Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Thursday, January 14, 2010

Pengembaraan disambung kembali

Assalamualakum warahmatuLLah.

Syukur pada Allah, seminggu berada di asrama 3 Maahad Muhammadi Lilbanat, berasa sedikit kelainan, tidak ada perasaan ingin pulang ke rumah, malahan sering berbincang dengan sahabat form 6 di sana untuk mengisi cuti hujung minggu dengan sesuatu yang bermanfaat insyaAllah. Minggu ini terpaksa pulang ke rumah kerana masih ada banyak barangan yang tak sempat dibawa pada minggu lepas.

Semalam, saya bersama beberapa orang sahabat mengembara ke Manek Urai di Kuala Krai untuk melawat bekas pengerusi BADATI MMP, Shafida Osman, yang baru kehilangan bonda tersayang. Syukur perjalanan yang memenatkan penuh dengan pengalaman baru. Shafida masih mampu tersenyum dan bergurau senda walaupun hatinya diselubungi hiba, ya, itulah bekas pengerusi badan dakwah maahad, yang jiwanya telah dilatih dengan perisai ketabahan, saya yakin, inilah dugaan yang bakal menaikkan darjatnya di sisi Allah, saya cukup sayu melihat adik bongsunya yang baru berusia setahun menangis dalam keadaan dirinya yang demam panas, pastinya bayi itu lebih lagi merasai ketiadaan ibunya, tidak lagi boleh menyusu dan tidak lagi mampu menatap ibunya. Semoga Allah tabahkan mereka sekeluarga.

Pelajar Maahad diberi masa seminggu ini untuk memikirkan sejauh mana mereka ingin mendalami ilmu di tingkatan 6. Seterusnya, diharap bagi yang sekadar belajar hangat-hangat tahi ayam, dipersilakan ke tempat lain. Itu lah yang sering dipesan. Bagi yang ingin memenuhi masa cuti dengan sesuatu yang bermanfaat, ustzh kami menyarankan agar mereka pergi menadah ilmu di mana-mana pondok pengajian agama, atau mengambil kursus bahasa inggeris sebagai persediaan ke IPTA.

Mungkin catatan kali ini kurang ilmiah. Tapi jadikan ia ilmiah. Di bawah ini berupa lirik yang sangat mengoyak lapisan yang meliputi hati. Semoga kita hayatinya.

Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009



wassalamalaikum warahmatullah

Thursday, January 7, 2010

Hargailah mereka


Assalamualaikum warahmatuLLah.

Mungkin bagi yang masih mempunyai bonda, tidak merasakan nilaian kasih mereka. Namun,bila kehilangan mereka, barulah terserlah di mata anak-anak satu demi satu perkara dan jasa bonda dalam hidup. Menangis sesedih manapun, jasad dan roh itu tidak lagi kembali, jasad yang dulu pernah membelai kita, namun di akhir hidup mereka, dimakan tanah jua. Allahu Robbi, tidak dapat saya bayangkan bagaimana hidup saya apabila kehilangan ibu suatu masa nanti.

Perjalanan ke Maahad Muhammadi Lilbanat hari ini membawa hati saya meruntun hiba melihatkan seorang ibu yang kelihatannya sudah separuh usia, menunggang basikal sambil membonceng anaknya yang di jemput dari sekolah yang tidak kurang jauhnya. Jalan raya yang kesesakan membuatkan bas bergerak perlahan, seiring di sebelah bas itulah mereka dua beranak dengan berhati-hati menggerakkan basikal. Si anak memegang pinggang si ibu manakala si ibu kelihatannya sedikit gemuruh dengan kesesakan yang menyukarkan pergerakan basikal, apatah lagi bila bertembung dengan motor yang sama-sama ingin mara ke destinasi, ditambah pula dengan jalan becak ditepi disebabkan hujan pada sebelah pagi. Kesian melihatkan keadaan tersebut.

