Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, January 31, 2011

fatrah demi fatrah tanpa mereka


Alhamdulillah.. able to call mom and talk with her.. praise Allah for giving me this oppurtunity.. to feel the feeling of being far from family especially beloved mother and father..

Di tingkatan dua dahulu kala pernah tinggal di rumah sewa, padahal jarak dari rumah ke syamsul maarif hanya seciput.. 15 minit. tapi gelodak hati sebagai remaja yang nak berdikari membuatkan saya bersama 7 orang teman setingkatan nekad menyewa rumah yang tidak terlalu mahal dan sesuai.. hidup dengan sedhaifnya.. dan pulang setiap hujung minggu..alhamdulillah, dapat hidup dengan teguh sehingga akhir tahun, tanpa gangguan lelaki serta belajar hidup susah, dengan bertilamkan tilam nipis, berlaukkan sardin dan telur, serta bermesinkan kekuatan tangan untuk membasuh pakaian.. yang menarik, ada sebuah bilik di rumah sewa kami yang sedikit besar.. yang tidak pernah kami jenguk mahupun masuk ke dalamnya.. seram.. tapi pernah satu hari, ada sorang nenek masuk ke rumah kami dan terus ke bilik tersebut, tergamam dibuatnya sebab tidak sempat nak berbicara panjang.. katanya nak ambil barang.. grrrrrr..setiap malam pula telinga terpaksa ditebalkan untuk mendengar bunyi kucing bercakaran..dan di ruang tamu rumah tersebut ada sebuah kotak hitam yang tidak pernah cuba diselongkar.. lalu kami alasnya dan jadikan tempat meletak buku.. bila difikirkan betapa banyaknya kes-kes atau perkara yang kami hadapi tanpa fikir.. kenapa, apa, bagaimana.. itu lah, zaman kecil dulu..

Masuk tingkatan tiga, kembali tinggal bersama ibunda.. setiap hari menaiki dan menghidu asap bas uncle man..dan setiap hari juga terpaksa berdiri dalam bus dek seat sudah penuh..tiba saje di Bandar Machang, seat pasti penuh.. dan naiklah kami dengan berpegang seteguhnya pada kerusi.. bayangkan, sebuah bus biasa yang biasa membawa 45 orang penumpang, diolah hingga boleh membawa 100 pelajar.. hebat kan.. tapi tu lah, ketika ada sekatan jalanraya, banyak yang terpaksa dikontrol..

Masuk tingkatan empat dan lima serta 3 bulan tingkatan enam, berpindah ke Maahad Muhammadi Perempuan setelah mendapat tawaran indah ini, 3 bulan berendam air mata untuk hadapi perpisahan dengan rakan baik di MSMP.. entah kenapa nak sedih sedangkan keputusan itu saya yang pilih.huhu.itulah perempuan.sukar untuk tukar ganti apa yang sudah menjadi kebiasaan..hm.berbalik pd td,.pastinya tinggal di asrama dek jarak dari rumah memakan masa sejam untuk tiba di sekolah.. asalnya tidak mahu pindah tapi keinginan untuk mencuba dan menimba pengalaman itu memaksa diri untuk ke sana..ditambah dengan minat untuk pelajari biology dan chemistry.. percaya atau tidak, cita-cita asal adalah untuk menjadi seorang doktor muslimah, ini dari kecil lagi, setiap jam 5 petang, diri ini akan senyap di hadapan televisyen untuk menonton medic tv, malam pula cerita 0n call.. tetapi masuk sahaja sekolah menengah, tiba2 segalanya berubah apabila mula gerun akan alat-alat doktor, apatah lagi suntik2, lembik seluruh badan dibuatnya apabila tangan ini disuntik baru-baru ini...apapun,kaedah2 bio yang dipelajari dulu masih segar di ingatan.indahnya biology apabila ia banyak berkait dengan kehidupan..minat mula menuju pada bahasa al-quran yang cukup indah ini, meminati al-quran serta perbahasan di dalamnya..serta cenderung ke arah suatu medan yang membolehkan saya menyampaikan keindahannya..bukan blogger ok... kira alhamdulillah juga lah kerana di asrama, kehidupan beramai dirasai, tarbiyah yang panjang, serta merasai hidup dalam jadual yang termaktub.. fikiran terkongkong serta setiap pergerakan ada natijahnya..

