Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, January 23, 2014

Ruqayyah al-munirah

Alhamdulilllah, syukur pada Allah. Kami dengan ini menamakan puteri tersayang dengan nama WAN RUQAYYAH AL-MUNIRAH :)

Sebelum bersalin, macam2 nama bermain dalam kepala, paling saya suka nama Amal, Iman, Syifa', Nida'... namun tak lupa juga list senarai nama beberapa tokoh dalam sejarah Islam. Fatimah, Khadijah, Aisyah dan lain2.

Malam pertama di wad, suami menghubungi gurunya tercinta,Syeikh Solah al-Khalidi untuk memberi khabar gembira kelahiran permata pertama. Syeikh cukup teruja dan bertanyakan nama apa kami nak bagi.. Lantas suami pula meminta Syeikh untuk mencadangkan nama..... terkeluarlah dari mulut syeikh nama2 para sahabiat sebagai cadangan.... :) safiyyah, ruqayyah dll....

Ehem.

Tak salah nak panggil Ruqayyah. Munirah pun boleh...... tapi tak perlulah pendek2kan namanya hehe... moon ke, qayah ke kui3 XD xmo2

Syukur juga, Ruqayyah kini dah jadi saudara susuan Alaa', Ammar dan anak2 kak Husna Hussain, ustazah phd tafsir kat sini.. disebabkan hari pertama tu, ruqayyah menangis2 kelaparan. Syukur malam tu kak Husna datang melawat. Semalaman penuh Ruqayyah kenyang, tidur, uk uk bersusukan susu orang lain :) takpe, kak Husna orang hebat dan orang baik... jadi saya senang hati dan seronok :)

Hari pertama menguji saya dan suami.. tanpa pengalaman, tunjuk ajar.. kami cuba salin pampers baby, tahan telinga mendengar tangisannya, berjaga malam, tukarkan baju dan tidurkan bayi kecil berusia dua hari.. fuh, suami yg asalnya kekok pegang budak kecik dah jadi pro hehe.. sakit2 luka tempah czer juga terpaksa ditahan gitu je..

Syukur ada teman usrah mutazawwijat,, siang hari ramai datang membantu.. mengurut, sapukan minyak, tolong tukar pakaian baby, masakkan lauk untuk saya dan suami dll... jazakumullah khairan kathira pada kak Fida dan ust Rozaimi yg 3 hari berturut2 masak untuk saya, kak husna hussain, mak cik pah dan keluarga, kak shila, kak ida, ust syed amni :)...

Tak lupa juga jiran arab yg baik hati.. p.cik sohib bayt kami, abu bassam, yg sudi lambatkan bayaran sewa bulan ini, mak cik ummu bassam yg datang menjenguk dan mengajar macam2 tips sempena syita', juga su'ad ummu dhiya'uddin yg datang membawa air zam2, babunaj, masakkan kek, buatkan lauk pantang dan bg baju baby yg disimpan turun temurun...ya Allah, rasa sangat indah hidup berjiran, terasa roh Islam dan ukhuwwah yg Islam ajar... saat kita tiada saudara mara yg dekat, Islam menjadikan kita semua miliki nya :')

Permata kami tidak banyak meragam melainkan ketika inginkan susu... dan pastinya malam2 hari tu dah jadi macam burung hantu... secara jujurnya sejak ada anak, malam sudah tiada ok! :) Siang hari pula bukan nya dapat tidur.. jadi dlm sehari2 hanya sempat tidur dalam 3 jam sahaja.....

:)

Yang cabaran paling besar tentulah breastfeeding... haus, penat, mengantuk, letih, lenguh, sakit... semua ada. Apapun, saya bertekad untuk exclusive breastfeeding kan ruqayyah.... insyaAllah... sekarang dah elak2 susu tepung, hatta time penat sangat2 dan kena bangun tiap setengah jam pun, saya cuba tahan jugak dari minta suami bancuhkan susu tepung..... hanya yang mengalami dan sedng mengharungi akan memahami perasaan ini :) nampak macam senang, tapi sebenarnya sangat2 sukar.

oRITE.. badan dah rasa segar sikit ...

Tak sabar nak kuasai dapur, masak macam2 dan kembali sehat macam dulu..

Cara mudah untuk sentiasa sihat.. fikirkan anak kita bila dah makin besar.. time kcik ni memang la penat dan letih sikit :)

All the best untuk mommy to be di luar sana...

