Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Friday, November 11, 2011

اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي

Bismillah.

Semalam tiga kali menghubungi bonda tercinta, dua kali untuk bertanya keadaan keluarga dan sekali untuk tanya pandangan bonda tentang urusanku. Ibu tercinta mendengar dan bertanya serba sedikit kemudian dengan tenang memberi pandangan. Sayang ibu..

Sehari sebelum itu sudah kehabisan kredit, menghubungi adik dan kakak :p

Khabar yang sedikit menyedihkan, ayah kurang sihat akhir-akhir ini. Sakit itu datang lagikah? Kesian ayah.. Moga Allah sembuhkan ayah yang aktif. Begitu banyak sekali ujian hebat buat ayah yang hebat.. Jika sebelum ini, dia bertungkus lumus mencari ikhtiar mengubati anaknya yang sakit, kini, dia pula ditimpa musibah penghapus dosa. Sungguh hebat dirimu ayah...

أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، اشْفِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Ayah yang sentiasa ke masjid sekalipun sakit, ketika hubungi ibu, ayah sedang ke masjid, padahal tadi baru pulang dari hospital.. Melihat wajah ayah sudah cukup untuk mengajar anaknya akhlak dan melembutkan hati:(

Moga selepas ini anakmu ini mampu menjadi sehebatmu..dijauhkan dari memikirkan hal2 yang tidak perlu difikir banyak kali. Diberi kemudahan belajar dan menuntut ilmu dan pulang ke sana mengharumkan nama ayah.

Ya Allah, mudahkan urusanku ini..moga jalan yang bakal dilalui selepas ini lebih baik :)

Hati ini tidak putus berdoa..

*terfikir untuk bagi wang tiket ini pada ayah kalau2 cukup utk ayah tunaikan umrah.pergh... tak cukup pun........:(

Tuesday, November 8, 2011

Early marriage vs Increasing of divorce cases

Bismillah.

Ingin mencoretkan sedikit yang ku fahami tentang perkahwinan. Sebagai seorang yang makin meningkat ke arah dewasa, ku tidak lagi segan untuk berbicara tentang perkahwinan sekalipun usiaku masih seciput.. setiap orang memang melalui frasa usia ciputnya hihi.

Ku melihat dunia sekarang teramat jauh bezanya dengan dunia yang 10 tahun dahulu, berbeza dengan 5 tahun dahulu. Kita kini miliki facebook, twitter, yahoo messenger, millatfacebook, myspace, friendster dan sebagainya yang merupakan jalan pada perhubungan antara dua magnet lekat iaitu lelaki dan perempuan. Jaringan komunikasi kini teramat meluas, hatta berada di lebuh raya pun masih boleh berhubung, sesat pun masih boleh meminta tolong, ingin berskype, bervideo call dan seumpamanya bukan lagi sesukar dahulu..right? Kanak2 miliki handphone sekitar usia 12 tahun itu merupakan suatu perkara biasa, di mana-mana pun kita dapat melihat setiap watak yang bergerak samada kecil mahupun besar miliki handphone. Seingat saya, ketika saya darjah 6, saya masih belum memahami apa itu maxis, celcom, digi? Huhu. bila sebut jenama handphone lagi la dahsyat, sebut saja ipad, LG, XPERIA, apple, blueberry dan sebagainya... fuh.. tak mampu dihitung jari..

Justeru ku melihat perkahwinan awal bukanlah suatu yang pelik bagi sesetengah insan. Itulah cara yang terbaik untuk mengelakkan zina dan gejala buang anak.. Namun, dibimbangi masalah penceraian bakal meningkat, jika perkahwinan didirikan atas dasar nafsu semata, entah ke mana halnya setelah nafsu dipuaskan?..dapat anak?... itulah antara negatifnya perkahwinan awal yang bukan didirikan atas dasar kefahaman yang menyokong fitrah itu..dan itulah yang banyak mendominasi ramaja kita kini... sejurus tamat sekolah menengah dan masuk matrik, melaksanakan perkahwinan tanpa memikirkan risiko lain, pengajian, kewangan dan sebagainya...kemudian, apabila masalah-masalah tersebut menjelma dan membentuk sebuah gunung, akhirnya hancurlah sebuah rumahtangga itu..

Tapi jika cerdik dalam merancang dan memandang dalam setiap sudut, pasti ada jalannya.. kebiasaannya mereka yang cerdik, mampu merancang dengan baik dan sekalipun masalah itu datang,dia dapat mengatasinya dengan baik..kematangan dalam pemikiran dan keluasan sudut pandang sangat penting pastinya...! bukan sekadar pandai jaga anak, dah nak kahwin. bukan sekadar pandai masak, itu cukup untuk kahwin.. pandai uruskan diri, kewangan dan emosi.. tu pun penting...

Bagiku,..pernah je..

