Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, May 30, 2013

Cinta Yang Agung Dgn Beri Cabaran

Bismillah.. alhamdulillah kita angkat kepada Allah SWT atas peluang dan ruang, cabaran kesusahan dan kesenangan, yang teruss ada dlm hidup.. ia mengajar kita banyak perkara ok..

Awal-awal lagi Allah ajar kita, ingin dapatkan sesuatu yang precious atau berharga tentu sekali perlukan 'sebab' / usaha/ gerakkerja..

Sebagaimana seorang ibu mengandung, nak anak sihat, tentu sekali dia perlu makan minum dgn cermat, miliki nutrisi yang cukup untuk anak dikandung, bukan semata berserah buta tuli kpd Allah..

Sebagaimana seorang bayi yang tak pandai bercakap, dia perlu menangis untuk mendapatkan susu, untuk dilayan oleh seorng ibu dgn penuh kasih sayang..

Bila membesar sikit, kita yang tak pandai berjalan, perlu berusaha untuk berjalan... Akhirnya, inilah kita sekarang :) mampu ke luar dari negara sendiri, merantau dan meneliti segenap alam.. subhanallah...

Hakikatnya tanpa kita sedar, kita telah melalui pelbagai fatrah cabaran yang sangat banyak sejak dalam kandungan ibu lagi kan ?

Itulah bagaimana CINTAnya pencipta yang agung itu kepada kita :)

Tapi kan.. Sekali sekala kita hilang upaya, usaha sudah, ikhtiar sudah, maka itulah saat kita berserah pada Allah supaya kita akui, tak semua perkara kita mampu miliki dan dapati dek seketul jasad yg berusaha... perlunya ada pemission / approvement dari DIA....

Kadang DIA terus beri, Kadang DIA masih tangguhkan, kerana mahu kita selidiki hikmah satu persatu.

Owhh... mcm tu rupanya..

Both situations bukan calang2 perkara, keduanya miliki ujian yg tersembunyi.. dan di sebalik kejayaan kita menempuh ujian tersebut, pasti ada nikmatNYA...

Ok, itu saja perkongsian untuk saat ini ye :)

Wassalam..

Wednesday, May 22, 2013

Bulatan perjuangan

Alhamdulillah... hari ini lapang rasanya hati ini...Satu perkara yang saya cari-cari kenapa begini lapang??..

Subhanallah.

Rupanya kerana kita memandang wajah-wajah mereka yang juga sangat lapang. Mereka yang menenangkan jiwa.. Sekalipun tak pernah bersua jarak dekat apatah lagi berbicara berkongsi secara dekat... bahkan ada dalam kalangan mereka yang sudah pergi sekian lama. Tapi saya tetap merasakan cinta yang mendalam.. 

Ya Allah, saksikanlah, saya cintakan mereka :) sangat-sangat cinta.

Something yang ada juga ialah, bila dalam satu group yang nampak mcam asing. Oh, ia mengumpulkan sahabat2 saya muslimah2 siswi dari seluruh dunia...... masyaAllah, bila diorang duk bercakap2 dalam tu, macam dah kenal lebih dari biasa..... dari India, UK, Jepun, Czech dll... Suka sangat dan sangat sweet.

^^

Ya Allah..

Boleh rasa penangan hebatnya Allah satukan, lembutkan antara hati-hati kita, kemudian tanamkan di dalamnya rasa mahabbah, rasa senang hati, tiada curiga.... Sekalipun kita tidak pernah bertaaruf, apatah lagi bertafahum, bertakaful dek jarak yang memisah..

Cuma 1 yang saya fikir, kita satu aqidah, satu perjuangan. Kerana itulah kita mampu bersatu... kadang mungkin kita berbeza dari sudut cara dan wasilah, berbeza bila memberi pendapat dan pendekatan, tapi kita masih dalam satu bulatan perjuangan yang sangat indah, yang telah mengenalkan kita sekalipun tak pernah kenal...

Uhhibuhum fiika Ya Allah... 

Sunday, May 19, 2013

Iran Movie : The Separation

Assalamualaikum :)

Nak share sebuah movie yang sangat bermanfaat.

Kalau nak tengok trailer dia : klik link bawah :

http://www.youtube.com/watch?v=MjTkXGRhy9w

Ok.

Selesai menonton movie ini lepas exam tadi.

Sangat-sangat di suggest kan!

Ia tentang nilai sebuah kehidupan dan hasil penceraian. Besar impaknya khasnya pada anak yang sedang membesar.

Dalam cerita ni jugak ada selitkan tentang tanggungjawab anak lelaki terhadap ibubapa sekalipun dah kahwin. Banyak lagi lah... Selamat menonton!

Friday, May 17, 2013

Bina insan

Having a strep throat..
Tapi tak demam, cuma sakit dia makin teruk sejak 4 hari.
Ya ALLAH..

Bila baca dekat website2 kesihatan, macam2 yang saya temui..
Kononnya boleh bawa pada jangkitan itu ini.
Apatah lagi bila nafas dah mula rasa perit..
Terkena jangkitan kat paru-paru kah?
Allah..

