Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, March 31, 2011

Ikon pemimpin berjiwa rakyat

Assalamualaikum wbt.

Salam pagi Jumaat yang mulia.. alhamdulillah wa syukr lillah.


"Cantik nama negeri awak! Kalantan Dar Naim..," kata kawan arab
"Ya.. nama yg tercantik di Malaysia, pemimpinnya juga adalah yg terbaik..,"jawab diriku.

Sekarang, bukan ingin berbicara tentang politik. Usia juga masih belum melayakkan saya utk mengundi. Tapi bercakap sekadar dalam konteks diri saya, dan pandangan mata saya sebagai seorang yang masih junior dalam dunia luar..

Apabila melihat watak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, hati ini rasa sebak.. Beliau lah insan yang menghabiskan sisa hidupnya dari dulu sampai kini utk satu nama iaitu 'Islam'.. Rumah beliau langsung tidak menunjukkan gaya seorang Menteri Besar sebuah negeri.. Isteri beliau dilatih dan ditarbiyah utk terus tabah berada di samping beliau, yg pasti perit utk ditempuhi.. Anak2 beliau semuanya membesar dalam keadaan yg biasa2, tidak seperti anak menteri besar lain..


Kikiki.. I'm so proud.. bangga dgn pentadbiran beliau(ni pnghargaan sbg anak negeri la).
Apa yg menambahkah respect saya pada beliau ialah apabila terbaca ni dlm wikipedia.

Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat (Tulisan Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت) merupakan Menteri Besar Kelantan kini. Namun imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008 :

-Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009 :

-diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia

-disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".


Mana ada menteri besar lain seperti beliau.. memang takde.. tak pernah jumpa.. bersikap rendah diri.. ish3.. setiap Jumaat, kalau di Kelantan merupakan hari yg sangat berbahagia.. Jika di Kota Bharu, hari itu seluruh Kota Bharu akan bergema dengan bacaan ayat suci al-quran, kemudiaannya penyampaian ceramah oleh Tuan Guru.ia bukan ceramah politik.. tapi ceramah keagamaan... kalau bukan beliau, akan diganti oleh pimpinan2 negeri yang lain..rakyat dari seluruh daerah akan berpusu2 datang, baik laki mahupun perempuan, tua atau muda, background agama mahupun tak..

Tidak hairanlah kalau dalam ceramah beliau, ada disebut sesetengah perkataan yang tidak akan difahami oleh rakyat negeri lain.. ~tu berlaku kes2 macam dulu..huhu~ ketahuilah, kita bukan ingin membela beliau dalam suatu perkara buruk.. tp ingin menjelaskan kenapa dan atas sebab apa hal itu timbul..

Andai kata Tuan Guru bercakap bahasa surat/bahasa melayu rasmi.. saya pasti rakyat kelantan akan tertidur.. lagi2 mak cik pak cik yg datang dari jauh..

Lagi pasal beliau ;

-Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau

-anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik.

-Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

-sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.

-Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

-Menguasai 3 bahasa ; urdu, bahasa inggeris, arab, tamil.


--------------------------------------------------------------------------------------

Pergi dulu.. ada hal..


Monday, March 28, 2011

Sekalung penghargaan & muhasabah perjuangan


Assalamualaikum wbt.

Terima kasih pada Azeelah Halim dan Khadijah Asa'ari. Buat orang terkezut.. elok2 duk study di library tadi, diajak keluar dengan wajah yang serius.. sampai depan pak cik guard library tu

"Hepi besday to u, hepi besay to u.."..

"Wey ..".. dengan rasa segan dan sengeh macam siput.

"Dahla,wat malu je.. slow2 sikit," kata wanita yg dirundung rasa malu trsebut.

Pak cik guard tengok dengan muka pelik.. hihi.

---------------------------------------------------------------------------

Walaupun exam lusa, aku tulis jugakla.. alhamdulillah.. trima kasih pada dua ahli bayt tercinta ni, walaupun kadang2 kita gaduh.. tp sriusnya, ia langsung tidak melekat di hati..