Ketika si ibu ingin membelokkan basikal ke lorong di sebelah kanan, yang pada pendapat saya, mungkin rumah mereka dalam kawasan tersebut, mereka anak-beranak hampir terjatuh disebabkan tanah yang masih basah. Saya hampir terjerit sendirian melihat keadaan tersebut. Namun, situasi berjaya dikawal oleh si ibu. Syukur. Mereka akhirnya berjaya juga masuk ke lorong tersebut, kemudiannya, saya tidak lagi melihat kelibat mereka. Sejurus selepas itu, saya melihat kotak hadiah yang saya belikan untuk bonda tercinta, hadiah ini langsung tidak mampu membalas jasa baik bonda. Tapi sekurang-kurangnya, biarlah bonda berasa girang dengan hadiah ini.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ''Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) terhadap ibu bapa. Ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam tempoh dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu, dan kepada-Ku jua kamu kembali.''-Surah Lukman ayat 14.

Dalam ayat tersebut. Allah menyebut secara khusus akan perbuatan ibu yang jelas memaparkan kasih sayang mereka terhadap kita. Maha Suci Allah yang menjadikan bagi wanita itu sifat penyayang yang tinggi. Penat dengan morning-sickness, alahan yang pelbagai hingga ada yang lembik seluruh badan, serta dengan kewajipan terhadap Allah yang sentiasa ditunaikan walaupun sedikit penat ke sana ke mari sambil membawa kita yang relaks dalam rahim ibu. Bermula berita hadirnya kita, tentunya ibu membuat pelbagai cita dan impian, serta mengimpikan pelbagai kebaikan dari kita, di samping memikirkan pelbagai nama yang indah, menyiapkan diri untuk membeli pelbagai peralatan dan pakaian semata ingin menyambut kehadiran kita dalam hidupnya. Apakah kita mengerti hal ini?

Justeru, amat kejamlah seorang anak yang memusnahkan impian ibu bapa, yang sengaja menghampirkan diri mereka menjadi orang yang tidak berguna, yang sengaja memaparkan kepada ibubapa perasaan muak dan benci. Jika kita tidak menyukai teguran mereka sekalipun, usahlah menonjolkan perasaan tidak suka, sebaliknya berlakonlah seolah kita menerima teguran tersebut. Adakah kita rugi jika berbuat sedemikian? Tentunya tidak.

Buat kali ke berapa entah, saya memuhasabahkan diri untuk lebih menghargai ibu. Selagi roh masih dalam jasad, selagi itulah diri ini terasa berhutang dengan insan yang bergelar ibu. Buat ibuku, kini sekali lagi usiamu menginjak, namun ia bukan penghalang untukku lebih menyayangimu. Walau suatu masa, syurgaku bukan lagi di bawah telapak kakimu, namun ia bukan penyebab untukku melupakan jasamu. Kami adik beradik dengan senekadnya ingin membuktikan buat ayah dan ibu,bahawa tidak rugi didikan yang kalian berikan selama ini, tidak rugi curahan kasih sayang kalian buat kami, tidak rugi segala perbelanjaan keringat dan wang yang kalian relakan terhadap kami. Segalanya akan dimanfaatkan, untuk kehidupan kalian di dunia dan di sana nanti.


Kepada ibuku, semoga Allah memberkahi dan memanjangkan usiamu.

''Allahumma irhamhuma kama robbayani soghiro''

WaLLahua'lam.

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Wednesday, January 6, 2010

Sejurus Exam...


Assalamualaikum warahmatuLLah.

Di tangan ini terdapat kertas peperiksaan Pendidikan Syariah Islam, yang mana di halaman belakang sekali tercatat sesuatu..

