Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, July 29, 2013

17 minggu di Ramadhan

Alhamdulillah, kira2 hari ini dah melepasi 3 minggu 3 hari selepas checkup terakhir baru2 ini, kalau baru ni 13minggu 4 hari.. Jadi, campur dua-dua tu, terbitlah 17 minggu :)

Berat memang tak naik sangat. Bahkan kadang turun. Cuma belly makin membesar la pastinya. Bila cari maklumat, memang normal sekitar 4 bulan pertama, berat memang tak naik mendadak. Selepas itu baru naik insyaAllah.

Bermula 3 bulan, dia sudah boleh mendengar & merasa. Jadi, seeloknya kurangkan stress dan banyakkan berbicara dengannya. Paling baik perdengarkan alquran yang datang dari suara sendiri, atau suara suami. Waktu-waktu kosong pula perdengarkan zikir2 yang baik, dan perkara2 yang memanfaatkan diri sendiri macam kuliah atau apa2 :)

Sometimes dah mula rasa pergerakan yang smooth dan lembut.

Subhanallah.

Makin rasa dalam diri ni ada insan bernyawa yang perlu dipelihara, dijaga dan diberi perhatian. hahah :) Jadi, takleh nak buat tak tahu je terhadapnya..

Perkataan2 yang buruk perlu dipelihara, bila rasa stress cepat2 lepaskan dengan menangis dan jangan dipendam lama2... alhamdulillah, ada suami yang sentiasa menyokong dan membantu..

Bila nak bangkit dari tempat tidur, mak ai sakitnya tulang pubik. Bila nak duduk juga sudah mula rasa sakit2.. Bila nak sujud pula, kepala akan rasa sakit dek darah rendah... Tapi posisi sujud tulah paling indah, paling menenangkan... Dalam sujud tu lah meminta pada Allah agar memelihara zuriat kita dan jadikannya insan yang boleh berkhidmat pada agama.. Bukan semata penyejuk hati ibu ayah...

:') Crying.

Kadang tengah masak dan rasa sakit sebab banyak berdiri, ambil masa bagitau baby... "baby kena kuat, jangan duk rendah sangat sebab ibu nak masak utk orang makan ni... "

Bila nak solat, mengaji dan sebagainya ambil masa gosok2 perut dan bagitau dia "baby bangun, jangan tidur... kita nak solat ni...nak ngaji... "

Kenapa buat macam ni...

Paling kurang kita dah mula jaga dan beri perhatian utk agamanya dari awal... sekalipun dia belum tentu boleh hidup bersama di dunia ni... :)

__________

Ya Allah peliharalah dia... 

Sunday, July 28, 2013

Belum sempat

Allah.

Terkejut 10 akhir Ramadhan dah pun menyapa.

Rasa macam tak sempat banyak perkara.

Fikir usrah, iftar utk ahli usrah sendiri dan ahli usrah suami dan lain-lain.

Banyaknya, tak sempat... serius tak sempat.

Baru sahaja annouce pada ahli usrah untuk iftar bersama mereka di hadiqah hussein sekali lagi with pengisian usrah. Terkilan bulan puasa ini hanya sempat 1x.

:'(

Final sudah bermula, 1 Ogos bersamaan 24 Ramadhan berakhir.

Berbaki selepas itu 6 hari sahaja lebih kurang untuk pecutan terakhir.

25 Ramadhan juga merupakan tarikh kelahiranku :') thanks ibu, sori kelahiranku membuatkan ibu trpaksa ganti puasa dek nifas.

______________



Thursday, July 25, 2013

Berbeza :)

Hehe.

Ini namanya tajuk saje2 nak memuji, nak meluahkan.

Sebab saya tahu suami seorang yg tabah. Orang minta tolong, sekalipun bawah agen lain sepatutnya dan sesenang hati suruh suami tolong... maka, dgn mudahnya dia tolong...

MasyaAllah.

Zaujah dia ni mudah sangat rasa geram dgn yg suka ambil kesempatan macam tu... tapi suami muka selamba je sekalipun dia rasa berat sbb list pelanggan dia pun belum selesai, ditambah 'tolong' pelanggan orang lain. Tapi dia tolong jugak sebab kesian.

