Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, September 15, 2013

ربي زدنا علما

ربي زدنا علما

ربي زدني علما

Alhamdulillah hari pertama kuliah dengan berbadan dua.

Jadual minda sudah mula perlu diubah, selepas subuh gayanya perlu segera menyiapkan sarapan kerana kuliah bermula awal pagi. Untuk mengurangkan penggunaan tenaga, aku berusaha siapkan bekalan  makanan untuk dibawa dan disantap ketika waktu rehat. Jadi tak perlu penat-penat ke kafetaria.

Sememangnya penat itu ada apatah lagi tatkala terpaksa mengharungi tangga-tangga dek ketiadaan lif di kuliah.

Baby juga sangat aktif ketika dalam kelas menyebabkan aku sedikit hilang fokus. Asyik rasa nak tergelak. Setibanya masa rehat cepat-cepat berpesan pada baby jangan pusing-tendang kuat sangat time kuliah nanti ibunya hilang fokus hehe.

Boleh dikata setiap masa aku berpesan pada baby agar kuat semangat, tak kurang mintanya berdoa sama agar Allah kurniakan aku kekuatan fizikal mental utk melaksanakan segala tanggungjawab. Bimbang keaktifanku membawa mudharat pada mana-mana pihak. Sesungguhnya pada Allah aku mengharap dan berdoa agar segalanya selamat sahaja.

Sampai sahaja di rumah, terus melabuhkan diri berehat, suami tercinta masih belum pulang dek kerja membawa seorang pegawai dan isterinya yang ingin mendaftarkan anakanda mereka di Jordan.

Malam pula, aku menemani suami, sempat makan bersama Dato Seri Menteri Besar Perak alang-alang pegawai yang suami ku bawa ini ada pertemuan dengan MB tersebut. Banyak juga diborakkan.

Kami bertolak ke Mafraq untuk menghantar mereka dan tiba di kembali di rumah + - jam 2 lebih di pagi hari.

Badan dah rasa lenguh, mengantuk dan penat, baby dalam rahim juga protes dengan menendang 'dinding' sekuatnya, kadang terasa sakit semacam contraction. Berkali aku pesan mintanya berehat tak kurang suami ku juga. Kami memasang radio alquran, kebiasaan apabila aku pasangkan alquran atau mengaji, memang dia mula slowkan pergerakan.

Hari ini skip kuliah untuk rehatkan badan semaksimum mungkin. Pesan suami, "dari skip kuliah masa tengah2 pengajian, baik masa baru nak start ni" kih444.

Yup, awal kuliah biasanya pensyarah lebih suka memberi tazkirah, perihalkan tentang markah, tentang madah serta buku yg biasanya mengambil masa 20 minit. Aku kira ia penting utk didengari, namun apa yg lagi penting ialah sesi pengajian. Sehari skip, kita dah ketinggalan banyaaaaaaak.

Pesanan Dr Abbas Al-Baz buat kami penuntut ilmu.

"Ketika berdoa, kita selalu minta wahai tuhanku, tambahkan ilmu bagiku. Bukan wahai tuhanku, tambahkan pointer ku."

Hal ini buat aku sedar diri kembali. Niat perlu sentiasa di perbaharui. Pointer hanya cabang keperluan dalam pengajian, bukan asas atau perkara utama.

Selamat memulakan pengajian semester baru untuk semua sahabat-sahabat handai.

Semoga berjaya :)

Friday, September 13, 2013

Tasawwuf Penyucian Jiwa

Jika tasawwuf yang dimaksudkan itu bererti penyucian jiwa.

Yang itu saya setuju.

Wajib bukan sahaja untuk pelajar agama, bahkan wajib untuk setiap muslim.

Jika tasawwuf yang dimaksudkan itu bererti belajar tentang nafsu ammarah, lawwamah, mulhamah dan sebagainya.

Yang itu saya juga setuju sekalipun tidak secara direct atau tidak bernama. Cukup perihalkan tentang ciri2 nafsu yang lalai, yang lupa, yang perlukan mujahadah.

Namun jika tasawwuf yang dimaksudkan itu bererti belajar tentang maqam dan darjat diri.

Saya masih berfikir-fikir.

Kerana apakah darjat itu perlu bernama? taraf wali, khawwas... awwam dll.

Dan kenapa kita perlu mengetahui darjat kita ?

Tidak cukupkah darjat kita sebagai hamba Allah SWT.

Yang sedang dan terus akan berusaha untuk membersihkan hati.

