Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, February 25, 2015

Didik anak membaca

Assalamualaikum.

Cak.

Yer bila tengok tajuk tu, rasa segan silu untuk tulis. Segan sebab saya sendiri sedar bahawa kecenderungan untuk membaca, belek2 buku itu... aishh.. sangat kurang dalam diri. Tapi saya tak nafikan minat untuk mengkaji, dan saat wujudnya persoalan dalam kepala, haa, insyaAllah sangat rajin untuk mengorek dan menelaah kitab.

Sejak dari kecil saya perhatikan, puteri sulung ni memang sangat minat dengan buku. Kalau diberi pilihan antara mainan dengan buku, buku lah jadi pilihannya! Dengan mimik muka bersungguh,tangan kecik tu pula sibuk duk belek, sentuh perkataab... masyaAllah.. Suami juga kepelikan. Dari mana datang sikap dan minatnya tu? Ummi abi? Eh,macam tak je. Hehe.

Sejak dari itu, saya dan suami bertekad nak beli buku banyak2, alang2 anak dah minat, insyaAllah tak membazir..

Saya perasan, mungkin kebiasaan 7 bulan bersama si kecil ini, hidup saya sebagai pelajar tak lari dari buku.. apatah lagi tatkala musim exam.. tidur juga berteman buku. Anak kacau, koyak.. sikit pun tak kisah.

Jadi untuk ibu-ibu di luar sana.. cubalah sentiasa sepah2kan rumah dengan buku. Hehe, insyaAllah lama2 anak pun asyik dan suka bergelumang dengan buku..

Paling penting, semasa dia duk pegang buku tu, kita bantu dia untuk belek, sebut kalimah2 dan kenalkan dia dengan apa yg dia lihat..


Tuesday, February 24, 2015

2nd baby?

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.

Sekian lama tak menambah entry di sini, hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi lagi, hehe, public diary kah ini? Mungkin.

Sebenarnya sedang mengalami krisis bleeding yang agak teruk selepas 2minggu missed period.jujur jujurnya... sangat penat akhir2 ini melayan kerenah anakku Ruqayyah yg sedang aktif explore dunia dengan kaki.. tapi ku tetap gembira melihat perkembangannya itu.

Ya rabb...  Setelah merujuk Dr, ultrasound dibuat dan Dr juga tak dapat nak pastikan apa. Mungkin kerana upt menunjukkan garisan dua line skalipun samar. Aku melihat ada sac kecil ketika scan tersebut, sebelum ini dah ada pengalaman mengandung,jadi tahu jugak la sikit sebanyak pasal image yg terpampang itu. Masih terlalu awal lagi kata Dr. Dan kalau bleeding disertai dengan sakit perut yg amat, maka miscarriage sdg terjadi..

Apapun, ku redha dan pasrah. Hehe :) al maklum lah Ruqayyah juga masih kecil, namun tidak lah sampai menolak rezeki kerana bimbang tak cukup duit ke hape, ku yakin, Allah dah atur rezeki setiap hambaNya.. Jadi,ada baby atau tak, takda masalah inshaAllah, bahkan satu khabar gembira jika 'dia' masih ada dan kuat untuk menumpang rahimku.

Moga Allah permudahkan apa yg terbaik buat kami.

:) 

Monday, January 19, 2015

kita dan sumbangan

Termenung saya.
Insan2 seusia sudah ada yang menyiap kan karya, menyumbang bakti, sedangkan saya sendiri entah ke mana.
Bakat memimpin, menulis, bercakap berkongsi di khalayak, semakin pudar dari diri.

Ya Allah. Hmm.

Baru saya sedar, berjuang dan erti perjuangan yang sebenar,
Bukan seperti yang saya laung-laungkan ketika bujang dahulu kala,
Bukan seperti yang saya tulis dan baitkan suatu ketika dahulu.

Haa. Kini baru saya tahu, erti tinggal anak bini dan keluarga bukan mudah semudah yang saya sangka masa bujang dulu, erti mengeluarkan harta yang kita usaha dan berpenat, bukan sesenang ayat sebagaimana yang saya selalu laungkan ketika berusrah dulu.

Ya Allah bantulah hambaMu.