Satu hal syarikat arab tersebut, mana2 pelajar Malaysia call dia je bagitau masalah, arab tu akan suruh call wan abdbaith terlebih dahulu, adeh... sebab dia x faham budak2 ni cakap arab. Bagus bila dapat komisen sesetengahnya, tapi ada yg free2 je tolong. Hehe.

__________
Apa yang nak dipuji. Suami terkenal dengan suka catat apa jua yang berkait dgn kerjanya, bukan sahaja save dalam komputer, dia tambah lagi catat dalam buku catatannya yang berjumlah dua biji dah sekarang.

MasyaALLAH... mgkin itu caranya nak elak kena tipu oleh mana2 pihak. Jadi, saya sering beri pendapat pada suami, bahawa dia sangat sesuai bekerja dalam bidang pengurusan..

__________

Apapun, semoga Allah ganjari usaha dan kebaikan dirimu pada orang...

Kadang ada agen lain cuai bab pengurusan, tapi suami saya jugak yang dihubungi oleh family pelanggan utk dilepaskan kemarahan. Padahal bukan suami yang menguruskannya sebelum ini.. Puas difahamkan bahawa suami tidak tahu apa2.. tapi dimarahi jugak siap gertak lagi..

Zaujah dia akan amik part time tu.. hehe.

Pantang orang ambil kesempatan atas kebaikan orang lain tau..

Juga pantang orang yang suka mengarah2 orang dgn cara kurang beradab seolah kita ini bukan manusia.

___________

Bila tengok banyak perbezaan sifat ni...

Hm, saya fikir, bonda dan ayahanda juga berbeza... Ayah baik tapi kami anak beranak rasa gerun dan hormat.. ibu pula garang tapi kami suka 'main2' dengan ibu.

Mungkin memang macam ini kita diciptakan... :)

Cantik sangat kan...

Sunday, July 21, 2013

12 hari Ramadhan

Alhamdulillah.

Ramadhan sudahpun melepasi minggu pertama, minggu yang 'masih baru', ibarat ibu muda di awal trimester. Cabaran banyak, namun 'excited' nya juga banyak. Minggu ini ramai yang bersemangat untuk beribadah, menambah bekal demi bekal.

Bila masuk minggu kedua, kita mohon pada Allah, agar terus mengekalkan kita dengan semangat itu, dengan kekuatan itu, ameen.

_______________________

Dulu FB menjadi sasaran untuk menghentam, membalas dan lain2.

Namun sejak kahwin, dan lagi2 sejak sudah tidak lagi memegang jawatan tinggi di Persatuan, saya mula mencari titik perubahan dalam diri.

Sampai bila kita ingin menyakiti hati sendiri dengan bertindak dan asyik memikirkan perkara ''selisih'' yang tak sudah.

Akhirnya, kini FB bukan lagi medan untuk menghentam, bukan lagi medan untuk memerli mana2 rakan, tapi ia medan berkongsi, sebarkan, dan medan untuk kita terus mengukir senyum.

Ops lupa.

Hehe.

Sebarkan, bukan bererti ''kamu wajib terima dan percaya yang ini sahaja"
Berkongsi bukan bererti "ini sahaja yang tepat, yang lain salah"

Tapi ia bererti, sahabatku, kamu kongsi yang itu, saya juga ingin kongsi sesuatu sekalipun sedikit berbeza.. Kalau nak baca, silakan ukhti.. Kalau taknak, tiada siapa marah..

Kalau ukhti marah, bukan ke ukhti juga melakukan perkara yang sama dengan saya? Kita sama2 share apa yang kita rasa tenang dengannya.

:)

Alhamdulillah , saya merasa tenang dengan melakukan hal ini. Berbanding suatu ketika dulu hanya suka mencari perbezaan dan bertegas dengan perbezaan itu.

Guruku pernah berkata :

 - Kita hanya menyampaikan

 - Tiada siapa boleh berkata "aku yang paling betul" dalam hal khilaf. Contoh khilaf yang tak pernah terhenti sejak dulu hingga sekarang ialah berkaitan takwil atau tak dan sebagainya.

 - Jika diberi keburukan, jangan kita membalasnya dengan keburukan jua. Jika dilabel, jangan kita melabel sama.

 - Tiada manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. Hatta masyayikh yang besar juga. Imam Malik, Ibnu Ishak dll jugak tidak terlepas dari melakukan kesilapan..