Terima kasih atas kek coklat lembab yang shomell dan sedap tu.. nasib baik aku tak puasa, kalo tak, naya kalian.. hm.. sebenarnya tak perlu lah beli2 macam tu, sama2 student right.. tidak ku pinta lebih melainkan seuntai doa tulus .. hihi.. bermadah.

---------------------------------------------------------------------------

Sayang kamoo smua.. moga suatu masa nanti, kita sume bisa berada dlm satu saff.. menjadi sorang penggerak pada prjuangan.. tak jadi penggerak, jadi penyokong.. namun, sama sekali minta dijauhkan dari menjadi golongan pemerhati...

Islam akan naik suatu masa nanti.. sama ada kita membantu atau tidak, Islam tetap naik right?

Ibarat mati.. mati suatu yang pasti right..

"Saya solat, saya puasa.. dan pastinya di akhir nanti saya akan mati.."

"Saya pun manusia, sure akan mati.. tapi saya tak solat, tak puasa.."

Mana lagi baik, dan mana lagi selamat?... sure yg first tu lg baik

Jom kita set mind dari sekarang lg.. masa depan kita bukan hanya sekadar berada di rumah @ kerja, dapat gaji, melancong..

Tidak kot.

Paling kurang, membentuk diri sbg muslim yg memberi contoh pd muslim@non-muslim.. seterusnya, membentuk bait muslim@keluarga muslim.. kemudian, masyarakat yg mengamalkan Islam dgn tepat... kemudian, negeri... negara.. ISLAM.. dunia ISLAM..

Moga2 dari tangan kita ni, bisa membentuk acuan terbaik utk Islam.. faham kan koghang?
kalau buat donat, donat yg sedap dn cntik..mcm kak azi buat.
kalau ada adik, ada anak.. biar menjadi mujahid, brcita2 utk syahid.

Tata.. sayang koram.

Wallahua'lam.. wassalamualaikum

---------------------------------------------------------------

Friday, March 25, 2011

Still alive..


Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah dirafa'kan kepada Allah..
Baru-baru ini pelajar2 SPM 2010 telah menerima result masing2.. tahniah buat yg berjaya, dan buat yg tidak capai target, berhusnuzzhonlah dengan Allah, dan teruskan usaha di masa akan datang..

Ramai adik2 yang mula pening utk membuat pilihan.. mula sedih kerana identiti diri, minat, kecenderungan bidang, perbezaan haluan dgn rakan baik.. segalanya masih kabur, right? yes.. itulah first step yg terpaksa dihadapi sejurus mengambil result.. baik atau buruk pun natijah itu, sergahan masa depan terus menghantui, dan tekanan utk membuat pilihan dlm masa yg singkat sgt menyukarkan.. didoakn yg terbaik buat kalian..

Saya sedih..
Terharu sangat2..
Bila menerima dua berita gembira..
1, kejayaan adik dlm SPM baru ni, 1lg, rahsia antara aku dn orang trtntu..
Ya Robbi.. alhamdulillah2..
Hidup ini benar2 umpama roda..
Kejap kita di atas, kejap di bawah..
Right?
Tapi ingat,
Bersedialah selalu..utk diuji dan terus diuji..
Apa yang penting, berdoalah, pintalah pd Allah..
Miliknya segala isi langit dan bumi..[haiwan, tumbuhan, manusia, jin, laut n all]..
DIA yang merajai semua raja..
DIA yang memiliki segala harta..
DIA yang memegang ubun2 dan hati manusia..
DIA lah segalanya..

Allahuakbar!!!

-----------------------

30 Mac saya akan memulakan langkah utk mara ke dewan, utk diuji kefahaman dan pengetahuan yang diperoleh spanjang belajar.. exam pertama utk semester dua, itulah fiqh toharoh saje... huk2. blog ditinggalkn. tp facebook tetap jadi tatapan. ym juga masih brjalan.. ~kita kan kerja bawah multimedia~ hehe.. alasan ku.. takdelah, takdelah tatap spanjang waktu, tp skadar buka dn menerima pesanan apa2.