Kini di Jordan.

Siapa sangka, cita-cita yang pernah terbina dulu benar-benar menjadi kenyataan. Asalnya ingin menjejakkan kaki ke Mesir, namun alhamdulillah Allah permudahkan langkah ke sini..ke suatu tempat yang ibu ayah dan abang2 sendiri belum pernah jejaki.. Peluang transit di Bahrain juga diambil sebaiknya.. di kelilingi negara-negara yang sentiasa dalam igauan untuk dipijakkan kaki, negara seperti syria, arab saudi, turki, palestin.. Ya Allah berilah aku peluang untuk menghirup udara sana biar hanya sehari..

Kehidupan sebenar baru bermula.. bagaimana menghadapi masyarakat, bagaimana menghadapi orang tua, muda dan kanak-kanak.. bagaimana pergaulan dengan para phd.. bagaimana pergaulan dengan lelaki dalam urusan persatuan.. bagaimana selesaikan urusan kewangan.. bagaimana bertindak sebagai ahli rumah yang baik.. segala yang berlaku kini lebih menjurus pada membentuk diri pada marhalah berkeluarga nanti.. bak kata Kak Yana, lihatlah 3 bulan sebelum ini, bagaimana diri anda?

..Tidak sabar ingin pulang ke kampung halaman..
menemui bonda dan ayahanda tercinta.. lama sungguh menjalani kehidupan dengan meninggalkan mereka.. dari tingkatan dua lagi.. oh kesian ayah ibu..

Selalu terfikir, ayah dan ibu yang membesarkan kita.. hingga mampu belajar dipisahkan benua.. tapi tiba masanya, kita meninggalkan mereka, berkeluarga sendiri.. tapi mereka tetap di situ.. di rumah itu, tempat pertama kita menerima tunjuk ajar..sunyikah mereka tanpa kita?? sob3. bila fikir ini, rasanya tidak ingin melakukan apa-apa melainkan tinggal bersama mereka.. huhu..moga kami 9 beradik berebut untuk menjaga mereka di kala mereka tua nanti, bukan berebut untuk meninggalkan mereka.. hehe.kalau ayah dan mak baca ni, sure tersenyum meleret...huu..ayah bukan jenis buta IT... ma ayah, kalian tidak pernah rugi dalam membentuk kami..cuma kadangkala kami tidak pernah terlepas dari kesilapan..

Friday, January 28, 2011

moga selamat

Hati sntiasa mendoakn abg dan kakak di Mesir dapat pulang ke Malaysia dengan selamat..

Kebimbangan sudah mula mengalir melalui salur2 darah menuju ke jantung.. apabila cubaan mendail nombor abg dan kakak kat sana tak dapat..

Hmm.. segala aternatif komunikasi ke sana disekat.. anda lihatlah betapa dahsyatnya gelombang internet ini, mampu membentuk dan mengumpulkan ratusan ribu rakyat untuk bangkit dan melakukan protes..jika protes utk mendesak pres hosni mubarak ni letak jawatan diiringi oleh keinginan utk melihat Islam diamalkn scara menyeluruh di negara sndiri, ia pasti suatu bonus besar buat rakyat mesir..

Adakah di Malaysia bakal berlaku camni jugak, yakni potong segala alat komunikasi?hmm.. nauzubillah... betapa blog2, twitter, fb, ym, memainkan peranan penting dalam memberi maklumat pada masyarakat, kita lihat sekarang, orang sudah tidak mempercayai berita di TV.. rtm1 ke rtm2 atau tv3, semua itu dipandang sekadar dengar tanpa diikat pada jiwa... masyarakat sekarang sangat sedikit yang buta IT.. jadi, pemimpin2 kerajaan mahupun pembangkang, boleh dikatakan wajib untuk mereka 'adakan' blog untuk menyampaikan sesuatu pada masyarakat...