 - Hormati sesama kita, sekalipun berbeza pandangan, ingin saya copykan dari seorang guru, tentang bagaimana beradabnya Iman Al-Syafi'ie Rahimahullah.

   Alangkah beradabnya Imam al-Syafie dgn ulama sebelumnya sehingga berkata:


"Manusia dalam ilmu fiqh berhajat kepada Fiqh Abu Hanifah". (Lihat: al-Zahabi, Siyar A'lam al-Nubala', jld. 11, hlm. 489)

________________________________

MasyaAllah.

Syukur pada Allah yang terus beriku ketenangan. Perasaan lemah, sedih , dan seumpamnya itu tidak terlepas dari kita sbg hambaNYA yang biasa. Penat dan sbgnya. Namun, bila mengingati Allah, memang hati akan merasa tenang...tenang setenangnya.

Malam - malam bila fikir kan kawan2 yang sudah tak lagi bertudung, yang asalnya saya ingat dia dah kahwin, rupanya........ - belum kahwin lagi tapi keduanya seolah sudah kahwin - Inna lillah wa inna ilaih raji'un.

Apa yang saya ingin nyatakan pada mereka...Adakah ilmu aqidah yang dipelajari tentang ayat2 mutasyabihat, tentang arasy Allah, tentang bid'ah tak bid'ah..

Ya Allah, macam x tau nak bagitau apa.. serius.

________________________________

:')


إن العين لتدمع وإن القلب ليحزن, ولا أقول إلا ما يرضى ربي
Sungguh mata itu pasti mengeluarkan airmatanya, dan sungguh hati itu pasti benar2 sedih.. Namun tidak akan ku sebut melainkan sesuatu yang diredhai tuhanku..

Saat kita mengecapi kebahagian dan kegembiraan, diberi kekuatan, kekayaan, kita masih menyimpan satu perkara yang belum kunjung tiba, rindu yang belum terhapus. 

Mengingatinya mengalirkan air mata.
 Merinduinya namun hanya mampu menyebut, menangis. 
Sungguh ia satu rindu yang ajaib, rindu pada insan yang tidak pernah dilihat, tidak pernah ditatap dan didengari suaranya, tidak pernah duduk berborak apatah lagi bergurau senda dengannya.. 

Ya Allah.... rindu padanya :')

Monday, July 15, 2013

وفوق كل ذي علم عليم

Sering saya ingatkan diri .. 

Memang kita merancang sesuatu itu dengan ilmu dan thaqafah(pengetahuan am) yang dimiliki. Kita merancang program, merancang keluarga, kewangan dan sebagainya. 

Tapi jangan dilupa pemilik ilmu yang lagi luas, itulah Allah SWT Yang Maha Bijaksana ( Al-Hakeem) yang ilmuNYA mengatasi segala apa di langit dan di bumi.

وفوق كل ذي علم عليم
"Atas sestiap yang miliki ilmu itu ada DIA Yang Maha Mengetahui segala ilmu"

Menurut Hasan Al-Basri, seorang tabi'in yang masyhur, di atas seseorang yang merasa tahu itu, ada yang lagi tahu / lagi berilmu darinya, begitulah seterusnya hinggalah insan yang paaaaaaaling berilmu di dunia ini, di atasnya ada yang lebih mengetahui dan DIA lah yang mengetahui segalanya.

Justeru, tatkala mengangkat tangan berdoa pada Allah SWT, jangan dilupa memohon Allah permudahkan apa yang terbaik untuk kita, kita merancang dengan pengetahuan yang terbatas. Sedang DIA mengetahui yang sebenar2nya. 
_______________________________

Bila kita sedar kelemahan, dan kita mengakui serta akur akan kelemahan ini. Kita akan merasa tenang. Kita tidak menunjuk2 dan menyangka2 apa yang kita target itu terbaik, tapi menyerahkan sepenuhnya pada Allah SWT.

Menyerah dengan erti kata masih lagi berusaha agar ia berjalan dengan lancar dan jayanya.

_______________________________

:')

Ramadhan ini, sama-sama tingkatkan doa. Khasnya buat mereka yang kita sayang, dan buat saudara2 kita di Mesir, Syria, Palestin, Malaysia dan lain2 nya yang diuji dengan pelbagai ujian. 

Berdoalah dengan penuh kasih sayang, penuh mengharap dan merendah hati pada Allah. 

Semoga Allah kabulkan! Ameen.