Doakan kebaikan buat seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w..


Monday, March 21, 2011

Rabitah al-qulub


Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Rapatkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…

--------------------------------------------------------------------------------
Setiap kali memainkan lagu ini, hati akan sebak sesebaknya.. ia sebuah lagu yang sering dimainkan dalam program2 tarbiyah, tamrin mahupun sekadar nasyid saje2 antara sahabat2..

Sampai sekarang, setiap kali lepas subuh, kebiasaannya kita akan baca ma'thurat, habis tu.. baca doa tersebut..right?

Buat sekalian rakan2, baik lelaki mahupun perempuan..
Hargai masa singkat anda..
Hargai peluang hidup bersama rakan2..
Hargai segala yg sangat sukar lagi utk anda rasai apabila anda melangkah ke alam lain..
Itulah, hidup bersahabat..

Makan sedulang, mungkin berebut lauk..
Sorang nak ayam bahagian kepak, sorang nak bahagian paha..
Last2, kongsi sama2.. sama2 cuit.

Tidur sekatil queen..
Sorang nak luas2, sorang lagi pun sama..
Tendang sana, tendang sini..
Last2, semua dah penat..
Kaki kawan dah capai muka pun x sedar..

Study..
Tengok kwn study, rasa nak study..
Jeles..
Tapi malas nk tunjuk rasa jeles tersebut..
Maka, study sendiri2.. ikut masa tersendiri..
Itu mungkin bagi lelaki..
Kalau perempuan,
Study sama2..
Rasa jeles dipapar dgn sejelas2nya..
Selagi kwn belum stop..slagi tu kita x nak stop..
Mata dah lali pun buat2 x lali..
MashaAllah..
Cemburu yg positif.

Exam..
Sama2 mahukan kejayaan..
Doa utk semua..

Dapat result..
Kita senyum tatkala terima result yg baik..
Tapi menyedari ada kawan yg resultnya tidak seperti yg dia ingini..
Kita sembunyikan rasa hepi kita.
Sungguh..
Rasa sedih dgn kesedihan rakan itu..
Lebih besar dari rasa hepi dgn kejayaan kita..
right?

Solat berjemaah..
Berebut nak iqamah..
Sebab tak nak jadi imamah..
Kwn tolak kita, kita tolak kwn..
Menyedari dah membazir masa main tolak2..
Maka, dgn bergayanya..
salah sorang mengalah dan ke depan sikit..
dia lah imamah..
kita makmumah..

Puasa sunat..
Sama2 mengingatkan..
"Esok isnin, jom puasa sunat.. sape tak habis ganti, ganti cepat2"
Bangun sahur sama2..
Tapi bila terbangun lewat..
5 minit lagi nak azan subuh..
Maka, masing2 share makanan sahur..
and minuman sahur..
dgn gigi tak terberus..
muka dan rambur berserabai..
tahi mata bagai tersadai slama seminggu..
makan jelah..
pasrah.
Buka puasa..
sama2 masak..
masing2 dgn resepinya..
masin, tawar tak kisah lagi..
masing2 puasa..
sape nak test rasa kan?..
tiba azan maghrib..
dgn lafaz bismillah..
berbukalah kita..
"pesal ikan pedas ni manis giler.."
kih3..
redha jelah...

Saat wida'..
majlis perpisahan..
sama2 minta maaf..
sama2 minta agar tidak dilupakan..
kwn peluk kita, kita peluk kwn..
"ingat tau, jangan lost contact.."
"yer2,,awak pun.."

Lambaian demi lambaian..
mengiringi kepulangan..
lalu tinggallah kita..
meneruskan perjuangan..
tanpa dia, dia tnpa kita..
hakikatnya,
dalam hidup ini..
pertemuan itu menguatkan..
dan perpisahan itu juga menguatkan..
bukan melemahkan..
ajar diri tu..
agar terus kuat dlm hidup..