tamat..dah habis jawab jam 11.25 pagi..Hari ini hari Rabu, 16 Disember 2009. Masya-Allah. Hari ni dan masa ni aku sedang menunggu ketua pengawas yang baik tu sound ''Baik, masa menjawab dah tamat, semua calon dikehendaki berhenti menjawab''. Terngiang-ngiang di telinga suara beliau. Walaupun siap awal tapi memandangkan ni hari last dan paper last, aku tak mahu keluar lagi. Sebab ni la yang dipanggil saat indah yang bakal ditinggalkan. Aku semak dan semak my paper, puas tu, so I write this, Mengisi masa luang. Ada pengawas yang tengok kat aku, apa yang dia fikir, kenapa aku bersemangat menulis di halaman belakang..tanda tanya dalam kepala dia akhirnya terjawab dengan lalu kat tepi aku sambil intai. Aku tengok ada dah yang keluar. Huh..hebat tu. Erm..I flash back deep to the first day I ambik exam SPM, iaitu paper sejarah, Huh..itu sangat mendebarkan. Lama-lama jadi semakin tak berdebar. Exam PSI hari ni, syukur.. InsyaAllah..

Sejurus di sound, saya bersalaman dengan pengawas peperiksaan yang same gender. Then mengucapkan terima kasih. Keluar dari dewan, rasa ingin bertakbir sepenuh hati, namun, apa yang dilakukan tak lebih sekadar tersenyum dan bertakbir biasa-biasa.''AllAHUAKBAR, habis dah''. Kawan saya, al-samihah amni, mengambil handphonenya lalu menunjukkan kepada saya dan rakan-rakan betapa gembiranya dia mendelete semua mesej-mesej tajuk spot. Teringat kata-katanya,''wah, awak tahu tak, betapa gembiranya saya dapat delete mesej ni..'' Yes, I can predict it. Semua orang bergembira, ada yang berpelukan sesama mereka.


Sebulan lamanya mengenepikan semua perkara yang tidak bersangkut paut dengan exam, meninggalkan tv, internet, dan sebagainya. Melihat reaksi Aisyah Mat Zin budak bijak biologi, Fazilah Hanisah, Aisyah, Hanis si cerdik addmath, Fadhilah si best student, Syafida, Syida dan ramai lagi, semua mereka memaparkan reaksi melepaskan kelegaan yang teramat sangat.



teacher aziah
Sengaja mencoretkan hal ini, Sebagai tatapan dan kenang-kenangan buat teman-teman seperjuangan. 5SC2 in memories. Walaupun kenangan itu tidak boleh dibawa ke kubur, tapi selagi kita hidup di dunia, ia lah yang bakal menyatukan hati. Seterusnya di jadikan pengukuh ikatan ukhuwwah, yang diharap sampai ke mahsyar nanti.

Monday, January 4, 2010

akala,yaakulu,kul..

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Dari Anas Bin Malik r.a, RasuluLLah s.a.w telah bersabda : ‘’Sesungguhnya Allah Ta’ala akan redha terhadap hambaNya yang mengucapkan tahmid @ puji-pujian bagi Allah sesudah makan dan minum.’’-(HR MUSLIM)

Alhamdu-Pujian
liLLah- bagi Allah


Justeru, alhamduliLLah, segala pujian bagi Allah. DIA lah yang memberi kepada kita nikmat ini yang sememangnya tak dapat lari lagi, makan untuk memperolehi tenaga, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan, dan nikmat-nikmat lain yang tak terkira.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : ‘’Dan apabila engkau mengirakan @ menghitung nikmat Allah, nescaya engkau tidak akan mampu menghitungnya…’’-surah Ibrahim.

Sememangnya Allah layak dipuji, sejak mula diletakkan roh ketika dalam rahim ibu, hinggalah saat menutup mata diambil kembali roh tersebut. Malahan lebih dari itu..



Apapun, yang perlu diingati di sini ialah mulakan dengan basmalah. Dan makan secara berpada-pada kerana Allah berfirman yang bermaksud : ‘’..dan makanlah dan minumlah serta janganlah berlebihan kerana Allah tidak menyukai orang yang berlebihan.’’-surah al-baqarah.