Sunday, July 14, 2013

Ramadhan with love

Sebab suatu hari tu saya post di FB tentang Ramadhan bulan yang aktif, nak tak nak, kena lah kuatkan diri, semangat dan aktifkan diri.

Alhamdulillah hari ini masuk hari ke-5 kita semua berpuasa kan. Syukur Allah beri kekuatan untuk berpuasa, memang jauh bezanye lah dari Ramadhan yang lepas2...

Kali ini berdua, dan bertiga, dlm perut sorang.

Didoakan baby ni nanti membesar jadi seorang yang solehah, tabah, kuat, cerdik ok. Bertuahnya, fatrah ni fatrah tumbesaran awak yang cepat.. alang2 membesar di Bulan Ramadhan, makanan yang masuk jugak kebanyakannya bagus2, emosi juga terkawal, mood ibadah juga meningkat :) (cuma berat maknya berkuranglah huhu)

______________________________

Ramadhan ni :

Untuk wanita di bulan Ramadhan ni, kita kena yakin sekalipun kita penat, tapi jika masak bersungguh2 untuk orang berbuka lagi2 suami, insyaAllah Allah gandakan ganjaran dan paling penting, Allah limpahkan rahmat / belas ihsanNya buat kita...

Saya sering set kan dalam fikiran, belas ihsan Allah tu akan kita miliki bila kita buat sesuatu dgn bersungguh2 dan mengharapkan natijahnya juga baik2 sekalipun belum tentu hasilnya memuaskan.

Bila buat sesuatu, letak dan pasang niat betul2 ye, betul2 nak ini, betul2 nak bantu dan lain2..insyaAllah pasti ada gantiannya lepas ini.

Untuk suami pulak, bila isteri masak, boleh juga tolong sama dan lagi elok dengan menggalakkan bini masak untuk orang lain jugak... tukang hantarnya suami... hehe, kan suami dapat pahala tu...

________________________________

Cantik sangat bulan Ramadhan ni, sambil2 masak, sambil2 zikir, sambil2 dengar kuliah online ke... biar aura positif meresap dalam makanan :)

________________________________

Ya Allah, terimalah segala amal ibadah kami di bulan ini.

Tuesday, July 9, 2013

Apa yg wanita haid boleh buat ketika Ramadhan?

Saat insan-insan semua tengah bergembira menyambut kedatangan Ramadhan, kakak2 dan ibunda2 sibuk melendikkan telekung solat, bersiap untuk solat teraweh....

Di satu sudut, ada seorang muslimah yang sedang melihat, senyap bila diperli.. kadang macam nak menangis... ! sunyi nyer rumah lepas ni, semua pergi teraweh kan?

Ukhti Muslimah, jangan sedih. Jangan sedih :)

Ketahuilah, haid merupakan suatu keistimewaan yang telah Allah tetapkan untuk banat Adam (anak-anak perempuan Adam).. Sebagaimana Nabi S.A.W perihalkan pada zaujahnya, ummul mukminin, Aisyah R.A tatkala Aisyah didatangi haid ketika mereka dalam haji. Tatkala itu Aisyah R.A menangis, dan tahulah Rasulullah S.A.W bahawa Aisyah didatangi haid, lalu Rasulullah S.A.W bagitahu :

هذا أمر كتبه الله على بنات آدم

"Perkara ini(haid) merupakan suatu ketetapan yang telah Allah jadikan buat banat Adam"

:')

Sampai sekarang saya masih fikir, banyaknya hikmah apabila tiap bulan, Allah beri kita cuti dari ibadah2 khas... hmm... fikir2.. apa istimewanya eh??

Ukhti muslimah,
Yang dalam hatinya nakkkk sangat join orang lain puasa, nakkk sangat join orang lain duk habiskan juzuk demi juzuk alquran ketika Ramadhan...

Ketahuilah..
Ada segolongan hamba Allah yang tak mampu ikut bersama Nabi S.A.W dalam perang Tabuk, hati mereka diselubungi rindu akan jihad, rindu akan Rasulullah S.A.W, teringin nak ikut jihad sekali...namun mereka dihalang keuzuran demi keuzuran, ada yg tak da apa2 utk bawak, ada yg sudah tak mampu..