Di Jordan skrg turut berlaku hal yg sama(seperti mesir), mengikut news lah..buka sini.. thousands of jordanian make a protest... tapi masih di tahap sederhana.. apapun, saya doakan yang terbaik untuk mereka semua.. dapat pemimpin yang baik, adil, concern masalah ekonomi rakyat, dan Islamic.. inshaAllah.. biarpun dengan hal ini pengajian saya mungkin tergendala, tapi jika hanya ini cara untuk mereka semua kecapi yang terbaik, itu tidak jadi masalah..

Kelihatannya sedikit demi sedikit, muslim kembali bangkit.. bangkit dari lena bertilamkan tilam buruk kezaliman pemerintah..

Semoga Allah membantu dan terus membantu saudara2ku di manapun mereka berada, dan atas sebab haq@kebenaran yang mereka ingin tegakkan, moga kejayaan mengiringi mereka!

Allah musta'an...


Monday, January 24, 2011

to be as tabah as them


I wrote a status at facebook : ''Kesabaran, ketabahan perlu dibina.. but.."

"but..".. but apa?

Jawapannya,

Ia tidak semudah lisan dalam melafazkan, ''sabarlah hanani''..

hakikat untuk berada dalam kesabaran itu sangat sukar apabila benar-benar dalam situasinya..

terima kasih Allah kerana menghadiahkan saya ibu dan ayah yang sangat baik, sangat penyayang, sangat memahami.. bila melihat mereka sabar, semangat untuk menjadi penyabar itu lebih besar, tapi kadang-kadang, tidak mampu...

suatu yang saya mampu ialah, menganggap setiap yang berlaku itu tidak berlaku, di mata insan lain.. sabarkah itu? ya, pada pandangan orang, saya mungkin sabar, tapi pada gelodak dan ombak yang menyerang dalaman, saya sudah lama hanyut..

hati sangat bimbangkan@terkilankan mereka.. mereka-mereka yang kini seolah bukan mereka lagi.. gelak tawa mereka yang tidak lagi didengari.. saya merindui mereka yang dahulu.. ya Allah, kembalikan mereka padaku sperti asal mereka.. tapi jika telah ditakdirkan mereka tidak akan kembali lagi, bagaimana?

ya Allah, sembuhkan "mereka"..atau.. beriku@kami kekuatan menghadapinya..
menghadapi suatu yang baru, yang tidak pernah terlintas di fikiran, tidak pernah terbayang di pandangan hati..

mencuba suatu yang baru kadangkala menyeronokkan, tapi sangat menyukarkan apabila suatu yang lama hilang terus.. ibaratnya, ditinggalkan ibu ayah untuk sebulan dua.. seronok bukan? paling kurang, dapat belajar hidup berdikari, mencuba masakan sendiri.. tapi bagaimana kiranya ditinggalkan ibu ayah buat selama-lamanya? .. psti.. psti sangat sukar, apatah lagi bagi yang sangat rapat dengan mereka.. tringat segala kenangan bersama mereka dan sebagainya..

itulah yang saya harap, sebagai org yang 'sgt muda', saya sgt berharap agar suatu yang tidak pernah saya bayangkan tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini.. jika berlaku juga, smoga Allah membantu diriku menjadi orang yang sabar, agar apa jua kemungkinan, bisa dihadapi dengan tenang, tanpa tekanan, tanpa kesedihan..

ingati Allah, hati akan tenang..

Wednesday, January 19, 2011

Sangat bertuah




Assalamualaikum wbt..

Bagaimana hari ni? harapan diangkat moga-moga sekalian kenalanku baik2 semuanya.. so do me, ahli baytku dan aku sndiri sentiasa dalam kebaikan yang Allah limpahkan, segala mehnah dan tribulasi yang muncul merapatkan lagi hati kami, moga Allah terus memberi kami tarbiyah terus dariNya, memberi kami pengajaran terus dariNya serta memberi kekuatan bagi kami menyelesaikan sisa baki hidup kami di duniaNya ini..

Kehabisan gas sobah (pemanas) dah berlaku sejak dua minggu.. tak juga kami top-up.. kesejukan yang menerkam pula makin menggila, yang ada hanyalah sobah elektrik pinjam dari Kak Marwa... Tak call ammu gas ke? kui2, selalu lupa la..kesian ahli baytku.. keluar je dari bilik air, seluruh badan bagai kaku terketar2..

