Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, December 19, 2011

Nasihat prof

Bismillah.

Alhamdulillah, hari ni dapat free treatment dan ubat free. InsyaAllah getting well dalam beberapa hari sahaja lagi. Terasa Allah begitu inginkan hambaNYA ini sentiasa ingat, sentiasa sedar betapa Allah tidak ingin biarkan kita dalam kealpaan.

Buat diri dan rakan..dalam bab ibadah dan ahkam, ramai yang dah perbahaskan. jadi, hari ni jom kita hayati sebuah hikmah.. sangat sesuai untuk pihak yang merasa dirinya buruk, dan pihak yang merasa dirinya mulia. Kita adalah bagaimana kita memandang orang lain...

Dalam blogku yang lain ^_^.. ku catat segala yang dinasihati oleh prof tercinta. antara yang pernah tertulis pada ogos lalu..


Mafhum sebuah kata dari Ibnu Atoillah yang merupakan seorang ulamak sufi, ahli hikmah yang hebat.. 

"Berjalan dalam perasaan hina dina dek dosa yang dilakukan, lebih baik dari berjalan dengan perasaan bangga dan ujub dek ibadah yang dikerjakan"..

Dukturah memberitahu, Itu bukan bermaksud "lakukan dosa agar kamu jadi lebih baik"... tidak sama sekali..

Tapi sebagai kesedaran pada kita bahawa

Saat hati kita berada di tahap paling rendah, saat itu kita paling hampir dengan Allah SWT..

_____________________________________________________________________



Sunday, December 18, 2011

Persatuan sebagai medium

Bismillah.

Alhamdulillah, alhamdulillah. hari ini masih lagi diberi nafas untuk hidup, meneruskan tugas sebagai hamba Allah, sebagai anak, pelajar dan sebagainya.

Syukur & Gembira..

Berjaya menyiapkan assignment yang saya kira sedikit sukar. Bertajuk peranan wanita dalam kisah Nabi Musa a.s. Tidak sempat menaipnya, hanya tulis tangan, dan hanya 10 m/s. Terus hantar pada Dr.Sulaiman adduqur hafizahullah hari ini. Saya kira, juhud(usaha) masih belum diberi sepenuhnya, sebaliknya hanya secara luaran dan tidak begitu mendalam. adeh, kita cuba lagi yek.

Sedikit penat..

Kini masih berbaki dua kerja, yang diterima minggu lepas. Alhamdulillah semester yang cukup menguji dek berhadapan dengan para profesor yang sukakan assignment. Pertama, tentang pelaksanaan zakat & persoalan tentangnya. Kedua, tentang kemukjizatan alquran. Benarlah kata rakan bahawa prof2 di takhassus usuluddin kebanyakannya suka beri kerja!

InsyaAllah semester depan pasti adalah semester terbaik. Jangan pernah undur belakang!

Komitmen dengan persatuan, bagaimana ye?

Saya kira persatuan bukanlah gangguan.. sebaliknya ia nilai tambah. Teruskan berpersatuan, bukan kerana nama persatuan, bukan kerana 'org' dalam persatuan, dan bukan kerana 'hebatnya' pandangan orang terhadap kita bila berpersatuan.

Sangat2 cinta akan persatuan yang sedang saya join sekarang.. banyak isu2 yang berlaku di Malaysia, mungkin kita tak milikinya di universiti, sebaliknya persatuanlah medium yang menjadikan kita memilikinya.

________________________________________

p/s : seorang wanita tidak mungkin berubah berjiwa lelaki sekalipun hebat dalam persatuan atau sebagainya. Perkara yang mengecilkan hati, tetap mengecilkan hati sekalipun ia sangat ringan pada pandangan lelaki.

Peliknya, orang zaman sekarang menganggap wanita itu sehebat lelaki. Blog bersikap tegas dan sebagainya. Mungkin ada, tapi segelintir sahaja.

Tapi itulah, untuk jadi orang yang bermanfaat, semua itu perlu ditepis. Perasaan yang boleh mengganggu gugat komitmen dalam persatuan atau sebagainya perlu dipisahkan. Bukan membuang fitrah, tapi mengawalnya. Yakinlah anda yang membaca juga mampu. Anda yang menulis juga mampu. (sekalipun mengambil tempoh masa)

Persatuan memerlukan semangat yang berterusan kerana ia merupakan kerja tanpa gaji mahupun elaun. Berperang dengan pengurusan masa, emosi dan sebagainya. Memang hebat mereka yang mampu melibatkan diri dalamnya tanpa menjejaskan hal2 lain.