Saya ingin mencuri masa, ingin membuang hasutan facebook, instagrm, dll, untuk saya kembali duduk membaca, menterjemah kitab, paling tidak pun sebuah kitab kecil yang dipanggil kutayyib, untuk ummat.

Sukar dan masih belum pandai.

Benar, kewujudan insan kecil yang memerlukan perhatian, layanan, kadang buat saya berbelah bagi. Apa awlawiyyat aku? Anak? Masyarakat? ... fuh..

Jawapan yang saya temui ialah.

Anak lebih sikittttt pada masyarakat... hehe.. mungkin ada yang tak setuju, tapi bagi saya, bila kita didik dan asuh anak untuk menjadi insan yang berguna, baik akhlaknya, kita telah pun menyumbang untuk ummah sebenarnya, anak yang baik akan menjadi agen agama, yang akan memakmurkan serta rahmat buat masyarakat !

Tapi untuk lebih advance, berusahalah untuk keduanya, mendidik anak, dan mencuri masa untuk ummah.

InshaAllah.

Ya Allah teguhkan langkahku,
Bantulah aku untuk menjadi salah seorang agen2 dakwah Mu.

Ameen.


Wednesday, January 14, 2015

Reward yourself!

Bismillah..

Hm, hari ini puteri ku,Ruqayyah sudah setahun 12 hari.. mulutnya bising berceloteh, pantang melihat makanan, pasti terkeluar sebutan "nak3"... hehe, syukur dikurnia anak yang tinggi seleranya. Walaupun penat jugak nak kena sentiasa get ready dengan makanan, sebagai ganti makanan2 yang kurang sihat yang dilihatnya.

I believe.. sebagai wanita, mesti ada waktu kita merasa sangat stress dan ingin menangis. Haha, jujurnya, Ruqayyah diserang milk thrush, dia agak meragam, petang ini sahaja menangis tersedu2 dan sangat kuat, sampai muntah beberapa kali. Buntu! Sampai ibunya ni pun nak nanges sama. Dia juga sukar untuk menyusu dengan baik, air liur yg banyak dek thrush menyebabkan si kecil ini senang sangat tersedak... kesian..

Pagi sampai malam, kita sebagai ibu tak lekang dengan kerjaya ini, ada suka dan kisahnya, ada juga duka dan cabarannya. Kadang menangis itu menjadi teman tatkala kita tak mampu lagi meluahkan. Perih jerih menjadi ibu, hanya akan difahami oleh insan bernama 'ibu'.

Buat wanita.

Do reward yourself! Ambil masa untuk diri sendiri dan beranikan diri untuk tinggal sat anak pada sesiapa. Lakukan sesuatu yang diminati seperti berkawan, shopping, beli belah, dll..

Buat lelaki.
Sekali sekala berilah penghargaan pada isteri dengan membuat kejutan, memberi hadiah dsbgnya sbg tanda terima kasih kerana sudi mengasuh, bersusah payah dll..lagi2 isteri yg tidak bekerja, yg hanya mengharap duit pemberian suami..  paling kurang editlah sesuatu utk ditatap istri mudah2an ada senyuman terukir di bibirnya.paling tak pandai sekalipun, hubungilah isteri untuk bertanya khabar seminit ketika waktu kerja, hehe, padahal tiap hari menatap wajah..

Wanita sangat kreatif dalam memberi penghargaan, sekalipun dia sangat jarang dihargai...

Apapun..

Buatlah sesuatu kerana Allah, pasti segala penat lelah itu ada nilai nya, gaji? Di akhirat nanti ok!

#special thanks and honours to my husband for hardly working out there! We miss you and love you so much abi :( ... may Allah grant you His paradise for all your efforts and tiredness.. ameen.

Tuesday, January 6, 2015

Rumahtangga :)

Bismillah.

Haih, orang kahwin, asyik post pasal rumahtangga ek? yg ada anak asyik post pasal anak.. ye? yg dah kerja dan study asyik post pasal study... kih3. Takpalah, tak minta sesiapa untuk singgah di sini. Ayah saya Abdul Khalid, memiliki berbuah diari, kini masuk 2015 dia sudah miliki diari baru, segala perkara tercatat di situ, terfikir... mesti ada sesuatu yang ayah nak sampaikan melalui diari ayah kan? mungkin ayah dah takda nanti, anak2 akan baca.. insyaAllah... ayah ada ni pun, saya sering intai2 isi yang ayah tulis.. hehe, and yang gembiranya, I'm part of it...my name, Ruqayyah and others... ada tercatat dalam diari ayah....

