Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, February 26, 2013

Nota untuk diri

Bismillah.

Ku memulakan kalam dengan mengangkat sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana mengizinkan aku meminjam nikmat ini menaip sepatah dua kalam untuk peringatan diriku dan hambaNYA.

Sejak akhir-akhir ni, banyak sekali Allah SWT mentarbiyah(mendidik) aku. Entah kenapa perasaan sedemikian timbul. Hampir seminggu aku dilanda ujian demam selsema dan batuk. Kini sakit2 di bahagian perut. InsyaAllah jika tiada aral, esok aku akan mengambil langkah ikhtiar untuk buat checkup. Sudah beberapa kali melakukan search di google akan simptom-simptom sakit tertentu, tapi tak aku rasa ia akan seteruk itu.

Rasanya ramai sekali menegur kononnya aku kelihatan makin kurus. Mungkin jugak. Apa taknya selera berkurang, dan tak dapat nak suap banyak2 :) cian cik abang yang setia menemani di sisi. Moga ALLAH ganjari encik suami atas ketabahan dan kesabarannya melihat isteri yang cuba bertarung dengan rasa kurang selesa pada diri.

Sekian kali aku sebut, dan meminta maaf pada encik suami. Bimbang andai waktu itu makin hampir. Tiap kali sakit, aku memikirkan kematian yang datangnya tanpa apa-apa makluman, tanpa sebarang dateline. Bila memikirkan waktu dan saat tersebut, aku bimbang dan takut, andai belum cukup kukuh hujjahku di alam sana nanti.

Di akhir-akhir ini juga, aku ingin terus dinasihati dan menasihati, agar dijauhkan dari sebarang unsur-unsur perbincangan, perbualan dan percakapan yang membawa pada suuzhon sesama saudara, yang membawa kepada ghibah(mengumpat), hasad dengki sesama kita. Apatah lagi perbuatan atau kata-kata menghina, herdik, hentam, perli, sinis, terhadap mana-mana individu..

Cukuplah kita berhusnuzzhon :)

Manusia memberi kejahatan, janganlah kita membalas dengan perkara yang sama.
Manusia mengata di belakang, janganlah kita turut mengata sama.

Setelah beberapa fatrah pengajian dari kehidupan bersama encik suami, aku banyak belajar erti 'sabar', erti pandangan manusia yang tak seberapa, erti berdiam diri berbanding berbicara suatu yg memecahbelahkan.

Hidup yang mengharap pandangan manusia tu pasti sangat penat kan?? Panas hati, sedih, dan tak selesa dek asyik mengharap orang pandang baik.

Sabar jugak takda erti andai kita iringinya dengan prbuatan yang menyanggahi taqwa. Kita menangis tp dalam masa yang sama, mengutuk orang yg menguji kesabaran kita... apa erti sabar di situ?? takda kan?..

Utk konklusi terakhir.

Aku menyintai suamiku, kasih sayang dan didikan secara langsung dan tak langsung yang telah diberikan sangat bermakna. Hari-hariku adalah khidmat bakti utk dirinya dek sgala kebaikan yang telah dicurahkannya. Moga encik suami terus maju dalam hidup, bergerak ke hdapan utk ummah.

Aku merindui ibu, ayah, adik beradikku, chek, umie, ayah dan adik2 iparku.. Moga semuanya sihat sejahtera dalam jagaan dan peliharaan Allah.. Merekalah yang telah mendidik dan menbentuk aku sbg seorang manusia Islam dari kecil hingga besar.

Aku menyayangi adik-adik usrahku seolah mereka keluarga ku. Terasa ada darah Islam mengalir tiap kali bersua. Sakit ku hilang bila bertemu.. mengharap mereka bakal menjadi serikandi ummah nanti.

Aku menyayangi rakan-rakan seorganisasi ku. Yang semangat mereka turut menjadi semangatku. Akidah perjuangan ini yang menyebabkan hadirnya rasa sayang dalam diri. Semoga kalian terus thabat untuk Islam. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...