Mujahadah terbesar diperlukan untuk bangun solat subuh, dan lagi besar diperlukan untuk solat tahajjud, ish2.. sepatutnya musim syita' ini menjadi suatu kelebihan buat penuntut ilmu memandangkan malam yang panjang membolehkan mereka bermunajat dengan pemilik ilmu dengan lebih lama, namun, 'aksu (berlawanan) la plak yang berlaku.. sungguh, satu malam dua rakaat tahajjud pun suatu yang boleh dikira bertuah bagi mereka yang diberi Allah keinginan untuk terus mengistiqomahkan tahajjud.. ya Allah.lembik je tangan kami nak angkat hiram.hihi.. ketahuilah diriku, Allah dah bagi kuderat dan kekuatan, hanya kamu je yang tak nak ambik..

Nenek, hati ni dirundung rasa bersalah la plak, time Allah bagi ujian kecik kat bayt aku haritu, dengan mudahnya ku berkata, "nape la duk amman ni.."... Astaghfirullah.. sikit pun takde niat nak kata gitu.. Duk sini la kebertuahannya ku rasa.. Sara hidup yang moderate, suasana solehah (sweileh), selamat lagi... bayangkan jika ku duk irbid mahupun mu'tah, berjalan seorang diri siang hari macam ni tak boleh.... setiap hari diganggu budak arab dan lain-lain.. ish2. Ya Allah, golongkan aku dalam golongan mreka yang bersyukur..

Di Amman ni la paling banyak tempat talaqqi, syabab sungguh bertuah, jadi memang rugilah bagi syabab yang tidak ambik peluang ni dan melemparkannya dengan sia-sia.. hatta orang dari mantiqoh lain datang ke Amman setiap hujung minggu untuk talaqqi..Syeikh Fadhl Hassan Abbas, Ulama' buta yang sangat hebat dalam tafsir, Syeikh solah kholidi, Syeikh al-murobbi Muaz Hawa, Syeikh al-Muhaddith Syuaib Arnout, Syeikh Abdul Malik Sa'di...dan banyak lagi.. jadi nasihatku pada syabab Amman, khususnya Sweileh yang kecik ni, jangan lepaskan peluang kalian. Di wise pula mangumpulkan doktor yang hebat-hebat, jika berpeluang akhawat berpakat nak jadi mustami'ah, syabab boleh la ikut Syed Usamah untuk jadi mustami'ah, akhawat dah ambik nombor Dr.Solah Kholidi, jadi inshaAllah takde masalah untuk jadi mustami'ah.. Di sana ada Dr.Mustofa Bugho, Dr.Zaghloul Annajar, Dukturah Fauziah(sayap kiri Dr.Fadh Hassan Abbas).

Apa lagi ye kesyukuranku duk sini, Ya, University of Jordan tempatku belajar, ok je, walaupun orang kata, duk sini nati jadi wahabi, Dr.Asri kan sini...ceh, lidah nak kena genyeh ngan lada tu.. padahal wahabi pun dia tak tahu.. jangan..jangan ambil kisah dengan mulut manusia..

Alhamdulillah dengan izin Allah, batch tahun ni diluluskan oleh pihak university atas bantuan Kedutaan khususnya Ust. Sulaiman untuk membayar dengan yuran tempatan, kurang dari UIA la yurannya, jadi takde la terbeban ayahku.. setiap tahun zakat disediakan lebih kurang seribu ringgit stiap sorang, aku belum dapat lagi, kena apply, tapi mcm tu la yang senior terangkan.. dan umrah free tanggungan jamiah, untuk akhawat mungkin prosesnya sedikit sukar sebab tiada mahram, namun, Dr.Shukri memberitakan bahawa tahun ni inshaAllah akhawat boleh pergi, mereka dah berbincang dengan pihak Arab Saudi sana..pegi bergroup.. namun, aku tetap meletakkan harapan hanya 50%, urusan dengan orang arab ni bukan boleh dipakai sangat, kejap macam ni, kejap macam tu, segalanya di tangan Allah, sungguh jika baik bagiku pergi awal, moga Allah membuka jalanNya..