Perit sungguh rasa jiwa. Berkali-kali saya menangis di hadapan suami..
Bila selera pun merudum. Telan ubat pun sukar.
Paling membimbangkan takut2 'orang baru' turut terkena jangkitan.
Aha. macam2 kan kita fikir?

Saya muhasabah balik ketika saya nangis.
Saya sakit sini je, ada kawan saya yang asyik demam.. sakit belakang..migrain..
Ujian dia laaagi berat berganda dari saya..
Tapi dia tetap tabahkan hati tak nak makan ubat walaupun Doktor dah izinkan.
Kerana katanya bimbang apa2 berlaku pada bayi kandungannya bila makan ubat.
Migrain teruk macam mana pun?
Yup...dia sangat tabah..
Kenapa saya yang sedikit diuji ini mudah sekali mengalah?

Alhamdulillah.
Bila dah muhasabah, solat bersama suami. Kadang dalam sujud rasa nak menangis..
Memohon Allah ampunkan segala dosa yang lekat kat hati ini.

Feeling bersyukur. Hari ini segalanya dah berkurangan..
Makan juga berselera, mudah dan seronok..
________________________

Sahabat-sahabat.
Membina bait muslim atas dasar 'rumah' kecik kita inilah yang kita ingin bina di dalamnya insan-insan yang miliki kesedaran untuk Islam. Oh ye, mana-mana jemaaah Islam memang akan memegang kemas risalah-risalah tinggalan imam Hassan al-banna kan? Jadi mesti dah selalu dengar tentang ini.

Untuk ke arah itu, bukan semudah-mudah apa yang kita fikirkan.

1- Perlukan suami yang turut sama tahu tentang apa itu pembinaan fard muslim dan bait muslim
2- Perlukan suami isteri yang sama-sama memahami tentang tanggungjawab ini.
3- Perlukan suami isteri yang miliki ilmu tentang Islam
4- Perlukan suami isteri yang tekun dan sabar dalam mendidik - ahaha - ini yang susah.

So, hakikatnya pembinaan bait muslim dah bermula awaaaaaaaaal sejak kita belum kahwin lagi.
Yup, sejak kita memilih suami.

Jadi dia lah yang akan meneguhkan kita atas jalan ini dan acuan bagaimanakah yang kita sama-sama ingin letak pada anak-anak ^^

So, I tak pelik bila encik suami kata dia kalo boleh nak zaujah dia tak kerja lepas ni jika kerja dia cukup kuat untuk menanggung keluarga ^____________^ .. Biar didikan pada anak tu atas tangan zaujah sendiri bukan pengasuh bla bla.

Argh..!

Asalnya rasa sedih jap. Bila fikirkan...bagus jugak..
Dan dah rasa semangat untuk itu...
Cuma tentu sekali
Second plan ialah kerja ^______________^

Satu kerja yang best ialah : kerja kemasyarakatan.. kerja bersama muslimah... kerja cakap2 kat depan.. tu pun boleh lah.. 

Thursday, May 16, 2013

Saat yang mencabar

Glup ... sambil telan air liur yang tawar, tengkuk yang tengah perit, kepala yang pusing..

Alhamdulillah ku rafa'kan ke hadrat Ilahi kerana limpah kurniaNYA aku masih hidup hari ni. Walaupun semalam rasa macam dah nak matikah diriku? Sore dan strep throat sangat-sangat memeritkan, campur dengan kemalasan dan nausea yang menyerang.

Yup. ini satu fatrah cabaran yang perlu ditempuhi. Setiap orang berbeza cabarannya. Ada yang tak perlu lalui bermacam bagai ini. Ada yang kena jugakkkk :'(

Kadang tengah-tengah malam bangun. hehe..

Takpa.. apapun, alhamdulillah ku sebut berkali-kali. Walaupun perancangan sebelum ni tak menjadi, tapi kami dah start dengan perancangan baru.. Tapi kali ini encik abang perlu lagi banyak usaha lah supaya kita tak nyusahkan orang nanti...^^ sbb nak terima orang baru kan.. Mungkin Allah dengar mcm mana rasa sunyi aku tiap kali cik abang ada kerja kat luar..ahahaha..dan memang dah bajet mcm ni, iaitu jika dah lepas jawatan maka bolehlah prepare utk orang baru.

Bak kata kawang-kawang : "Kawen kita boleh lak merancang, tpi utk lepas tu takkan tak merancang.."

Yosh.

Kawen muda ni semua mende kena rancang... hatta  di Malaysia pon kena rancang, apatah lg duk negara orang...... dan kena lah terima untuk berjimat sket sbanyak.... Contoh aku bg : korang merancang utk baby.. yup, katakalanlah bajet bersalin normal rm 1000... dan katakanlah bajet bersalin secara operate, rm2000... nak tak nak, korang kena prepare lebih dari rm2000, in case problem kena operate la, baby kena duk dalam inkubator ke kan... Kalau tak prepare, tup2 kena operate , terpaksa minta derma sana sini..

Moga Allah mudahkan semua urusan ini..