Setkan dalam kepala untuk menjadikan journey seorang ibu sbg tabung pahala untuk kita di akhirat kelak.... dgn cara ini, kita akan rasa sentiasa tenang dan kuat... !

Saturday, January 11, 2014

Cabaran & dugaan

Rasanya kisah pengalaman czer setakat itu sahaja kot. hehe. Maka bermulalah episod cabaran, dugaan dan segala macam manis pahit sebagai insan berpantang.

Hari pertama, saya mula tersedar dari kesan bius setelah terdengar suara suami cakap2 dengan nurse. Setelah itu, datang nurse lain menepuk2 pipi saya dan menekan2 perut, laju darah keluar dari bawah. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

Akhirnya saya ditolak ke wad setelah sedar 80 %. Melihat saudara2 seusrah yang datang, alahai sebaknya. Ingatkan berdua sahaja dengan suami, ada juga insan lain yang sudi menjenguk. Saya menggagahkan diri untuk berborak dengan mereka dalam keadaan 80 % sedar. Mak cik sorang tu duk cakap saya sangat kuat, anak jugak sangat aktif.. alhamdulillah.

Saya meminta2 pada nurse untuk melihat si kecil. Rindu rasanya, maasih merindui tendangan halus dari dalam perut, namun saya menyedari dia sudah keluar dan ketika itu rindu sangat2 untuk melihatnya.

Setelah asar barulah saya dapat melihat bayi tersayang..sebaknya rasa.

Bermulalah episod sebagai ibu.

Nak tak nak, perkara pertama yang kita akan fikir ialah ingin menyalurkan antibodi utama buat si kecil. Tentu sekali breasfeeding. Kecewa sekali kerana hospital2 di Jordan ini tidak meraikan susu badan.. kesian anak tercinta, datang2 tu dah bersin2.. :'(

___________________

Jujurnya ..

Saya masih terkejut dengan perubahan yang berlaku mendadak. Kerana itu, seringkali saya menangis di malam hari kerana masih lagi sedang berusaha untuk adapt dengan kehidupan baru. Bangun2 tengok kat tepi ada baby kecil menangis meminta susu.. dengan kesakitan di tempat luka, kesukaran membuang air kecil, angin badan dan urat dek belum boleh mengurut lagi dll..itambah dgn kepenatan berjaga malam..

Adapt dengan kesibukan suami dan pastinya tak mampu untuk mendengar luahan kita sepanjang masa dek sibuk menguruskan rumah, tetamu dan sebagainya.

Cabaran yang tak kurang menyedihkan ialah berusaha meyakini bahawa susu badan yang kita hasilkan ini mencukupi untuk bayi.. jika fail untuk yakin, nescaya kita akan rebah dan kalah pada susu formula.

Yup... semua itu memerlukan sokongan dan dokongan dari semua pihak. Ibubapa, suami dan lain2. Merekalah yang perlu yakinkan kita bahawa apa yang Allah bagi yang terhasil dari badan kita ini memang cukup dan paling berkhasiat untuk bayi.

Benar ..

Kalau bukan krn Allah yang memberi kekuatan, pasti kita skrg hanya berbaring bermanja dan berehat... bayi disusui dengan susu formula, kerja lain dibiarkan begitu shj..

Ramai beranggapan waktu pantang merupakan waktu brehat dari kepenatan mengandung 9 bulan.. hakikatnya, ia waktu preparation sbg ummi... kala ini kita mengubah jadual tidur kita dll..

:)opps.. baby nanges plop dah..



Thursday, January 9, 2014

2 Januari 2014, Bersalin :)

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulilah thumma alhamdulillah.. Kesyukuran tak terhingga diungkapkan sepenuh jiwa buat Dia Yang Maha Esa atas izin dan inayahNYA sehari selepas last updaate baru-baru ni, DIA beri peluang untuk saya merasai perit jerih sakit melahirkan khalifahnya di muka bumi. Semoga segalanya menjadi kaffarah dosa buat saya sendiri selaku hambaNYA yang seringkali alpa.

Nak dijadikan cerita. 1 Januari 2014, detik hati kuat mengatakan saatnya makin hampir. Solat asar pada hari tersebut yang ketika itu suami tiada di rumah, saya menangis tersedu-sedu, sujud yang dirasa seolah kali terakhir. Usai solat, saya menangis sambil berdoa, andai benar masanya sudah makin hampir, mohon Allah permudahkan tidak kira apa jua cara yang bakal ditempuhi, asalnya si kecil dalam perut ini selamat.

