannya, dan jika berlaku sebarang kerosakan, kelembapan fungsi.. pakar tersebut pastinya mampu untuk mengubah suai dan membaikinya..

Justeru, Allah menciptakan alam ini sesuai dengan keperluan kita.. kerana DIA lah pencipta.. yang tahu, di mana lemah, dan di mana kuatnya kita.

---------------------------------------------

Allah tidak memerlukan kita, tapi kita sangat memerlukan DIA.

"wahai sekalian manusia, kamu lah yang memerlukan Allah...."[surah al-fatir : 15]

Terus mara lah dalam hidup ini tanpa asyik persoalkan, 'kenapa aku diciptakan'.. ia sedikit membazirkan waktu utk memberi jwapan demi jawapan. Sememangnya persoalan itu sudah dijawab dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56.

Mengabdikan diri kepada Allah.. tunduk patuh pada suruhannya.. merasai 'kewujudanNya' dalam setiap pergerakan, menyedari pemerhatianNya dalam setiap pekerjaan. Meletakkan keredhaanNya di tempat tertinggi dalam setiap perbuatan. Maka, pisahkan suatu amal itu dengan niat.. untuk menjadikan ia suatu ibadat kepada Allah s.w.t, bukan adat semata.

Alangkah indahnya jika peluang hidup di dunia ini kita isi dengan pelbagai inisiatif dalam mengenali pencipta. Agar di akhirat nanti, kita tidak terkapai-kapai tanpa cahaya. Diizinkan untuk melihatNya, percayalah firman Allah s.w.t dalam surah al-qiyamah ayat ke 22 dan 23.. Hari di mana, wajah mukmin bercahaya, menanti2 waktu untuk melihat tuhanNya. dan wajah orang yang tidak percaya Allah, ketika itu hitam legam, dan betis kanan bertaut dengan betis kiri dek ketakutan yang sangat.

Lakukan apa yang DIA suka, bukan bertanya perkara yang sudah sedia ada.

Berdepan lah dengan wajah dunia. Tetaplah memandangnya seburuk mana pun ia, dan andai ada keindahan yang sedikit, jangan sampai ia menyilaukan mata, hingga kaca mata kita tidak nampak akhirat.

"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang"[surah al-ghafir :55]

Perjalanan ini makin hampir ke penghujungnya. Bumi sudah tua, kezaliman berleluasa, wanita menyerupai lelaki kian ramai, begitu juga sebaliknya. Bencana di sini sana. Allah Allah..

Tetapkanlah lidahku ini menyebutMu di saat akhir hidupku.
Tetapkanlah hatiku mengingatiMu dalam sakit dan sihatku.

رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني . اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي . اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير

Terkesan dengan sebuah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w . sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari : 6035..

Sungguh, rahmat Allah dan keampunanNya lebih luas, melebihi keluasan dosa kita. Justeru, pintalah keampunanNya selagi hayat masih ada.

Friday, May 13, 2011

Boleh taqlid ke?


From : www.hjanhar.blogspot.com

BOLEH TAQLID KE?

Soalan: Assalamualaikum. Ustaz, ana ada satu persoalan. Dalam bab tauhid, ada perbincangan tentang orang yang bertaqlid dengan orang lain. Dalam ilmu fiqh, boleh tak kita bertaqlid dgn pendapat ulama’ atau guru-guru kita tentang hal-hal feqah? Syukran.

Mohd. Nawwar

Waalaikumussalam wa Rahmatullah.

1. Secara umumnya setiap muslim wajib mengetahui ilmu agama yang berkaitan fardhu ain. Tidak ada yang terkecuali mempelajarinya. Namun Allah SWT memerintahkan sebahagian manusia untuk lebih mendalami ilmu agama, meneliti dan menggali segala rahsia dan yang tersirat disebaliknya. Tidak semua orang akan sampai ke peringkat ini dan ia merupakan fadhilat Allah Azza wa Jalla yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 122:

Dan tidaklah orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang); oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja daripada tiap-tiap kumpulan di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah).