Kering poket suami bulan ni sebab banyak sakit dan kena wat ujian itu ini..campur dgn gaji dpt lambat.. hb rendah, low blood pressure lg. Kena beli ubat mcm2. checkup dokter sbb hb low. Selera makan punyalah banyak, tapi lepas makan je terus rasa bergelora jiwa raga tengkuk ni.. dan tentu skali nak pi dapur kadang2 rasa enggak boleh, jadi dialah yg penat2 tolong masakkan...tapi time aku semangat, aku akan masak dgn senang hati walaupon lepas tu rasa poning..

Ujian utk dia..sabar ye cik abangku yang rajin.

InsyaAllah dlm setiap kesusahan itu ada ksenangan..

Aku yakin 100% dgn Allah biarlah apapun manusia cakap.. Diri kita pon kita tak mampu jamin adanya rezeki sepanjang masa, tapi tuptup tengok tiap hari dapat makan..

Allah dah sebut : "Kami lah yang memberi rezeki pada kamu dan mereka..." (al-an'am : 151)

Apapun, semua ini di tangan Allah.. Jika kekal  sampai 9 bulan, kami bersyukur.. Jika berlaku apa-apa, kami beristighfar...pasti segalanya punyai hikmah...:)

Chayyuk and welcome buat korang (satu atau dua)...

p/s : peritnya ibu kita kan? mcm mana lah dia terus teguh mengandungkan 9 orang ... semua berat2 plak tu...sayang ma ayah so muchh!

Sunday, May 12, 2013

Blackout History ^^

5 dan 6 Mei baru ni.

Adoi kul 10 malam. Tengok suami dah mula buat page update keputusan PRU13.. memang dia nak sumbang masa free dia utk tu.. malam 5 Mei tu dia langsung tak tidur...sampai lahh ke subuhnya.. Lepas balik dari masjid aku suruh jugak la dia untuk lelapkan mata kot2 satgi time result PRU13 tu tak dapat nak fokus.... 

Kitorang sangat excited kali ni sebab besar harapan PR nak menang. Yelah, melihatkan situasi, suasana, flashmob, laporang audit negara, dan lain2.. memang time tu dah letak harapan melangit... hehee...time usrah pun sempat lagi bincang ngan ahli usrah tntg PRU13 ni ... sebak jugak bila kitorang sama2 tadah tangan minta dihancurkan sgala tipudaya pihak yg zalim... aku cakap kat adik2 ni : Macam2 dah kita tngok... isu IC, bangla, dakwah tak kekal, bertindan tempat mengundiii ,,, nak kata susahnya nak menangggg sbb ada tangan2 jahat kat belakang,.. tapi kalo menang jugak, tak lain tak bukan sbb memang Allah nak bgi menang kali ini... kalau kalah jugak tak pelik dah...

Tup2 kul 3 ptg aku dengan excitednya pulang ke rumah.. dengan tenaga yg kurang... lari2 jugak lah kejar bas... sampai2 rumah, tiba suami kata : Putrajaya kita kalah... Hm. Tak terbayang perasaan time tu. Melihat fenomena yg hebat , sambutan terhadap husam dan tn guru...

Suami pon dah mula masukkan rakan page dia utk jadi admin jugak sbb dia dah penat sgt dah dok update.. aku suh dia rehat dan ktorang sama2 terlelap.. bangun2 lepas asar tu., dapat tau macam nak menang... Alhamdulillah.. tapi akhirnya dapat tau yg PR ketinggalan.... 112 BN dan 81 PR.. 

Aku dah mula menangis... 

adus. 

fitnah + Bangla + IC + Dakwat tak kekal + blackout + bawak lari alik belakang + heli  = BN menang! yes. bahkan berjaya merampas kembali Kedah Darul Aman.. negeri kedua ku.. ya Allah sebaknya!

Yang bagus PR berjaya menambah kerusi dalam parlimen .. dan hampir keseluruhan kerusi panas dimenangi PR.. aku berpandangan maybe sbb kerusi2 tersebut kawasan2 yg intelek , yakni kawasan bandar yg ada line internet dan bukannya disuapkan sajian TV1 2 3 je.. jadi tak pelik diorang sokong pr..

Apapun tahniah. Kita harap kerajaan skrg cuba lah ubah apa kesalahan korang sebelum ni. Dalam pada itu. aku juga sokong perjuangan DSAI dan rakan pakatan menolak keputusan PRU baru ni sebab memang jelas sangat banyak penipuan dll..

Lagi perit, lepas kemenangan, isu perkauman mula ditimbulkan.. utusan yg meloyakan tengkuk lagi lahhh..tak kurang NGO bla bla. DAP menang kerusi paling banyak.. adapun PAS kerusi berkurang... haiya. Mana taknya, Malaysia dah jadi tempat BTN.. tempat mereka suntik fikrah kononnya dgn sokong pas, pkr ...maka DAP akan menguasai , akan jadi negara kristian.. melayu hilang kuasa, raja melayu hilang kuasa bagai... ops bukan utusan je. semua akhbar pro kerajaan lah. 





Sudah-sudahlah...

Buat yang mengundi BN, baguslah.. kita sudah dapat balik 'hadiah' yang bagus : 


Semoga Allah berikan yg terbaik buat kita semua rakyat Mlaysia.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...