Pihak Jamiah jga selalu buat rehlah untuk ajnabi, kadang-kadang free, kadang-kadang dengan bayaran 5JD...

Ya Allah...ampuniku jika nikmatMu ku kaburi dengan hanya sekelumit ujian kecil itu..

Doktor di kuliah shariah pula kebanyakannya yang sangat terkenal di Jordan ni, ramainya penulis buku.. Dr.Naufal, Dr.Khazir Majali, Dr.Sharif Qudhoh, Dr.Sulaiman Ad-duqur, Dr.Ibrahim Burqon, dan lain-lain... adeh..kenapa tak ambik peluang ni baik2 ngan diorang.hehe..permulaan ini biarlah ku mulai dengan melihat wajah mereka, cahayanya sungguh mendamaikan jiwa. Namun, sistem penilaian exam di sinilah yang paling sukar, untuk mendapatkan alif(mumtaz) itu tidak mustahil, namun sedikit payah..hehe.aku 3ba, 1jim..dari 'alamat yang diperoleh, pangiraan pointer pula bakal mengiringi selepas itu.. huhu..pointer tak tinggi sgt.

Ya Allah.. aku dan azeelah rasa bersalah sangat(dia suruh letak namanya ok), moga Allah mengampuni kami...sungguh, duk di sini merupakan saat paling bertuah, datang2, semua sudah lengkap, katilnya, karpetnya, kerusi dan sebagainya, kos kami kurang, syukur pd Allah.. Nak membeli sesuatu juga sangat mudah, berbeda dengan mereka di mantiqoh lain, terpaksa datang ke sini untuk mencari sesuatu, membeli kitab mahupun apa saja, di sini jugalah aku mampu merasai lembutnya isi ikan, (lepas 2bulan baru tahu ikan ada dijual kat sini)..

Last but not least, di sini lah aku merasai 'kerapatan' ukhuwwah dalam organisasi, kami di sini yang hanya berjumlah tak sampai 60 orang (campur kanak-kanak, ibu-ibu, suami-suami, syabab bujang dan akhawat bujang).. sememangnya relation antara kami sngat baik (mungkin), kalau ada pun, hanya segelintir yang menghuru-harakan kami, menyerabutkan keadaan..tapi ia bukan masalah, ia bermasalah bagi mereka yang mencari masalah..

Kami di Amman juga lah yang paling rapat dengan pihak MSD, dek jumlah kami yang kecil, justeru, pelbagai majlis yang diadakan, kami di Amman akan sentiasa turut serta..tanpa perlu dikuota lagi.. alhamdulillah.. di sinilah gian kerinduan terhadap keluarga tak terasa sangat, khususnya apabila berjumpa ibu-ibu yang sangat penyayang, para ust phd dan master bersama anak-anak mereka yang menceriakan keadaan membuatkan kesunyian itu terhapus...resepi juga boleh ditukar-tukar dengan para ibu, kefahaman ilmu juga boleh di upgrade dan update selalu dengan adanya mereka yang menyambung phd di sini..nasykurullah.

Jadi, pokoknya, tiada sebab untuk kami menolak rahmatNya, mengkufurkan diri kami akan nikmatNya, betapa Allah telah memberi kami suatu yang terbaik, jangan lah kami tutupnya dengan sekelumit perasaan terkecil hati yang tidak perlu diambil kisah, yer, syukur pdMu ya Allah...


Thursday, January 13, 2011

They



Siapa tak kenal, siapa pun pasti kenal..
Siapa tak pandang, siapa pun pasti pandang..
Ke mana dia pergi, apa dia buat,
Bagaimana tutur katanya, bagaimana perilakunya..
Yer,
Itulah kaum hawa,
Dan aku juga kaum hawa..
Kaum yang sangat istimewa, barangkali..
Kaum yang di hadapannya jalan ke syurga dengan mudah..
Namun seramai manakah yang benar-benar berjalan di jalan itu.
Kaku fikiran,
Bila diberitakan oleh Rasul tercinta,
Kaum kami rupanya,
Yang paling ramai menghuni neraka..
Kaum kami rupanya,
Yang palinng ditakuti baginda, fitnah akhir zaman..
Namun,
Jiwa ini sangat tersentuh,
Tatkala diberi ingat,
Bahawa insan yang sangat berjasa,
Yang melahirkan insan yang paling mulia,
datangnya dari kaum hawa..