Malamnya, saya bergurau dengan suami. "Rasanya dah nak bersalin kot bang.." sambil cakap-cakap dengan baby. "Baby, mama rasa tak larat sangat dah nak pergi kuliah. Kita ada masa beberapa jam lagi sebelum pagi esok nak kena pi kuliah.. mama tak kesah dah kalau tak sempat exam pun. Baby nak keluar keluar lah:(" ----ok, panggilan mama sudah berhenti sebab sekarang membahasakan diri sbg "ummi"..

Ni firasat dan naluri seorang ibu kot hehe.. anda pasti akan mengalaminya.

Jam 3.30 pagi. Saya tersedar dari lena, mata berkelip-kelip dalam gelap. Rasa tak sedap hati datang, dan tiba-tiba rasa ada sesuatu terkeluar dari ------- (faham-fahamlah). Terus bangun dan ke bilik air untuk buang air kecil. Ditakdirkan ternampak cairan koko keluar. Saya yang menggelabah cuba tarik nafas, namun ketika itu saya tersenyum sebab rasanya makin hampir nak bersalin kot. Disebabkan yang keluar itu tak banyak, jadi pastinya bukan air ketuban. Dek kegelabahan saya, terus bagitau suami keluar ketuban dengan warna koko... suami bangun dan minta cek balik.

Jam 4.00 pagi. Saya menghubungi Doktor yang bakal menyambut baby ni nanti. Bagitau Dr tentang apa yang saya lihat. Dr mengatakan itu perkara biasa tanda dah hampir bersalin samada pada hari itu juga atau beberapa hari lagi. Namun katanya, kalau saya nak pergi hospital pun pergi jelah untuk cek ctg(cek denyutan jantung bayi)...

Jam 4.30 pagi. Kami masih lagi kalut dan tak tahu nak buat keputusan apa.. Nak ke hospital ke tak. Orang kata kalau pergi awal-awal tanpa rasa sakit, nanti samada kena tahan terus atau mungkin kena balik semula..... kejap kami bincang utk tak nak pergi, kejap rasa nak pergi... hehe..akhirnya buat keputusan untuk ke hospital selepas azan subuh nanti.. Sementara itu, saya mengambil peluang utk solat taubat sementara masa masih ada...

Usai solat dan berdoa dengan suami, kami mengisi perut sikitt.. dengan kurma, dan nasi + telur goreng..

Jam 5.15 pagi. Saya dan suami keluar rumah berjalan kaki menuju ke lampu isyarat yang jaraknya lebih kurang 5 minit berjalan biasa.Kami singgah kedai kejap untuk beli coklat dan air. Lalu menyeberangi lampu isyarat untuk menahan teksi. Alhamdulillah dapat pakcik teksi yang baik, dia mendoakan segalanya selamat. Teksi meluncur laju ke hospital tila' ali.

Jam 5.45 pagi. Kami sampai di hospital dan menuju ke bahagian towari'(kecemasan). Terkejut sebab takda orang langsung. Kelibat nurse, Doktor atau lain-lain... haish, biar betul hospital ni. Kami berjalan-jalan menaiki tangga tengok di ruangan pintu utama. Juga lengang.. tiada orang.. akhirnya turun kembali ke bahagian kecemasan dan tengok di bahagian kaunter ada la sorang laki yang bertugas. Dia meminta saya dan suami naik ke bahagian wiladah... Di sana saya tekan loceng dan kemudian dibenarkan masuk, manakala suami tersayang menanti di ruang menunggu..

Jam 6.30 pagi. Saya bagitau nurse yang bertugas bahawa Dr meminta buat ctg. Perut diletakkan alat untuk mendengar degupan jantung baby dan kadar contraction yang datang. Subhanallah, bergema satu bilik, sayu rasa apabila dapat mendengar degupan jantung si kecil dalam perut.. Lenguh dan tak selesa, itulah yang dirasai bila buat ctg, Tak dapat nak bergerak-gerak sangat..Sekali sekala saya berwhatsapp dengan suami yang sedang bimbang.

Katil sebelah saya, seorang wanita Mesir yang agak dewasa sedang mengerang kesakitan. Duk menjerit-jerit.. Haish gerun dibuatnya.