Dan RasuluLLah ada bersabda : ‘’Bagi anak Adam tidak ada wadah yang lebih buruk untuk dipenuhi daripada perut. Cukup bagi anak Adam beberapa suapan makanan yang dapat menegakkan tulang belakangnya. Maka apabila dia harus makan banyak , hendaklah menjadikan sepertiga isi perutnya untuk makanan, sepertiga yang lain untuk minum, dan sisa sapertiganya lagi untuk nafasnya.’’-(HR Tirmizi yang mengatakan hadis ini hasan, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Terlebih makan menyebabkan ingatan kurang tajam, menghadirkan sifat malas dan mendatangkan penyakit, kerana banyaknya penyakit biasanyalah berasal dari perut. Jika sejak kanak-kanak lagi mengamalkan makan yang berlebihan tanpa kawalan, apatah lagi makanan itu entah halal atau tidak, suci atau sebaliknya. Bagaimana kira keadaannya bila dia meningkat dewasa nanti? Justeru, didik sejak kecil lagi untuk mengawal makanan.

ALLAHUAKBAR. Semoga Allah menguatkan saya dan anda semua untuk sentiasa berhamdalah dalam segenap perkara serta lebih berpada-pada dengan apa yang terhidang depan mata.

Wallahua’lam.

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Tahniah


Assalamualaikum warahmatuLLah.

Baru-baru ini, semua calon Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Penilaian Menengah Rendah Ugama(PMRU) mengambil slip keputusan masing-masing, tahniah kepada semua yang berjaya, termasuk si adik bongsu, alhamduliLLah. Now, bekerja keras untuk SPM la pula ye!!

Teruja dan terkejut pencapaian MMP dalam kedua-dua exam tersebut. Jika mahu lihat, sudilah merajinkan diri menjenguk web ini..

Lastly, kepada kita juga, moga berjaya!

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Friday, January 1, 2010

Take it easy



Assalamualaikum warahmatuLLah.

Malam ini sungguh mendamaikan. Hujan pagi tadi masih bersisa sedikit hingga ke malam hari. Saya menaip di waktu malam kemudian menyimpan dalam pendrive. Bila tiba masanya, saya akan post sebagai catatan baru.

Entah kenapa di ketika ini, hati berasa sedikit ‘low’. Korek punya korek, serta menyelidik segenap kotak perasaan dan fikiran, saya tidak temui factornya, mengingatkan saya tentang jalan yang Allah beri kepada kita hambaNya pabila kita buntu.

• Solat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang…(hingga ke akhir ayat)’’- Surah al-Baqarah:45
• ZikruLLah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’ ..Ketahuilah dengan zikruLLah itu tenang tenteramlah hati manusia.’’-surah ar-Ra’d:28
• Membaca al-quran,mendengar dan mengahayatinya. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’dan apabila dibacakan al-quran itu, maka dengarlah akannya dan diam lah , agar kamu mendapat rahmat.’’-surah al-A’rof-bukan sahaja di dalam solat, malah di luar solat juga kita dituntut untuk mendengar dan mendiamkan diri ketika terdengar bacaan kalamuLLah. Mudah-mudahan
• Munajat dan memuhasabah diri. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), dan hendaklah stiap diri melihat dan memerhatikan apa yang telah ia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat)..’’-surah al-Hasyr:18

Banyak sekali yang saya tidak tahu, justeru, itu sahaja yang mampu saya sajikan untuk kali ini. Bila mana ketenangan dan keredhaanNya yang dicari, Allah akan uji kita sejauh mana kita benar-benar inginkannya. Saya cemburu melihat mereka yang begitu hampir dengan Allah, bagaimana mereka bisa sentiasa begitu?

Pernah saya terfikir, jika saya bersama mereka, tentunya sayalah yan paling kerdil. Justeru, saya sangat berharap bisa bertemu mereka dan mengenali mereka agar saya dapat kutip mutiara-mutiara dari lidah mereka yang bersumberkan cahaya ilham dari Rabbul Izzati..mudah-mudahan.

Wallahua’lam

Wassalamualaikum warahmatuLLah.

Hebatnya orang mukmin

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Hari yang mulia ini menyaksikan seorang ahli qoryah saya pergi mengahadap Ilahi. Allahyarham pak cik Ghoni menghembuskan nafas terakhir pada maghrib semalam,malam jumaat. Jenazah disempurnakan pada hari ini, Jumaat. Disayukan lagi dengan hujan yang turun renyai-renyai serta para penziarah Allahyarham yang sangat ramai sehingga kereta melimpah ruah memenuhi jalan.