2. Oleh sebab itulah manusia itu terbahagi kepada beberapa peringkat, antaranya:
i. Mereka yang mempunyai kemampuan untuk berijtihad, boleh mengambil permasalahan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah daripada dalil-dalil syara’. Perbincangannya seperti dalam kitab-kitab Usul Fiqh, dan mereka ini adalah mujtahid mutlak.
ii. Mereka yang digelar mujtahid mazhab, iaitu yang tidak terkeluar daripada kaedah asas imamnya dan sentiasa terikat dengannya. Namun mereka sampai ke peringkat mampu berijtihad pada persoalan-persoalan yang tidak pernah dibincangkan oleh ulama’ mazhab yang sebelumnya. Seperti Imam al-Nawawi (676H) dalam fiqh al-Shafi’iyah dan imam Muhammad (189H) dalam fiqh al-Hanafiah.
iii. Dalam kalangan manusia ada yang mempunyai kemampuan untuk mempelajari permasalahan dan mengetahui dalilnya. Mereka dipanggil al-tabi’ (pengikut). Mereka mengetahui masalah dan dalil tetapi mengikut mazhab tertentu.
iv. Mereka yang selain daripada tiga kumpulan di atas, iaitu peringkat muqallid (yang bertaqlid).
3. Persoalan yang diajukan di atas bersangkutan dengan kumpulan keempat. Saya cuba untuk mempermudahkan agar dapat difahami dengan baik insyaAllah. Sebelum itu, perlulah kita memahami apakah yang dimaksudkan dengan perkataan taqlid dan hukumnya.

4. Taqlid bermakud iltizam (komitmen) mengambil mazhab (pegangan) lain tanpa mengetahui dalilnya yang khusus. Oleh itu, jika seseorang mengambil kata-kata orang lain dengan mengetahui dalilnya secara jelas dan yakin, maka tidak dikira sebagai muqallid. Taqlid dianggap wujud sejak pada zaman sahabat lagi kerana tidak semua para sahabat berijtihad pada setiap permasalahan, sebahagian besar mereka ada yang bertanya kepada orang lain. Dalam kalangan sahabat yang masyhur dengan kekuatan ilmu adalah seumpama Saidina Umar al-Khattab, Ali bin Abu Talib, Saidah ‘Aishah, Ibn Umar, Ibn Mas’ud dan Ibn ‘Abbas Radhia Allahu ‘Anhum Ajma’in. Selain daripada mereka pula, bertanya di antara satu sama lain, beramal dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 7 bermaksud:

Maka bertanyalah kamu kepada ahlu al-zikri (mereka yang tahu) jika kamu tidak mengetahui.

5. Walau bagaimanapun, selepas zaman imam empat mazhab (Imam Abu Hanifah 150H, Imam Malik bin Anas 179H, Imam Shafie 204H dan Imam Ahmad bin Hanbal 241H) dan anak-anak murid mereka, taqlid telah tersebar dengan meluas. Antara mazhab yang masih kekal secara lengkap dari aspek permasalahan dan tersusun dari aspek usul adalah empat iaitu al-Hanafiah, al-Malikiah, al-Shafi’iyah dan al-Hanabilah. Orang ramai telah mengambil ijtihad-ijtihad salah satu daripadanya. Sekiranya kita mengikut pandangan mereka, bukan kerana mereka ma’sum (terpelihara daripada dosa dan silap), tetapi kerana mereka cukup syarat dan keahlian untuk berijtihad.

6. Taqlid dalam aqidah

Jumhur ulama’ usuluddin menyatakan tidak boleh taqlid dalam perkara aqidah, seperti dalam persoalan Allah wujud, esa dan membenarkan kerasulan nabi SAW. Dalam hal ini kita tidak boleh taqlid dengan orang lain. Wajib bagi kita untuk meneliti, berfikir dan tadabbur sendiri terhadap dalil-dalil yang boleh membawa kepada ilmu dan keyakinan serta ketenangan hati. Allah Azza wa Jalla mencela amalan taqlid dalam perkara aqidah, antara lain firmanNya dalam surah al-Zukhruf ayat 22:

(Tidak ada sebarang bukti bagi mereka) bahkan mereka (hanyalah) berkata: Sesungguhnya kami telah mendapati datuk nenek kami menurut satu jalan agama, dan sesungguhnya kami beroleh petunjuk menurut jejak mereka sahaja.