Bergaduh sekali sekala..
lumrah kehidupan..
tapi ingatlah..
dia pernah buatkan kita ketawa tak henti2..
dan kita juga pernah buat dia ketawa tak henti2..
dalam hidup ini..
ingat kebaikan orang pd kita,,
lupakan kebaikan kita pd orang..

Hiduplah dgn harmoni..
Maafkanlah kesilapan rakan..
Terima kekurangan masing2..
kawal kemarahan..
bersikap jujur dalam perhubungan..
tidak berat utk meminta maaf..
tidak berat utk berterima kasih..
hindari prasangka buruk..
hindari ungkit mengungkit..
hindari dari mencari kesalahan..

Yang Maha Kuasa itulah Allah..
DIA lah yang mengikat hati2..
Yang Melembutkn antara hati2 yg keras..
Pandanglah wajah rakan..
Lihatlah kembali kebaikan..
Tutuplah keburukan dn kelemahan..
Moga Allah trus mengekalkan kasih dn syg..
sesama rakan kalian..

Bukan sesaje..
bukan ke kita semua perlukan naungan Allah di mahsyar nnti...
ingatkah kita siapa 7 golongn yg mendapat naungan Allah di saat itu..yg
tiada naungan lain
melainkan naungannya..
tersebut?
yes..dh ingt balik kan??
gud2..

I love my friends..

Wallahua'lam..






Sunday, March 20, 2011

menJADI manusia, menCARI jalanNya

kredit to en.baith
Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah ku rafa'kan pada Allah.. terdetik di hati utk update blog, biarpun sekadar sepatah dua kata yg ringkas.. penat maa.. pukul 6.30 pg bertolak ke Mafraq utk program API.. siap ada explorace lagi, berjalan dgn pantas sana sini skitar University Al Al-bayt Mafraq yg besar tu.. pulang pukul 5.30 mlm.. sampai pukul 6.45 mlm d Amman yg sejuk ni.. kemudian pukul 12 mlm kot, bertolak ke Pantai Aqabah yg terletak di hujung dunia Jordan, pantai yg cantik, biru je dari jauh. Di seberang sana, Arab Saudi..Tabuk kot.. seberang sana lagi, semenanjung sinai, Mesir.. kat tepi tu, Israel. 4 jam je perjalanan.. tak sakit mana pinggang~^^

Tinggalkan jap tajuk lepas.. kita tengok tajuk atas tu..
--------------------------------------------------------

Semua yang pandai buka blog, mahupun melayari internet.. saya kira anda bukan lagi seorang kanak2 kecil utk hidup tanpa tujuan yang difahami.. contoh yang sgt mudah ialah "jelajah pasar raya".. lihat saja lah bagaimana beza seorang ibu dan seorang anak yg tiba di pasar raya.. ibu sibuk memikir dan mencari barangan yang diperlukan.. sedangkan anaknya bising2, "nak ini", "nak itu".. nak mainan, nak air.. iaitu dia berjalan tanpa tujuan, yang difikirkan hanyalah keseronokan utk diri sendiri.. itulah kanak2.

Kita kini dah dewasa right?

15 ler.. muda lagi..

Huhu.. Owh.. bukan tu yang dimaksudkan.. saya maksudkan fikiran kita..

Sekiranya kita faham, dari mana kita datang, tujuan apa, dan ke mana kita akan tuju selepas ini.. maka itu dikira fikiran kita bukan lagi tahap kanak-kanak kecil.. fikiran kita sudah mampu melahirkan kebaikan utk diri sendiri dan manusia lain, mampu utk mencari bekalan utk dibawa menuju ke destinasi terakhir..

Apply perumpamaan itu pada org yg couple.

Begitu juga bagi mereka yang bercinta bagai nak rak, bulan bagai bersinar, dan kala bergaduh, mendung bagai takde lagi matahari..ngeh2.. ~serius2

Tinggalkan langkah yang salah, mulakan langkah yang tegas..

