Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, November 4, 2012

'Work' is just a part of it ~ not 'the main purpose'

Bismillah..

Alhamdulillah lagi dan lagi....tiap kali dilafaz alhamdulillah... tiap kali itulah kita akan rasa lega,, bersyukur, tak jeles dengan orang, tak rasa tak puas hati, rasa tenang dan syukur, gembira dan lapang dengan apa yang ada..

Pokoknya hari ni, suami dah keluar awal2, kul 9 pagi lagi untuk temani pensyarah2 dari UIA yang datang lawat Jordan University...dan saya yang bakal exam bersendirian di rumah.. Namun ihtimal suami balik zohor nanti, dan time itu, saya pula yang akan keluar membawa adik2 baru yang minta tolong teman ke pejabat post di Balad, setengah jam dari sini..dan insyaAllah urusan tak lama kat sana.. Sejurus dekat asar saya akan pulang... dan lepas asar pula, suami yang akan keluar mengajar junior2 madah ulum quran dalam bab tertentu... (T_T)... masyaAllah..lepas tu, sejurus lepas maghrib, kami akan sama2 pi talaqi bersama Syeikh Solah Al-Khalidi, suami urus tentang live-streaming syeikh.. jadi, dia akan pergi awal sikit. hampir seharian kami tak jumpa dan borak2 hanya lepas sampai umah dalam kul 8 malam nanti...kebetulan dia puasa hari ni, so, time beliau buka puasa tu la saya boleh temankan :)

Bila pikir2 ....

Cabaran dalam rumahtangga bermula apabila suami mendapat 'kerja'.. means kerja tetap atau tak tetap itu sama saja... benar2 cabaran... apatah lagi isteri juga kerja sekalipun sebagai penuntut ilmu... nak boleh ke bertemu mata, borak2, gurau2, bukan suatu yang mudah.. dan wajiblah akan mula timbul rasa 'cemburu' dll.. tapi kematangan kita lah yang boleh atasi hal2 remeh tu...

I knew my husband does not like to be a lecturer.. dan kepakaran dia pun ke arah teknikal, pengurusan dan lain2.. Jadi saya tanya dia, ''abang nak sambung master kan ? hanani dengar dari ust nasir haritu, biasanya yang sambung belajar ni bidang kerjanya ke arah pensyarah..''

Tapi dia jawab .. ''Bukan lah sebab kerja sangat pun abang nak sambung .. cuma belajar tu seronok...''

Dush.Dush... kena tumbuk oleh diri sendiri. Saya tahu beliau seorang yang skema, jadi tak pelik kalau dia rasa seronok duk dalam kelas 'berjam2' walaupun ngantuk, tulis, duk maktabah, buat assingment, ada cikgu dll..

Betul tu..

So, dapat satu pengajaran untuk diri sendiri.

Thursday, November 1, 2012

Halaqah 'Ijlis bina, nukminu sa'ah"


Bismillah.

Alhamdulillah terus dikurnia nikmat Iman, Islam. Moga kekal hingga ke akhhirnya...

Satu perkara yang ingin dikongsikan kali ini berkisar halaqah mahabbah yang lazim ada dalam kehidupan kita iaitu usrah. Kalau di Amman, Jordan, kami panggilnya sbg halaqah murabbi.

Bersama adik-adik baru tahun seramai 8 orang terdiri daripada ; syahirah, syafiqah, husna, fatimah, hani, husna naimmah, syakirah, dan iman :) semuanya pelbagai wajah, warna, jiwa dan pendekatan.. Namun alhamdulillah hati ni rasa seronok dapat berhalaqah cinta bersama mereka.

Melihat kepelbagaian mereka. ada yang pendiam, ada yang suka berbicara, ada yang banyak idea, yang suka hanggukkan kepala dan lain-lain menjadikan halaqah itu tidak bosan.. tidak sunyi dan tidak terlalu 'galak'...

Kematangan mereka semua berjaya membuatkan saya rasa tak segan dan tak kaku dalam meng'handle' usrah... Ada-ada saja yang sudi untuk berkongsi. Justeru, tidak lah terlalu bimbang andai tidak ada sebarang persediaan khas sebelum bermurabbi..

Secara kebiasaannya, kami tidak suka mengambil masa yang lama untuk bermurabbi. Sekadar setengah jam, sejam itu pun sudah memadai.. Andai ia benar2 diisi dengan peringatan, perkongsian yang boleh menambah iman. ia lebih bermakna berbanding berbincang suatu isu dalam tempoh masa yang sangatt lama...

Itulah pengalaman... berdasarkan pengalaman 'rasa boring' usrah zaman lampau yang biasanya dibuat hampir 2 jam, saya dan mereka cuba ubah kali ini agar perasaan itu tidak berulang kembali...dan semestinya tidak terikat dengan silibus.... Usrah bukanlah tempat untuk menamatkan silibus dan sebagainya, tapi ia sebagai suatu tempat penjanaan untuk jana kembali iman kita yang maybe dah hampir layu..

Tahap keimanan itu bukanlah straight sepanjang masa... ia naik dan turun.. Apa yang saya rasai tatkala menerima sebarang perkongsian dari adik2 ni, seolah-olah 'mcm ditiup angin sejuk hingga menaikkan bulu roma' apabila disebut sesuatu yang benar2 menyentuh jiwa...

yup, diakui ketika kami masing2 bercerita tentang bagaimana Rasulullah SAW di akhir hidup beliau, sahabat2 menangis dan ada yang tidak mampu menerima hakikat itu.... tatkala adik2 usrah berkongsi walau sepatah, saya sedaya menahan rasa sebak... ok. halaqah kali itu berjaya buatkan saya rindu pada Rasulullah s.a.w ..

Semalam murabbi diadakan tak sampai 30 minit berkisar tentang amalan istiqamah yang tak sanggup 'anda semua' tinggalkan... itu soalan yang saya lontarkan supaya setiap ahli boleh berkongsi... bukanlah untuk memanggil rasa riak atau ujub dalam diri masing2, tapi supaya menjadi titik tolak perubahan... Lazim apabila kita berkongsi, kita akan amalkan kan?.. :) . Yup. Akan amalkan!

Masing2 berkongsi... ada yang bicaranya memang menyentuh hati... seolah apa yang digambarkan tentang 'indahnya' amalan sunnah itu lahir tulus dari hati masing2, iaitu berdasarkan pengalaman dan apa yang dilalui sendiri..


Tatkala itu, terasa ada sesuatu yang menyapa dalam diri... indahnya jika saya juga mampu rasai hal itu wahai adik2 tercinta.... halawatul iman :)

Subhanallah... :)

Sangat indah untuk berhalaqah , berukhuwah..
Sangat sayang pada mereka.... kalau boleh, tiap masa ingin 'ganggu'..hehe

Moga Allah beri kami kejayaan di dunia di akhirat..

Insan yang baik hubungannya dengan Allah dan Rasul serta manusia.. insyaAllah kehidupannya berjalan dngan tenang.. Pengajiannya makin baik dari semasa ke semasa, dan dirinya makin lama makin menjauhi keburukan.. itulah kemanisan imann yang menepis pahitnya kemaksiatan pada tuhan :)

Wednesday, October 31, 2012

My Zauj

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah. Kuliyah bermula seperti biasa setelah 5 hari cuti aidiladha. Rindu sangat pada bonda dan ayahanda di Malaysia. Tapi perkhidmatan kad murah untuk call Malaysia telah habis ketika itu. Hanya dapatt mengutus beberapa SMS buat ayahanda dan bonda di Kelantan yang pastinya menanti panggilan berita dari anakandanya.. :'(

Alhamdulillah lagi, rezeki Allah mencurah-curah. Daging kambing pun banyak dapat. Dapat pulak lebihan kotak dari delegasi Malaysia yang terkandung dalamnya makanan yang banyak. *kami bukan pelarian, tapi suami membantu mereka dalam misi memberi bantuan kemanusiaan buat pelarian syria, so that,..* Allah juga telah mempermudah urusan suami dalam banyak hal. Busy semacam je dia.. Terjemah, baiki komp, antivirus, mengajar dll.

Usia sekarang 20 tahun. Maksudnya masih berbaki 4 tahun sebelum masuk usia 'normal' utk sebuah perkahwinan iaitu 24.. Bila melihat ada rakan yang baru kahwin dan sudah bakal menimang cahaya mata.. mengalir jua air mata. Fitrah seorang wanita, nak juga.. tapi belum masanya mungkin..tak lama dah nak grad..sabar dan terus bersabar ye.. :)

Syukur pada Allah..

Dia seorang yang baik. Tiap hari ada je rasa nak kongsi kebaikannya supaya diri ini tak lupa suatu masa nanti.. Tu lah, seorang isteri ni kadang2 kebaikan suami dia yang banyakkk boleh plak dia lupa dek satu kesalahan.. Ketika saya pitam baru-baru ni, muka dia punyala cuak macam nak nangis. Ada riwayat dari kawan mengatakan dia berlari-lari cari bini dia setelah dengar kata pitam kat tepi jalan. Hehe. Alhamdulillah ketika buka mata, dia orang pertama yang saya nampak walaupun duk jauh sikit. Walaupun malu, saya izinkan dia angkat sebab dah tak larat sangat nak jalan.. badan memang amat lemah ketika itu. *mungkin sebab kurang rehat.. pagi tu pula setelah subuh tak rehat jugak, buat sarapan untuk peserta lapah kambing*..

Sepanjang hari itu saya hanya berehat dan dialah yang buat semuanya. Masak, tanak nasi, buat air, basuh pinggan, kemas rumah. Bangun2 tengok semua dah settle.. Saya minta untuk tolong, tpi ditolak mentah-mentah. Dia asyik minta maaf menyebabkan saya pitam walhal bukanlah salah dia :)

Lagi la dia kalut bila doktor tu kata saya maybe pregnant ... Terus dia cari-cari nota kalendar saya dalam hp. Haha. bersungguh dia jawab soalan doktor. Saya gelak2 kat tepi.. mana ada pregnant...

Sometimes, bila bersendirian, kita akan rasa sunyi dan dia lah yang terbayang di mata. Bila dia keluar, kita mula merasa sebak kerana bertanya, keluar ni balik ke tak, balik tu masih bernyawa atau bagaimana..
Sebab itu, tiap kali sebelum ke kuliyah, atau tiap kali dia ingin keluar, saya meminta maaf darinya, tiap kali sebelum menutup mata, saya praktikkan meminta maaf, memandang wajah dan senyumannya.. tidak sesekali membelakanginya kerana bimbang itu kali terakhir untuk di dunia ini..tiada lagi gurauan, ketawa, tangisan. Yang ada hanyalah beberapa keping gambar kenangan yang tidak bersuara. Setiap yang Allah kurniakan pada kita di dunia ini tidak kekal... Dia secara tak langsung mengingatkan saya akan kematian. Kematian lah yang bakal memisahkan kami dan menjadi titik penantian sebelum bertemu kembali di alam yang tidak pernah terbayang di mata....

