Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, March 2, 2015

Pengalaman test jpj silibus 2015!!!

Amboi baca perkataan silibus tu macam buku teks lak kan..hehe

Alhamdulillah wa syukru lillah. Hari ini 2 Mac 2015 berakhir sudah penantian dan debaran hatiku untuk dapatlan lesen P... hehe. Walau sudah di bawah tanggungan suami, ayah sangat berbesar hati ingin sponsor belanja kos ambil lesen kereta ni sebab katanya anak2 yg lain semua ayah belanja.. thanks ayah!

Saya mendaftar kira-kira pertengahan bulan Januari 2015.. selesai kursus 6 jam, terpaksa plak tunggu seminggu untuk exam komputer.. syukur lulus jugak walau study ala kadar, maklumlah dah ada anak... markah?? Hee biasa2 je tapi lulus, untuk lulus perlu 42 ke atas. Dari 50 :)

2 hari selepas itu, saya mula desak cikgu training untuk mulakan latihan, terpaksa sebab nampak sangat lambat... kalau boleh nak siap dalam 3 minggu je, tapi alahaiii... ramai sangat la pulak anak murid cikgu ni.

Berjalan lah latihan seperti biasa. Adakala nya tertangguh dua hari dan seumpamanya.. mula2 bawa manual ni, macam seronok je. Main clucth dan minyak, seragamkan.. dll.

Minggu terakhir sebelum test jpj, dah mula rasa malas nak training, ponteng ponteng dan ponteng.. kereta dah bawak pergi jalan jauh dah walau lesen masih L hhehe. Sampai la cikgu call dan dtang amik pagi hari lagi.. dan masa tu saya sorang jr drive kul 7 pagi.. hehe.

Tiba hari yang mendebarkan..

Jam 7.30 pagi, saya dan rakan dah tercongok kat litar tu, belum ada sesiapa lagi melainkan staff2 situ. Tengok nama dan dapat tau no.8 sesi dua??? What? Lambat sangatttt... hmm. Time tu kecuakan dah hilang sikit2. Makan dan minum macam biasa,

Jam 9 pagi... bermulalah RPK. Iaitu rutin pemeriksaan kenderaan.. time ni kena sebut dan terangkan satu persatu tentang kereta tuh... bumper, bonet, wiper, pintu, tayar... kemudian, terus buka bonet depan dan bonet belakang... sebut pula keadaan barang dalam tu.. minyak selendar/enjin, minyak brek, air radiator, tangki air simpanan, air wiper, tali sawat dll ... fuh, syukur sangat dari tak tahu dan tak pernah2 sentuh perkakas tu, kini saya at least tahuuu juga lah. Lebih kurang 10 minit kot..

Terus dengan RSM.. iaitu rutin sebelum memandu, macam biasa, kena cakap kuat2 handbrake terpasang, gear free, betulkan kerusi, cermin2, kemudian start enjin dan cek satu persatu lampu signal, kecemasan, wiper, lampu depan dan jugak sign2 dalam panel box, haa baru tau sebut,, panel box ok! Hehe, yg kat dlm tu ada had laju, tekanan enjin, suhu, minyak dll.

Setel dan menunggu nombor dipanggil,.. akhirnya dipanggil jua,,

Mula dengan bismillah.. istighfar dan sbgnya untuk tenangkan hati,, terus tekan clutch dan masukkan gear 1, turunkan handbrake dan mula mendaki bukit,. Fuh... terhenti betul2 masa tayar cecah garisan kuning.. kalau ikut yang saya belajar, perlu ke depan lagi,,. Peg jpj tu tanya, macam mana nak jalan ke nak turun? Haaaaaa, terus cakap "jalan" dengan konfiden hehe, alhamdulillah, lepas tekan minyak dan clutch, dah rasa kereta nak ke depan, terus turunkan handrbrake dan kereta bergerak ke depan dengan sempurna ,, hehe,lega lepas satu halangan.

