Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, January 24, 2012

Friendship is love


Bismillah..
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah. Dapat juga hari ni merenovate kembali rumah sewa tercinta yang dinamakan Bayt Sakeenah. Shukran pada Dik Dalilah dan Ulfah yang setia membantu, dan jiran tetangga akhawat yg sentiasa memberi semangat. Semoga penghuni2 rumah ini juga sentiasa dalam sakeenah dan hidayah dari Allah. Petang tadi juga mengadakan sebuah majlis surprise buat Kak Suhaila Mohd Sood sempena ulang tahun kelahirannya.


Penulisan malam ini tidaklah seilmiah blog lain, namun dapat menulis sikit tetap memberi kepuasan dan kelegaan. Moga ada juga manfaat buat pembaca walaupun sedikit.

Makin lama saya makin menyedari ..
Sayangi rakan bukan kerana hajat atau sebab tertentu, tapi kerana merasakan ia tanggungjawab. 
Right?
Memang tanggungjawab kita untuk sayang pada rakan.. baik mahupun buruk, senyap mahupun happy-go-lucky, hitam atau putih, PAS atau UMNO..

Ada sesetengah manusia mula mendekati manusia lain dek ada hajat dan harapan yang disimpan..err. Jika itu yang berlaku, maka akan kecewalah dia suatu masa nanti tatkala rakannya tidak mengisi harapan itu, lalu menganggap masa yang diluangkan utk mendekati insan tersebut adalah...sia-sia..

Sebaliknya bagi yang menganggap ia sebagai tanggungjawab dan kewajipan.. Masa yang diluangkan terasa berharga, sekalipun kita mungkin ditinggalkan selepas ini, atau kita mungkin dibiarkan susah.. Senyum tetap terukir kerana tenang dgn hati yang tidak berkehendakkan sesuatu dari manusia lain, dan tenang usai melaksanakan tanggungjawab..

Yes..tanggungjawab..
Iaitu ..
Menyayangi rakan kerana ALLAH...bukan kerana 'sesuatu'..

~Love ALLAH~

p/s : Berpersatuan mengajarku untuk berdepan dengan pelbagai ragam manusia. Ada yang menampakkan akhlak tarbiyah, ada yang menampakkan akhlak yang 'lain macam'.. dan diriku mula belajar untuk menyayangi semua mereka, sekalipun kadang2 kita sendiri terluka... 

p/s : Berpersatuan mengajarku untuk tidak mengharapkan sesuatu dari manusia, sebab ust penasihat pernah cakap, ''anda bergerak tanpa gaji''..tapi gaji kita mungkin dapat di akhirat nanti.. jadi, teruskan bekerja untuk semua, moga2 dalam banyak2 kerja itu , ada yang diterima olehNYA..

~Ya Allah, suluhi jalan ini, dan mudahkan semuaNYA~

Monday, January 23, 2012

Doa apabila ditimpa musibah

Bismillah..

Alhamdulillah.. apa khabar blog readers? Sekarang di University of Jordan dan mana2 sahaja Univ seumpamanya sedang dalam cuti semester, masih berbaki 2 minggu insyaAllah. Alhamdulillah sudah semester ke 4.. dan sekarang di Tahun dua, berbaki lagi setahun setengah @ mungkin 2 tahun lagi. Cepat sungguh masa berlalu. Angin sejuk Sweileh makin mencengkam, alhamdulillah, Allah masih beri peluang untuk mata ini menatap keindahan salji yang turun dengan lebat..subhanallah..

Em. Tekad semester baru yang takkan berubah iaitu ingin mengejar ilmu dan amal yang lagi baik, istiqamah.. di samping tidak keciciran dalam mengejar pointer.. Allahul musta'an. Mohon rakan2 blogger utk turut sama doakan ye!