Betapa Allah sangat Pengasih...

Last but not last

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah..

Fatrah imtihan berakhir hari ini. Madah Ulum Hadith..dengan al-fadhil doktor 'ala 'adawi..doktor yang sangat saya hormati, berbahasa arab fasihah, dan sangat mengalukan ajnabi..

Imtihan awal, senang..
Imtihan thani, juga senang..
Imtihan niha'ie, sedikit susahh dan mencabar, soalan plak banyak.

Mukasurat pertama, berkisar mengenai istilah2 dalam ulum hadith, dari awal pembelajaran hingga akhir.. masuk musalsal, mudabbaj, muftariq, mu'talif.. dan yang belakang-belakang yang biasanya pelajar akan tertukar.. pelajar ke saya je? kihkih..tajuk jarh watta'dil pun keluar.. apapun, akhamdulillah, try juga jawab..

Budak malaysia yang first keluar ialah Arif Amin..
Diikuti Nur Hanani Fadzilah. teragak-agak nak hantar sebab ada tiga kotak yang saya kosongkan..tak pasti jawapannya..penat berfikir.. pada awalnya, doktor sengaja letak budak cerdik dekat ngan saya, supaya boleh jeling-jeling kertas dia, tengok-tengok budak tu keluar awal..adus. tapi yelah, meniru ni tak berapa elok, jadi saya memang elakkan.. datang orang lain duduk tempat tu, dan orang tu plak berlubang lagi banyak..20 kotak, hanya 10 kotak yang dia isi..dan matanya asyik jeling kertas saya..hihi..kena-kena jawapan saya salah, takke kesian dia.

Kholas.. tammat

Monday, January 10, 2011

Dr. Yahya Maurice Bucaille

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi yang damai dan mendamaikan ni..alhamdulillah..
Esok exam ulum hadith, hari ni posting baru, hehe, suka benar buat hal gini..
Huhu..sibuk je..ini hal saya dan saya punya exam, anda jangan sibuk.

Jom baca kisah ni..dah lama berlaku, tapi biarlah.

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,”
katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah

----------------------------------------------------------------------------------

Atuk2 dan nenek yang pandai Bahasa Inggeris boleh klik sini.

kredit to Tranung kite

Sunday, January 9, 2011

Oh my dear friends


KECEWA.

KECEWA DENGAN DIRI SENDIRI..

Pada awalnya, 'alhamdulillah', aku mampu menjejaki kawan-kawan lama yang bersama berjuang di medan sekolah rendah, yang merupakan zaman muda paling menyeronokkan, zaman yang mana aku masih berlari, masuk lumba lari, masuk kawad pengakap, perkemahan..

'Mereka', turut sama dilatih untuk berpuasa pada hari khamis, dan setiap malam jumaat akan ada solat hajat serta majlis berbuka puasa bersama guru tercinta, En Osman, kemudiannya extra class seperti biasa.. 'Mereka' dan aku belajar sama-sama, di bawah satu bumbung bangunan yang baru, SK MACHANG 1, gah ke? tidak..sekolah yang biasa saje.

Yer, walaupun 'mereka' dan aku masih kecil, aurat itu 'mereka' dan aku kenal.. 'mereka' dan aku tahu erti 'malu'.. kerana kami sama-sama diajar mata pelajaran Pendidikan Islam oleh Ustazah Salasiah..di sekolah, fully bertudung.. di rumah, jangan ditanya lah..kanak2 lagi.

'Mereka' dan aku juga tahu sedikit bahawa tak boleh perempuan dan laki-laki bersentuhan.. jadi, kadang-kadang, kami mengumpat guru-guru yang tidak jaga batas tersebut..kuang3. dalam masa yang sama, kami buat jugak.. ketuk kepala org ni, ketuk orang tu, tarik tudung org ni, cabut songkok org tu.. ish2. kanak2.