Perkara luaran terpenting dalam gerak kerja ialah bersungguh menjaga ukhuwah sukarelawan, menjauhkan diri dari segala unsur yang boleh memusnahkan ukhuwah serta memboikot kerjasama. Ramai yang tidak bersemangat menaikkan persatuan bukanlah kerana tidak ingin, tapi masalah ukhuwah yang terbit bakal meruntuhkan segalanya. Sering bertelagah, mengambil tindakan yang berbeza, dan sebagainya.

Last but not least, jadilah kita umpama bangunan yang saling meneguhkan sesama sendiri, kaji kembali tindakan diri sendiri, dan tindakan secara beramai. Kaji kembali jalan yang pernah ditempuhi, luaskan ia untuk kebaikan. Jangan bertelagah, dan hilangkan rasa tidak puas hati yang terpendam.

Masa itulah penawar, Allah jua tempat kita ajukan segala kepedihan.

Tindakan manusia itu bermacam. Andai mereka tersilap bicara, serahkanlah urusannya pada Allah. Andai benar, kajilah kembali diri sendiri.

Amalkan tegur menegur secara berhikmah di dalam persatuan, kita sering kata "tiada jalan lain" untuk menegur selain dari mengadakan mesyuarat(sebagai contoh)..kerana, bagaimana jika rakan yang bakal ditegur itu tahu? apakah perasaannya tatkala keburukannya dibicarakan secara beramai2.. Tiada jalan lainkah alasan kita? sedangkan kita tidak pernah "mencuba" jalan yang pertama iaitu menegur secara direct.. plan A. Jika tidak berjaya, plan B iaitu menyuruh orang yang terhormat untuk menegurnya. Jika tidak berjaya, akhirnya, perlulah masalah rakan itu dibincangkan. Bukan untuk mengukuhkan hujjah akan kesalahannya, tapi dipendekkan semata2 hanya untuk mencari jalan penyelesaian.

Itulah antara elemen2 penting bagi saya, untuk mengukuhkan lagi kehidupan pelajar berpersatuan, agar persatuan itu mampu dijadikan medium dakwah dan insan2 di dalamnya saling meneguhkan..

Bittaufiq wannajah buat diri sendiri dan sekalian pembaca. Motivasikan diri dalam setiap perkara.

Sunday, December 11, 2011

Bila kita

Bismillah.

Alhamdulillah, syukur, syukur pada Allah SWT atas limpah kurniaNYA masih mengizinkan aku untuk terus bernafas di bumiNYA ini seterusnya menggunakan segala manfaat duniawi yang ada untuk ku sampai akhiratku.

Setelah meneliti dan muhasabah kembali. Aku menyedari betapa akademikku merosot untuk semester kali ini. Tidak semua madah merosot, tapi sesetengahnya. Banyak perkara yang bermain di fikiran, tapi persatuan bukanlah faktor terbesar. Faktor terbesar ialah pengurusan masa, emosi, jasmani dan rohani.

Allah.. lembutkan hati rakan2ku untuk berpindah...penat duk sini..

Hilang beg beberapa minggu lepas.Tak pernah aku mengalami kehilangan sedemikian, antara gembira dan berduka... aku kira, pertamanya, aku gembira dek tidak pernah mengalaminya, paling kurang ini sebagai modal untukku bersedih setelah sekian lama air mata tidak gugur..

Kini demam dan kurang sihat. Alhamdulillah ya Allah.. moga diri ini terketuk lagi, terketuk lagi .. untuk terus dikaffarah.. syukur jika sakit ini sebagai kaffarah. Paling kurang aku menyedari bahawa Allah masih lagi inginkan aku untuk muhasabah kembali diriku. Dosa apakah yang masih tidak habis sehingga aku dikaffarah...muhasabah lah wahai diri... Siapa yang mahu kembali pada tuhannya dalam keadaan penuh dosa di belakang? ya Allah..

Sebab itulah..
Jika aku menemuimu ya Rasulallah.. terlalu banyak yang ingin diluahkan...

Perkara halal menjadi susah.. hingga kadang2 membuatkan sesetengah insan berputus asa..
Perkara halal menjadii ejekan hingga kadang2 membuatkan sesetengah insan kecewa..
Adat batil diangkat hingga ia dianggap syariat..
Adat batil dimasyhurkan hingga ia dianggap ajaran Islam..
Hakikatnya ia menyusahkan.. memburukkan keadaan..

Ya Allah..tak tau nak cakap apa..

Tuesday, December 6, 2011

Self modification

Bismillah.