Jika tiada tujuan di sebalik perkapelan itu, maka tinggalkanlah.. bukankah jika diteruskan, anda ibarat kanak2 kecil yang hanya tahu melayani diri dengan keseronokan sementara..? kerugian yang sangat besar menjenguk2 diri, berapa ribu sen wang dihabiskan dengan ber'sms'.. berapa juta minitkah masa dihabiskan dengan ber'chatting'.. berapa gelen air mata dihabiskan dengan menangis.. alangkah baiknya jika tangisan itu merupakan tangisan aduan pada Allah, betapa lemahnya jiwa dalam menghadapi dunia.

Usia yang muda, masih jauh perjalanan yang bakal ditempuh, kenapa menempa maut dengan mencari keredhaan org yang tidak memegang mohor keredhaan itu.. sedangkan tuan punya kerajaan dunia akhirat hanya memberi cop mohor redha pada insan bernama ibu bapa, dan insan bergelar suami. Ingin cop mohor palsu? huhu.. watpe susah2. Jika belum masanya, maka jauhilah..

Go2 power rangers..

Kesedaran yang baik menjadikan anda manusia terbaik ketika itu, tapi tatkala kesedaran tertutup, andalah manusia terpencil.. yang masih kekal dalam kedegilan..

Tujuan hidup itu sudah kita maklum, maka, berjalanlah di atas jalan itu.. moga penghujungnya, anda bisa tersenyum riang, tersenyum memeluk insan2 yang berjaya memimpin anda dn dipimpin anda utk turut sama meneguk air kerehatan sebenar, bisa mengangkat sebesar2 kesyukuran, itulah redha sebenar, iaitu redha Allah s.w.t..

----------------------------------------------------------------------------------------
Wallahua'lam.

Tuesday, March 15, 2011

Musykilah di kampung

Assalamualaikum wbt..

Syukur pd Allah, masih ada kesempatan utk menghidupkan sisa baki hari bermusafir di dunia ini.. Perkara yang terpenting utk dijaga, ialah pergntungan dgn Allah.. hakikat diri ini, masih trlalu banyak brgntung harap pada dunia, brgntung harap pd manusia, pada masa.. sedangkan DIA ku tinggalkan begitu saja.. di mana pasrah dan redha aku trhadap ketentuanNya.. di mana aku pdNya, di mana DIA pd aku.. ya Allah.. sesekali ingin terbang, sujud di tanah haram.. merasai kelainan cintaMu di bumi kelahiran hamba yang paling Kau cinta.. merasai kemanisan rasa perhambaan seorang hamba.. memeluk ujian dlm dakapan kasihNya.. ya Allah.. letakkan dunia di tanganku, bkn di hatiku.. agar terus namaMu bersemadi dn terpatri.. sbg cinta teragung.. yang dipuji serta dipuja.. mohon hanya pdMu.. suburkan rasa perhambaan dlm diri ini.. serta diri insan2 di sisi.. agar terus memuja muji Mu baik dlm suka mhupun duka.. dalam senang mahupun susah..

Pergilah wahai hati yang mati.. cari lah redha ilahi..

HasbunaLLah wa ni'mal wakil..

----------------------------------------------------------------------------------------

Suka sungguh hari ini, berborak dgn rakan ketika sedang bersarapan.. bukan mengumpat ok.. just flash back bagaimana situasi masing-masing ketika berhadapan dgn masyarakat awam di Malaysia.. lebih2 lagi orang kampung..

Kiblat..

"Mek, mek.. demo salah kiblat.."-kata sorang mak cik tu smbil menepuk2 bahu saya.

Saya yg tengah solat tunggu mak cik tu tunjukkan qiblat yg sebetulnya.. tp tak juga dia tunjuk.. dia tunggu saya batalkan solat dulu rupanya.. trgaru2 kepala yg tak gatal ni.. hehe..