Nabi S.A.W sebut dan ceritakan pada sahabat2 baginda yg ketika itu dalam perjalanan ke Tabuk :

إن بالمدينة رجالا ما قطعتم واديا ولا سلكتم طريقا إلا شركوكم في الأجر , حبسهم العذر

"Sesungguhnya di Madinah sana, ada segolongan mereka yg tidak bersama kamu mengharungi wadi, tidak bergerak bersama kamu, tetapi mereka berkongsi bersamamu dari sudut ganjaran, mereka terhalang(untuk ikut sekali berjihad) dek keuzuran"
(HR BUKHARI)

_____________________________________________
Apa boleh buat ??

>>> Pertingkatkan amal, pertingkatkan ibadah umum..

Saat ini, kita lebih bertenaga dari mereka yang puasa, justru, apa salahnya jika kita yang mengambil syif masak, kemas rumah, hiasi rumah dengan perkara2 baik, tampal2 bacaan yang baik untuk rakan-rakan...

Pabila mereka yang sedang beribadah pada Allah senang hati dengan kita, bukankah ia satu rahmat?? 

Justeru, gandakan amalan2 baik... ^^ jangan tidur terlebih plak. 

>>> Tingkatkan istighfar, zikir :')

>>> Tingkatkan doa 

_____________________________________________

Ya Allah, jadikan ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya..

Saturday, July 6, 2013

3 asyhur ^^

Subhanallah. ^_^

Perasaan berdebar untuk melihat perkembangannya memang jelas nyata pada diri ku. Apatah lagi bila akhir2 ni dilanda a little bit pain tapi mustamirrah(berterusan) pada bahagian badan. Takpa tawakkal je lah.. 

Jika Allah inginkan dia lihat dunia, insyaAllah tidak ada apa-apa.

Aku senyum bila melihatnya baik-baik sahaja, besar berganda dari sebelum ni. dari 14mm kepada 64mm. Tapi.. hm..

"Lesh lam yataharrak? (kenapa dia tak gerak ye?)" aku mengeluarkan persoalan yg terbuku pada doktor

"Ka annahu naim... (mungkin dia tengah tidur)", huk3.. jawapan doktor buat aku gelak.. yelah, pagi2 macam ni kan. tapi hati masih bimbang..

Doktor menunjukkan aku degupan jantungnya, sedikit sebanyak buat perasaan ku lega.. 

Aku bisik dalam hati.. gerak lah.. nak tengok dia gerak.. 

Bila doktor suluh lagi sekali, "Al an yataharrak.... hay yaduh, ka annahu ya'ul bye2 li mama(haa. skrg dia dah gerak, tu tangannya(yg kelihatan di angkat ke atas dan kaki menendang2), dia lambai2 pada maknya"... hihi..
alat ultrasound bergerak2 sebab aku tak tahan nak gelak... suami yg tengok juga gelak2.. yelah, kali pertama kan. Lihat kepala, jari jemari, kaki yg kecik dan cinonet tu gerak2... bayangkanlah perasaan kita.. 

"Al an ana 'asyrah asabi3 soh? (skrg aku 10 minggu kan)".. aku bertanya lagi 

"Enti thalath asyhur an" katanya.. 

Bila doktor suluh bahagian tuttttt(jantina) dia.. suami aku meneka, "nampak mcm __________" ... huhu
Doktor juga bagi pandangan dia, tpi katanya insyaAllah sebulan lagi lagi jelas.. hehe. kami x kisah pun sebenarnya... 

Kullu isyi meniyyeh, kuwayyis.. wad'3uh kuwayyis.. tamam... syukur pada MU ya Allah.

Aish cepatnya.. estimate due jugak makin awal. mungkin sbb dia kelihatan besar kot..

Apapun harap2 dipelihara hingga ke akhir.. Perancangan dan due sebelum ni sepatutnya dia melihat dunia beberapa hari selepas tamat final exam sem depan... namun Allah lebih tahu yg terbaik kan..Jadi aku serah sepenuhnya pada Allah, perkara itu di luar kawalan kami, kematian, kelahiran, rupa dan sbgnya.. namun dgn ilmu yg sedikit, kami cuba merangka yg terbaik dan mudah.. 

Alhamdulillah.. 

Dalam perjalanan balik tadi, aku berniat nak rakam memori perasaan ku ini.. indah sangat ^^. subhanallah huhu..   