Dan andai maqam makin meningkat, apakah yang terjadi pada diri saat semua orang duk memperihal kan tentang kita.

Atau bila dah makin meningkat, syaitan tak berani mendekat. Bagaimana pula dengan bisikan nafsu?

Wallahua'lam. 

Tuesday, September 10, 2013

Salam ulangtahun kelahiran yang ke - 23

Alhamdulillah.

Tanggal 10 September 2013M, lahir putera ke-2 merangkap anak ke-3 buat Kamariah Mahmood dan Wan Mustapa.  Ehe.
Rupanya insan itu suami aku.

Terima kasih buat ibu dan ayahandanya yang membesarkannya dengan penuh kasih dan sayang, dengan agama dan iman, dengan ilmu dan amal.

Sekalipun sedikit 'skema', tapi hanya Allah yang tahu dia lah insan yang banyak memberi semangat, yang sering berpenat lelah, yang banyak membantu aku baik di dapur, di mana-mana sahaja.

Sepanjang setahun melayari bahtera bersamanya, tak pernah sekali aku ditengking, dimarahi tanpa sebab. Sekalipun aku sering bersikap kebudakan. Dirinya tak lekang melayan.. Dia sering menjadi penasihat buat aku yang sedikit degil. Saat aku menangis menyesali perbuatan degilku serta meminta maaf, dia tidak pernah mengungkap 'kan abang dah cakap haritu..tengok sekarang dah kena.'. hehe.

Buat Zauj.

Semoga Allah memanjangkan usiamu dalam keberkatan dan ketaatan. Memandang setiap usaha dan pengorbananmu serta mengampunkan segala kesilapanmu. Semoga terus teguh memimpin kami anak beranak :)

Ya Allah, kasihilah suamiku tercinta.

Saturday, September 7, 2013

Simple resepi : Sotong Pedas, Kuetiow Goreng


Semua resepi di bawah sesuai untuk yang rasa tak sempat. Dengan syarat dah potong awal2 ayam dan cuci sotong. Just nak masak sahaja. Campak campak jadi. insyaAllah




Tumis : 
Bawang merah, bawang putih, bawang besar sikit, dan lada.
Diikuti ayam yg telah dihiris. Kalau takda takpa. Letak je apa2. Ikan bilis or else.
Bila dah naik bau, masukkan sos tiram dalam 1 1/2 sudu besar. Kacau.
Kemudian masukkan sos apa-apa yang ada kat rumah. Sos cili , sos tomato dalam 2 sudu besar tiap satu.
Diikuti kicap dalam 3 sudu besar.
Kemudian masukkan air dalam setengah cawan (lagi kurang lagi bagus).
Kacau slow-slow dan bagi ayam masak. 
Sambil tu letak lah garam secukup rasa. 
Lastly, bila kuah dah nampak sedikit pekat baru lah masukkan kuetiow.

 
Gambar tak cantik sebab fon murah, ini pun dah diletak atas nasi. Share pinggan dengan suami. :)


Blend : 
Bawang besar sebiji, bawang putih 3 ulas, halia 2 inci, dan lada kering dalam 10 helai (depend - Kalau dah ada cili boh segera tu takyah letak lada kering) 

Panaskan minyak (biar betul betul panas)
Masukkan bahan blend tadi. Kacau supaya tak hangit. 
Masukkan gula dalam beberapa sudu. 
Kacau sampai bau dah ok :)
Then, letak asam keping satu. (Atau asam jawa. Untuk yang tak sempat, letak je asam keping).
Masukkan sos cili sikit supaya dia likat. 
Masukkan air dalam secawan. 
Kacau lagi dan masukkan beberapa cubit garam. 
Last sekali, bila dah menggelegak, masukkan sotong yang dah dicuci. 
Kacau slow-slow. 
Kalau ada serai, letak lah sikit yer :) takda takpa ja. 
Tunggu dalam 20 minit insyaAllah dah masak. 


Sedap sangat alhamdulillah. 
Jangan lupa mulakan segalanya dengan bismillah. 
Niatkan hendak memberi makan insan tercinta kerana Allah. 
Hiasi dengan zikir2.... :) 

Friday, September 6, 2013

Erti tanggung-jawab

Tanggung + jawab = Tanggungjawab

Apa yang tersirat di sebalik 2 perkataan yang digabung menjadi satu tersebut?

Lama aku mencari erti tersembunyi.

Saat melihat suami pulang dari kerja yang agak berat. Drive membawa pelawat dari Malaysia jalan-jalan sekitar Jordan, ketika itu saya pasti dia sangat-sangat penat.