Sejadah..

Time terawih lagi dahsyat.. seorang memiliki satu sejadah.. kalau kena2 mak cik tu kecik, habisla.. kita boleh menyelit kat tepi dia.. tp apa plak dia kata yer?

"Mek x da sejadah ke? tu ambik sejadah masjid.."

Hehe.. musykilah betul la. alhamdulillah, tok imam kampung sekarang dah ramai mainkan peranan. Bila katanya "rapatkan saff".. ada je tok2 imam yg tambah lagi:

"Mak cik pak cik, saya minta anda rapat2 bahu.. bukan rapatkan sejadah yer mak cik pak cik.."

Tabik spring saya pada imam yang macam itu..

Pastu. Kawan saya tambah cerita lagi..

"Sy tengah solat, x pakai sejadah tau.. tiba2 mak cik kat sebelah kata,'eh budak ni smayang tak guna sejadah..kesian sungguh..'..lalu mak cik tu ambik sejadah then hamparkan depan sy yg tengah solat.."

"Ler. hilang khusyuk tu.."

Ketaawa sakan kami.. memang la.. masalah btul..

Pakaian solat..

Ni utk muslimat memang menjadi suatu masalah.. cuba lah anda solat di kampung dalam keadaan tak pakai pakaian solat.. yg putih2 tu.. huhu.. sure orang pandang pelik. siap boleh tanya lagi..

"..

Jap ea.. smbung nanti.. nak chatting ngan akak ni..

Sunday, March 13, 2011

Cuba n usaha

Dalam setiap minit, ada risiko yg harus kita lalui.. apa yg penting, beranikan diri utk mencuba.. bukan mengalah dan rebah begitu sahaja.. kan..

Dari kecik lagi.. hidup kita sentiasa dalam risiko.. dengan tulang belulang yang masih lagi lembut, nak meniarap.. kita try n try, akhirnya berjaya.. sampai satu fasa, kita cuba utk berdiri...tangan berpegang pada pemegang.. dan dapat berdiri saje sudah cukup utk buatkan org sekeliling senyum.. kita pun senyum.. lalu, mula cuba mengangkat kaki.. langkah pertama seringkli jatuh.. tp lepas tu apa jadi?.. pandai jalan tnpa bantuan lagi...


Saturday, March 12, 2011

Bayt Ibtisam..our new neighbour

Assalamualaikum wbt.

Update jap..

Syukur, sbg adik bradik dlm komuniti yg kecil ini, sy turut berasa gembira, majlis sempena pindah umah baru utk akhawat telah brjalan dengan baik.. rumah bawah je. kami di tingkat 3, diorang tingakt dua.. Bayt Ibtisam nama yang mereka beri.. semoga bayt mereka sentiasa disinari dengan senyuman, senyum dalam suka dan senyum dalam duka.. hehe.. tu tandanya sabar, tapi tak semestinya ia menjadi lambang rasa redha kan..?? dua nilai murni yang berbeza tapi hampir sama.. orang yg miliki rasa redha akan miliki rasa sabar.. tp tidak semua yang miliki rasa sabar, memiliki rasa redha..

Alhamdulillah, pelbagai juadah disajikan. Juadah utama ialah lontong dan mee sup..diserikan lagi dengan puding roti caramel dan dadih coklat.. +cheese cake yg diberi oleh kak yus sbg juadah tambahan..serta puding aiskrim buatan kak ain peter, isteri ust mus'ab...

Suka :) moga ini mampu merapatkan lagi ukhuwah antara kami..

nak wat lagi majlis cmni.. walaupun memasak ni sedikit leceh, tapi bila buat ramai2, ia suatu yg sgt seronok.. right. jadi berganding bahu lah anda dalam segala urusan, jangan hidup seorang diri atau menyendiri..ok

Friday, March 11, 2011

Setenang salj

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. blog sy dah brubah wajah, fully no colour..rasanya manusia paling cepat tukar template ialah diriku..dalam masa tak sampai 5minit, terus main klik2 then save.. :)

Suka.. senyum.. subhanallah.. salji turun lagi siang hari semalam. Then, ini baru benar2 merasa ketenangan yang sangat menusuk tatkala melihat titisan-titisan ais itu turun..dulu ia turun pukul3 pagi, tengah bergelap lagi waktu itu.. tapi ni di siang hari..suke2.