Friday, July 5, 2013

Tetamu VVIP tahun ini


Program : 
Mukhayyam Tarbawi Ramadhan Kareem

Tarikh :
10 Julai 2013 - 9 Ogos 2013 / 10 Ogos

Tempat : 
Seluruh dunia

 Anjuran :
Al-quran dan As-sunnah

Mukaddimah : 
Dalam Islam, Allah menjadikan dalam setiap minggu ada hari yang paling utama itulah Jumaat, adapun dalam setiap tahun, bulan yang paling utama tentu sekali Ramadhan. Ia bertujuan supaya manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan berlipat ganda pada waktu tersebut. 

Objektif : 
1- Memupuk iman dan taqwa
2- Membangun umat yang aktif bukan pasif

Pelbagai aktiviti menarik bakal menemui kita pada program ini. Yuk sama2 meriahkan.
____________________________________________

Tetamu VVIP untuk kali ini.. 
Tak lain tak bukan, itulah ramadhan, yang bakal hadir beberapa hari lagi... 

Pihak kami menghitung hari, cuba melakukan persiapan yang terbaik untuknya..
Anda macam mana?

Antara master plan yang dibuat ialah, tiap kali lepas solat, kita akan sama-sama baca quran..
Baca banyak-banyak. Banyak-banyak. Bertajwid, jaga hukum hakam. Jangan macam kejar anjing.
dan ambil mana2 masa yang singkat, yang menenangkan, untuk ditadabbur mana-mana ayat.

Master plan juga untuk tidur awal. Bangun awal. 
Ihya' ramadhan dengan qiyam.
Kemudian sahur.. 
Jangan sahur awal sangat tau!
Sunnah untuk taakhirkan(lewatkan) sahur.

Hm. 
Selain tu, digalakkan untuk yang mampu agar menggiatkan sedekah, memberi makan pd orang. ^^
Jaga juga mata, lidah dan telinga. Bukan jaga perut je tau.
Siang hari jangan asek tidur je. Eh?

Di akhir mukhayyam, akan ada hadiah..
Itulah Eidul Fitri ^_^
Time tu setiap orang sangat digalakkan untuk berpakaian baru.
Zahirkan kesyukuran, kegembiraan.
Ziarah menziarahi... :) 

^____________________________^

Sekalipun brbaki beberapa hari sahaja lagi, belum tentu kita mampu jadi peserta mukhayyam Ramadhan ni.. Doa banyak-banyak ye. 

Selain tu, kita niatkan dalam hati, mohon pada Allah agar memberi kita hati yang baru, jiwa yang baru... supaya ramadhan nanti menjadi titip perubahan besar buat diri.

Satu lagi.
Jangan lupa untuk doakan saudara kita k.
Semoga Ramadhan ni menjadi tentera Allah melemahkan musuh2Nya, menguatkan lagi hamba2NYA yang berjuang..... 

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahu Akbar.

Thursday, July 4, 2013

Masih ada sinar

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu akbar (33x) sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W.

Puji-pujian, keagungan, kita angkat buat DIA, Allah Yang Maha Kuasa. Keyakinan, pergantungan, kita gantung sepenuhnya pada Allah SWT yang Maha Agung, Maha Kuat.. Maha Mendengar.. 

Allah tahu kita penat, Allah tahu kita sedih, kita berduka... namun kita gagahkan juga hari-hari kita untuk terus menempuh dunia, menempuh segala macam kejahatan syaitan dalam kalangan jin dan manusia. 

Justeru tidak pelik jika Allah kurniakan rahmat iaitu kasih belasnya buat kita, serta sakinah, ketenangan yang tidak berbelah bagi... kerana kesabaran kita menempuh ujian demi ujian. 

Ya Allah.

Hamba2Mu diuji dari segenap sudut, disekat dan dilontar pelbagai fitnah, dituduh dengan pelbagai tuduhan, dikasari dari segenap ruang, dibunuh dan diseksa, dizalimi tanpa langsung ada sifat kemanusiaan... sungguh hanya padaMU mereka mengharap, meminta dan memohon. 

Kasihanilah, belas ihsan lah, dan berilah kekuatan luar dan dalam buat mereka. Ameen ya rabb.

Buatmu saudaraku di Syria dan Palestin.

________________________________________

Suatu ketika dulu aku menangis apabila negaraku Malaysia, masih lagi di tangan mereka yang sudah lebih 50 tahun memerintah, mereka yang disabari rakyat lebih 50 tahun.... aku menangis melihat air mata para pejuang di tanah air tercinta... 