~

Aha. First entry about my husband and his good deeds. before this, I'm always talking about my parents and their good deeds... to ensure that they remain in my 'internal hard disk memory' forever and ever..




Friday, October 19, 2012

GIVE anda TAKE

Bismillah..
Alhamdulillah wa syukru lillah..

Hari ini hari jumaat, 3 Zulhijjah :) kiranya 10 awal zulhijjah yg dikhabarkan oleh baginda S.A.W sebagai hari yg paliing mulia masih lagi berbaki.. dan beberapa hari lagi usia perkahwinan kami bakal genap 2 bulan.

Dua bulan kalau dinisbahkan pada manusia, masih sangat kecil.. ibarat baby yang masih lembut..tapi mungkin dah boleh tersenyum, sudah boleh mengenali beberapa perkara baru dalam kehidupannya..

MasyaAllah.

Indah sungguh bila melihat sungguh banyak perkaitan antara apa yg kita lalui dengan alam syahadah yang terpampang depan mata sekarang!

Memang banyak perkara baru yang dipelajari setiap hari, apatah lagi apabila menggabungkan pengajian, tanggungjawab sebagai anak, sebagai isteri. Assingment tetap ada, kerja rumah tetap ada, hubungi mak dan ayah di rumah juga tetap berjalan. Ternyata dalam usia ini saya tidak merasa bosan dengan pengalaman baru ini, sungguh menakjubkan.

Ternyata kehidupan saya tidak hanya itu. Masih ada satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan iaitu selaku Timbalan Presiden II Persatuan Penuntut Malaysia Amman yang kini ahlinya berjumlah hampir 200 orang.

Selaku timbalan presiden, tidaklah sesibuk ketika berada di Lajnah/ Exco. Peringkat ahli Majlis Tertinggi persatuan sememangnya lebih kepada berfikir, mencari idea, menjadi tulang belakang kepada Exco-exco dan mencari penyelesaian akan sesuatu isu/ masalah.

Justeru, tidak pelik jika di dalam meeting, mereka lebih banyak bersuara, meminta penjelasan akan suatu tindakan, serta mengkritik secara professional akan sesuatu perancangan dari setiap badan koordinator.

Faktor itulah yang kadang-kadang bakal memakan diri. Apabila ada yang tidak suka 'soalan' dilontarkan, tidak mahu mendengar penjelasan/ kritikan yang dilampirkan, maka akan mula timbul mimik muka yang menunjukkan rasa bosan, rasa malas nak dengar bahkan saling bertentangan mata senyum sinis.

Pesan seorang penasihat suatu ketika dulu.

"Kalian perlu berjiwa besar. apa yang orang lakukan, tunjukkan, dan katakan, telanlah dengan rela hati dan jangan ambil masa lama sangat untuk berkecil hati. kerana masih ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan"

Kata-katanya disemat sampai sekarang. Lumrah dalam kehidupan kita, berpersatuan atau tidak, tapi selagi ada manusia, selagi itu akan timbul percakapan, perkhilafan.

Pesan suami :

"Dalam organisasi, exco-exco, amt .. juga merupakan manusia. Manusia memiliki perasaan. Jadikanlah individu-individu dalam organisasi itu sbagai mad'u. kita sebagai da'ie. Berhemah dalam susun perkataan, berhikmah dalam menegur dan apa yang patut dipuji, pujilah sebagai tanda penghargaan.

Pesannya lagi :
"Sebelum menegur, dahulukan pujian. Puji cadangan, usaha dan idea yang diberi. Kemudian berikan pula cadangan kita berserta justifikasi.. kerana mungkin insan tersebut tak terfikir sebagaimana yang kita terfikir. Jika tetap tidak bersetuju, sebut kekurangan yang bakal berlaku sekiranya perancangan individu tersebut diteruskan.."

Pesanan tersebut kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa... adeyh. InsyaAllah nak kena semat lg ni.

Apapun, suatu team yang baik tak akan terbentuk melainnkan adanya GIVE and TAKE. Saling perlu memberi dan menerima. Bukan mengharapkan satu pihak sahaja berhikmah terhadap kita, namun kita tidak lakukan perkara yang sama.

Tuesday, October 2, 2012

Be positive~

Alhamdulillah..

Hari itu, sempena Konvensyen Mentor anjuran Mentor Council MPMMJ yang diadakan di Irbid, saya membuat status baru di laman sosial, facebook.. Sengaja ingin menyedarkan diri sendiri dan sebagai tambahan kekuatan di pagi hari.

"Berfikiran positif di pagi hari menjadikan kita positif sepanjang hari"

Suatu pagi yang damai, yang menyebabkan mata sedikit kuyu .. saya hadir ke kuliyah seperti biasa. Namun kelihatannya semangat professor matapelajaran takhrij hadith kali ini sedikit berbeza. Tiba-tiba beliau melepaskan das tembakan tepat terkena pada hati menyebabkan saya yang mengantuk ketika itu tersedar. Mata yang terasa lemah dikuatkan, dibulatkan dek terkena tembakan tersebut. Apa kata Prof?

"Kalau kalian mahu datang kuliyah dalam keadaan segar, cergas dan cerdas, pastikan kalian menepati waktu subuh.. Bangun awal dan elakkan tidur sejurus selepasnya."

Sakit!

Sakit terkena penangan kata-kata tersebut sekalipun ia bukan ditujukan pada saya directly. Tapi biasalah. Bila kita yang makan cili, kita yang akan rasa pedas.

Baguslah dah ada kesedaran.. Ok, itu zaman pertama jasad ini menyentuh angin sejuk-syita-musim dingin-

Kisah kedua :

"Ok, hari ini abang akan hantar Hanani ke Univ.." -kata suami

"Hah! Betul ke ni?"- Jawab empunya badan dengan nada terkejut dibuat-buat. Dalam hati melompat-lompat gembira.. padan pun en.suami nampak bersemangat pelik, lepas subuh je terus mengaji, checking2 internet dan buat kerja dia.

"Kang kalau tak hantar ada orang merajuk pulak"- perli beliau menyebabkan saya tersengeh akibat disekeh oleh perlian itu.

Uit, ada merajuk ke? mungkin tunjuk muka sedih tu ada la jugak. Tapi salam beliau tu tetap salam.

Sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunggu bas bagai dipenuhi bunga-bunga. Senyum memanjang. Yup. Hari itu merupakan hari yang sangat positif.

Sampai di sebuah lampu isyarat, saya menyantuni suami dengan cium tangan beliau sambil minta maaf sebab susahkan beliau. *Dalam hati duk bisik, 'kena teman selalu eh'* Usai lampu isyarat bertukar warna, saya menyeberangi jalan dan mata sekali sekali berpaling ke belakang. Terlihat masih ada kelibat insan itu, saya senyum lagi. Ceh! Ni memang kanak-kanak.

Memang.

Hari itu, kuliyah bermula jam 8 pagi, disambung lagi jam 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Tanpa rasa mengantuk walau sedikit, hati seronok enjoy dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para profesor. Jari tangan tak henti menulis, menyalin kata-kata prof. Seolah segalanya dapat difahami. *Dalam hati asyik fikir nak share apa yang diperoleh*

Tepat pukul 2, bergegas pulang ke rumah. Dalam fikiran terus merancang dan merencana untuk terus positif sampai ke malam hari.

Alhamdulillah.

~Positif lah dalam melayari kehidupan. .

~Pagi merupakan detik yang penting untuk setiap individu kerana ia bakal mencorak hari kita. ^^

~Positiflah dalam menerima permasalahan.. Kelak segalanya akan temui jalan. hilang kebuntuan.

InsyaAllah.


Ibu & ayah tercinta

Alhamdulillah ..

Dari sebuah teratak di Bumi Syam ini,
Yang jauh beribu batu,
Yang terpisah beberapa benua,

Sekalipun diri ini sudah berdua,
Tapi asal ku tetap dari mereka,
Menjaga ku penuh penat, lelah, suka dan duka .
Dari dalam dakapan, hingga mampu merentas dunia..
Ingat kebaikan, ingat mereka ..
Tatkala sujud, terbayang di mata ..
Linangan mengiringi,
Sebak di hati,
Rindu tak sudah!
Oh ibu, oh ayah..

Ya Allah ya tuhan..
HambaMu merafa'kan syukur..
Dikurniakan mereka..

Monday, September 10, 2012

Barakallahu lakuma 2 :)


Alhamdulillah dah diijabkabul kan dalam usia yang muda. Sangat2 muda bagiku.. baru nak masuk 21 tahun.. tahun ke 3 pengajian di University of Jordan. Pastinya kehidupan selepas ini lagi sibuk, mencabar dan penuh dengan pengalaman baru. sebak :'( ... Pada mulanya, bimbang juga dengan penerimaan orang-orang kampung. Namun, alhamdulillah tiada seorang pun yang datang mencemuh atau sebagainya. bahkan memberi dorongan dan inspirasi untuk saya lebih berjaya.. Melihat insan2 hebat seperti Senator Mumtaz Senawi, Prof Dr.Muhaya.. mereka semua berkahwin dan memiliki anak di usia yang awal.. dan mereka berjaya menjadikan kehidupan mereka inspirasi buat insan lain :) tabikk....

Bak kata Senator Mumtaz(Kak Tazz) .. Bila Allah bagi sesuatu tu , pasti Allah sertakan sekali jalannya.. jadi, bila Allah kurniakan dia anak, suami.. dia yakin boleh menempuhnya =D dan saya juga cuba yakinkan diri, I can face my new life ^_^

Selepas ini, segala tindak tanduk akan dikira ... rindu, sayang, cinta semuanya bernilai pahala di sisinya.. berhias, buat air, masak dan semuanya.. insyaAllah moga Allah berikan saya dan suami cebisan2 ketabahan insan2 yg hebat di sisiNYA..



Pengalaman yang melucukan ..

Sebelum menuju masjid utk akad nikah, berkali-kali saya mengambil wudhuk disebabkan rasa nak buang air... bahkan setelah pakai tudung pun masih lagi nak masuk tandas.. last2, mak pesan jangan layan perasaan gemuruh tu , nanti lewat sampai masjid.. memang gemuruh dan cuak yang tak dibuat2.. dalam hati sentiasa berdoa... apatah lagi bila malamnya saya lihat ramalan cuaca mengatakan hari majlis kesyukuran saya akan diiringi hujan yang lebat .... perghh. meraung dalam hati kebimbangan... Namun atas kuasa Allah, hari tersebut cuaca cerah :) mungkin terlalu ramai yang berdoa mengharapkan cuaca yang baik utk majlis yg baik.