Ingin berkongsi sebuah amalan sebagai tali hubungan kita dengan Allah. Tercatit dalam kitab hadis sohih muslim, dari Ummu Salamah radhiyallahu 'anha beliau berkata :


سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: " مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ، فَيَقُولُ: {إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ} [البقرة: 156] ، اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا "، قَالَتْ: فَلَمَّا تُوُفِّيَ أَبُو سَلَمَةَ، قُلْتُ: كَمَا أَمَرَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَخْلَفَ اللهُ لِي خَيْرًا مِنْهُ، رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
"Aku mendengar Rasulullah S.A.W berkata, tidaklah bagi seorang hamba yang ditimpa suatu musibah lalu menyebut (Innalillah wa inna ilaihi rojiun..sesungguhnya dari Allah kami datang, dan kepadaNya jua kami kembali, Ya Allah ganjarilah aku dengan sedikit ganjaran dari musibah ini, dan gantikan bagi ku suatu yang lebih baik darinya) melainkan Allah akan menganjarinya pada musibah tersebut dan menggantikan baginya suatu yang lebih baik" Lalu Ummu Salamah berkata : Sejurus selepas kematian Abu Salamah (suami Ummu Salamah) sebagaimana Rasulullah mengajarkanku doa tersebut, memang Allah menggantikan bagiku seorang yang lagi baik, dan beliau merupakan Rasulullah S.A.W "

Aiwah. 

Sebut, lafaz dan katakan dengan penuh yakin doa tersebut. Yakinlah dengan Allah. Jangan berputus asa atas suatu musibah itu, seorang mukmin takkan pernah berputus asa..gantungkan urusan pada Allah S.W.T...

~Love Allah~ 

Wassalamualaikum wbt.

Saturday, January 14, 2012

Saidina Abu Bakar r.a mengingatkan

Bismillah. huhu. cuti sem yang mengancam, benar2 bosan duk bersahaja. Cuba juga manfaatkan masa. InsyaAllah, terdetik untuk mnganjurkan beberapa program santai tapi bermanfaat bersama akhawat di sini, tapi pastinya semangat itu tiada jika tiada yang menjayakan. Moga Allah mudahkan semuanya. Masa kita yang kosong bakal mengundang keburukan.. Sebab dalam hidup kita hanya berdepan dua perkara ''baik'' dan ''buruk''.

Ketika maghrib td, terbaca ayat dari surah ali imran : 144.

وما محمد إلا رسول قد خلت من قبله الرسل أفئن مات أو قتل انقلبتم على أعقابكم. ومن ينقلب على عقبيه فلن يضر الله شيئا وسيجزي الله الشاكرين"
"Tidaklah Muhammad itu siapa2 melainkan dia merupakan rasul yang telah mendahuluinya para rasul sebelum ini. Apakah sekiranya dia mati atau terbunuh, kamu berpaling menuruti agama kamu sebelum ini?. Barangsiapa yang berpaling dari agama Allah maka tidak sesekali hal itu memberi mudharat pada Allah. dan Allah akan memberi ganjaran buat orang2 yang bersyukur"
[Surah Ali Imran : 144]

Dalam Tafsir Al-Quran Al-A'zhim oleh Ibn Kathir rahimahullah, 

Diriwayatkan oleh Ibn Abbas.. Bahawasanya Abu Bakar r.a keluar menemui Umar al-Khattab r.a yang ketika itu sedang berbicara bersama manusia sekeliling. 

Maka Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata : "Duduklah wahai Umar, Umar al-khattab buat tidak endah. Sejurus lepas itu, orang ramai pula bertemu dengan Abu Bakar r.a dan meninggalkan Umar seketika.

Abu Bakr berkata : "Amma ba'd, barangsiapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah pun meninggal dunia, adapun barangsiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Hidup dan tidak akan mati..Lalu Saidina Abu Bakr as-Siddiq membacakan ayat di atas.. 

Ibn Abbas berkata : "Demi Allah, manusia ketika itu seolah2 tidak mengetahui bahawa Allah pernah menurunkan ayat tersebut hinggalah Abu Bakar membacakannya.. "

Itulah... saat semua manusia dalam keadaan tidak tentu arah, tidak mampu menerima berita kewafatan Rasulullah S.A.W, datang sahabat baik Rasulullah S.A.W memberi ingat akan ayat tersebut yang turun pada perang uhud menurut sesetengah riwayat.. 

Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a sahabat yang paling rapat dengan baginda S.A.W..dia lah yang paling sedih pastinya. Namun dia lah ketika itu yang terus kuat dan menguatkan semua manusia.Tak lain tak bukan kerana menyintai Rasulullah S.A.W hanya kerana Allah S.W.T..
______________________________________

Buat pengajaran kita yang jauh dari zaman baginda.

Rasa rindu sgt ...

Friday, January 13, 2012

Nilai Kasih & Sayang

Bismillah..

Alhamdulillah dirafa'kan, dengan limpah inayahNYA dapat akhawat sini menjalankan sebuah malam kerohanian yang santai, semoga pengisian sebegini diteruskan lagi masa akan datang. InsyaAllah.

Ketika membaca kitab Qosos Al-quranul karim karangan Dr Fadhl Hassan Abbas rahimahuLLah, terbaca tentang ibrah dari marhalah pertama ujian buat Nabi Yusuf alaihissalam iaitu bermula dari baginda menceritakan mimpinya kepada ayah baginda iaitu Nabi Ya'qub alaihissalam hingga ditinggalkan di perigi oleh ikhwah baginda.

Banyak ibrahnya dari peringkat pertama ini!

Antara yang terpenting ialah hasad dan rasa takabbur dengan diri sendiri memberi ruang pada syaitan untuk menyucuk2 antara saudara. Ini lah juga yang berlaku dalam kisah Nabi Adam alaihissam bukan? "خلقتني من نار وخلقته من طين" dan hal ini juga lah yang menyerang Fir'aun yang mengatakan ''أنا ربكم الأعلى" .. dan hal ini juga yang menimpa adik beradik Yusuf alaihissalam ketika mereka berkata "ونحن عصبة..."(kita lagi kuat dari Yusuf)..

Yang kedua ialah yang berkait dengan tajuk.. bagaimana Nabi Ya'qub alaihissalam boleh begitu sedih sehingga dikhabarkan "menjadi putih matanya" dek terlalu sedih..

Inilah yang dipanggil kasih sayang seorang bapa, tapi kasih sayang ini bukan terhenti setakat itu , tapi kerana ''pengetahuannya'' bhawa yusuf anaknya bakal menjadi nabi sebagaimana dirinya sendiri.. menjaga Yusuf alaihissalam dan membesarkan seorang pembawa risalah! namun kecil lagi sudah diuji dengan hasad oleh adik beradiknya..

Sebagaimana kita sekarang, menyayangi ulamak hingga marah dan sedih akan celaan yang diterima oleh mereka..

Sebagaima dalam perang uhud, para sahabat mengelilingi nabi Muhammad S.A.W dari diserang, hingga gugur seorang demi seorang tertusuk panah, antaranya ialah Abu Dujanah yang menjadikan belakangnya sebagai perisai besi dari anak2 panah yang hampir menusuk Nabi Muhammad S.A.W..

Bagaimana mereka sanggup berkorban sedemikian rupa? mengabaikan nyawa sendiri?

Tidak lain tidak bukan ialah..apabila martabat iman sudah sampai ke kemuncak..menyintai anak kerana Allah.. menyintai saudaranya kerana Allah...serta menyintai Rasul kerana Allah.. hilang diri kita tiada apa2, hilang pembawa risalah, rosak binasa..

Semoga Allah memberi kita peluang untuk merasai kasih sayang sedemikian yang pastinya sangat indah!.. rindu Rasulullah S.A.W..

Wednesday, January 11, 2012

My MURABBI

Bismillah..

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang ada. Saat ini dan ketika ini, seorang adik beradik murabbi sedang diuji dengan demam, semoga Allah menyembuhkan beliau..

Tidak banyak ingin dicatat, sekadar rasa rindu untuk kembali berMURABBI sekalipun sekarang merupakan fatrah imtihan. Melihat pelbagai kerenah dalam MURABBI bersama mereka(Kak Azilah, Nasuha, Kak Nusaibah, Atikah, Nazirah, Shuhada, Dalilah, dan Khadijah) ada yang happy-go-lucky, ada yang serius.. Semua itu membuatkan diriku sangat gembira, kejap kita ketawa, kejap kita bermuhasabah.. Sungguh istimewa saat halaqah itu dibina..