Terfikir dan tidak menolak untuk berkahwin awal, terlalu banyak hadaf yang ingin dicapai melaluinya... pergerakan pastinya lebih mudah bagi seorang wanita bersuami berbanding waktu bujangnya sangat terhad untuk bergerak..sedangkan waktu masih berkudrat kuat inilah masanya untuk terokai dunia sekeliling dengan lebih jauh..pulang Malaysia nanti, apakah masih berpeluang datang sini(oversea)? ... Allahu Allah..tp jika begitu, itu pastinya bukan diriku yang sebenar..aku yang sebenar bukanlah sematang itu untuk menjadi isteri orang..

Keluasan dakwah.. dan yang paling penting, selamat dan tenang dari unsur-unsur yang kurang baik yang bakal memperngaruhi gerak kerjanya dalam sebuah organisasi..

Namun di sana ada halangan yang perlu difikirkan... Jika diadakan debat.. agak2 yang mana menang?hehe.. debatkan! masyarakat kini sangat perlu penjelasan dan pencerahan tentang hal ini kerana rata2 memandang dalam satu aspek sahaja, iaitu "mengelakkan zina dan gelaja buang anak"...well, how about "penceraian"?

Wassalamualaikum wbt.

8 November 2011 : Walk alone

Alhamdulillah.

Hari ini dengan beraninya merantau dan berjalan-jalan seorang diri..dek sedikit tekanan yang menekan emosi yang sekian lama dipendam..Alhamdulillah, banyak perkara hari ini yang membuatkan tekanan itu semakin hilang. Seronok bila bersendirian..

Dalam surah al-muzzammil, Allah menjawab dan memberikan kita sebuah penyelesaian tatkala perasaan kurang baik hadir..

Bangkitlah qiyamullail dan laksanakan dua rakaat tahajjud paling kurang. Amalan-amalan pilihan inilah yang mengangkat seorang hamba itu menjadi harum namanya hingga di langit sana..

Jika berkesempatan, bolehlah kita teliti beza kalimah abid dan ibad yang disebut dalam alquran.hehe.sgt menakjubkan.

Menuju ke sana, menaiki bas sendiri, kemudian berhenti dan mengambil teksi.. berborak dengan pak cik teksi yang baik. Kemudian membayarnya wang sedikit lebih dengan harapan dia mendoakanku.. Selesai itu, berjalan-jalan dan bertemu pak cik jual keropok.. beli keropoknya dan bayar lebih, smbil meminta dia mendoakan.. bila bertemu kanak-kanak di masjid, ku bahagikan keropok itu.. ada yang menolak dan melihat saja ku makan.kih2. Seronok..tiada apa perasaan tatkala itu melainkan berharap sepulangnya diriku ke rumah, Allah lapangkan hati ini..

Ketika makan, ku disajikan dengan sebuah pemandangan hebat. Sorang wanita sedang menyalin lampin anaknya dengan kasar sekali. Letak di atas lantai tanpa beralaskan apa2, kemudian terus menukar lampin budak tersebut yang menangis makin kuat. Apa tidaknya, lantai itu sejuk... lantai tempat orang lalu lalang masuk masjid.... tersenyum ku melihat perbezaan cara antara orang melayu dan orang arab.

Banyak masa dihabiskan di tepi masjid itu, memerhatikan manusia dan dikelilingi kanak-kanak yang sedang menunggu ibubapanya.. Kemudian, terus berjalan-jalan mencari sesuatu.. tanpa hala, namun mata tidak lekang memerhati dan menganalisis.. :) Seronok bersendirian.. namun sekiranya kita berhadapan dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka itu lagi baik berbanding yang menyendiri tanpa apa-apa cabaran dalam hidup..

Ketika itu, terasa berani dan bersedia untuk dimarahi oleh pihak persatuan.. yerlah, seorang wanita keluar sorang2 di bumi orang.. Hati yang berbara lemah ketika itu bersedia memarahi dan menerima amarah orang, kata kan lah apa sahaja.. ku tidak kisah :)

Ingin dan sangat ingin berpindah, rumah kini di hujung kawasan, dan memaksa ku untuk rajinkan diri ke jamiah, naik turun bukit.. ku yang kecil pasti makin mengecil dek hal ini.. setiap kali pulang dari jamiah, setengah jam masa diambil untuk hilangkan kepenatan semput berjalan dan menaiki tangga rumah yang berada di tingkat 3.. Orang seringkali berpesan agar bersabar, namun tidak cerdik namanya jika bersabar tanpa cuba mencari penyelesaian.... insyaAllah moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk hidupku, ilmuku, agamaku dan hala tuju perjuanganku.. Ya Allah, ku mengharap belas ihsanMu untuk mudahkan urusanku ini..

Alhamdulillah terasa lega dan gembira sepulangnya ke rumah tadi sekalipun masih berbaki sesuatu..

Sekian wassalamualaikum wbt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...