Jam 7.30 pagi. Nurse datang melihat bacaan ctg yang keluar pada kertas. Segalanya mumtaz katanya. Bayi sihat wal afiat dan contraction saya ketika itu adalah slow-slow motion hehe.

Tiba-tiba datang nurse tua yang nampak macam berpengalaman, dia bertanya kenapa datang hospital sedangkan contraction boleh dikata macam belum ada.. saya memberitahu bahawa ada keluar cecair dari bawah..ketuban kot... lalu dia minta untuk tengok seluar XXXX... alamak segan betul.. ketika itu saya dapati segalanya kering, maksudnya bukan ketuban la yang keluar.. adeh..

Nurse tersebut minta untuk cek bukaan... fuh. ni saat yang mengerikan.. dia minta saya menarik nafas seketika. Tapi tak sempat tarik nafas, dia dah seluk,, ya Allah, sakit tak tertahan rasanya... dia menekan dengan kuat, lalu mengeluarkan tangannya yang disaluti air... sejurus itu, habis jubah dan pakaian saya basah, air meleleh-leleh keluar kena lantai... ????? blurr kejap. tadi kering, sekarang basah berjeruk.

Terus nurse tersebut hubungi Dr saya dan memberitahu kondisi saya.. ceh.. kononnya ketuban dah lama keluar... dan takda bukaan lagi....

Tiba-tiba.....

Saya dikejutkan dengan pilihan yang diberi.. katanya Dr Fatimah mencadangkan awak di czer dengan segera sebab belum ada bukaan sedangkan ketuban dah keluar....

?????

Geram nak cakap, kita baca banyak blog, baca web kesihatan dan macam-macam. Czer itu pilihan terakhir selagi mana jantung baby normal.... time ni dah rasa macam nak pitam... bukan sebab takutkan czer, tapi sebab takutkan kossss czer yang beribu.

Saya keluar bilik menemui suami. Belum sempat cakap apa-apa, air mata dah meleleh mengalir.. time ni suara juga tak dapat nak ditahan, memang agak teruk saya menangis ketika itu... suami datang dan memeluk, kelihatan mukanya juga dah merah2 *macam nak nanges*..... saya memberitahu paksaan czer yang disebut nurse tadi...

Nurse tua tu datang dan menemui suami dan saya. Terkjut melihat saya menangis teruk.. dia berkata "kenapa nanges?? jangan takut, biasa la tu czer".... memang la kat negara arab ni czer ni dianggap perkara biasa.... tapi kita kat malaysia, ia merupakan last choice.

"Nurse bukan ke boleh induce untuk menggalakkan bukaan???"

"Tak boleh sebab ia boleh menyebabkan baby stress"

"Kalau tunggu sejam dua lagi boleh tak??"

"Cuba call Dr awak... rasanya dia dah otw"

Suami bercakap dengan Dr, dan Dr hanya beri 10 minit untuk kami buat keputusan...

Saya hubungi bonda di rumah, memang saya menangis tersedu2 dalam telefon... sampai kedengaran suara bonda juga seolah ingin menangis... tiba2 rasa menyesal datang hospital awal tanpa sebab yg kukuh. dari tak ada apa2, kepada ada apa-apa....*biasala anak first"

Ma cuba menenangkan anaknya ini... akhirnya saya dapat menenangkan diri dan yakin, andai ini yang ditakdirkan, saya redha dan pasrah... selesai cakap2 dengan suami, saya kembali masuk ke dalam bilik dan memberi jawapan...

________

Selesai menukar pakaian, saya berjalan-jalan sekitar katil dengan harapan ada miracle yang terjadi, ketika ini, berkali kali saya ke tandas.. dan dah mula rasa senak-senak lenguh pinggang... contraction baru nak start rasanya... tapi segalanya dah terlambat... Dr dah sampai, dia datang dan sekali lagi memeriksa bukaan.. yup, belum buka lagi.. saya cuba bgitau Dr yang dah mula rasa sakit, tp tak dilayan... akhirnya saya menarik nafas meredhai dan pasrah dengan segala yang sedang berlaku.. pasti ada hikmahnya...

Sakit tak tertahan bila dipakaikan tiub kencing, tak kurang dicucuk tangan kiri, disuntik ubat bius, dimasukkan alat untuk menyedut ketuban yang berbaki... ketika ini, hanya Allah sahaja yang tahu bagaimana sakitnya... mengalir air mata saya mengenangkan.... yup, mana2 cara pun, bersalin itu memang sakit...

