Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, February 25, 2015

Didik anak membaca

Assalamualaikum.

Cak.

Yer bila tengok tajuk tu, rasa segan silu untuk tulis. Segan sebab saya sendiri sedar bahawa kecenderungan untuk membaca, belek2 buku itu... aishh.. sangat kurang dalam diri. Tapi saya tak nafikan minat untuk mengkaji, dan saat wujudnya persoalan dalam kepala, haa, insyaAllah sangat rajin untuk mengorek dan menelaah kitab.

Sejak dari kecil saya perhatikan, puteri sulung ni memang sangat minat dengan buku. Kalau diberi pilihan antara mainan dengan buku, buku lah jadi pilihannya! Dengan mimik muka bersungguh,tangan kecik tu pula sibuk duk belek, sentuh perkataab... masyaAllah.. Suami juga kepelikan. Dari mana datang sikap dan minatnya tu? Ummi abi? Eh,macam tak je. Hehe.

Sejak dari itu, saya dan suami bertekad nak beli buku banyak2, alang2 anak dah minat, insyaAllah tak membazir..

Saya perasan, mungkin kebiasaan 7 bulan bersama si kecil ini, hidup saya sebagai pelajar tak lari dari buku.. apatah lagi tatkala musim exam.. tidur juga berteman buku. Anak kacau, koyak.. sikit pun tak kisah.

Jadi untuk ibu-ibu di luar sana.. cubalah sentiasa sepah2kan rumah dengan buku. Hehe, insyaAllah lama2 anak pun asyik dan suka bergelumang dengan buku..

Paling penting, semasa dia duk pegang buku tu, kita bantu dia untuk belek, sebut kalimah2 dan kenalkan dia dengan apa yg dia lihat..


Tuesday, February 24, 2015

2nd baby?

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.

Sekian lama tak menambah entry di sini, hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi lagi, hehe, public diary kah ini? Mungkin.

Sebenarnya sedang mengalami krisis bleeding yang agak teruk selepas 2minggu missed period.jujur jujurnya... sangat penat akhir2 ini melayan kerenah anakku Ruqayyah yg sedang aktif explore dunia dengan kaki.. tapi ku tetap gembira melihat perkembangannya itu.

Ya rabb...  Setelah merujuk Dr, ultrasound dibuat dan Dr juga tak dapat nak pastikan apa. Mungkin kerana upt menunjukkan garisan dua line skalipun samar. Aku melihat ada sac kecil ketika scan tersebut, sebelum ini dah ada pengalaman mengandung,jadi tahu jugak la sikit sebanyak pasal image yg terpampang itu. Masih terlalu awal lagi kata Dr. Dan kalau bleeding disertai dengan sakit perut yg amat, maka miscarriage sdg terjadi..

Apapun, ku redha dan pasrah. Hehe :) al maklum lah Ruqayyah juga masih kecil, namun tidak lah sampai menolak rezeki kerana bimbang tak cukup duit ke hape, ku yakin, Allah dah atur rezeki setiap hambaNya.. Jadi,ada baby atau tak, takda masalah inshaAllah, bahkan satu khabar gembira jika 'dia' masih ada dan kuat untuk menumpang rahimku.

Moga Allah permudahkan apa yg terbaik buat kami.

:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...