Mungkin sikap saya  yang suka jalan sorang, suka pi sana sini seorang diri sebab 'zhonn' rakan terbeban dengan menemani kita... menyebabkan saya sesuai untuk menerima kehadiran seorang teman hidup yang akan bertugas sebagai penjaga rasmi hihi.penjaga yang wajib saya taati.. bukan buaya friend..

dan semoga.... semoga pengajian kali ini lagi bermakna dan mudah ~ saat insan lain perlu fikir 'nak lelaki ni ke lelaki ni yer,,, nak pilih dia ke,, alamak ada org tanya2 dah dikhitbah ke belum,,, ' dll.... saya sudah tidak lagi perlu fikir... alhamdulillah...

ya Allah jadikan aku seorang yang mensyukuran nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku , jua ke atas ibubapa, dan semoga aku boleh terus melakukan ibdah dan amal soleh yang Engkau redhai ......

My hubby... Allah bless him...

Sunday, September 9, 2012

Barakallahu lakuma :)

Bismillah ..

Assalamualaikum wbt.

Syukur, syukur alhmdulillah saya rafa'kan ke hadrat ilahi atas limpah nikmatNYA, 23 Ogos 2012 (5 Syawal 1433H) baru-baru ini selamat diijabkabulkan dengan Wan Abdul Baith Izzuddin bin Wan Mustapa..dengan masa tak sampai sebulan membuat persiapan, alhamdulillah majlis tetap berlansung dengan jayanya.. itulah gunanya kita memiliki saudara mara, jiran tetangga.. sama2 membantu mencurahkan keringat.

Takde tema colour. hanya sekadar baju purple dan background campur2.. suami tak berapa 'berkenan' dengan mekap tebal2 dan tudung yang ada owning tu. jadi dengan senang hati, saya ke kedai cari kain tudung labuh untuk buat tudung bidang 60. potong sendiri sehari sebelum majlis :) memang kalut ribut sebab malam tu baru diberi idea dan ilham untuk buat macam tu. Wajah ditouch up sedikit oleh kakak sendiri yg memang ok bab2 ni. and I like it.. natural.

Memang sngat unik sebab pada hari yang sama, ada 5 lagi pengantin yang hadir bersama untuk diakadnikah kan .. masjid sultan Ismail Petra pada dhuha tersebut sangat meriah dengan kehadiran yang ramai, kanak-kanak, makcik-makcik, pakcik-pakcik... seronok dan rasa cuak sedikit demi sedikit makin hilang. kemungkinan juga saya lah pengantin termuda ketika itu :-) baru nak masuk 21 tahun..


rasanya penulisan ni ok utk dipost.kalo x, tak boleh nak main pos je.. insyaAllah nanti nak sambung pengalaman ....... :)

dah nak azan...
wassalam..

Friday, August 3, 2012

5 Syawal 1433h

Bismillah.

Alhamdulillah ku rafa'kan ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, iman, Islam, kesedaran .

InsyaAllah 5 Syawal 1433H bersamaan 23 Ogos 2012M, jika diizinkan Rabbul Izzah ,bakal tersemai sebuah ikatan antara dua hamba Allah...adapun pada 25 Ramadhan nanti, genap usiaku 21 tahun :)) hihi.

Persediaan yang paling penting dalam diri ialah kesediaan untuk mengubah dan berubah. Kesediaan untuk berdepan cabaran yang pasti berbeza dengan cabaran hidup bujang/ bersama kawan-kawan. Kesediaan untuk melunaskan tanggungjawab2.

Alhamdulillah. Islam telah mengajar segalanya. Kerana apa? Kerana seorang muslim itu tanggungjawabnya penuh. Masanya penuh dan setiap langkahnya merupakan amanah, dan kerana setiap detik dalam hidupnya merupakan ketaatan kepada Allah & Rasul.

Diriku bukanlah insan sempurna & mampu untuk segalanya. Seringkali orang mengatakan, 'kita perasan kita matang & mampu' ..... hm, hakikatnya, setiap dari kita sangat2 lemah & tak mampu. Hanya kerana tangisan kita tidak terzahir & kelihatan pada pandangan orang.. Mengharap dan terus mengharap inayah dari Allah untuk menjadikan bahtera hidup yang bakal dilalui selepas ini, mampu terus mendepani ombak cabaran, teguh dan mara hingga ke penghujung.

Perasaan ; sangat berdebar, takut dan sebak.

Ya Allah . sesungguhnya hambaMu ini telah memohon dan mengharap. Jadikanlah setiap kepayahan itu kesenangan, setiap kekurangan itu kelebihan, setiap kejian itu pujian, dan setiap kesempitan itu kelapangan di akhirnya. Jadikanlah permulaan bahtera  nanti permulaan pada pelayaran hidup yang penuh kebaikan dan keberkahan. Andai ditakdirkan ku pergi, biarlah pemergianku nanti dalam keredhaanMU, dalam keredhaan suami, ibu dan bapa....  Ampunilah dosaku yang telah lepas, yang akan datang & terima lah segala amalku :)

Ameen.


Friday, July 20, 2012

Ramadhan with love

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah syukur pada Allah, sampai juga bulan Ramadhan .... dah ramai yg pergi meninggalkan kita tanpa sempat menjenguk ramadhan ... Ust Yahya Othman, murabbi umat juga telah pergi meninggalkan kita pada bulan Syaaban lepas ...apapun, benar2 rasa gembira... tahun ni dapat menyambut ramadhan di Malaysia ...

Hm, minggu lepas, dapat gaji pertama setelah kerja selama dua minggu sebagai fasi di pusat persediaan bahasa arab Kelantan ...ku sangka dapat sikit, namun alhamdulillah rezeki Allah bagi utk kita kongsi2 ... bukan kongsi cerita saje...syukurrr sangat2 cuti2 ni takde lah duk saje2... hakikatnya kita sebagai manusia di bumi ni, alaf ini ,, duit itu bukan segala2nya, namun dengan duit, kita akan dapat segala2nya...

Hm.. mak juga tengah gembira dengan kelulusan beliau mendapatkan sijil utk meniaga suka2 .... yup ...coklat comel hasil tunjuk ajar kak ainina pada mak ... memang comel dan selalu mendapat tempahan..baguslah, mudah utk dibuat dan tak memenatkan mak.. harap mak enjoy dengan niaga suka2 yg beliau lakukan...dan aku bantu mak juga sekadar suka2 .. buat moist chocolate cake setiap malam ... packing2... kadang2, buat muffin coklat , masukkan dalam plastik..mmg comel sgt.

First time bersama Darul Atiq Consultant menjadi fasi utk Kem Management Qalbu anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan Negeri Kelantan ... syukur, banyak pengalaman yg ku timba.. bersama adik2 yg special dan ibu2 tercinta di Rumah Sinar Harapan, Pengkalan Chepa Kelantan ... menangis, ketawa, makan, tidur dan sebagainya.. memang pengalaman yg sgt berharga .. Paling penting, tidak menyusahkan ibu ayah, tidak perlu pinjam wang dan sbgnya kerana fasi mendapat bayaran ... yup, kadang2 kita yg selalu suka berprogram ke sana ke mari ,, tengok2 la jugak poket ... memang bagus membantu Islam dan umat , namun, lebih bagus jika tidak membebankan ibu ayah kan ...

Satu pengalaman berharga juga ku timba time pulang ke Malaysia ... Ditakdirkan, dalam flight, sebelah menyebelah aku kesemuanya rakan2 Kristian dari Indonesia... seronok, asalnya hanya taaruf, akhirnya menjadi satu slot yg sgt berharga.. 3 jam berkongsi dan berdiskusi tentang agama masing2 ...tanpa sedikit pun menyentuh isu sensitif mana2 pihak .. uncle Benyamin yg merupakan seorang paderi di Kristian bersama isterinya Mrs Ivone ... semua mereka sgt2 baik hati , seronok berdiskusi ... akhir sekali kami saling memberi hadiah .. ku amik keychain love yg ada pada beg utk dihadiahkan pada nenek di sebelah.. nenek yg sudi menukar seat denganku semata utk memberi laluan padaku berdiskusi dengan uncle benyamin ....

Akhir sekali, sekadar nasihat dan peringatan untuk diri sendiri ...

Aku cuba untuk elakkan diri dari melihat keburukan2 orang lain, kerana ku yakin, pada diriku masih tergantung berjuta keburukan ... benar, kita sepatutnya menegur.. syukran wa jazakumullah khairan kathira kepada rakan2 di Jordan tercinta yg sudi menegur diri ini tatkala aku pernah alpa dan lalai suatu masa dulu ... dan sekarang benar2 merindui teguran seumpama itu ....moga2 di Malaysia ini juga masih ada insan yg sudi menegur aku jika melihat sebarang kekurangan ku ...

Rakan2 yg dikasihi kerana Allah ..
Ada setengah orang, bahagia kerana berjaya menceritakan segala keburukan orang lain,
Ada sesetengah manusia lain , bahagia kerana berjaya mengaibkan orang lain ,
Ada juga yang bahagia kerana berjaya menyebabkan orang itu murung, rendah diri, kecik hati dan marah ...

Namun rakan2 yg dikasihi ...
Biarlah kebahagiaan kita itu kerana kita mendoakan orang,,
Biarlah kebahagiaan kita itu kerana kita benar2 ingin membantu orang ...
Di situlah keberkatan dalam teguran yg kita cuba ingin sampaikan ...
Yg jika ketika itu, insan itu tidak menerima, pasti suatu masa, dia sangat mengharap utk ditegur lagi...

Rakan2 saudara saudari dan diri sendiri ...
Jadilah insan yang sangat bahagia ..
bahagia kerana melihat kebahagiaan orang lain ..
merasa bahagia tatkala melihat airmata gembira insan yg kita sayangi..
bukan bahagia kerana melihat airmata dukacita mereka..
Jika kita tidak mampu membantu mereka dengan harta, atau tidak mampu membantu mereka dengan wang,
bantulah mereka dengan doa...

Moga ku miliki kebahagiaan itu ... ameen...
Moga mampu beramal ..

Syukran semua.. ramadhan kareem...

Wassalamualaikum wbt.



Monday, July 16, 2012

Sebulan di rumah

Bismillah ..

Horay, sekarang berada di Malaysia, syukur... alhamdulillah dipermudah utk pulang tanpa sesen pun mengunakan wang ibu ayah.. dapat juga ku pulang ke Malaysia jenguk2 ayah ibu yg tak putus mendoakan ku dimurahkan rezeki di negara arab sana... syyukur kerana Allah memudahkan segalanya ..moga2 duit YAKIN tu bakal menjadi biasiswa nt wek3... wang sebelum pulang juga banyak berbaki dalam beberapa ratus kata kawanku setelah tolak2 sewa rumah utk 3 bulan.. tp takleh nak wat hape sbb ia duk kat sana... Sweileh tercinta ...