Terus ke side parking.. yang ni ramai fail.. maka macam biasa, ikut step cikgu ajar.. dapat parking dengan elok, kemudian masa nak keluar parking tu, kereta buat onar.. ya Allah!!! Mati berkali2, 3x rasanya.. time ni muka dah pucat macam apa.. peg jpj tu asyik pandang je... hehe. Nasib baik mati enjin tak dikira kesalahan mandatori...

Diizinkan untuk ke 3 penjuru.. macam biasa juga, masuk parking, pusing stereng smpai habis, masuk gear reverse, then undur dan betulkan stereng... senang je yg ni.

Keluar je dari situ, terus maju menuju ke selekoh z.. yang selekoh ni ramai fail, ada yang langgar divider, ada yg enjin mati, haish... takut dan cuak sangat, tapi terpaksa hadapi jugak hehe... bila peg jpj kata "jalan"... terus buat mcm biasa, senang sket rasanya sebab stereng dia lembut.. bila lepas yg ni, ya Allah,, perasaan gembira dan syukur tak usah cakap... walaupun tau belum selesai lagi, ada satu lagi selekoh. Hehe, tapi yg tu senang hati je sebab takdelah susah sangat..

Keluar je selekoh s, terus tekan minyak, mana boleh main bawak kereta slow2 hehe.. seronok. Parking je terus turun kereta dan jumpa balik peg jpj tadi.. nampak dia tanda "lulus"... fuh, alhamdulillah berkali2..

Tapi perjuangan belum selesai,.

Hehe, mula lah episod jalan raya..

Mula2 terpandang adik tu, satu team.. nampak sayu je muka dia.. baru tahu rupanya dia kandas, katanya semua berjalan lancar tiba2 sampai dalam litar dan hampir2 tamatkan ujian dgn jaya, langgar lampu isyarat la pulak.. aiseh.. time tu merah, dia hentam jalan je sebab memang biasa masa belajar, mcm tu jugak. Rupanya jpj tu terus tanda kesalahan mandatori yang menyebabkan dia gagal serta merta.

Dengan konfiden saya melangkah masuk dalam kereta.. menyebut macam biasa tentang krusi, handbrake, panel box dll.. peg jpj yang ni mcm baik je. Dari suaranya. Tau lah dia orang luar Kelantan.

Masa mula nak jalan tu, apasal berat ni.. ya Allah ,kereta duk mengaum tapi susah nak jalan...

Laa, rupanya lupa turunkan handbrake, hehe, dah tahu dah. Peg tu trus tick "gagal turunkan handbrake sebelum memukakan perjalanan",. Hm. Takpa2. Buat2 pandang belakang, terus mula macam biasa, drive steady smapai 60km/j.. slow je tu. Nasib dekat kawasan sekolah masih ingat had laju 30 km/j... ramai kawan kandas sebab had laju cecah 40 km/j di kawasan sekolah.. selama duk belajar selalu terlepas pandang.. hari test syukur Allah bagi ingat.

Sampai di litar, tunggu dia kira, dan nampak dia tick "lulus".. subhanallah... cerah mata, senang hati, hilang terus sakit kepala dll.. teringat anak kecik kat rumah.... terus call kakak untuk datang amik.. sebelum tu, pergi jumpa kawan2 yg kandas, sedih sangat tengok semua menanges, yelah harini kandas, esok nak amik result spm lagi,. Duk pujuk adik2 tu supaya sabar, masa masih banyak.... :) dari 8 orang team haritu.. 3 sahaja yg lulus, yg lain ada fail dlm litar, ada yg fail jalan raya.. sebak jugak rasa hati... kalau lulus semua kan seronok.

:')

Seriously..

Rasa syukur sangat.. duk whatsapp suami tiap masa minta dia doakan... thanks hubby,, thanks ma ayah, cikgu dll,.

Semoga Allah pelihara kita semua....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...