Hanya pada MU mereka berserah, pasrah, usaha sudah, cuba sudah. Natijahnya sepenuhnya diangkat kepadaMU. 

Kali ini aku juga menangis melihat seorang pemimpin yang sudah cuba melakukan terbaik, sekalipun sukar, sukar sekali menghapus kebusukan peninggalan pemimpin sebelumnya yang sudah memerintah selama 30 tahun... pemimpin ini yang dipilih rakyatnya secara demokrasi, namun dijatuhkan sekelip mata oleh mereka yang berhati busuk, yang bencikan nadi2 Islam mula diserap secara perlahan2.. 

Ya Allah...

Bantulah Mesir, dan saudara2ku yang terus berjuang demi keadilan, demi Islam tercinta.... Dia hanya insan yang dipilih dan sudah berusaha untuk melakukan yang terbaik..  berilah kekuatan, nusroh dari segenap sudut buatnya ya Allah. 

________________________________________

Hari ini juga suami ku menjalankan usrah di rumahku.. Aku menyediakan hidangan sekadar yang aku mampu.. dan sepanjang preparation suamiku, aku terkesan dengan sebuah video yang bakal digunakannya ketika usrah berkait dengan kekuatan dalaman seorang muslim...

Ayuh kita hayati sama2 ya.. ini link nya :)


_______________________________________

p/s : Aku masih hairan ada pihak yang sedih benar dengan kejatuhan Mursi, tapi langsung tak sedih dengan penindasan PRU 13 baru2 ini. yang jelas sekali tidak bersih, kotor, penuh dengan penipuan. Yang terus membantu dan share apa sahaja berkait dengan negara lain, tapi jauh sekali berkait dengan negara sendiri.. 

Takpa lah. pandangan masing2.
________________________________________

Wednesday, July 3, 2013

Dua insan teristimewa :)

Dua insan teristimewa dalam hati ini.

Baru2 ini pergi ziarah rakan yang kemalangan, shukri Alias.. Adui, ngilu dan gerun melihat jahitan di sekitar kepalanya. Katanya dah ok sikit, cuma belakang jelah sakit sebab patah... Sama2 doakan dia ek.. 

Bila borak-borak dengan ayah shukri(pak cik alias), terserlah kegembiraan dan teruja , pengalaman berada di Jordan, khasnya Amman yang kejap ni dia guna sungguh2.. beli halawiyat, beli anggur segar dll. Kadang pergi jalan sekitar kawasan Sweileh ni untuk kenal banyak benda lagi.

Hmm, aku sering terbayang keseronokan ayah kalau dapat datang Jordan. Pasti beliau seronok sekali mencuba sesuatu yang baru, apatah lagi bahasa arab yang memang diminatinya dari dulu. 

Impian yang aku pendam sejak sekian lama. 

^_^

Dua insan teristimewa dalam hidup ku ini, ma dan ayah. Kini sudah pun miliki 6 menantu, (2 menantu baru ^_^) dengan cucu seramai 8 orang (nak masuk 9 orang) .. Meriah, meriah sangat bila semua balik. Rumah akan bersepah dengan mainan, bising dengan tangisan. Ayah dan ma yang sudah pun miliki panggilan baru iaitu tok ma dan tok ayah, kini sibuk melayan kerenah cucu2 yang comel, cerdik.

9 orang anak, bermacam ragam, kerenah sewaktu kecil dan sewaktu besar kami. 4 dari kami duk oversea..

Mengaji iqra' 1-6 kemudian masuk alfatihah, juzuk 1 hingga lah khatam di tangan ma ayah... akhirnya masuk form 2 dan mula belajar2 berdikari duduk rumah sewa, baru lah mengaji sendiri..(uhh, rindu nak ngaji dengan ma dan ayah)...

Dulu, kalau ma kejutkan bangun tidur suruh mandi utk ke skolah, memang tak layan sangat..tidur lagi dan lagi sampai ma acah untuk rotan.. tapi dengar je bunyi tapak kaki ayah dan suara ayah ngaji(tanda dia balik dari masjid), sure cepat2 bangun.... pergh. hebat aura ayah.hihi.



ma dengan aufa

 ayah dengan hasnaa'






Luv them so muchhh....


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...