Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, September 28, 2011

Kuliyah Tarbiyah UJ

Alhamdulillah.

Masih diberi kesempatan untuk mengatur kehidupan dengan baik. Hari ini sudah hampir dua minggu kuliyah bermula. 2 madah fiqh, 3 madah usuluddin, dan 1 madah hafazan. Gembira dan sedikit fit masa tatkala tiba hari isnin dan rabu. Mengisi kepala dengan 3 jam madah usuluddin yang sungguh memenatkan. Namun, sangat seronok bermain dengan bahasa yang indah, susunan yang menarik..itulah ayat2 kalamullah. Yang mengajar cara-cara berhujah, cara-cara mengeluarkan bukti, dan cara-cara menjadi seorang yg mampu berdepan dengan cabaran. Benar2 bermukjizat.

1- Berpersatuan

"Enti dari kuliyyah tarbiyah?" tanya saya pada kawan
"Ya, insyaAllah akan jadi guru nanti".. jawabnya

Di situ, saya faham, Oo... kuliyyah tarbiyah bererti faculti pendidikan.

Ada seseorang yang melihat persatuan sebagai bukan faktor tarbiyah. Lalu menjauhkah diri dari persatuan. Benarkah itu? adakah tarbiyah hanya diperoleh melalui usrah? atau hanya melalui pertemuan-pertemuan yang bertazkirah?

Persatuan banyak mendidik sebenarnya. Persatuan melahirkan pemimpin, dan yang lebih baik lagi, membentuk seseorang menjadi pemimpin yang baik, yang menyedari tanggungjawabnya sekalipun memegang sekelompok kecil. Mendidik para AJK untuk bertahajjud, munajat, serta mengisi masa dengan menggerakkan minda. Kepenatan berpersatuan kadang-kadang membuatkan seseorang terasa kehampirannya dengan pencipta.. perlunya mengadu pada pencipta..di samping melatih mu'amalah dengan manusia..

Berprogram, diskusi, ceramah, serta pelbagai program yang berpaksikan ilmu dan tarbiyah mampu dijalankan melalui persatuan. Namun, itu hanyalah separuh dari usaha membentuk seorang intelek berjiwa mantap, yang selebihnya ialah melalui faktor sekeliling.

Huhu.. kita yang tak faham, atau mereka yang tidak merasai.. apakah yang dinamakan tarbiyah itu..

----------------------------------------------------------
Mendapat berita dari Malaysia. Alhamdulillah Allah telah menyembuhkan kakak tercinta, dan kini sedang dirawat di sebuah wad di Malaysia. Syukur padaMu ya Allah. Dalam kesusahan ibu dan ayah, Allah memudahkan urusan anaknya di sini. Alhamdulillah, dicukupkan oleh Allah akan keperluan dan sedikit kehendak sendiri.

^____^


Wednesday, September 14, 2011

Memahami keperluan


Alhamdulillah masih mampu meneruskan kehidupan di sini, di bumi Jordan yang banyak mengajar mengenali kepelbagaian kerenah individu.

Berborak dengan adik-adik students baru, membuatkan saya sedikit sebak. Sebak dengan pengalaman untuk menjejakkan kaki ke sini.. dan pengalaman berada di sini. Menguruskan kewangan, menguruskan emosi dan sebagainya.

Tekad dan azam yang dipasak. Tidak akan menggunakan wang ibu ayah ke arah suatu yang merugikan. Melihat insan lain membeli barangan berjenama, kasut berharga hingga 30 JD, beg berjenama yang mencecah harga puluhan dinar jordan, jubah dan jilbab berpuluh helai... geleng kepala sendiri melihat.. Hilang punca..

Sedikitpun hati ini tidak cemburu! Tapi berasa kasihan terhadap insan yang mengusahakan perbelanjaannya.

Kita bersenang di sini, hakikatnya, ada yang bersusah di sana. Mata terkabur dengan kabus-kabus rasa hati yang inginkan kemewahan. Kena ingat,, nilaian usaha ibubapa untuk mendapatkan seringgit itu lebih berharga dan cukup membuatkan kita merasa bersalah untuk membelanjakan wang ke arah suatu yang tidak perlu.

Alangkah baiknya,, wang lebihan yang ada, disimpan, dirancang untuk suatu yang akan datang. Bersenang di tahun 1 bukan bererti tahun seterusnya kita akan senang. Jadi, prepare siap2 segala risiko dan kemungkinan yang akan berlaku. Berjimat bukan bererti kita sengkek.. kedekut untuk keluarkan wang. Justeru, sekali sekala belanja rakan dan ahli rumah bukanlah suatu pembaziran jika ada batasnya.