Jam 9.40 pagi kot. Saya ditolak ke operation room... didepakan kedua tangan. Saya melihat lampu yang tergantung di atas dengan perasaan kosong.. istighfar dan selawat tak lekang disebut.. saya mula merindui suami, rasanya kami masih terkejut dengan kejadian yang berlaku terlalu cepat ini.. Barang saya dan baby juga tak dibawa bersama, rumah masih bersepah dan macam2 lagi belum disediakan... tapi mentally, kami dah bersedia sejak 36 minggu lagi.

--------------bersambung


Wednesday, January 1, 2014

Last update sebelum...

Assalamualaikum wbt :)

Salam pembuka bicara, selamat tahun baru masihi buat semua. Rasa segan nak wish, tapi rasa terlalu keterlaluan pula kalau langsung buat macam tak da apa2.

Tahun tetap akan berlalu, kita yg hidup tetap akan hidup. Seiring meningkatnya usia, haruslah meningkat kematangan, meningkat amal dan meningkat lah hasilnya.

Kini berada di hujung-hujung kehamilan, syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk hambaNYA ini menimba pengalaman hingga kini, ia suatu yang sangat indah untuk diceritakan.

Sakit?

Yup, sudah ada mild contraction sudah hampir seminggu. Perut sering mengeras macam batu, sakit belakang dan sakit pinggang makin menjadi2. Kadang pukul 4 pagi terbangun dek merasa penangan contraction. Tiap kali ia datang, saya hanya mengukir senyum sambil menahan sakit dan set masa, teknik pernafasan yang dipelajari cuba diaplikasi, yelah, sakit belum teruk lagi kan.. kalau dah teruk, tak tahulah sempat nak fikir teknik atau tak. gembira dengan tanda ini. Semoga segalanya berjalan lancar.

Dalam gembira dan berdebar untuk menyambut insan baru. Sesekali saya menangis dan terasa sebak. Andai ditakdirkan apa-apa komplikasi berlaku sewaktu proses kelahiran, saya redha dan pasrah... dan andai ia terjadi, justeru masa bersama suami tercinta dan masa untuk banyakkan taubat + amal berbaki tak lama. Takut, gembira, sedih, sayu, bimbang, mengharap... semuanya ada.. :'(

Benarlah bila orang kata di hujung2 ini emosi jadi tidak menentu. Kadang kita jadi terlebih excited, kadang kita jadi senyap, suka termenung dan berfikir... saya juga menyedari hujung2 ini suka sangat borak dengan suami, muhasabah diri, muhasabah tujuan perkahwinan, muhasabah masa depan dan sebagainya. dan pastinya yang pertama2 sekali akan mengeluarkan air mata ialah mak buyung ini sambil gosok2 perut bimbang takut baby terkesan dengan tangisan bondanya...

Dek suka sangat search2, boleh kata macam2 istilah dah lekat kat kepala... braxton hicks, perineum, active labour, cervix, VE, CTG, postarior, oligohydramnious, fetal distress, induce, ... macam2 lah.. ulang dan ulang baca, baca pengalaman orang, baca proses2, mendalami anatomy badan wanita mengandung, belajar komplikasi2 yang boleh timbul dan sebagainya. (Ceh, memang minat bab ni, tapi ditakdirkan tak jadi Doktor...)

Buat semua teman-teman blog, teman2 persekolahan dan universiti, keluarga tercinta dari kedua2 pihak..dan khasnya buat suami tersayang..

Selaku orang asing di bumi Allah ini, kita memang akan merasai "makin jauh" dari titik permulaan, dan "makin hampir dengan titik pengakhiran...

Syukur dan gembira dengan pengalaman mengandung sampai 9 bulan lebih ini, macam2 dapat ditimba. Apatah lagi bila berkongsi dengan yang tersayang.. suami, ibu, adik beradik... yang berat terasa ringan, yang sukar terasa mudah....

Terima kasih pada semua yang memberi sokongan.... doakan segala proses kelahiran nanti berjalan lancar, doakan kedua ibu dan anak selamat,,dan doakan moga Allah ampuni segala dosaku...

Maafkan segala salah silap diriku yang kerdil ini, yang masih lagi belajar... kadang tersilap, kadang terlebih semangat, kadang malas, kadang marah, kadang terlebih riang....

Semoga kita bertemu lagi di next entry... *jika diizinkan Allah*

Semoga mujahidah kecil ini selamat melihat dunia yg fana...



  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...