Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, May 19, 2015

Travel with baby? toddler?

Assalamualaikum wbt.

Lama tak buat apa2 entry. Syukur alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah ini, masih diberi peluang bersama suami, anak dan keluarga.

Ok tak nak lari jauh dari tajuk. Alhamdulillah setakat ini dah berkali2 travel @ bermusafir dengan anak. Sama ada by car, atau flight. Sejak usia Ruqayyah 7 bulan lagi kami bermusafir jauh dari Jordan sana, singgah di Oman 7 hours lebih kurang, kemudian tiba di KLIA 1, dan naik MAS fly to Kelantan.  Overall dari Jordan ke Malaysia, tak kurang dari 13 jam musafir. Fuh, memang lenguh bak hang!

Manakala dari Kelantan ke KLIA, dah banyak kali.

Cumanya itu musafir bersama anak kecil, tapi dengan kewujudan suami, cabaran dah dikongsi dua. Hehe.

Semalam, 19 Mei 2015. Try untuk travel berdua tapi dari Kelantan jelah menuju KLIA 2. Sat je pun.. bila ntah nak cuba jauh2. Ada rezeki ke Turki tak tahun ni? Hehe, ameen ya rabb harap ada, Memang lenguh tangan dukung anak. Nak pakai carrier @ babywearing memang takla sebab tak penah ajar anak, jadi dia pun tolak kena ikat2 gitu lagi la bila dah dapat kaki ni.

Ok, anak saya usia ketika ini 1 tahun 4 bulan. Kira dah besar, aktif, mulut bising, asyik makan, masih menyusu dan paling scary tak suka tempat sempit2 dan crowded.. confirm nangis.

Bila dah tahu akan travel sorang dengan anak dan tanpa suami. Saya dah get ready siap2 apa2 untuk back up sepanjang 45 minit perjalanan. Sat ja pun. Hehe.

1. Botol susu (letak air masak ja sebab anak takmo susu tepung langsung)

2. Biskut (sediakan in case flight delay dan tak bayar utk dapat makanan dalam flight)mahal noh kalau nk bayar. Bior tak pun

3. Toys yang jarang dia tengok (in case dia boring).

4. Videos yang menarik dalam tab @ hp anda. (Donwload siap2 cerita kartun ke nasyid comel ke bagi anak lali sat, tak leh ajar selalu cuma ni kes terpaksa)

5. Pants (pampes susah plak. Jadi pakai pants untuk sarung je macm seluar, in case dia ter 'melabur' dalam flight. Tak kan nak bior 45 minit berlalu dengan bau busuk, kesian passenger lain kan, silap hb dah melimpah2 kena baju emak, alahaiii)

6. Baju ku pakai confirm2 yang nursing friendly, maklumlah masih menyusu anak kecik ni.. tak kan nak selak baju kurung, hehe yelah bila sorang ni, tak tahu sape di sebelah kita kan, kang kena lelaki, habis kalut + segan.

7. Tudung macam biasa, yang boleh bernafas, labuh, senang bertindak terus sebagai penghadang time bf baby. Anak menyorok dalam tudung dan tak nampak la aurat kita sepanjang nyusukan anak.

8. Sarung lengan (haa confirm2 kena letak sendiri baggage kat atas tu, untuk penjagaan aurat secara maksimum, baik pakai sarung lengan sebab bila nak letak beg kat atas tu + ketinggian yang kurang nih, maka tak nampak lah lengan kita) kalau terlupa pakai, minta je pertolongan abang2 dalam flight tu untuk lend a hand.

9. Plastik kecik + sapu tangan @ tisu. Preparation kalau2 anak pening nak muntah. Memang boleh je minta dari pramugari flight tu, cuma tu lah, kang lambat plak, siap dah muntah anak kita ni baru sampai bantuan.

10. Doa.. haa memang kena doa selalu, moga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Syukur Allah bantu ku untuk jaga diri, seat tepi kosong sekalipun malam tu flight tu sangat crowded..senang nak bf anak, nak layan dia pun senang. Selang sebelah kerusi kosong, ada sorang pakcik 40 an, baik orangnya, tak pandang sikitpun apa yang saya buat, dan sepanjang flight dia duk berdoa, zikir, mengaji.. nak landing pun tak lekang mulut dia duk mengucap, dan baca doa.. termuhasabahlah kita kan? Alhamdulillah atas peringatan ini ya Allah.


*semua tu packing masuk beg kecik anak, maklumlah tak berat mana pun, lagipun beg keck gitu boleh letak kat kaki je.

__________
Ok, sekiranya travel yang memakan masa more than 6 hours, preparation masih sama, cuma tambah kuantitinya sahaja. More videos, more toys, more books, more pants, dll.

Kewujudan suami untuk travel yang lama gunakan sebaiknya. Gilir2 pegang, dan kalau kena masuk toilet pun, pergi sama2 supaya suami boleh bantu hulurkan apa yang patut untuk kita urus anak atas flight.

Solat jangan lupa!

Hehe. Dengan lafaz bismillah mulakan langkah bermusafir kita, semoga Allah berkati.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...