Selepas turun ayat 190 surah Ali ‘Imran, diriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda:

Telah turun ayat kepadaku malam tadi, celakalah bagi sesiapa yang membacanya tetapi tidak berfikir tentangnya. (Riwayat Ibn Hibban)

7. Taqlid dalam fiqh

Kebanyakan para ulama’ menyatakan bahawa bagi orang awam yang tidak sampai kepada peringkat ijtihad, wajib bertaqlid dengan para mujtahid dalam perkara furu’ (cabang) amalan syara’ seperti dengan mazhab yang empat. Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Anbiyaa’ ayat 7 di atas. Imam al-Laqqani (1041H) berkata:

Maka wajib taqlid dengan yang lebih tahu daripada mereka. (al-Laqqani: Jauharah al-Tauhid)

Manakala sebahagian ulama’ lain menyatakan tidak wajib bertaqlid, sebaliknya hukum bertaqlid dalam perkara fiqh adalah harus. Ini kerana mujtahid yang diikut boleh jadi betul dan salah dalam ijtihadnya.

Sebahagian ulama’ pula menyatakan hukum bertaqlid dalam fiqh adalah haram. Ini adalah pendapat Ibn Qaiyyim (751H) dan al-Syaukani (1250H).

8. Selain itu, terdapat juga taqlid yang haram dalam fiqh, iaitu apabila mengambil kata-kata seseorang dan meletakkannya sebagai nas syara’ tanpa melihat kepada pandangan lain atau nas syara’ yang asal. Ini disepakati oleh para ulama’ sebagai haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibn al-Qaiyim dalam kitabnya I’lam al-Muwaqqi’in.

9. Tidak dapat dinafikan bahawa para ulama’ yang sampai ke peringkat boleh berijtihad tidak hanya empat imam mazhab sahaja, bahkan terdapat juga para ulama’ yang lain. Jumlahnya tidak sedikit, antaranya Imam al-Auza’ie (157H) yang disemadikan di Beirut, Sufiyan al-Thauri (161H), Ibn ‘Uyainah (198H) dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun menurut majoriti ulama’ bahawa mazhab yang masih kekal hingga hari ini dengan buku-buku dan sistem yang teratur hanyalah empat sahaja. Itupun terdapat sebahagian ulama’ seumpama Ibn Abd al-Barr (463H) yang hanya mengira tiga sahaja, kerana mengklasifikasikan Imam Ahmad sebagai ulama’ hadith bukannya daripada fuqaha’. Kitab beliau berjudul al-Intifa’ fi Fadhail al-Thalathah al-Fuqaha’. Namun jumhur tetap mengkategorikan Imam Ahmad dalam kalangan para fuqaha’. Al-‘Allamah Imam al-Sowi berkata:

Tidak boleh bertaqlid dengan selain mereka (Imam empat mazhab) selepas disepakati (ijma’), kerana mazhab lain tidak dibukukan dan tidak terjaga. Berbeza dengan mereka (Imam empat mazhab) menguasai ilmu tentang kata-kata semua atau sebahagian besar para sahabat. Kaedah mazhab mereka diketahui dan mazhab mereka dibukukan. Pengikut-pengikut selepas mereka berkhidmat menghuraikannya dan ia jadi mutawatir. Seterusnya menjadi ikutan (taqlid) dalam perkara-perkara furu’ (cabang), kerana mazhab tidak mati dengan kematian pengasasnya.

10. Kesimpulannya, bagi mereka yang tidak tahu, bertanyalah kepada orang alim yang dipercayai keilmuan dan ketakwaannya. Manakala bagi yang ada kemampuan mempelajari dalil, menjadi tabi’ lebih utama daripada muqallid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...