Semester pertama tahun kedua akan bermula esok.

Doakan!


Monday, September 5, 2011

Elaika



Jom kita hayati sebuah nasyid indah dari bait-bait kata Imam as-Syafi'e rahimahullah ;

إليك إله الخلق أرفع رغبتي وإن كنت يا ذا المن والجود مجرما

KepadaMu tuhan pencipta makhluk, ku angkat seluruh pengharapanku

biarpun diri ini wahai tuhan yang Maha Pemurah lagi Mulia, seorang yg brdosa


فلما قسا قلبي وضاقت مذاهبي جعلت الرجا مني لعفوك سلما

Tatkala terasa kerasnya hati dan sempitnya perjalanan ini,

Ku jadikan harapan ku itu sebagai tangga mendapatkan keampunanMu


فما زلت ذا عفو عن الذنب لم تزل تجود وتعفو منة وتكرما

Engkaulah Pemilik keampunan terhadap dosa

KepermurahanMu dan keampunanMu tetap berterusan


ألست الذي غذيتني وهديتني ولا زلت منانا علي ومنعما

Bukankah Engkau yang memberi makanku dan menunjuki jalanku

Dan Engkau sentiasa memberi kurniaan dan nikmat terhadapku


عسى من له الإحسان يغفر زلتي ويستر أوزاري وما تقدما

PadaNya yg memiliki belas kasihan moga Dia mengampuni kesilapanku,

Dan menutup segala kelemahanku dan dosa yang telah berlalu


فإن تعفو عني تعفو عن متمرد ظلوم غشوم لا يزايل مأثما

Sekiranya Engkau ampunkanku, ampunilah segala kejahatanku

kezaliman serta penganiyaan yang bisa mengekalkanku berdosa di sana nanti


وإن تنتقم مني فلست بآيس ولو أدخلت نفسي بجرمي جهنما

Sekiranya Engkau memberi balasan padaku, aku tetap tidak akan putus asa

Sekalipun dosa itu menyebabkanku terhumban ke neraka jahannam


فصيحا إذا ما كان في ذكر ربه وفيما سواه في الورى كان أعجما

Lancar lidahnya tatkala menyebut-nyebut tuhannya,

dan tatkala bersama orang lain di dunia ini, dia bagaikan asing


يقول حبيبي أنت سؤلي وبغيتي كفى بك للراجين سؤلا ومغنما

Dia berkata : Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan bergantung harap

Cukuplah Engkau bagi orang-orang yang bergantung harap dan meminta


أصون ودادي أن يدنسه الهوى وأحفظ عهد الحب أن يتسلما

Aku memelihara keinginanku dari dicemari hawa nafsu,

dan aku menjaga perjanjian cinta ini agar terus kekal suci


ففي يقظتي شوق وفي غفوتي منى تلاحق خطوي نشوة وترنما

Ketika ku berjaga dari tidurku, aku terasa rindu. dan ketika aku lelap, aku berharap pdMu

agar Engkau mengiringi langkahku dengan lagu penuh semangat


فجرمي عظيم من قديم وحادث وعفوك يأتي العبد أعلى وأجسما

Dosaku teramat besar dari dulu dan kini

Namun, keampunanMu yang hadir itu lebih agung dan tinggi.

Wahai tuhanku..


---------------------------------------------------------------

Jadilah insan yang kuat di hadapan para musuh Islam,

Jadilah insan yang hebat dalam kalangan umat Islam..

tapi jangan lupa..

Untuk menjadi seorang yang paling lemah,

menjadi seorang hamba yang paling merasai kekurangan,

seorang insan yang paling menyedari kesalahan,

dan paling menyesali dosa yang dilakukan

tatkala di hadapan tuhan..


------------------------------------------------------------------------

p/s : Mak ayah, abang, kakak dan adik serta rakan-rakan... maafkan salah silapku, andai pernah menzalimi atau mengambil hak, andai pernah mengata dan menyibuk, atau menggores mana-mana hati.. kadangkala memikirkan kematian, hati ditusuk kebimbangan, siapa yang pernah kita hutangi tapi masih belum membayarnya? atau siapa yang pernah kita zalimi, namun masih belum meminta maaf dan balasan darinya?


Ya Allah, akhiri hidupku dengan husnul khotimah dan jauhi aku dari suul khotimah.

Sunday, September 4, 2011

Salam aidilfitri dari Amman, Jordan

Alhamdulillah, masih hidup rupanya blogger sorang ni. Moga dengan peluang hidup ini, bertambahnya amalan dan makin hampir pada Allah Yang Esa.

Mengambil kesempatan yang ringkas untuk mengucapkan "TaqabbalaLLahu minna wa minkum" yang merupakan ucapan para sahabat Rasulullah s.a.w tatkala bertembung sesama mereka di hari raya.