Melihat dia makan berselera, hati merasa lega dan senang hati.

Melihat dia tidur berehat dengan lena, cukup jadi penawar resah yang disimpan dari tadi.

Proud dan kasihan.

Justeru buat para isteri, apalah salahnya ketika suami sedang bekerja, kita di rumah menadah tangan pada Allah memohon agar Allah memandang usaha tersebut dengan kasihan belasNya.

Sekalipun pulangannya mungkin bukan wang beribu yang mampu bawa kita melancong ke mana-mana.

Tapi usaha itu jauh lebih bermakna dari hasil yang pasti akan habis.

Usaha itu lah yang akan dipertonton di akhirat sana, dan ia merupakan sudut pandang Rabbul Izzah.

وأن ليس للإنسان إلا ما سعى

"Dan tidak lah bagi manusia itu(dinilai) melainkan apa yang diusahakannya (secara bersungguh)" [Surah An-Najm : 39]

وأن سعيه سوف يرى 

"Dan sesungguhnya, usaha itulah yang akan dipandang" [Surah An-Najm : 40]

Jika ada anak, khabarkan pada anak akan titik peluh seorang bapa demi mencari sesuap nasi.

Hatta anak yang masih dalam kandungan.

Sesekali borak dan mintalah anak juga turut sama mendoakan bapa mereka.

Rezeki suami, rezeki buat isteri dan anak.




Thursday, September 5, 2013

Oh my aurat!


Hijab sendiri bererti suatu yang menghalang.

Menghalang dari?

Berbicara tentang hijab, ia bukan soal kefardhuan dan kewajipan wanita muslimah semata.

Ia juga soal kehormatan diri.

Ia soal bagaimana Islam memberi kita jalan dan alternatif untuk dipandang sebagai wanita kehormat / terhormat. 

Cuma bila cakap tentang hijab, pastilah ia tentang menutup aurat.w

Lihat sahaja bagaimana di kawasan pejalan kaki , di pasaraya.

1- Wanita yang menutup aurat diusik. Ya benar mereka diusik.

"Ustazah tu. Assalamualaikum. Tak jawab dosa."

2- Berbeza dengan wanita yang tidak menutup aurat.

"Feewwwit... awak, bagi la no telefon."
"Hai sayang.. sombongnya.."

Nombor 1 masih lagi berbicara soal dosa pahala. Masih lagi ada unsur2 agama sekalipun ia merupakan permainan. Ia bererti pengusik tu sendiri 'segan' nak usik lebih-lebih.

Nombor 2 ? sampai ber'sayang-sayang' bagai.

Kalau kita belajar tamadun manusia, kita akan temui betapa tamadun dahulu kala hampir keseluruhannya mengamalkan sistem at-tabaqiyah (darjat manusia) - lupa istilah apa kot bahasa melayu -

Yang bererti, masyarakat dibahagi-bahagikan mengikut darjat masing-masing. Pasti yang paling atas ialah pembesar-pembesar atau tokoh-tokoh agama mereka. Diikuti oleh darjat seterusnya seperti orang kaya, bussinessman dan lain-lain. Manakala yang bekerja sebagai petani, buruh, menduduki tangga kedua bawah. dan darjat tersebut berakhir dengan peringkat hamba abdi. Yang bagi masyarakat, ia peringkat terceruk dan terburuk. Seolah tiada nilainya dalam hidup.

Menarik perhatian saya ialah bagaimana sesetengah tamadun membezakan kedudukan wanita berdasarkan pemakaian. Ada yang membezakan berdasar kepada warna pakaian. Yang lagi menarik, apabila wanita bebas(bukan hamba) dikenali masyarakat dengan pemakaian yang menutup hampir keseluruhan anggota badan hatta wajah. Mereka hanya boleh dipandang oleh darjat tertentu dan pastinya bukan darjat biasa-biasa.

Adapun wanita hamba pula dikenali dengan less-menutup.

___________

Lupa.

Bila cakap tutup. Ia bukan bererti membungkus seperti membungkus burger.

Menutup di sini sama lah seperti kita menutup makanan-makanan di atas meja dengan tudung saji.

Mengelakkan lalat dari hinggap pada makanan lalu menyebabkan makanan tercemar.
___________

Apa yang perlu ditutup?

Soal kembali pada diri.

Bahagian manakah yang kalian rasa ingin pamer dan tonjolkan?

Bahagian manakah yang kalian merasa malu ia dipandang?