Memulakan kalam dengan serba sedikit kekesalan. Rasa "terkena" pada diri sendiri. Bila meletakkan persatuan, akademik serba sedikit menurun. Bila meletakkan akademik, serba sedikit tanggungjawab lain mula kurang komitmen, termasuk tugas sebagai ahli rumah yang baik..Tapi silapnya bukan pada persatuan, tapi pada diri sendiri, khususnya dalam membahagikan masa..

Pelik jika sesorang menyalahkan persatuan, sedangkan kerja persatuan itu hanyalah sampingan bagi mengelakkan keboringan belajar sepanjang waktu.. menghabiskan masa di depan facebook tak pula menjadi masalah ye ^^, itulah masalah sebenar yang tidak kita sedari.. waaaah.. banyak perubahan yang perlu dilakukan, alang2 tahun baru buat umat Islam..jadi sama2 lah kita berazam untuk berhijrah.. hijrah ke arah yang lebih baik...

Kehebatan hijrah menyebabkan Saidina Umar r.a menjadikan ia sebagai titik tolak permulaan kelendar Islam. sebab itu dinamakan kelendar hijri.

Berhijrah bukanlah kerana ingin menunjukkan kelemahan, ataupun kekurangan dan ketakutan. Tetapi untuk membina kekuatan serta membentuk jiwa baru yang mampu berjuang lebih jauh.

Ketika Nabi dilanda dengan tahun kesedihan. Israk & mi'raj menjadi kekuatan bagi Nabi..

Hijrah pertama umat Islam ke Habsyah iaitu pada Rejab tahun ke 5 kenabian Muhammad S.A.W..

Allah AL-kHOLIQ mengkhabarkan pada hambaNYA bahawa bumi yang diciptakanNYA ini bukanlah sempit.

Firman Allah dalam surah azzumar ayat ke 10.

قُلْ يَا عِبَادِ الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا رَبَّكُمْ لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ وَأَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةٌ إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
"Katakanlah pd mereka bahawa Allah mengkhabarkan ,, wahai hambaku yang beriman, bertaqwalah pada tuhanmu, untuk mereka yang melakukan kebaikan di dunia ini pahala, dan sesungguhnya bumi Allah ini sangatlah luas,dan DIA menjanjikan ganjaran yang tidak terkira buat mereka yang bersabar"

Diketuai oleh Uthman bin Affan r.a, rombongan hijrah pertama ke Habsyah terdiri dari 12 orang lelaki dan 4 wanita..dan bersama rombongan ini ada anak perempuan Rasullah S.A.W merangkap isteri kepada Uthman bin Affan, iaitu Roqiyah...

Tahun yang sama juga mereka pulang kembali ke Makkah dek mendengar berita palsu kononnya quraisy Makkah telah masuk Islam..

Jadi... HIJRAH KALI KE DUA KE HABSYAH..

dan pastinya bilangan muslimin kali ini lebih ramai, iaitu seramai 83 orang lelaki dan 18 (ada berpendapat 19) wanita.. dan ketika itulah, musyrikin Makkah turut menghantar 2 orang "orang mereka" iaitu Amru bin Al 'as serta Abdullah bin Abi Robi'ah ketika mereka masih lg dalam jahiliyah- ..untuk menipu raja Habsyah iaitu an-Najasyi... namun Allah menggagalkan perancangan mereka apabila melembutkan hati anNajasyi untuk terus mengizinkan umat Islam Makkah tinggal di Habsyah dgn aman.. ^_^

---------------------------------------------------------------------------------------------
Jika mahu diceritakan semua, panjang lah jadinya... cukup kita ketahui serba sedikit, itu belum lagi hijrah ke Madinah dan fasa2 menuju padanya..

Pokoknya..
Jika begitu hebat kesungguhan mereka dalam mempertahankan ISLAM, dalam menjaga keimanan,,, mengapa kita dengan mudahnya berasa lemah, merosot sekali bukan bererti merosot selamanya.. Islam tidak pernah mengajar umatnya untuk berputus asa..sebaliknya sentiasa mencari kekuatan di mana pun peluang yang ada.. bukan kerana diri sndiri ingin mncari nama.. tapi krana ISLAM mengajar umatnya untuk kelihatan hebat di mata org lain.mencari nama untuk tegakkan ISLAM..

Berhijrahlah sambil muhasabah diri... sejauh mana penekanan terhadap pengurusan diri, emosi dan rohani... sejauh mana penekunan kita dalam menuntut ilmu sedangkan kita menyebut ''datangnya kita ke sini'' ialah untuk menuntut ilmu..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...