Warna putih simbolik pd ketenangan dan kedamaian.. so, cantiklah wane ni. sekali tengok rasa nak senyum, dua kali tengok bertambah senyum.. dulu mabuk tengok jubah, n pastinya tak jumpa jubah berwarna putih, dan mana ada prempuan pakai jubah putih d luar rumah.. mungkin menarik perhatian kot.. saya pun tak pasti.. kalau ada pun, hanya kelihatan waktu tertentu di tempat tertentu, iaitu di masjid..time akad nikah.. ~akad nikah wajib d masjid ke? huhu.. tidak ok.. kena ubah mentaliti masyarakat kita klo ada yang kata wajib kat masjid.. mungkin wat kat masjid tu simbolik pd "mendirikan masjid".. hm. ntahla sy pun tak tahu.~

Bercakap mengenai pakaian.. sekiranya pakaian itu menyalahi uruf dan adat suatu tempat itu, maka makruh memakainya.. sebab ia bakal membawa pada "perhatian" orang ramai..kang bila orang terlebih perhati, dia ikut kamoo.. sampai ke rumah.. aii, danger..tolak risiko k. tu mungkin lebih terkena pada kami kat sini..

Pergi dulu. wasslmualaikum wbt..

Wednesday, March 9, 2011

Sangka panas hingga ke petang

Assalamualaikum wbt.

Ambil masa ringkas utk menitip sesuatu di blog yang sudah seminggu ditinggalkn..
Alhamdulillah kesihatan kembali pulih..kelajuan sebanyak 80km/j.. antibodi sedang naik..

Syukur3 pada Allah..

Moga Allah terus menyihatkan ibu dan ayah ku, serta adik beradikku sekaliannya, guru2ku, sedara maraku, rakan taulanku serta seluruh muslimin muslimat..

Sekarang ni seluruh Sweileh(nama kampung ni kot) sedang bergelap gelita memandangkan kemuncak syita' akan tamat pada bulan ni.. hujan diramalkan 3 hari berturut2 serta kemungkinan besar akan turun salji kali ke dua.. hmmm...

Wassalamualaikum wbt..

p/s : tajuk tu entah pape. memang tak pandai nak decide tajuk.


Friday, March 4, 2011

Pot pet 2x utk mereka yg mengeluh


Assalamualaikum wbt.

Selawat dan salam ke atas rasul yg dirindui sekalian makhluk.. Rasul yg tidak pernah ditatap wajahnya namun diimani.. sesungguhnya nikmat iman itu sangat besar.. bersyukur pada Allah..

Walau cuba larikan diri, ia tetap mengejar..hatta tercungap2 kita punya imuniti.. cuba juga buat tak tahu, cuba juga melakukan kerja rumah, bergurau senda dengan rakan serumah.. namun ia tetap datang.. kehadirannya tidak diundang.. namun apakan daya saya tidak bisa menghalaunya..dan bahang kepanasannya kian dirasai..~semoga Allah terus memberi kekuatan agar tubuh badan ini bisa melawannya, biarpun tidak bersenjatakan ubatan..tp saya pasti ia akan pergi!~

Dalam kepeningan memotong daging di dapur..dengan pandangan mata yang tidak lagi bisa tumpu pada suatu kerja, akhirnya terkaman pisau tajam itu jatuh juga pada ibu jari, hirisan yang sungguh mengilukan..dan secebis isi dari ibu jariku yg terhiris ada atas papan penghiris..apabila mata menatapnya..waaa..nak menangis..mami3~baru rasa sakit~ darah keluar bagaikan sudah lama disekat..kini ia makin pulih :)

Days by days.. penatnya!!~huhu..mngeluh dah ke?~

No.. jangan sesekali mengeluh sedangkan kita yang memilih jalan ini.. kita yang pilih untuk jadi rajin~kononnya~, kita yang pilih untuk seharian di jamiah~kih2.kwn2 ku je~ untuk belajar di tempat yang berbeza musim, budaya, dan sebagainya.. so, ia ibarat suatu tanggungjawab yang kita sendiri setuju untuk melunaskannya..