Bahagian manakah yang menjadi tarikan bani Adam?

Sebab itu bahagian-bahagian yang perlu ditutup berbeza antara lelaki dan wanita.

Wanita tatkala memandang rambut lelaki, apakah naik syahwatnya?

Lelaki tatkala memandang rambut wanita, apakah naik syahwatnya?

Wallahua'lam.

Tapi bagi saya, rambut lelaki sama sahaja. Bahkan botak pun ok dan tiada bezanya dengan rambut terpacak-pacak. Sikitpun tak menjadi daya tarikan.

Kerana itu saya fikir lelaki tak perlu tutup kepala.

Sedangkan wanita - Bermula dari rambut (sekalipun rambut kerinting2 tebal) itupun boleh menjadi daya tarikan, apatah lagi yang ikal-ikal mayang, nampak lembut beralun... hinggalah leher dan ke bawah. Semuanya daya tarikan.

Itu sbg contoh mudah :)

_________________________

Justeru, muslimahku.

Pilihlah sekarang.

Mahu menjadi insan terhormat atau tidak.

Benar kita dalam Islam tiada darjat-darjat.

Melainkan darjat di sisi Allah.

Petani, buruh, businessman, doktor, pembesar.

Semua sama sahaja, yang membezakan taqwa.

Begitu juga wanita.

Wanita cerdik, kurang cerdik, orang kampung atau orang bandar.

Pilihlah darjat taqwa yang mana kita ingin.

Darjat ini dinilai di sisi Allah :)

Sekalipun pemimpin masyarakat. Tinggi nilai pada pandangan manusia.

Tapi kalau aurat pun tak amik kisah.

Apa sangatlah nilai dia di sisi Allah.

___________________

With love. 

Roti canai simple mimple

InsyaAllah nak tulis serba sedikit resepi yang simple untuk orang yang bukan fully housewife.

Tak terbayang banyaknya pahala orang yang bagi resepi ni.

Bab masak ni.. anak masak untuk ibu ayah, isteri masak untuk suami. Suami masak untuk isteri. Ibu masak untuk anak-anak... Kawan serumah masak untuk rakan makan. Allahu akbar. can u imagine betapa banyak pahala yang kita dapat bila masak seikhlas hati buat insan2 yang kita sayang? dan betapa banyak pula pahala yang kita terima sekalipun sekadar berkongsi resepi untuk dguna oleh orang lain....

:)

Tapi harus diingat..

- roti canai ni tinggi kolestrol nya.. so, berpada2 lah makan tu yer..

Baik, first sekali fikirkan macam mana nak buat doh...

Sukatan doh (untuk 8 biji) :

3 1/4 cawan tepung biasa
1 sudu besar margerin
Garam beberapa cubit
2 sudu besar susu cair atau susu segar
1 1/2 cawan air (letak sikit sikit... )

- Masukkan tepung, garam dan margerin, serta susu cari/segar. Ratakan adunan biar jadi lembut kat tangan.
- Baru lah masukkan air sedikit demi sedikit sambil uli.. Kalau rasa 1 cawan pun doh dah terlebih lembut sampai melekat kat mangkuk, so, jangan pulak habiskan baki 1/2 tu..
- Rehatkan doh selama lebih kurang setengah jam atau sejam. Tutup dengan kain basah atau tisu lembab.

p/s : doh ni memang melekat kat tangan.. tapi jangan terlebih melekat plak.  Berpada2... kena agak2 lah..

lebih kurang cenggini... :)

tutup dgn something yg dilembabkan dgn air masak.

bulat2kan...... sapu tangan dgn majerin then bulatkan, baru tak melekat...

Kemudian simpan lagi selama beberapa jam..... :) 

..................


Dah siap solat semua tu..... 
Bolehlah mula tebar atau tarik nipis2.... 
Kemudian golek2 jadi panjang dan buat macam siput... 
camna nak cakap eh, ni yg mak kt umah buat camtu la... sebab tak suka makan roti canai petak camtu, suka yg bulat... 

Kemudian bila nak goreng, boleh penyet2 siput tadi... 

...........................

Siap.....

Wednesday, September 4, 2013

Cintailah ibu ayah mu

Alhamdulillah, syukur pada Allah atas nikmat kesihatan yang diberi, oh lupa.. nikmat kesihatan yang akan ditanya suatu ketika nanti di mana ia digunakan, untuk siapa, dan kenapa.