Talking about kehidupan sekarang, my baby turned 1 year last 2 Januari baru2 ini, syukur tak terhingga! Dalam susah payah, penat... anak membesar dengan baik, dan setahun sudah Allah trains saya untuk menjadi hambaNya yang boleh pikul tanggungjawab. dan training ini masih berjalan sampai ke akhirnya.... semoga lulus la nanti.

Yer.. saya dan suami sekarang sedang ber 'pjj'.. hehe apa itu pjj? singkatan pada "percintaan jarak jauh.. perkahwinan jarakk jauh" pun boleh... hehe, jauh sangat... saya di Kelantan, dia di Selangor...

Hari sebelum dia meninggalkan saya bersama anak di Kelantan ini, kami round2 sekitar Machang, bawa Ruqayyah main di taman, kemudian shopping kejap... dalam kereta, saya dah mula sebak. Terluah juga dengan tangisan.... suami senyum je, hehe, dia pun sedih.. almaklum, sejak ada anak, hidup sangat riuh dan meriah.. syukur.

Terima kasih suami kerana memahami dan bertolak ansur.... mak dan ayah saya sekarang diuji sedikit dengan ujian, kakak saya sakit dan mahu tak mahu, saya relakan diri dengan keizinan suami, untuk menemani emak dan membantu kakak... dalam masa yang sama, baru nak amik lesen kereta hehe...! walaupun dah boleh bawa kereta auto secara haram.. tapi banyak lagi yang kena belajar... jadi, cara terbaik amikla yang halal!

Sebak setiap hari memikirkan suami .. makan apa dia hari ni, iron baju dll... walaupun dia dah biasa buat semua tu.. masak, iron baju.... tapi paling menyebakkan ialah sunyi nyee hidup dia... setiap hari berwasap... hantar video dan gambar... moga sedikit sebanyak menghiburkan hatinya...

Penting kan.. dalam rumahtangga perlunya suami isteri memahami sesama sendiri.. walau kami takdalah sweet dan baik sepanjang masa.. tapi gaduh ke apa tu tak menjadi problem besar yang berpanjangan.... merajuk kejap je.. tu pun sambil gurau... dan paling penting... bincang...musyawarah sentiasa... isteri jangan tinggalkan suami dalam masalahnya.. suami jangan tinggalkan isteri dalam masalahnya.. luah dan sama2 mencari solusi...

Dan paling penting sekali.. doa pada Allah.. yakinlah, kebaikan mendekatkan hubungan suami isteri sedangkan keburukan dan maksiat menjauhkan suami isteri.... ini benar2 berlaku.... dalam mood ibadah... kita akan merasa tenang dan senang sesama sendiri... sebab itu, tiap masa saya dan husband saling berpesan untuk sentiasa berwudhuk, menjaga solat.. dan kalau dapat, qiyamullail.. doa apatah lagi.. jangan tinggal semua itu...

Last but not least... untuk yang sedang bermasalah.. turn back to Allah... hubungan halal ini dariNya, dan jika apa2 berlaku, serahkan dan kembali padaNya... ajak suami untuk muhasabah dan solat.... haha.. tak tahu kenapa saya sangat yakin, solat merupakan punca kepada ketenangan... sebab bila sedang marah2, then solat.. biasanya lepas solat tu, mulut akan terus "b... hanani minta maaf... bla3.." begitu juga husband.... memang aura positif solat tu membuatkan ego kita jatuh.... insyaAllah.

Buat hubby.. semoga Allah memeliharamu ... ingat Allah dalam suka , dalam duka.. dalam sunyi sepi... takut Allah dalam bersendiri... moga keluarga kita sama2 dapat mengecap nikmat kebahagiaan hakiki di sana nanti.. ameen...


Sunday, November 9, 2014

Projek menterjemah kitab :)

Bismillah.

InsyaAllah jika diizinkan oleh Allah SWT, saya selaku house-wife-mother, akan memulakan projek menterjemah kitab arab ke bahasa melayu.