Namun, lazimnya kita di nusantara akan mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir & batin".. Tidaklah salah kerana tidak ada nas yang melarangnya. Malahan tidak ada juga hadis yang menunjukkan ucapan Rasulullah s.a.w khusus pada hari eid.

Lazimnya kita orang melayu akan bermaafan di lebaran. Justeru, saya turut mengambil peluang ini untuk turut sama memohon kemaafan atas segala kesilapan sepanjang bergerak dan bermusafir di bumi Allah ini.huhu. Siapa tidak pernah mengata, mengumpat, mencela dan sebagainya. Sedari kita belajar dan memahami tentangnya, sangat2lah kita dituntut untuk menjauhi semua itu..Moga sejarah terkubur menjadi sejarah yang tidak akan berulang. Allahul musta'an. Allah jua tempat aku memohon pertolongan. (Ceh, ayat pondok ni hehe)

Opss satu lagi.. lupa.. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN NEGARA MALAYSIA YANG KE 54 ..

Saya sayang bangsa saya, dan saya cintakan negara saya. Namun, makin hari saya tidak lagi melihat bangsa melayu yang macam dulu.. pengaruh barat dah meresap dengan dahsyatnya, kesopanan dan tatamurni orang melayu hanya boleh dilihat di kampung-kampung. Itupun, susah.. anak-anak remaja kampung melepak, hisap rokok, keluar berpakaian sendat, gincu menebal, mekap pun berlapis-lapis. Orang Kelantan kata "daghat sungguh"..

Nak satukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum...susah. melainkan dengan Islam.. redhakan non-muslim untuk hidup di bawah panji Islam.. kenalkan mereka bahawa Islam sangat lemah lembut, prihatin dan penyayang terhadap semua manusia.. Dalam al-quran, menyebut bahawa Rasulullah s.a.w merupakan "Rahmat buat sekalian alam".. dan bukan "rahmat buat orang mukmin/muslim".. Justeru, muslim kah, atau non-muslim kah.... selagi hidup di alam ini.. layak untuk merasai kedamaian dan ketenangan di bawah panji Islam.........

Hakikat dan bukan majaz.. Selama pemerintahan sekarang, entah berapa kerat usaha untuk menarik non-muslim pada Islam yang dilakukan oleh kerajaan.. nasibb baik ada NGO yang rajin menggiatkan aktiviti dakwah pada non-muslim.. antara yang rajin juga ialah kerajaan negeri Kelantan.... ayah saya selalu menghadiri seminar-seminar anjuran kerajaan negeri yang menerangkan tentang konsep non-muslim dalam Islam dan pernah menjadi pembentang... yang dihadiri oleh segerombolan ramai non-muslim sekitar kelantan dan luar kelantan, serta mengumpulkan NGO NGO yang terlibat...

Tahniah dan syabas pada NGO yang brtungkus lumus utk tujuan itu. Paling kurang, ia membantu sedikit sebanyak..dan insyaAllah usaha mereka diganjari Allah s.w.t...

Ingin menggiatkan aktiviti secara menyeluruh, perlulah memegang tampuk tertinggi.. dan ia tidak tercapai melainkan sesuatu itu melalui jalan yang memang sampai kepada niat tadi.bagaimana nak sihat kalau x makan ubat.. nak tak nak, politik itu perlu..kerana politik terletak di menara tertinggi, semua yang kecil akan kelihatan dan mampu dilihat.dari sistem pengajiannya, sistem ekonomi, kebajikan, tarbiyah, sistem media hebahan dan sebagainya....

Setelah fathu makkah(kemenangan), kita lihat orang berpusu-pusu memeluk Islam... lihat bagaimana aktiviti dakwah Rasulullah s.a.w tidak lagi dihalang, dan lihat bagaimana ia mampu disebarkan secara meluas tanpa mengira kaum mahupun bangsa..

Ok.. sudah hampir subuh... sekian sahaja bebelan hari ini.. sinopsis dari sebuah forum yang saya lihat di youtube..forum ulamak berpolitik kalau x silap.. salah silap komenlah kat video tu.. hihi. linknya sudah hilang.. hmm.

Salam aidilfitri dari perantauan.. mak, ayah, abang, kakak, dan adik.. alhamdulillah, tiada tangisan di pagi raya.. *hehe* Ampun maaf, dan ku sampaikan segenggam kerinduan yang tak terhingga buat kalian.. bertemu tidak akan jemu, berpisah tidak pula gelisah... redhalah akan diriku andai tidak sempat pulang ke tanah air..~kematian hadir tanpa diundang~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...