Ya Allah.. sesungguhnya Engkaulah Yang memberi hidayah pada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan mencabutnya dari sesiapa pun yang Engkau tidak kehendaki..

Tatkala ingin menaip entry kali ini, betapa kepiluan menyucuk-nyucuk jiwa.. uslub apakah yang aku mampu guna sedang aku tidak mampu untuk berbahasa seperti bahasa mereka.. cara bagaimanakah bisa aku guna, sedangkan aku sangat jijik dengan cara mereka.. apakah jalan terbaik untuk ku dekati mereka sedangkan selama ini aku tidak pernah mendekati orang seperti mereka..

Berhembuskan angin solehah yang sungguh mendamaikan, suasana syamsul maarif dan maahad muhammadi sangat berbeza dengan suasana luar.. ketenangan berada di persisiran MSMP dan MMP tidak pernah menggugatku.. mengajak pelajar MSMP dan MMP kepada mengislah diri itu sangat mudah kerana mereka turut sama menyedut udara yang aku sedut.. mendekati pelajar sekolah biasa yang umurnya lebih muda dariku sangat mudah kerana hati mereka masih belum dibekukan dengan freezer kejahilan..

Apa yang mataku lihat, apa yang lidahku terbaca.. Ya Allah, aku inginkan mereka kembali seperti dulu.. biar tidak berlitup, tapi cukup jika mahkota itu mereka lindunginya.. lindungi dari dibakar api nerakamu.. Ya Allah.. kami sama-sama membesar, besarkan kami dalam lingkungan hidayah dan rahmatMu..muliakan kami dengan agamaMu, dekatkan kami dengan kebenaran di sisiMu..

Sob..sob.. mendekati non-muslim lebih mudah berbanding muslim yang tidak beramal dengan Islam.. Ya Allah, keluarkan mereka dan aku dari kepompong jahiliyah..moga kami mampu terbang bebas dengan kasih dan redhaMu.
Kecewanya terhadap diri sendiri.. Aku berani, tapi takut tatkala membaca perbualan mereka di laman facebook.. Aku berani, namun kecut perut tatkala melihat gambar-gambar mereka, gambar yang jauh menyimpang dari hakikat diri mereka zaman UPSR dahulu..

Ya Allah,
Apa guna cantik wajah,
Jika nanti bakal dipanggang,
Dengan api yang marak..
Apa guna ayu mata,
Jika nanti bakal melebur,
Dicurah tembaga panas..

Ya Allah,
Apa guna suara yang lunak,
Jika nanti melalui tengkuk itu,
Bakal dialirkan air nanah..
Apa guna semua ini,
Jika nanti,
Bakal dipaksa,
Menelan makanan berduri..

Ya Allah,
Tiada guna semua ini,
Andai segalanya menghalakan kami pd murka..

Berilah hidayah pdku dan pada sekalian temanku.. sepanjang permusafiran yang entah tinggal berapa lama lagi.. hembusan nafas kami yang terakhir, muslim haqiqi kah? atau fasiq? atau munafiq? wal iyazu billah minhuma..

Sungguh, beruntunglah mereka yang berakhir dengan pengakhiran yang baik..

dan Sungguh, betapa ruginya mereka yang berakhir dengan seburuk-buruk pengakhiran..rugi hayat mereka di dunia ini.. rugi masa mereka.. rugi segalanya..nauzubillah..

Semoga Allah mengampuniku..dan memberi kekuatan pd diriku......

Sunday, January 2, 2011

Ibarat santan


Saudara saudari,

Perlukah ditanya tentang ikhlaskah suatu amalan itu?
Ya, perlu ditanya pada diri sendiri..
Tapi tidak perlu ditanya pada orang lain..
Kerana ikhlas itu rahsia,
rahsia antara hamba dengan Pencipta..

Bila mengibaratkan tentang ikhlas..
bayangkan kiranya kalian memerah santan..
kalian menggunakan penapis paling berkualiti..
serta dengan segenap tenaga..
akhirnya terhasillah santan untuk kalian..

santan itulah ikhlas...

