Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, November 20, 2013

Nov 2013 :)

Bismillah.

Alhamdulillah, setelah sekian lama jari jemari tak menaip laju, hari ni Allah bagi peluang untuk itu...

1- Imtihan al-awwal 

Syukur pada Allah, telah berlalu beberapa subjek imtihan. Smooth dan alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya, saya sebagai hambaNYA hanya mampu berusaha , berusaha menjaga adab dalam kuliah, berusaha untuk tidak ponteng, berusaha untuk faham dan mendengar, serta berusaha untuk ulangkaji pelajaran.

Yup. Saya yakin dan percaya kejayaan itu bukan mutlaq milik kita. Ia adalah suatu kurniaan yang diizinkanNYA untuk sampai pada kita. Kunci keizinan datang daripada Allah, dalam masa yang sama, Allah dah perintahkan kita untuk berusaha, bukan menanti dan berdoa semata. Inilah sunnatullah!

Sementelahan bagi yang dah berusaha dan menjaga segala macam, tapi kejayaan itu masih belum digapai, pasti tersemat hikmah yang cantik untuk diamati dan dikoreksi. Insan yang cerdik, mampu berfikir sesuatu di sebalik sesuatu..:)

Saya bersyukur Allah beri peluang merasai dapat markah tinggi. Alhamdulillah.

Sebelum ini, nama NUR HANANI dipanggil dan ditegur. Hari itu, nama NUR HANANI dipanggil untuk diberitakan markah yang membuat mata hampir menitis. alhamdulillah... inilah pemberian dari Allah untk menguji sejauh mana hamba NYA bersyukur, atau kufur.

2- 32 Minggu (Fasa trimester akhir)

Semester pengajian dirasa makin mencabar, apatah lagi bila kandungan sudah mencecah 8 bulan. Sakit tulang pelvis semakin kerap, kadangkala perut juga terasa pedih-pedih(terfikir, adakah itu rasanya contraction??).

Tiap kali bangun dari kerusi dalam dewan kuliah, terus terasa semacam bayi menolak2 untuk suruh mama dia 'pergi tandas'..... tapi bila tengok jam, hanya ada 10 minit sahaja untuk melangkah ke kuliah seterusnya... Inilah saat paling perit yang saya rasai sepanjang semester ini. Berjalan dalam keadaan ''nak ke toilet'' sangat-sangat, ia sungguh memeritkan... sakit, apatah lagi bila kena langkah tangga satu persatu.

Tulang belakang juga makin kerap lenguh, pernafasan makin sukar tatkala duduk. Kekurangan oksigen menyebabkan diri rasa mengantuk.

Tapi saat indah ialah bila 'si solehah' dalam rahim ini menendang-nendang seolah bagitau "mama/ ummi jangan tido!! " hehe... alhamdulillah, sering saya tersenyum dalam kelas... kadang-kadang bila dia terlalu aktif, saya gosok perut perlahan-lahan sambil pesan "awak senyap sikit..... mama/ummi tengah belajar ni"

Bila musim exam, saya suka belajar dalam keadaan bising, sambil menerangkan apa yang dibaca kepada dia dalam rahim....

Semasa scan, Dr memberitahu beratnya kini 2.3kg :) alhamdulillah, normal la walaupun lebih berat sikit. hihi. harap anak mama/ ummi tak terlalu berat, dan tak terlalu kecik, sedang-sedang dan sekadar apa yang mama/ummi awak mampu la ye...

Hm...

Sekali sekala menangis juga depan suami, bila rasa macam sangat tak larat dan nak rehat..suami yang penyayang sering memberi nasihat, sambil borak-borak dengan baby dan berpesan pada baby agar jangan buat mama / ummi sakit..... hehe...

Apapun, inilah saat yang rasanya saya tak mungkin temui dah lepas ini,, belum tentu next pengalaman mengandung sama seprti kali ini....

Ya Allah peliharalah hambaMU ini ameen.


Friday, November 1, 2013

Benih Al hubb yang disiram

Subhanallah alhamdulillah Allahu akbar :)

Syukur pada Allah yang melimpahkan nikmat dan kurniaanNYA hingga kita hari ini masih lagi mampu berdiri , ke sana ke mari, mampu melaksanakan amanah dan tanggungjawab serta menunaikan hak-hak insan yang berhak..

Dengan limit wifi internet bundle yang sangat terhad, saya tidak boleh terlalu lama berada di depan komputer, tidak sempat ingin berkongsi perkara yang banyak sangat ingin dikongsi, mungkin sekadar melalukan jari, semoga bermanfaat untuk anak dalam kandungan bila dewasa nanti, bermanfaat juga buat insan yang membaca.