Sebagai naqibah bersama Kak Azilah, kami sedikit bersalah kerana seringkali merasakan MURABBI itu sebagai satu bebanan terhadap mereka hingga kadang2 membatalkan ia dek "rasa2" ini. Sering memikirkan kepenatan mereka dalam berMURABBI, terganggukah pengajian mereka, dan lain2 lagi.. Hakikatnya, ada yang turut sama merindukan MURABBI serta menanti2 saat MURABBI yang seterusnya.

Suatu masa ketika diri ini down, ada yang datang memberi kekuatan dan semangat untuk terus bersama sentiasa mengupgrade iman dalam halaqah kecil yang kami panggil sebagai MURABBI ini.. insyaAllah.. Sekalipun merasakan ketidaklayakan dan tidak cukup tauliah, cuba juga menguatkan semangat untuk memperbaiki lagi halaqah ini.

Sebelum ini, ketika menjadi naqibah di Maahad Muhammadi, memegang liqo' yang bilangannya sedikit besar.. 10 orang adik beradik liqo'.. di dalamnya bercampur gaul antara mereka yang 'hebat' dari segi fikrah, dan mereka yang sedikit 'gangster'.. kehadiran selalunya tidak penuh, ada2 sahaja yang melarikan diri dengan pelbagai alasan.. tersenyum sendirian mengenangkan usrah dahulu yang entah apa-apa..

Like this.

Kali ini, diri ini meletakkan hadaf utama, untuk menyatukan jiwa yang ingin diasuh, serta mengasuh kerana Allah S.W.T.. mencontohi halaqah yang berjaya.. serta cuba juga melaksanakan halaqah sekalipun dihambat dengan taklifan lain.

Saat dua minggu sudah MURABBI tidak berjalan dek fatrah imtihan, tetap tidak tergamak untuk menganggu mana2 insan dalam fatrah ini. mula merasa sebak.. Lalu menghantar mesej pada adik2 MURABBI.. "Kita berhadapan dengan pelbagai kerenah, ada yang ingin, ada yang menolak, ada yang mencari, ada yang membenci..Semua itu menjadikan kita matang, dalam berfikir, bertindak dan beramal..Bittaufiq. InsyaAllah lepas exam kita qiyamullail sama2 ye!"... mendapat respon dari semua adik beradik.. Ada yang kata "Akak, kita buat malam kerohanian.." dan sbgnya.. insyaAllah.. selagi mana ada jiwa yang inginkan, Allah pasti mudahkan jalan.. Rasa bersalah apabila meninggalkan pengisian rohani hati2 yang suci tersebut, terasa diri sangat berdosa, semoga Allah ampuni diri ini serta setiap dari kami..

Ya Allah .. satu kanlah hati2 kami ini untuk terus berjuang di jalanMU ..

Ingin quote kata2 Imam Hassan Al-Banna yang melakukan begitu banyak kerja dalam satu masa, dia lah pengerusi, dia yang susun kerusi.... beliau menjawab : "Kerana kita tidak tahu amalan kita yang manakah diterima oleh Allah S.W.T"..

Benar.. diri ini dan anda sedikit pun tidak mengetahui apakah amalan selama ini diterima Allah sebagai bekalan kita, atau adakah ia sudah terhapus sedikit demi sedikit dek ada kerosakan di tengahnya? Wallahua'lam.. Terima kasih Abdul Hakim Othman atas peringatan sedemikian yang diletakkan dalam fb nya.

Dalam surah al-insan : إنما نطعمكم لوجه الله. لا نريد منكم جزاء ولا شكورا

Yang bererti " Sesungguhnya kami beri kalian makan ini semata2 kerana Allah, tidak kami inginkan ganjaran/balasan mahupun ucapan terima kasih "

Semoga kita kembali bermuhasabah dalam setiap amal, mentajdid kembali niat, seterusnya memperbaiki kekurangan dari semasa ke semasa.. insyaAllah..