Tutp tup dah dua tahun duk kat sana ... insyaAllah ada 1 tahun setengah lagi sebelum grad ... bulan 9 ni masuk tahun ke tiga dan next year bakal masuk tahun akhir ... moga2 takde subject failed... syukur setakat ni masih belum ada faiedl melainkan ketika mula2 datang jordan dulu, ada exam ringkas yg tak masuk pointer,... lastly, memang failed subject tuh sebab sgt2 susah .... mana la kita kenal penyair2 arab kan... insyaALLAH next sem target 3.5 .. setakat ni satu sem pernah dapat 3.1 .. cukup makan ... sem ni dapat jayyid alhamdulillah .... 2.9 .. takpe, kena cuba lagi.. pasti boleh kan! mungkin bila berkait dgn assigmnet ia sedikit susah sebab kita ni masih belum masyi lagi dgn kitab2 arab .... moga Allah mudahkan utk semester depan ...... yup.. target..

Tahniah pada kawan dari jordan, Wan Abd Baith yg telah berjaya grad dgn jayanya..pointer pun sama dgn abg keduaku yg skrg bekerja d putrajaya. bukan mudah nak grad dgn hanya 3 tahun setengah di University of jordan ... sudah ramai yg tak dapat grad dan terpaksa ulang sem ...apapun segalanya punya hikmah..yg tak dapat grad, mungkin Allah nak beri dia pengalaman lain yg lagi berharga dalam sem tambahan... adakah aku dapat melakukannya??? adeh.. takut jugak.. sebab setakat ni asyik amik 5 madah je satu sem...insyaAllah kena cuba lagi...maybe tahun depan takleh balik sebab kena amik subject lebih sikit.. 

Cuti2 ni mengutip pengalaman ke sana sini .... alhamdulillah ...

Cuti ni juga banyak men test resepi baru ; roti jala, apam balik, baulu soda, kek chocolate moist, dan muffin .... serba sedikit dijual dan ditempah.... tak sangka2.... time kat jordan, boleh dikatakan semua testing tak menjadi ... lembik, muak, tak masak dan sbgnya.... maybe ada faktor dia... 

Syukur pada Allah .... moga Allah memudahkan segalanya.......Malaysia tercinta :)

Wassalam..


Wednesday, May 16, 2012

Sebelum balik ...

Ok.

Blog ni bukanlah tempat meluahkan apa yang terbuku. tapi bila tidak terluah, rasa sedih masih lagi tak mampu hilang. It's about myself ..

Tak elok kan.. yup... sememangnya meluahkann pada Allah itulah sebaik2 cara..

Akhir-akhir ini sedikit tertekan, tidur pun sudah tidak teratur, makan tu memanglah .. bangun pagi, perut mula sakit, apa tidaknya, tidur pukul 3 pagi, pukul 2 pagi .. memanglah, minggu ni menyiapkan assignment, sebabkan madah 'manahij al-bahath', jadi tentunya assignment kali ni perlu lah dilakukan sebaik yang mungkin! seronok juga sampaikan tak siap2 sebab dibawa lari keseronokan baca kitab2 karangan ulamak2 kita yang hebat .. asalnya nak takhrij sebuah hadith, tapi trlalu lama jadinya sebab tengok2 hadith2 lain , rasa seronok plak ...

Minggu lepas menyiapkan 5 kerja rumah yang diberi oleh prof manahij bahath ... memangla tertekan kan ? tapi lepas dah siap, kita lah insan yang paling hepi. berkali2 tengok file hijau yang dibeli khas utk letak kelima-lima kerja rumah tersebut yang kemudiaannya dihantar pada prof.

Bila terserempak hadith nabi yang diriwayatkn oleh Imam Bukhari :

 عَنْ أَبِي ذَرٍّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَلَا أُخْبِرُكَ بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ؟» قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ أَخْبِرْنِي بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ، فَقَالَ: " إِنَّ أَحَبَّ الْكَلَامِ إِلَى اللهِ: سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ "

Tersengeh2 macam kerang siput .. oo. Allah SWT suka bila kita menyebut kalimah tersebut rupanya , jadi mari kita selalu sebut Subhanallah wa bihamdih ... 

Hari ni juga selesai exam tu terus pergi makan dan kemudian bergegas ke Duwar Dakhiliah utk talaqi kitab qasas qurani bersama syeikh mufassir, Dr.Solah Al-Khalidi ... benar2 dah jatuh cinta pada syeikh dan ilmunya, sayang sekali nak tinggal.. kalau boleh, harap2nya ketika balik malaysia nanti, syeikh hold dulu kelas dia.. :( tak nak tinggal walau sehari ..
bersama mak cik2 arab yg selalu hadir, memang seronok... ada yang bagi hadiah, ada yg bagi buku, ada yg bagi baju, ada yang bagi kelendar Islam.. hehe... rezeki ...Duwar Dakhiliah menjadi tempat setiap Isnin dan Rabu ... memang untunglah ... sayang sangat semua orang yang bersama sepanjang pengajian kitab ... Sayang Ummu Hanan .. Apapun, guru sanad quran , syeikh huzaifah al-khalidi bercuti sat sampai bulan 6 ... tak tau knapa, diganti oleh syeikhah hanan... ummu hanan yang baik tu ..

Seronok ... 


Tak tahula balik Malaysia ni jadi macam mana... mesti nangis rindu kan? apapun, pengajian masih boleh diteruskan melalui ustream .. insyaAllah ... 


Thursday, May 10, 2012

Tak minta

Bagaimana nak kerja dgn org hebat ..

Aku tidak hebat ..

:(

Bagaimana nak kerja dgn orang2 yg mulia ..

Aku tak mulia ..

Bagaimana mereka boleh beri kepercayaan ini ..

Tak pernah minta utk berada tinggi ..

Tak pernah minta utk dipandang mulia ..

Sbb aku tahu ..

Org yg tinggi, jika tersilap jatuh, sakitnya lagi parah ..






Wednesday, April 25, 2012

Manahij bahath : Tahqiq makhtut


Jadi sekarang sangat berdebar2 nak tahu, tulisan ulamak mana kah ini yang sedang ditahqiq(usaha untuk disalin semula penulisannya)?? Setakat ni, nampak gaya macam penulisan tersebut berkait dengan aqidah... hm.

Prof Muhammad As-sohib memang suka beri taklif yang mencabar. Bahasa arabku pun masih terkontang-kanting, tiba2 kami sekelas(dalam 30 orang) diberi tugasan untuk menyalin kembali karangan ulamak ini. InsyaAllah usai dikumpulkan, Prof akan bagitau tulisan siapakah itu..   

Moga Allah mudahkan ~ Mungkin penulisan ulamak itu dah ada yang tahqiq cuma sebagai latihan untuk kami pelajar2 b.a ... 

Syukur pada Allah. Madah ilma' wal khat yang pernah diambil dulu ada fungsi dan faedahnya..



Sunday, April 22, 2012

Apa erti aku seorang ''muslimah'' ..

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T atas segala2 nikmat dan ujian, tidak terbilang dan tidak mampu dikira..

Gembira, sedih, suka dan duka yang terus silih.. hilang gembira, datang sedih.. hilang sedih datang gembira...

MUSLIMAH :

Sebagaimana kita percaya dan menyerah diri terhadap seorang pakar perubatan untuk membuat rawatan terhadap masalah kesihatan kita, mengapa tidak kita menyerah diri dan percaya terhadap Allah S.W.T dalam urusan kita seluruhnya?

Kita mempercayai doktor tersebut kerana itu bidangnya, maka apatah lagi mempercayai Allah S.W.T kerana DIA lah yang mencipta kita dan segala ilmu yang wujud di dunia..

"MUSLIMAH" dari perkataan 'aslam'(menyerah) bukan bererti wanita Islam semata.. tapi ia membawa erti seorang wanita yang menyerahkan dirinya bulat-bulat terhadap Allah S.W.T.memberi sepenuh kepercayaan terhadap segala yang disuruh dan dilarang oleh Allah S.W.T. dan bila mana Allah menyuruh sesuatu suruhan, dia terus melakukannya, bilamana Allah melarang terhadap sesuatu, dia juga terus mentaatinya...

Itu sahaja untuk kali ini.. Apa yang kita tahu berbeza dengan apa yang kita faham.. dan kali ini, aku sendiri tidak mampu untuk menterjemah apa yang dirasa sebaik menerima syarah prof tercinta tentang erti seorang muslimah.. rasa sebak, rasa bertuah, rasa cinta, rasa rindu pada pencipta diriku sbg seorang muslimah...

Guruku yang baik... sekalipun kita berbeza bahasa... tapi kita sama tempat hala... terima kasih atas kesedaran ini..

Rindu, bagai sudah lama tidak bertemu..

Mungkin sudah lama tidak menangisi diri sendiri... Allah... :(

Jika mereka katakan bahawa cinta Allah itu milik mereka..
Pasti aku juga mampu untuk memilikinya..

Ya Allah ... kurniakan aku cintaMU dan cinta org yang menyintaiMU...

Saturday, April 14, 2012

Ombak rindu

Bismillah.

Syukur pada Allah atas kudrat yang dikurniakan, dapat saya gunakan utk meneruskan hari-hari di dunia ini. Terus menjadi manusia yang sentiasa tidak berpuas hati dengan diri sendiri. Yer tidak puas hati.. kenapa ye? tentu sekali kerana ingin sentiasa berubah menjadi lebih baik, lebih baik dan lebih baik!

Tadi ..
Sya menyiapkan kerja rumah yang diberi..
iaitu menyenaraikan 100 kitab karangan ulama' terdahulu..
Dua hari berturut-turut berusaha menyiapkan.. 
Alhamdulillah berjaya siapkan 97/100..
Dengan kepenatan baru habis meeting..
Bergegas ke library..bimbang tutup awal..
bawa hanya fikiran yang makin luntur..
Penat.

Mengisi masa penat..
Mengambil sebatang pena..
Melakar surat yang entah hendak dipost ke mana..
Rindu yang tiba2 hadir..
Sebak yang tiba2 muncul..
Entah dari mana..

Tidak tahu ingin menterjemah rindu..

Sebatang pen mana mungkin cukup utk meluahkan..
Lihat tepi dan belakang..
Sekelilingku manusia yang tekun belajar..
Ingin menyendiri..


Tiada tempat rupanya.
Di mana2 pun penuh dengan manusia..

Ya Allah..