Kini sudah masuk 5 bulan lebih, kira berbaki dalam 4 bulan sahaja lagi. Progress yang sangat cepat. Pelbagai pengalaman ditimba dan dirasai. Subhanallah.

Bermula dengan kekurangan haemoglobin dalam darah, badan menjadi sangat lemah hingga hampir pitam.

Apabila ke klinik, Dr jangka anaemia, tekanan sangat2 rendah dan membahayakan. Time ni dah boleh agak mungkin ada something yang Allah nak bagi.

Selepas itu, menerima ucapan tahniah dari Dr, "Mubarak"... alhamdulillah 4 minggu.

Saat itu bermula pening-pening yang tak mampu nak diterjemah pada sesiapa.

Emosi sudah mula kurang stabil. Dicampur dengan kepenatan melampau yang dilalui, badan asyik nak berehat.. rumah sudah tunggang terbalik. hehe. Alhamdulillah dikurnia suami yang baik, yang sudi menutup pintu bilik dan memasak sorag2 kat dapur.

Berminggu2 dilanda mual muntah yang agak teruk tapi masih terkawal. Segala bau dirasa sangat busuk, sejurus kaki melangkah ke dapur, aduih, tong sampah dulu yang jadi terkaman dan tempat buangan.

Kemudian diikuti dengan sakit kepala yang sangat teruk. Hingga terpaksa separa sujud dek terpaksa. Ruku', sujud semuanya dibuat separa kerana sakit yang mencucuk di sebelah kiri kepala. Kadang badan sangat lemah hingga baki solat dibuat secara duduk.

Saat itu, hampir setiap hari merupakan hari tidur. Dapur sudah tak mampu dijejaki, bilik menjadi tempat makan, tempat bergurau senda, tempat solat, juga tempat menangis. :'(

Alhamdulillah 8 minggu sudah usia bayi. Degup jantungnya sudah kelihatan. Sebak saat melihat semua itu, sebak mengingatkan kebaikan2 suami saat isteri sedang bergelut dengan tekanan luar dan dalam demi menerima 'roh' baru dalam diri, menerima satu jasad yang akan brkongsi segalanya selama 9 bulan.

Setiap hari ditatap gambar ultrasound yang diberi. Ditilik lama-lama, direnung dan kadang tersenyum sendiri.

Hampir 12 minggu berada dalam keadaan sedemikian. Plastik-plastik kosong menjadi teman seharian, makanan sukar ditelan melainkan yang diidamkan. Kadangkala menangis sebab fikir 'kalau' berada di negara sendiri, sudah tentu segala makanan yang diidamkan sudah berada dalam genggaman.

Minggu seterusnya dirasa agak selesa, alhamdulillah, seiring dengan bermulanya semester pendek, tenaga sudah kembali sedikit demi sedikit sekalipun muntah-muntah itu masih ada.

Tanggungjawab kmbali diambil melainkan yang berat seperti membasuh kain.

Tapi perkara lain pula bermula.

Sekitar rahim mula merasa stretching, regangan dan sakit kerana ia hendak membesar. Oh ye, lupa satu perkara yang lazim , boleh dikata setiap masa ibu2 mengandung akan melawat tandas. Hatta tengah2 malam buta, beberapa kali bangun semata ketidak selesaan menahan buangan.

Bila perut makin membesar, satu ujian baru pula ditempuhi.. Ujian pernafasan pula.

Bila makan, akan terasa penuh, sesak nafas. Begitu juga apabila duduk, aduh, sekali tarik nafas panjang2 sebab rasa belum penuh di dada.. Apatah lagi bila ingin berbaring.

Kadang rasa 'adakah aku ni dah nak mati?" .. ia lah. Kejap ok, kejap sesak nafas.

Namun satu perkara yang jarang anak2 ingat ialah betapa bonda2 mereka masih berusaha lakukan kewajipan dan ibadah kepada Allah. Solat, mengaji .. segalanya dilakukan dan dipertingkatkan dengan harapan apabila dosa terhapus, apabila Allah syg, anak yang lahir juga menjadi insan cemerlang yang turut berusaha jadi ibadurrahman.

Rupanya ia tidak terhenti sampai situ. Ibu-ibu diuji pula dengan sakit-sakit belakang, sakit pinggang. Kadang tidur malam sudah tidak selena sebelumnya. Tidur siang juga tidak sekerap sebelumnya. Entah apa yang menjadi masalah, entah apa yang difikirkan.

Duhai anak.

Cintailah Allah.

Cintailah ibu mu.

Cintailah ayahmu.


_______________

Ma ayah. Love u both. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...