Mohon doa sahabat sekalian semoga projek ini berjaya. Ameen.




Pengalaman di Amman, Jordan

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas segala nikmatNya yang mengindahkan lagi kehidupan kita.

:) Terima kasih Allah beri saya peluang untuk teruskan kehidupan dengan positif. Setelah melalui detik-detik homesick pada bumi tempat saya menadah ilmu.

Tahun pertama di Jordan, jiwa dikacau dengan bermacam bisikan sesalan .. "Kenapa la aku datang Jordan.. Amman plak tu, takda kawan dan sebagainya...". Boleh dikatakan tiap malam berteman seorang sahabat merangkap housemate dan teman sepengajian tercinta, Azilah... kami berteleku selepas solat, kadang menangis.. Sahabat saya dirisik UIA, tapi menolak peluang itu semata untuk datang ke Jordan.

Ia tahun di mana saya terjebak aktif dalam persatuan, bermula sebagai timbalan lajnah multimedia kepada seorang ketua yang "wat tak endah".. Gigih saya meng"update" blog persatuan yang kini sudah tiada lagi(di block).

Menggunakan yahoo group di email masing-masing, di situlah kami berhubung sesama ahli untuk sebarang makluman program. Facebook masih tersangat rare ketika itu. (mungkin saya kot yang kurang main fb ketika itu).

Ketika itu, persatuan merupakan satu-satunya pengikis "homesick" melampau pada bumi Malaysia, serba sebanyak ia mengikis sikap manja selaku anak bongsu perempuan.

Disibukkan dengan kuliah setiap hari, library / maktabah merupakan tempat wajib singgah tiap kali gap kelas, dan ia juga merupakan tempat paling banyak dikunjungi untuk budak 1st year seperti saya saat itu.

Belum ada whatsapp, facebook pula masih lagi 'muda', tidak lah aktif mana. Jadi hadir ke maktabah adalah semata untuk siapkan kerja assignment atau mengulangkaji! bagus sangat kan.

Malam-malam disibukkan dengan meeting, meeting, meeting.. kadang kelas, kadang study dan sebagainya. Manakala hujung minggu kami "bertafaqquh" bersama, berqiamullail yang paginya pula kami beriadah dan berprogram...terngiang-ngiang bacaan yang lunak oleh seorang kakak yang kami panggil kak za sewaktu qiam kami.. indah sangat..

Disebabkan pelajar Malaysia Amman tidak ramai..kami sering dijemput untuk hadiri majlis-majlis ataupun keramaian orang arab.. Apatah lagi pelajar wanita yang boleh dikira dengan jari..

kenal tak kenal, kami turut menghadiri kelas mingguan personal(untuk kami sahaja, muslimat amman) bersama allamah Syeikh al-muhaqqiq Syuaib Al-Arnout, ulamak besar dalam bidang hadith... masyaAllah... disebabkan ketika itu kami tak berapa kenal dengan Syeikh, kami kadang bergurau dengannya seolah dia bukanlah ulamak besar. Syeikh sabar mengajar kami yang ketika itu masih lagi "kurang" dalam bahasa arab. Nahu, fiqh, isu semasa.... Boleh dikatakan ia talaqqi yang paling sempoi pernah saya join. Syeikh suka sangat bertanyakan pandangan kami dalam sesuatu perkara, pernah suatu ketika Syeikh bertanya "jika berhadapan dengan kuffar yang zalim dan mahu bunuh kamu jika tidak melafazkan perkataan kufur, mana kamu pilih, mati syahid atau melafazkan dengan niat mengambil rukhsah?" ....  Sorang demi sorang memberi jawapan dan ia akan dikhulasahkan oleh Syeikh hafizahullah... kenangan talaqqi ini segar bermain di minda dan jujurnya saya sangat rinduuuuuuuu untuk menghadirinya lagi.

Allah...

Jika mahu disimpulkan kenangan 4 tahun kepada satu artikel ini.. Rasanya tak muat...

Segalanya segar dalam jiwa. Bahasa arab yang ku cintai... setiap hari praktis dan praktis agar tak hilang dari ingatan, agar lidah masih tak pelat menyebutnya...

...... to be continued


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...