Aku sangat rindu~

Tuesday, April 10, 2012

Coming soon! Family Day & AGM PPMA 11/12


InsyaAllah .. anual general meeting PPMA kali ke-6 bakal berlangsung pada 27 April 2012 di Dewan Da'abis, Sweileh, Amman. PPMA setakat ini mengguna pakai sistem syura melibatkan insan-insan berpengalaman dalam kalangan ahli persatuan serta para asatizah dirosat ulya. Semoga bakal pimpinan yang naik terus membawa perubahan dalam PPMA ke arah membentuk ahli yang mengamalkan Islam dalam kehidupan..


InsyaAllah juga akan diadakan Family Day PPMA 2011/2012 sebagai satu medium merehatkan minda buat seluruh warga PPMA khasnya pimpinan lepas dan pimpinan yang baru naik.. juga untuk mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

Nice. insyaAllah... jumpa semua di Dibeen!! hutan simpan je pun.. keh3..

Monday, April 9, 2012

KARISMA KE-5 melabuhkan tirai. Seterusnya AGM MPPMJ pula!

Bismillah.


Alhamdulillah, selesai sudah Karnival Sukan Mahasiswa Jordan kali ke-5 yang bertempat di Muktah. Ia diadakan selama 3 hari iaitu bermula khamis (5 April 2012) hingga Sabtu (7 April 2012) .. Usai selesai KARISMA, rasa ringan jiwa raga. Satu tanggungjawab selesai sekalipun kalah dalam pertandingan yang disertai. hehe. 

Antara yang dapat pingat ialah : 

Perarakan-ke3
Bola sepak- ke3
P.pong sybb- ke3
Karom bregu sybb- johan
Karom solo akhawat- ke3 
cheper ke-3 
catur beregu syabab ke-3
Dart akhawat - ke2
Dart sybb - ke2
Tarik tali -ke3
Nsyid sybb-ke3
Merentas desa akhawat -ke2 & ke3
Merentas desa sybb - ke5
Keseluruhan ke 4 terbaik

KONTIJEN AKHAWAT : 


Sekalipun tak banyak pingat yang kami dapat, tapi masih lagi rasa hangat gembira. Ukhuwah yang disemai sepanjang menjayakan KARISMA memang syok lah :) InsyaAllah tahun depan persediaan perlu dibuat awal-awal lagi. Sememangnya latihan untuk mana-mana pertandingan pada kali ini langsung tak cukup. Bukan hangat-hangat tahi ayam, tapi kekangan waktu yang sangat mendesak.... huk3..


Perbarisan dapat tempat ke-3.. ok la tu :) latihan utk keseragaman hanya 3x...


Alhamdulillah!

Tahniah pada Presiden PPMA-Wan Abdbaith Izzuddin, Ketua Kontijen -Amir Hamzah Bashir dan timbalan ketua kontijen- Noor Shuhada bt Ramli atas kesungguhan dalam KARISMA kali ini. Ketika berjumpa pegawai atase pendidikan pelajar Malaysia, beliau mengucapkan tahniah sekalipun kami mendapat tempat ke-4 keseluruhan.. katanya, pelajar amman tahun ni sungguh bersemangat, dia sangat gembira ~~~

InsyaAllah tahun depan pasti lagi baik!

NEXT : 


Nantikan AGM Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan ~ 
Sekarang fatrah kempen calon... ayuh sape2 yg boleh mengundi, jom mengundi!
Ana calonkan NURAZILAH BT AB HALIM ~  hehe.. jom

Tuesday, March 27, 2012

Lambaian KARISMA 2011/2012 & 20 tahun di bumi Allah

Bismillah..

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak masa yang ada, malam ni juga dipilih untuk mengupdate blog yang kembali bersarang. Azam awal semester dulu untuk istiqamah update blog makin luntur kah? Adeh. boleh dikatakan begitu lah. Bukan tiada apa yang ingin dikongsikan. Tapi terlalu banyak sehinggakan tak tertulis. hehe. Alhamdulillah, proses menimba ilmu di sini makin hari makin dilapangkan oleh Allah. Bahasa ammiah pekat yang digunakan oleh sesetengah Prof juga dapat makin dapat dkuasai. syukur. Cuma maaflah, merasa masih memerlukan masa untuk berkongsi 'madah ilmiah' dalam bentuk penulisan :) ia memerlukan juhud yang lebih sebab sebagai pelajar, tentunya kita wajib mengikuti amanah ilmu/disiplin ilmu dlm penulisan.

(bersama rakan seperjuangan dalam PPMA. barokallahu fiikum)

Pelajar akhawat Amman kini dalam kekangan waktu dek desakan KARISMA(karnival  sukan mahasiswa Jordan) yang memerlukan komitmen kami :) hehe. insyaAllah akan cuba semampu yang boleh. Pengalaman masuk nasyid bermula form 2 until form 5 akan digunakan sebaiknya. Badminton jugak begitu. Syukur juga di rumah dulu setiap petang riadhah badminton dengan abang2 dan adik. Apapun, penyertaan ini bukanlah untuk menjuarai. tapi sebagai tanda sokongan kita terhadap program sedemikian yang tentunya ada manfaat!

(akhawat ppma merangkap adik2 murabbi & rakan senaqibah..uhibbukunna fillah)

28 MAC 1992M .. (25 Ramadhan 1412H) :

Hari ni juga genap usia 20 tahun mengikut kelendar masihi. Adapun mengikut kelendar hijri, bulan Ramadhan nanti will reach 22! (means sekarang ni ana 21 tahun) .. shukran ummi, shukran abi, shukran ikhwani wa akhawati al-ahibba'.. ibu, ayah dan adik beradik tercinta... 20 tahun sudah ayah dan ma menghadapi kerenah hanani,...jika dalam perkahwinan, ia suatu tempoh yang tersangat matang utk dinilai sejauh mana perkahwinan itu :) entah di mana ye penilaian ma & ayah terhadap anaknya ini. Sudahkah tempoh 20 tahun itu hanani telah benar2 mencuri hati ma & ayah. ...

Semalam teresak dalam mimpi. When I talk about mom & dad with my friends. Ana menyedari kerinduan yang amat hingga terbawa dalam mimpi. Tangisan dlm mimpi itu benar2 meruntun hati hingga menyebabkan diri tersedar di subuh pagi. Blurr. Teringat wajah dua insan yang makin dimamah usia. Kehidupan muda mereka makin beransur menjadi sejarah. Sedangkan ia merupakan suatu yang baru bagi kita, peneroka muda.... Pasti banyak perkara yang mereka ingin kongsikan nanti sebagai panduan kita. Saat itu, masih sudikah kita menjadi pendengar mereka atau kita sudah lupa dan sibuk dengan keluarga baru yang kita bina.. Please, anak2.. kita juga akan lalui fatrah itu.. prepare awal2.. yakni bermula dari diri kita utk diikuti oleh anak2 kita nnti.

:)

Ya Allah jadikanlah baki usia ku lebih baik dari sebelumnya, lebih baik dari apa yang manusia sangkakan. Ampunikanlah dosa-dosaku yang lepas & kuatkanlah keimananku untuk menempuh hari yang mendatang.

AHLI BARU SEPANJANG 1 TAHUN SETENGAH HANANI D JORDAN :

(aflah, anak abg ngoh)

(wafaa'.. anak abg zul)

(aryan..anak ba yeh)
(yg ni sekrg semua dah besar...hasnaa', rusydan, dan aufa)

TAHNIAH KIRAM! :

Tahniah buat satu-satunya adik.. hehe.. atas kejayaannya dalam STAM baru-baru ini. Dah boleh agak dah 10 mumtaz, yelah,, menurun kakak dia..hee. gurau..kakak dia tak pernah cipta sejarah lagi dalam idop.. apapun, alhamdulillah.kejayaan yang telah menggembirakan ayah & ma. Moga terus-menerus diberkati sekeluarga tercinta~

KHULASOH :

Perkara yang lepas pastinya telah berlalu... dan bila mengenangkan hari yg telah berlalu, pasti akan menangis. Apa lah yang telah kita lakukan bermula akil baligh. Tiada satu pun yang bernilai.. Tak sanggup lagi menangisi masa silam. Jadi, kali ini bertekad utk membuka lembaran baru :) memandangkan taklifan juga makin bertambah & bakal bertambah. Rupanyaa sejarah lepas merupakan satu marhalah yang telah kita lalui utk mendepani hari seterusnya.... Unik sekali aturan ini.

Buat rakan2, sesi lepas mengajar ana satu nilai ... iaitu ''jangan menghentam orang terlalu sangat'' ... hehe.. seingatnya, status fb & blog ana suatu masa dulu, suka sangat nk tembak insan2 tertentu....bila orang baca, kita rasa ''padan muka'' .. ''amek kau'' ... (wallahua'lam) ... dan bila kita pula yang kena, lihatlah bagaimana kita? flashback balik ... so, yg terbaik ialah .. sebagaimana kita mengatur bicara dgn ibu bapa, guru & org ats2 , begitu juga dgn manusia lain,,, berbicara sebaiknya jika ada yg kita kurang berpuas hati.. Dibimbangi kita sibuk2 ingin 'menghentam/membetulkan' orang, tapi terjatuh dalam dosa mengumpat orang.... begitulah pengajaran sesi lepas... penting buat ana ubah kembali diri ana. insyaAllah :) ini sangat berharga ya Allah...

Wassalamualaikum wbt

Saturday, March 10, 2012

Kenapa mengadap sana?

Bismillah ..

Seorang pelajar tanya prof..

"Prof, kenapa kita disuruh mengadap kiblat semasa solat? bukankah kaabah itu dibuat dari batu, kemudian hajarul aswad juga batu.. ada unsur-unsur penyembahan kan?" tanya seorang pelajar.

Prof senyum.  Mengajar pelbagai jurusan pelajar seramai 130 orang bukan suatu yang mudah. Pelajar perempuan pula ada yang berhijab, ada yang tidak berhijab. Lelaki pula rambut mencacak2...

"Awak kena bezakan, mengadap kaabah & menyembah kaabah, (نصلي للكعبة أم نصلي إلى الكعبة)" - Prof menjawab

"Itu yang pertama, jadi mana pilihan kalian semua?" - tanya Prof lagi. Semua pelajar menunggu jawapan Prof yang seterusnya.

"Yang kedua, siapa yang menetapkan arah mengadap ke sana? adakah kita?" Tanya Prof lagi meninggalkan pelajar dalam prsoalan dan mereka sendiri menemui jawapannya ..

Adeh. bersambung.

Tuesday, February 28, 2012

Salam Persidangan

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.

InsyaAllah hari ini dalam MURABBI, akan membentangkan biografi seorang tokoh pendakwah Islam yang haraki, iaitu Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Adeh. Terima kasih google atas bantuan untuk itu.