Suatu yang terhasil setelah pelbagai kotoran serta hampas-hampas yang tidak berguna ditapis..
lalu ia dibuang dalam tong sampah..
ibaratnya..
kita tapis riak, tapis rasa ujub, tapis takabbur dan tapis segala yang bakal merosakkan amal lalu membuangnya..
dalam kata lain..
ikhlas itu mentauhidkan Allah dalam amalan..

Firman Allah S.W.T dalam surah annisa' ayat 114

"لا خَيْرَ فِي كَثِيرٍ مِن نَجْوَىهُمْ إِلاّ مَنْ أَمَرَ بِصَدَقَةٍ أَوْ مَعْرُوفٍ أَوْ إِصْلَاحٍ بَيْنَ النّاسِ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ ابْتِغَاءَ مَرْضَاةِ الله فَسَوْفَ نُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا"

Dengan santan itulah bakal menambah rasa lemak bagi gulai yang dimasak..
dengan ikhlas itu lah bakal memberi kepuasan pada kita dalam setiap amalan,
dalam kata lainnya,
tidak tergugat dek pujian..
tidak rasa lemah dek cacian..
tidak marah dek tiada penghargaan..

Amalan kita seharian..
Jangan jadikan ia bagai debu berterbangan..
Yang langsung tiada nilaian..

Ya Allah..
Golongkan kami dalam golongan mukhlisin..

----------------------------------------------------------------------------------
aii mak cik ni..makin dekat exam, makin kerap update blog.. huhu..takpe, time ulangkaji, ulangkaji betul-betul.. update blog 15 minit je, apa lah sangat.

selamat membaca!

Ada lebih, ada kurang


Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 155 yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.

(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”


Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 10, bermaksud: “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.”

Akhir-akhir ni, ahli bayt ni kekurangan kesihatan.. penangan musim sejuk la ni+musim peperiksaan akhir semester 1. Sebelum saya, khadijah, sebelum khadijah, kak jannah, dan sekarang azilah pula. Syukur juga pada Allah, betapa dia mempergilirkan antara kami. Bila ada yang sakit, akan ada yang sihat..

dan saya... jangan sekali-kali sakit. Imtihan sudah hampir.. Kata prof dr. yusuf, punca utama sakit kita ialah kerana kegusaran hati. Pokok pangkalnya pada hati, jika hati terlalu bimbang memikirkan pada suatu perkara hingga menyebabkan keluh-kesah, maka nantikanlah effectnya pada jasad.. kelak, jasad pula akan merana..

Faktor lain itu memang tidak dapat dinafikan, faktor cuaca, makanan dan sebagainya..

Buat sekalian,

Seseorang yang Allah tarik penglihatannya.. ketahuilah bahawa anda sudah terhindar dari dosa mata, dosa melihat perkara haram..

Seseorang yang Allah tarik anggota badannya, dipotong tangan, dikerat kaki.. ketahuilah anda sudah terhindar dari dosa menzalimi manusia lain, dosa mencuri, dosa menjejakkan kaki ke tempat haram..

Seseorang yangg Allah bisukan lisannya, ketahuilah bahawa anda sudah terhindar selamanya dari dosa mengumpat, dosa mengata orang, dosa fitnah, dosa menyakiti hati orang..

Seseorang yang Allah sempurnakan matanya, ketahuilah tergalas padanya arahan menjaga pandangan dengan sebaik mungkin.

Seseorang yang Allah sempurnakan lisannya, ketahuilah, tergalas padanya arahan untuk menyampaikan kebenaran, serta menjaga lidahnya dari segala perkara haram..

Seseorang yang Allah sempurnakan tubuhnya, ketahuilah, padanya tergalas amanah Allah... amar makruf dan nahi munkar..

Ujian untuk mereka yang Allah tidak sempurnakan jasadnya ialah penerimaan terhadap ketidaksempurnaan itu.. Mungkin... Dia segan untuk bermuamalah bersama manusia lain, rasa kekurangan memanjang..

Namun ujian untuk mereka yang Allah sempurnakan jasadnya itu lebih besar..

Allah Maha Adil..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...