Sunday, January 8, 2012

Kita dan kebaikan


1- SENTIASA MERUJUK PADA ALLAH SEGALA URUSAN

Setiap kali masuk kelas jam 8 pagi, Prof Marwah tenaga pengajar madah aqidah ,akan menyuruh kami memulakan dengan beberapa azkar sohihah, antaranya istigfar أستغفر الله العظيم, sayyidul istighfar لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين, kalimatan habibatan سبحان الله العظيم, سبحان الله وبحمده, dan lain2 lagi  ...  Beliau sering mengingatkan kami untuk membaca doa yang di atas, yang merupaan saranan Rasulullah S.A.W terhadap umatnya dalam apa jua urusan. Maka, solatlah dua rakaat, meminta kebaikan dari Allah, mengakui kelemahan kita serta kekurangan dalam menguruskan urusan diri sendiri...

Firman Allah S.W.T :
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ 
"Diwajibkan ke atas kamu berperang sedangkan ia tidak disenangi oleh kamu, boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangakan ia buruk bagimu, Allah Maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui" [Surah Al- baqarah : 216 ]

"Perang" bukanlah suatu yang ringan, jadi tidak hairanlah jika ia sangat sukar. Perlu meninggalkan anak bini di rumah, meninggalkan harta, membawa nyawa, kepulangan pula belum tentu..

Begitulah kita, fitrah dan sifat asli manusia, tidak salah dan tidak juga dicela, iaitu jika diberi taklifan dan kerja yang banyak ,pasti berat untuk menerimanya, melainkan orang yang benar-benar ikhlas dan merelakan dirinya berkhidmat untuk semua.. Sehingga kini, saya masih mencari hati itu.. ingin sekali memiliki jiwa seperti itu, jiwa yang tidak penat untuk bekerja.. Moga Allah ganti hati saya yang kini, mendapat hati baru, jiwa baru yang boleh berjuang di jalanNYA.. Tidak rugi menggadaikan diri kita di jalanNYA, pasti diganti dengan cintaNYA yang tak sirna di akhirat sana.

2- BINA KEMBALI HUBUNGAN DENGAN ALLAH

Mungkin kita makin lalai, lupa akan perkara terpenting dalam hidup kita.. iaitu membina kembali hubungan dengan Allah. Setelah beberapa frasa kita meninggalkan DIA, sibuk mengulangkaji, sibuk dengan manusia, exam dan sebagainya.. Kita bergelak ketawa hingga lupa untuk menangis, kita mengulangkaji hingga tertinggal tahajjud.. Kita sibuk hingga lupa mengisi diri dengan muhasabah dan munajat.. Sedang Rasulullah S.A.W sebagaimana yang dikhabarkan oleh Saidatina Aisyah R.A  ...dalam sohih muslim,
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يذكر الله تعالى على كل أحيانه .. Rasulullah S.A.W mengingati Allah dalam setiap sudut kehidupan baginda.. Makan, minum, tidur, dan sebagainya...

2- BAIK BERSAMA .. 

Muaz bin Jabal berkata : اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً ..

عَنْ أَنَسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
[HR AL-BUKHARI]
"Tidak beriman seorang dari kamu sehingga dia menyintai saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya"

Bukanlah tidak beriman, tapi menandakan kecacatan imannya.. 

Jika kita suka kan kebaikan, sama2 sebarkan buat saudara kita dan rakan-rakan... Baik bersama, senang dan susah bersama, saling membantu, berpimpin tangan menuju kebaikan.. Mengenali rakan, menegur sekiranya dia melakukan kesilapan.. Silapnya kita sekarang, menganggap hikmah itu ialah ''menjaga hati''. Berhikmah bukan menjaga hati, tapi meneliti tindakan bertepatan , dengan siapa kita berhadapan.. Rakan yang panas barankah? rakan yang lembutkah? ..

Suka melakukan kebaikan, suka berusrah, pupuk sama-sama rakan2 untuk turut miliki rasa suka itu.. moga2 segala yang kita lakukan, mendapat ganjaran di sisi Allah S.W.T ..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...