InsyaAllah jika berpeluang, ingin mencatatkan serba sedikit  pengalaman PERTAMA ke-6 2012. Sebagaimana tahun lepas, telah saya catat secara ringkas tentang pengalaman PERTAMA ke-5 2011. Ada suatu yang berkait antara keduanya. PERTAMA 2011 telah saya catatkan serba sedikit perkara yang menyentuh hati saya sendiri yakni tentang ISLAMOPHOBIA yang berleluasa hingga menyebabkan manusia pelosok dunia memandang negatif terhadap Islam. Apa medium yang menyebabkan ia berleluasa? tak lain tak bukan berkait sangat dengan Media... samada media cetak mahupun media elektronik..

"Jika dapat kuasai media, maka pasti dapat kuasai negara"- kata seorang panelis.. katanya lagi : "Media kita di Malaysia bersifat primitif yakni tiada fekahnya (etika kewartawanan), tidak demokratik".

Tiada etika sebagai contoh, bersifat tidak telus, dan berat sebelah.. Mereka sering menyembunyikan kebenaran dan tidak lagi memainkan peranan media yang sebenar iaitu untuk menyampaikan kebenaran dan hal yang berlaku di sekeliling. 4 sifat seorang rasul yang patut media contohi : iaitu benar, amanah, menyampaikan(bukan menyembunyikan), dan cerdik...

Adapun yang dimaksudkan dengan tidak demokratik ialah tiada kebebasan bersuara. Hanya pihak tertentu sahaja yang boleh menggunakan media utama yakni siaran televisyen secara menyeluruh... benarkah ini berlaku? huhu. boleh difikir-fikirkan.

Rakyat Malaysia kini makin cerdik.. Menurut statistik yang dibacakan oleh seorang panelis berpangkat Professor pengkhususan media. Rakyat Malaysia yang menjadikan televisyen sebagai sumber memperolehi maklumat hanya sebanyak 10%. 

Banyak lagi yang ingin dicatatkan namun ada 30 minit lagi sebelum waktu kuliyah kedua... itu hanyalah muqaddimah.

_____________________________________________________________________

Tajuk tahun lepas "Fiqh Interaksi dengan non-muslim" merupakan sebuah tajuk yang sangat saya gemari sesuai dengan bidang. Namun perlu diingat, dalam fiqh awlawiyat, antara sasaran utama dalam dakwah ialah terhadap sesama muslim. Hal ini kerana, muslim yang tidak mengamalkan Islam ibarat musuh dalaman yang lebih licik dan berbahaya berbanding musuh di luar..

Dalam perang uhud mencatatkan tentang 300 orang tentera yang mengundur diri di saat akhir, yang dikepalai oleh al-munafiq yang menunjukkan muka baik ketika mula-mula keluar kononnya untuk turut bersama berperang, itulah Abdullah bin Ubay yang penarikan dia dan 300 yang lain menyebabkan tentera Islam gelisah dan mula merasa lemah... Dua dari kabilah yang turut serta ingin menarik diri dek rasa gelisah telah dipulihkan kembali semangat apabila Allah menurunkan ayat dari surah ali-imran : 122.

Wallahua'lam.. sekiranya ada kesalahan fakta atau sebagainya, mohon ringankan jari untuk memberi teguran :) sekian.. wassalamualaikum wbt.

Sunday, February 26, 2012

Sangat syumul kan?

Bismillah.
Alhamdulillah, merafa'kan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengizinkan diriku untuk hidup lagi di muka bumi ini, seterusnya mengisi hayat yang berbaki dengan kebaikan.

اللهم اجعل باق عمري خيرا من ما مضى

Masih berbaki beberapa bulan sebelum pulang ke Malaysia, sangat merindui kampung halaman dan sanak-saudara. Namun 3 bulan cuti bukan suatu yang menyeronokkan seandainya masa itu dihabiskan tanpa apa-apa. Mungkinkah perlu buat paper work untuk 3 bulan tersebut? huhu. Pertama kali saya melihat seorang mahasiswi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja jaulah dirinya & seorang rakannya ke Jordan hingga kertas kerja itu sudah diubah sebanyak 5 kali. Itulah Kak Fatimah Mukhtar, pelajar cemerlang SPM 2008. Memang tak hairan kan? Walaupun pening menyemak kertas kerjanya itu, tapi ia cukup bermakna, mengajar saya bahawa dalam kehidupan kita, setiap perkara perlu memiliki persediaan serta perancangan yang bagus, tersusun dan teliti.
Jika kawan-kawan ada nak ajak handle program @ else, please dont leave me alone... ajak sekali ok. InsyaAllah sedia meluangkan masa.

Berbicara tentang kesyumulan Islam, saya sangat terpegun dengan syarah oleh Dr.Arif Hassunah yang mengajar nizom Islam, mengajar cara membentuk fikiran yang kritis, serta mengajar menggunakan mantiq dalam mendepani mereka yang ragu akan Islam.
 
Pertama sekali, HUBUNGAN DENGAN ALLAH @TUHAN yang sentiasa ada. Paling mudah dilihat ialah solat. Kadangkala kita tertanya, mengapa dihadkan rakaatnya? mengapa hanya pada waktu tertentu. Alangkah jika dibincangkan falsafah & faedahnya, pasti banyak. Ringkasnya, dalam setiap ketika, dalam apa jua keadaan, solat itu tetap wajib dilaksanakan. Apakah salah bagi ALLAH menyuruh kita melakukan suatu yang dilihat tidak penting? Itu sebagai tanda keagungan ALLAH S.W.T yang berhak untuk menyuruh kita melakukan apa jua perintahnya, sekaligus menafikan ''kemegahan'' sesetengah manusia akan dirinya sendiri, dan menguatkan lagi tanda ''kelemahan'' manusia itu sendiri.
 
Yang kedua, HUBUNGAN DENGAN MANUSIA LAIN. Yang ini, tiada satu shariat lain pun yang sama dengan Islam. Islam mengatur dari pelbagai sudut ; hak harta, warisan, ekonomi, politik dan sosial (ekoposial). Mengharamkan riba, rasuah, judi dan sebagainya. Mengharamkan zina, arak (memabukkan), pembunuhan. Meletakkan qisos sebagai hukuman terhadap si pembunuh. Dalam alquran :
 
Firman Allah S.W.T : ولكم في القصاص حياة يا أولى الألباب.....
"Dalam pensyariatan qisos itu ada kehidupan bagimu wahai orang cerdik pandai..."
 
"Apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut yang mengandungi balaghahnya yang cukup hebat?" tanya Prof.Arif
 
Terpana seketika, ayat yang sekian lama dihafal dan diulang, namun sediitpun tak pernah saya cuba selongkari maksudnya.
 
Lalu jawab seorang pelajar : " Sekiranya kita melaksanakan qisos, maka disitu masyarakat akan selamat yang bererti adanya kehidupan.."
 
Prof tersenyum : "Ya, memang benar, namun pernahkan kalian terfikir sebelum ini?" .. hehe.. Semua pelajar menggelengkan kepala. Prof meneruskan perbincangan secara lebih ilmiah dengan meyebut pendapat para ulamak.
 
Yang ketiga, HUBUNGAN DENGAN DIRI SENDIRI. Makan, sunnahnya menggunakan tangan kanan. Memang sama dengan fitrah kita yang 'tak mampu' makan menggunakan tangan kiri dek rasa 'kurang selesa' bukan? Yup, Islam telah sebut awal2 sejak 1430++ yang lepas lagi.  Sunnah juga menggunakan 3 jari, duduk atas kaki kiri dan mengangkat kaki kanan, makan hanya tatkala lapar, adapun makan terlalu banyak membawa hukum makruh kerana boleh memudharatkan diri, dan bakal menjadi haram seandainya memang diyakini memudaratkan diri. Tidur juga diajar untuk mengiring sebelah kanan yang mana boleh mengurangkan tekanan pada jantung. Banyak lagi hubungan dengan diri sendiri yang kita tak sedari bahawa ia sebenarnya AJARAN ISLAM.
 
Konklusinya, memang Islam atur satu-persatu cara hidup kita. Jadi mengapa ingin memilih selain dari Islam? ingin mencari kebebasan? Islam juga miliki kebebasan, bebas ingin menyuarakan pendapat, bebas untuk melakukan apa sahaja, namun jika melanggar batasan, mudharatnya hal itu akan terkena pada diri sendiri, dan di akhirnya, bakal memenuhi kuota neraka. Nauzubillah min zalik.
 
Maha Penyayangnya Allah. Sangat ingin kita menurut perintahnya yang sudah pasti ada manfaat duniawinya untuk kita (samada dari sudut kesihatan, hubungan baik sesama manusia DLL..) dan menggalakkan lagi hal itu dengan menjanjikan syurga buat mereka yang menurut perintah itu.
 
Ketika kecil dulu, ayah menyuruh kita belajar baik-baik. Dapat satu A, ayah akan bagi hadiah sebanyak RM100 sebagai contoh. Tapi jika gagal, ayah mungkin akan rotan kita, atau mungkin juga tak ada apa-apa balasan. Manfaat A @ cemerlang exam itu untuk siapakah? untuk kita, right? bukan untuk ayah. Ayah mungkin akan meninggal, makin berkurang wangnya, namun A itu untuk masa depan kita yang lebih baik.. Begitulah juga dengan suruhan Allah terhadap kita.... manfaatnya untuk kita jua... Justeru, apa alasan kita untuk tidak mensyukuri Allah dan terus melanggar perintahnya?
 
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

Saturday, February 4, 2012

فإذا عزمت..

Assalamualaikum wbt

INSYAALLAH

ESOK BAKAL BERMULA SEMESTER BARU IAITU SEMESTER KE 5. ATAU SEMESTER SATU TAHUN KE DUA. BERBAKI BEBERAPA SEMESTER LAGI..

TRANSFORMASI..

SEMOGA SEMESTER INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DARI SUDUT ILMU, THAQAFAH, AMAL, DAN TARBIYAH. MOGA LEBIH MATANG DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN BERBAKI DI BUMI SYAM INI.

YA ALLAH, TEGUHKANLAH DIRIKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU ATAS JALAN YANG BENAR.

JADILAH MAHASISWA YANG INTELEK(BERILMU) YANG PROFESSIONAL(MATANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK KEPENTINGAN ISLAM, MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SELARI DENGAN KEADAAN)~MENDEPANI SUASANA~MENGURUSKAN EMOSI, MADDI, ROHANI DAN JASADI~

Thursday, February 2, 2012

Nilai sebuah kemaafan

Bismillah.

Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, atas kurniaNya dapat aku meneruskan perjalanan hidup. Dulu doktor Fiqh zakat sering memulakan pengajian dengan berdoa :
اللهم اجعل باق عمرنا خير من ما مضى 
Ya Allah, jadikan sisa baki usia kami lebih baik dari apa yang telah lepas.

3 minggu cuti telah berlalu, kini tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ku memulakan kembali pengajian di University of Jordan, sebuah university yang digeruni sistem pointernya yang susah dan zalim.haha.

Dalam 3 minggu, banyak perkara telah berlaku, dan hampir keseluruhan waktu dihabiskan bersama rakan-rakan. Qiyam, kelas nahu, projek terjemahan, majlis perpisahan, murabbi makan-makan, main masak-masak, diskusi kesihatan, murabbi on the spot dan video muhasabah. Alhamdulillah. Kini bilik ini kembali sunyi dan akan ditinggalkan pada hari ni sebab ada program di Muktah sana.

Tak sempat nak menaip panjang, cuma ingin menyebut sedikit tentang nilai sebuah kemaafan. Bila saya tengok status fb seorang hamba Allah dalam ini, sebak.. Turut sebak dengan kesebakannya. Apa yang dia lalui, apa yang dia terima.. jauh lebih baik. Tindakannya jauh lebih matang berbanding tindakanku dalam mendepani masalah. Sedangkan apa yang berlaku padanya jauh lebih menyedihkan sekalipun kesalahan itu berpihak padanya, tapi tindakan orang yang tidak berhikmah itu mengundang runtuhnya ukhuwah. 

Aiwah. Memaafkan. Tiada siapa yang sukar untuk menyebut, ''Takpa, ana maafkan"

Tapi aku kini menyedari bahawa dengan memaafkan, tidak menandakan bahawa suatu itu dilupakan. Ada-ada sahaja perkara yang menerbitkannya hingga membuatkan kita rasa sedih, trauma dan genggam tangan menahan air mata. 

Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jangan sampai ada yang terluka dengannya. Sekalipun orang itu melafazkan perkataan menandakan dia memaafkan..Tapi untuk melupakan, itu tidak mudah....

Hati manusia itu kompleks. Jangan jadi daie sekiranya kita terlalu syadid.. Membentuk manusia lain, bukan dengan cara yang kita rasa rasa itu terbaik, tapi dengan cara melihat siapa di hadapan kita.. bagaimana dia, malukah dia, segankah dia, marahkan dia dan sebagainya.. :) Berhikmah bukan menjaga hati, tapi menjaga tindakan.. =)


Tuesday, January 24, 2012

Friendship is love


Bismillah..
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah. Dapat juga hari ni merenovate kembali rumah sewa tercinta yang dinamakan Bayt Sakeenah. Shukran pada Dik Dalilah dan Ulfah yang setia membantu, dan jiran tetangga akhawat yg sentiasa memberi semangat. Semoga penghuni2 rumah ini juga sentiasa dalam sakeenah dan hidayah dari Allah. Petang tadi juga mengadakan sebuah majlis surprise buat Kak Suhaila Mohd Sood sempena ulang tahun kelahirannya.


Penulisan malam ini tidaklah seilmiah blog lain, namun dapat menulis sikit tetap memberi kepuasan dan kelegaan. Moga ada juga manfaat buat pembaca walaupun sedikit.

Makin lama saya makin menyedari ..
Sayangi rakan bukan kerana hajat atau sebab tertentu, tapi kerana merasakan ia tanggungjawab. 
Right?
Memang tanggungjawab kita untuk sayang pada rakan.. baik mahupun buruk, senyap mahupun happy-go-lucky, hitam atau putih, PAS atau UMNO..

Ada sesetengah manusia mula mendekati manusia lain dek ada hajat dan harapan yang disimpan..err. Jika itu yang berlaku, maka akan kecewalah dia suatu masa nanti tatkala rakannya tidak mengisi harapan itu, lalu menganggap masa yang diluangkan utk mendekati insan tersebut adalah...sia-sia..

Sebaliknya bagi yang menganggap ia sebagai tanggungjawab dan kewajipan.. Masa yang diluangkan terasa berharga, sekalipun kita mungkin ditinggalkan selepas ini, atau kita mungkin dibiarkan susah.. Senyum tetap terukir kerana tenang dgn hati yang tidak berkehendakkan sesuatu dari manusia lain, dan tenang usai melaksanakan tanggungjawab..

Yes..tanggungjawab..
Iaitu ..
Menyayangi rakan kerana ALLAH...bukan kerana 'sesuatu'..

~Love ALLAH~

p/s : Berpersatuan mengajarku untuk berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang menampakkan akhlak tarbiyah, ada yang menampakkan akhlak yang 'lain macam'.. dan diriku mula belajar untuk menyayangi semua mereka, sekalipun kadang2 kita sendiri terluka... 

p/s : Berpersatuan mengajarku untuk tidak mengharapkan sesuatu dari manusia, sebab ust penasihat pernah cakap, ''anda bergerak tanpa gaji''..tapi gaji kita mungkin dapat di akhirat nanti.. jadi, teruskan bekerja untuk semua, moga2 dalam banyak2 kerja itu , ada yang diterima olehNYA..

~Ya Allah, suluhi jalan ini, dan mudahkan semuaNYA~

Monday, January 23, 2012

Doa apabila ditimpa musibah

Bismillah..

Alhamdulillah.. apa khabar blog readers? Sekarang di University of Jordan dan mana2 sahaja Univ seumpamanya sedang dalam cuti semester, masih berbaki 2 minggu insyaAllah. Alhamdulillah sudah semester ke 4.. dan sekarang di Tahun dua, berbaki lagi setahun setengah @ mungkin 2 tahun lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Angin sejuk Sweileh makin mencengkam, alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk mata ini menatap keindahan salji yang turun dengan lebat..subhanallah..

Em. Tekad semester baru yang takkan berubah iaitu ingin mengejar ilmu dan amal yang lagi baik, istiqamah.. di samping tidak keciciran dalam mengejar pointer.. Allahul musta'an. Mohon rakan2 blogger utk turut sama doakan ye!

Ingin berkongsi sebuah amalan sebagai tali hubungan kita dengan Allah. Tercatit dalam kitab hadis sohih muslim, dari Ummu Salamah radhiyallahu 'anha beliau berkata :


سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156] ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata, tidaklah bagi seorang hamba yang ditimpa suatu musibah lalu menyebut (Innalillah wa inna ilaihi rojiun..sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya jua kami kembali, Ya Allah ganjarilah aku dengan sedikit ganjaran dari musibah ini, dan gantikan bagi ku suatu yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan menganjarinya pada musibah tersebut dan menggantikan baginya suatu yang lebih baik" Lalu Ummu Salamah berkata : Sejurus selepas kematian Abu Salamah (suami Ummu Salamah) sebagaimana Rasulullah mengajarkanku doa tersebut, memang Allah menggantikan bagiku seorang yang lagi baik, dan beliau merupakan Rasulullah S.A.W "

Aiwah. 

Sebut, lafaz dan katakan dengan penuh yakin doa tersebut. Yakinlah dengan Allah. Jangan berputus asa atas suatu musibah itu, seorang mukmin takkan pernah berputus asa..gantungkan urusan pada Allah S.W.T...

~Love Allah~ 

Wassalamualaikum wbt.

Saturday, January 14, 2012

Saidina Abu Bakar r.a mengingatkan

Bismillah. huhu. cuti sem yang mengancam, benar2 bosan duk bersahaja. Cuba juga manfaatkan masa. InsyaAllah, terdetik untuk mnganjurkan beberapa program santai tapi bermanfaat bersama akhawat di sini, tapi pastinya semangat itu tiada jika tiada yang menjayakan. Moga Allah mudahkan semuanya. Masa kita yang kosong bakal mengundang keburukan.. Sebab dalam hidup kita hanya berdepan dua perkara ''baik'' dan ''buruk''.

Ketika maghrib td, terbaca ayat dari surah ali imran : 144.

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفئن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم. ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا وسيجزي الله الشاكرين"
"Tidaklah Muhammad itu siapa2 melainkan dia merupakan rasul yang telah mendahuluinya para rasul sebelum ini. Apakah sekiranya dia mati atau terbunuh, kamu berpaling menuruti agama kamu sebelum ini?. Barangsiapa yang berpaling dari agama Allah maka tidak sesekali hal itu memberi mudharat pada Allah. dan Allah akan memberi ganjaran buat orang2 yang bersyukur"
[Surah Ali Imran : 144]

Dalam Tafsir Al-Quran Al-A'zhim oleh Ibn Kathir rahimahullah, 

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas.. Bahawasanya Abu Bakar r.a keluar menemui Umar al-Khattab r.a yang ketika itu sedang berbicara bersama manusia sekeliling. 

Maka Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata : "Duduklah wahai Umar, Umar al-khattab buat tidak endah. Sejurus lepas itu, orang ramai pula bertemu dengan Abu Bakar r.a dan meninggalkan Umar seketika.

Abu Bakr berkata : "Amma ba'd, barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah pun meninggal dunia, adapun barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Hidup dan tidak akan mati..Lalu Saidina Abu Bakr as-Siddiq membacakan ayat di atas.. 

Ibn Abbas berkata : "Demi Allah, manusia ketika itu seolah2 tidak mengetahui bahawa Allah pernah menurunkan ayat tersebut hinggalah Abu Bakar membacakannya.. "

Itulah... saat semua manusia dalam keadaan tidak tentu arah, tidak mampu menerima berita kewafatan Rasulullah S.A.W, datang sahabat baik Rasulullah S.A.W memberi ingat akan ayat tersebut yang turun pada perang uhud menurut sesetengah riwayat.. 

Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sahabat yang paling rapat dengan baginda S.A.W..dia lah yang paling sedih pastinya. Namun dia lah ketika itu yang terus kuat dan menguatkan semua manusia.Tak lain tak bukan kerana menyintai Rasulullah S.A.W hanya kerana Allah S.W.T..
______________________________________

Buat pengajaran kita yang jauh dari zaman baginda.

Rasa rindu sgt ...

Friday, January 13, 2012

Nilai Kasih & Sayang

Bismillah..

Alhamdulillah dirafa'kan, dengan limpah inayahNYA dapat akhawat sini menjalankan sebuah malam kerohanian yang santai, semoga pengisian sebegini diteruskan lagi masa akan datang. InsyaAllah.

Ketika membaca kitab Qosos Al-quranul karim karangan Dr Fadhl Hassan Abbas rahimahuLLah, terbaca tentang ibrah dari marhalah pertama ujian buat Nabi Yusuf alaihissalam iaitu bermula dari baginda menceritakan mimpinya kepada ayah baginda iaitu Nabi Ya'qub alaihissalam hingga ditinggalkan di perigi oleh ikhwah baginda.