Saya kagum dengan kakak saya sendiri.. yang kini tahun dua UIA.. berkahwin dalam usia muda, serta kini bukan setakat memegang gelaran sebagai isteri, tapi juga ibu, serta student U.. bagaimana bisa disusun jadual yang sangat padat.. preparation utk presentation, exam.. berjaga malam utk anak.. jaga makan dan khidmat suami.. wuuu... when I read her blog, I can predict how much she felt tired with her daily life..however, like I said before..

Anda sendiri yang memilih jalan yang kini sedang anda lalui.. maka jangan sesekali mengeluh namun tersenyumlah bersyukur kepada Allah krn mampu untuk terus termotivate menghadapinya.. berdampinganlah denganNya.. sungguh, setiap motivasi harian, ilham dalam hati, serta kekuatan luaran yang ada merupakan pemberian oleh Allah..bantuan olehNya yang tidak kta sedari.. berterima kasihlah padaNya..

Yang penting, jangan pernah tinggal :
1- mengaji alquran di luar solat..sekalipun sibuk, hingga tidak sempat menatap alquran..cukup dengan mendengar dan mengikutinya.
2- membaca basmalah setiap kali melakukan kerja..
3-solat dhuha jika berkesempatan dan ditambah dengan solat hajat

Sesekali, kita sangat perlu untuk menutup mata sambil mendongak di langit.. biarpun mata ditutup, silau matahari tetap dirasai bukan?hingga terkenyit2 mata jadinya.. itulah, sekalipun kita tidur, bersendirian mahupun mengosongkan diri dari segala perkara, kepenatan dan kefrustan tetap ada.. kerehatan sebenar ialah apabila seorang hamba itu sudah melangkah kaki ke syurga.

Justeru............go ahead.

Tuesday, March 1, 2011

Bersyukur..


Assalamualaikum wbt.
Apa khabar anda sekalian. Moga2 nikmat kesihatan yang baik masih lagi mengiringi perjalanan kita pada hari ini. Alhamdulillah.. syukur pada Allah.

Mak ayah, seronok juga di sini.. pengalaman pertama ke kedai hardware.. cari lampu neon, cat, alatan mengecat, dan starter lampu.. sememangnya sangat sukar untuk menggambarkan barangan yang hendak dibeli memandangkan tidak semua benda kami tahu kalimahnya dalam bahasa arab, tanpa seorang pun lelaki mmbantu. First time buat semua ini, baru tahu ada dua jenis cat, dan baru tahu perlu campur air untuk mengecat, dan baru test campurkan pewarna biru+merah akan menghasilkan warna purple...hehe.. pasang lampu, mengecat, mengadun cat, campur air dan pewarna untuk mendapatkan warna yang kami nak, then cat.~excited sbb sangat mudah~ Alhamdulillah, pengalaman yang best..!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Seringkali kita mendengar perkataan "bersabarlah".. tapi jarang sekali kita diberi ingat akan kalimah "syukur"..

Apakah kita hanya mampu mempersembahkan rasa sabar pada Allah atas musibahNya, kenapa cepat benar musibah itu dilihat, sedangkan pelbagai kebaikan dan nikmat sepanjang hidup ini sangat lambat mata kita menangkapnya..

Amat bertepatan sekali Firman Allah bahawa sangat sedikit di antara hambaNya yang bersyukur..

Wallahua'lam..

Jom sama2 tengok video di atas.. sangat menyentuh hati..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...