7 Bulan lebih sudah berlalu.. alhamdulillah syukur pada Allah.. bertambah2 rasa sayang pada insan dalam kandungan dan insan yang banyak membantu... suami tersayang yang tak lekang membantu.. sweet sangat bila suami berbicara dengan anak dalam kandungan.... baby bagi respon dengan tendang lagi dan lagi >_<

________________________
Bicara tentang cinta - al hubb

Ia ibarat sebiji benih yang ditanam, menghasilkan bunga yang pelbagai warna, menghasilkan pokok dan berbuah. Hubb al-walidain (cintakan ibu bapa), hubb al-'asyirah(cintakan keluarga), hubb al-asdiqa' (cintakan rakan taulan)... dan tak lupa juga yang paling penting, hubbullah dan hubburrasul (cintakan Allah dan rasul)..

Benih ini perlu dicari terlebih dahulu...

Di mana ingin dicari?

Carilah ia dengan menuntut ilmu. Benar sahabat. Hanya ilmu sahajalah yang boleh memandu kita untuk menemui kesemua hubb-hubb yang saya sebutkan di atas dan bahkan banyak lagi hubb..

Ilmu mengajar kita tentang pencipta, mengajar kita tentang makhluk. Mengajar kita tentang amanah, tentang tanggungjawab..

Kadangkala kita temui benih cinta tanpa kita pinta. Terjatuh hati pada akhlak seseorang, pada kebaikan seseorang dan pada paras rupa..
-------------

Saat kita sudah mula menemui benih cinta ini.. kita perlu sedar semuanya dalam keadaan baik... mustahil seseorang menemui benih cinta yang buruk. Hatta cinta sesama manusia.... !

--------------

Jadi bagaimana selepas itu?

1- Tapis dan lakukan pilihan

Ingin menanam dan melihatnya membesar atau sekadar menyimpannya dalam simpanan yang terpelihara.

Cintakan Allah, Rasul, cintakan ibubapa, cintakan guru, sahabat2, dan alam sekitar.. semua ini cinta yang pasti kita perlu tanam, kita tak mungkin mampu hidup tanpa bernaung di bawahnya, tanpa menghirup oksigen yang dibekalkan tanaman ini...

Sedangkan cintakan hamba Allah berlainan jantina pula... kita masih perlu menilai.. Perlukah?

2- Mencari tapak untuk menanam benih cinta

3- Menyiram, dan membekalkan ia dengan segala keperluannya

Benih cinta yang sudah ditanam ini, memerlukan air, memerlukan cahaya suria dan memerlukan baja untuk ia tumbuh dengan cantik!

Siramilah ia dengan air taqwa, dengan cahaya iman, dengan baja kualiti ihsan... pokoknya, segala yang kita gunakan ia berjenama ISLAM! bukan cap ayam :)

Menyayangi ibubapa, memenuhi keperluan mereka.. memberi kasih sayang sebagaimana yang Islam anjurkan, menyantuni, mendoakan.... nescaya cinta ini pasti makin berkembang, mekar... dan pastinya kita akan turut mampu menghidu wangi bau bungaan yang terhasil... juga mampu menikmati keindahan warna-warni bunga tersebut... alangkah cantik kan!

Ia ibarat.... kita menerima perkara yang sama. Menyayangi insan lain, kita juga akan disayangi... Memberi pada insan lain, kita juga akan menerima .. ^^ .

Bagaimana pula kalau kita tak menerima sebagaimana yang kita beri?? :'(

Bersabarlah... memang itu lumrah hidup.. tak semua perkara tumbuh dan mewangi sebagaimana yang kita harapkan, sekalipun kita sudah melakukan yang terbaik....

Itu kan ujian Allah, kenapa nak sedih... ? :)

Di sini, kita kena tahu, Allah sedang uji kita dengan suatu perkara... ikhlas yang pertama2!!

__________________________

Cinta berlainan jantina?

Bagaimana ingin menyiramnya ?

Perkara yang sama kita lakukan...

Namun , tapak itu perlulah mendapat pengesahan dari pemilik insan tersebut... andai wanita, temuilah bapanya untuk mendapatkan keizinan untuk menyiram benih cinta :)

Cantik kan?

Menyiramnya dalam sebuah istana perkahwinan yang indah.... pasti ia mekar mewangi, cantik, dan indah sangat tatkala dipandang!

_____________________

Bagaimana pula kalau dah tersilap cara??

Ok.. kalau tersilap..

1- Bertaubat dan mohon ampun pada Allah
Syarat-syarat taubat :
a- Memohon keampunan Allah dengan niat sadiqah (benar2)
b- Keazaman yang kuat untuk berubah

2- Carilah pemiliknya dan minta izin untuk menikahi
3- Jadikan Islam sebagai panduan dalam melayari ...

Bina kembali, dan siram kembali dengan kebaikan, dengan semua yang Islam anjurkan.... :)

_______________________

Jadi , adakah kita sudah temui dan sirami benih cinta hari ini?? ^_^ 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...