Banyak ibrahnya dari peringkat pertama ini!

Antara yang terpenting ialah hasad dan rasa takabbur dengan diri sendiri memberi ruang pada syaitan untuk menyucuk2 antara saudara. Ini lah juga yang berlaku dalam kisah Nabi Adam alaihissam bukan? "خلقتني من نار وخلقته من طين" dan hal ini juga lah yang menyerang Fir'aun yang mengatakan ''أنا ربكم الأعلى" .. dan hal ini juga yang menimpa adik beradik Yusuf alaihissalam ketika mereka berkata "ونحن عصبة..."(kita lagi kuat dari Yusuf)..

Yang kedua ialah yang berkait dengan tajuk.. bagaimana Nabi Ya'qub alaihissalam boleh begitu sedih sehingga dikhabarkan "menjadi putih matanya" dek terlalu sedih..

Inilah yang dipanggil kasih sayang seorang bapa, tapi kasih sayang ini bukan terhenti setakat itu , tapi kerana ''pengetahuannya'' bhawa yusuf anaknya bakal menjadi nabi sebagaimana dirinya sendiri.. menjaga Yusuf alaihissalam dan membesarkan seorang pembawa risalah! namun kecil lagi sudah diuji dengan hasad oleh adik beradiknya..

Sebagaimana kita sekarang, menyayangi ulamak hingga marah dan sedih akan celaan yang diterima oleh mereka..

Sebagaima dalam perang uhud, para sahabat mengelilingi nabi Muhammad S.A.W dari diserang, hingga gugur seorang demi seorang tertusuk panah, antaranya ialah Abu Dujanah yang menjadikan belakangnya sebagai perisai besi dari anak2 panah yang hampir menusuk Nabi Muhammad S.A.W..

Bagaimana mereka sanggup berkorban sedemikian rupa? mengabaikan nyawa sendiri?

Tidak lain tidak bukan ialah..apabila martabat iman sudah sampai ke kemuncak..menyintai anak kerana Allah.. menyintai saudaranya kerana Allah...serta menyintai Rasul kerana Allah.. hilang diri kita tiada apa2, hilang pembawa risalah, rosak binasa..

Semoga Allah memberi kita peluang untuk merasai kasih sayang sedemikian yang pastinya sangat indah!.. rindu Rasulullah S.A.W..

Wednesday, January 11, 2012

My MURABBI

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang ada. Saat ini dan ketika ini, seorang adik beradik murabbi sedang diuji dengan demam, semoga Allah menyembuhkan beliau..

Tidak banyak ingin dicatat, sekadar rasa rindu untuk kembali berMURABBI sekalipun sekarang merupakan fatrah imtihan. Melihat pelbagai kerenah dalam MURABBI bersama mereka(Kak Azilah, Nasuha, Kak Nusaibah, Atikah, Nazirah, Shuhada, Dalilah, dan Khadijah) ada yang happy-go-lucky, ada yang serius.. Semua itu membuatkan diriku sangat gembira, kejap kita ketawa, kejap kita bermuhasabah.. Sungguh istimewa saat halaqah itu dibina..

Sebagai naqibah bersama Kak Azilah, kami sedikit bersalah kerana seringkali merasakan MURABBI itu sebagai satu bebanan terhadap mereka hingga kadang2 membatalkan ia dek "rasa2" ini. Sering memikirkan kepenatan mereka dalam berMURABBI, terganggukah pengajian mereka, dan lain2 lagi.. Hakikatnya, ada yang turut sama merindukan MURABBI serta menanti2 saat MURABBI yang seterusnya.

Suatu masa ketika diri ini down, ada yang datang memberi kekuatan dan semangat untuk terus bersama sentiasa mengupgrade iman dalam halaqah kecil yang kami panggil sebagai MURABBI ini.. insyaAllah.. Sekalipun merasakan ketidaklayakan dan tidak cukup tauliah, cuba juga menguatkan semangat untuk memperbaiki lagi halaqah ini.

Sebelum ini, ketika menjadi naqibah di Maahad Muhammadi, memegang liqo' yang bilangannya sedikit besar.. 10 orang adik beradik liqo'.. di dalamnya bercampur gaul antara mereka yang 'hebat' dari segi fikrah, dan mereka yang sedikit 'gangster'.. kehadiran selalunya tidak penuh, ada2 sahaja yang melarikan diri dengan pelbagai alasan.. tersenyum sendirian mengenangkan usrah dahulu yang entah apa-apa..

Like this.

Kali ini, diri ini meletakkan hadaf utama, untuk menyatukan jiwa yang ingin diasuh, serta mengasuh kerana Allah S.W.T.. mencontohi halaqah yang berjaya.. serta cuba juga melaksanakan halaqah sekalipun dihambat dengan taklifan lain.

Saat dua minggu sudah MURABBI tidak berjalan dek fatrah imtihan, tetap tidak tergamak untuk menganggu mana2 insan dalam fatrah ini. mula merasa sebak.. Lalu menghantar mesej pada adik2 MURABBI.. "Kita berhadapan dengan pelbagai kerenah, ada yang ingin, ada yang menolak, ada yang mencari, ada yang membenci..Semua itu menjadikan kita matang, dalam berfikir, bertindak dan beramal..Bittaufiq. InsyaAllah lepas exam kita qiyamullail sama2 ye!"... mendapat respon dari semua adik beradik.. Ada yang kata "Akak, kita buat malam kerohanian.." dan sbgnya.. insyaAllah.. selagi mana ada jiwa yang inginkan, Allah pasti mudahkan jalan.. Rasa bersalah apabila meninggalkan pengisian rohani hati2 yang suci tersebut, terasa diri sangat berdosa, semoga Allah ampuni diri ini serta setiap dari kami..

Ya Allah .. satu kanlah hati2 kami ini untuk terus berjuang di jalanMU ..

Ingin quote kata2 Imam Hassan Al-Banna yang melakukan begitu banyak kerja dalam satu masa, dia lah pengerusi, dia yang susun kerusi.... beliau menjawab : "Kerana kita tidak tahu amalan kita yang manakah diterima oleh Allah S.W.T"..

Benar.. diri ini dan anda sedikit pun tidak mengetahui apakah amalan selama ini diterima Allah sebagai bekalan kita, atau adakah ia sudah terhapus sedikit demi sedikit dek ada kerosakan di tengahnya? Wallahua'lam.. Terima kasih Abdul Hakim Othman atas peringatan sedemikian yang diletakkan dalam fb nya.

Dalam surah al-insan : إنما نطعمكم لوجه الله. لا نريد منكم جزاء ولا شكورا

Yang bererti " Sesungguhnya kami beri kalian makan ini semata2 kerana Allah, tidak kami inginkan ganjaran/balasan mahupun ucapan terima kasih "

Semoga kita kembali bermuhasabah dalam setiap amal, mentajdid kembali niat, seterusnya memperbaiki kekurangan dari semasa ke semasa.. insyaAllah..

Sunday, January 8, 2012

Kita dan kebaikan


1- SENTIASA MERUJUK PADA ALLAH SEGALA URUSAN

Setiap kali masuk kelas jam 8 pagi, Prof Marwah tenaga pengajar madah aqidah ,akan menyuruh kami memulakan dengan beberapa azkar sohihah, antaranya istigfar أستغفر الله العظيم, sayyidul istighfar لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين, kalimatan habibatan سبحان الله العظيم, سبحان الله وبحمده, dan lain2 lagi  ...  Beliau sering mengingatkan kami untuk membaca doa yang di atas, yang merupaan saranan Rasulullah S.A.W terhadap umatnya dalam apa jua urusan. Maka, solatlah dua rakaat, meminta kebaikan dari Allah, mengakui kelemahan kita serta kekurangan dalam menguruskan urusan diri sendiri...

Firman Allah S.W.T :
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Diwajibkan ke atas kamu berperang sedangkan ia tidak disenangi oleh kamu, boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangakan ia buruk bagimu, Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" [Surah Al- baqarah : 216 ]

"Perang" bukanlah suatu yang ringan, jadi tidak hairanlah jika ia sangat sukar. Perlu meninggalkan anak bini di rumah, meninggalkan harta, membawa nyawa, kepulangan pula belum tentu..

Begitulah kita, fitrah dan sifat asli manusia, tidak salah dan tidak juga dicela, iaitu jika diberi taklifan dan kerja yang banyak ,pasti berat untuk menerimanya, melainkan orang yang benar-benar ikhlas dan merelakan dirinya berkhidmat untuk semua.. Sehingga kini, saya masih mencari hati itu.. ingin sekali memiliki jiwa seperti itu, jiwa yang tidak penat untuk bekerja.. Moga Allah ganti hati saya yang kini, mendapat hati baru, jiwa baru yang boleh berjuang di jalanNYA.. Tidak rugi menggadaikan diri kita di jalanNYA, pasti diganti dengan cintaNYA yang tak sirna di akhirat sana.

2- BINA KEMBALI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Mungkin kita makin lalai, lupa akan perkara terpenting dalam hidup kita.. iaitu membina kembali hubungan dengan Allah. Setelah beberapa frasa kita meninggalkan DIA, sibuk mengulangkaji, sibuk dengan manusia, exam dan sebagainya.. Kita bergelak ketawa hingga lupa untuk menangis, kita mengulangkaji hingga tertinggal tahajjud.. Kita sibuk hingga lupa mengisi diri dengan muhasabah dan munajat.. Sedang Rasulullah S.A.W sebagaimana yang dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah R.A  ...dalam sohih muslim,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يذكر الله تعالى على كل أحيانه .. Rasulullah S.A.W mengingati Allah dalam setiap sudut kehidupan baginda.. Makan, minum, tidur, dan sebagainya...

2- BAIK BERSAMA .. 

Muaz bin Jabal berkata : اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً ..

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[HR AL-BUKHARI]
"Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya"

Bukanlah tidak beriman, tapi menandakan kecacatan imannya.. 

Jika kita suka kan kebaikan, sama2 sebarkan buat saudara kita dan rakan-rakan... Baik bersama, senang dan susah bersama, saling membantu, berpimpin tangan menuju kebaikan.. Mengenali rakan, menegur sekiranya dia melakukan kesilapan.. Silapnya kita sekarang, menganggap hikmah itu ialah ''menjaga hati''. Berhikmah bukan menjaga hati, tapi meneliti tindakan bertepatan , dengan siapa kita berhadapan.. Rakan yang panas barankah? rakan yang lembutkah? ..

Suka melakukan kebaikan, suka berusrah, pupuk sama-sama rakan2 untuk turut miliki rasa suka itu.. moga2 segala yang kita lakukan, mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...