Hati saya cenderung untuk menyingkap firmanNya yang bermaksud : ‘’……..dan berilah khabar gembira terhadap mereka yang sabar’’-surah al-Baqarah ayat 155.

Kemudian sabda Rasulullah s.a.w yang bererti : ‘’ Amat menghairankan sekali perihal orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya adalah baik baginya, dan hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin sahaja, apabila dia diberikan kesenangan, diapun bersyukur, maka jadilah hal itu baik baginya, sedangkan apabila dia ditimpa kesukaran, yakni yang memberi mudharat kepadanya, dia pun bersabar, lalu jadilah hal yang demikian itu pun baik baginya.’’-(HR MUSLIM)

Jangan buat-buat tak tahu

Assalamualaikum warahmatuLLah.

Hari ini 1 hb Januari. Semalam saya menerima banyak mesej berupa ‘wish for the new year’. Malahan ada sahabat sefikrah yang tidak ternafi turut bagi ‘wish’ tersebut. Bagi saya mereka terlupa sekejap bahawa new year kita bukanlah 1 Januari, tapi 1 Muharram. Justeru, saya tidak salahkan mereka.

Jika kita meneliti kalamuLLah, pastinya kita rasai bahawa Allah itu sangatlah pengasih. DIA lah yang Maha Pengasih dan Penyayang. Benarlah jika kita katakan bahawa al-Quran itu panduan hidup yang membawa kesejahteraan. Setiap inci perbuatan kita sudah dipandu oleh kalamNya dan tidak dibiarkan terkontang-kanting tanpa panduan lantas di azab. Tidak wahai saudaraku.. Allah tidak begitu. Allah Yang Maha Adil sudah memaklumkan kita tentang fi’il perangai yang membawa kepada murkaNya, lalu mengkhabarkan kita tentang azab yang pedih yang bakal ditanggung sekiranya kita melanggari perintahnya, juga dengan berita gembira berupa syurga bagi yang menurut perintahNya. Hanya bagi mereka yang tidak mengambil ibrah dari segala makluman Allah itulah yang bakal berhadapan dengan seksa binasa,justeru tidak lah layak bagi mereka untuk mengatakan ‘’mereka tidak tahu’’ sedangkan panduan sudah ada di depan mata. Duit,internet,buku,kuliah di masjid dan sebagainya yang berupa jalan mencari hidayah sangatlah banyak. Hanya kita sahaja yang tidak ada zuq untuk hal tersebut.
Enak sekali ye saya berbicara.

Sahabat sekalian, teliti maksud firman Allah ini.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud : ‘’Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu berkata tentang sesuatu yang kamu sendiri tidak kerjakan?’’-surah as-Sof ayat 2
Ayat tersebut diikuti pula dengan firmanNya yang bermaksud : ‘’(hal itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.’’-surah as-Sof ayat 3

Cukuplah sekadar terjemahan ayat untuk memberi kesan yang mendalam kepada kita yang mengakui diri sebagai penyeru orang kepada kebaikan. Jika diselidiki tafsir, sabab nuzul dan sebagainya, pastinya sangat panjang dan itu tidaklah di bawah kemampuan saya sebagai anak yang baru belajar meniarap.

Malu sekali rasanya bila mengingatkan sejarah-sejarah perjalanan ulama’-ulama’ terdahulu seperti Imam Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain yang sudah merelakan diri mereka dalam medan ilmu semenjak kecil lagi. Malah ada dalam kalangan mereka yang sudah diberi kepercayaan untuk mengeluarkan fatwa ketika umur 16 tahun.

Saya ingin membawa anda menyingkap kembali tentang diri kita. Gerun gementar rasa hati dikala dua ayat tersebut dibacakan. Pernahkah kita terfikir, apakah yang semua kita tulis ini kita amalkan? Atau jika kita ahli badan dakwah, adakah apa yang diberitahu terhadap mad’u kita selama ini kita kerjakan? Besar lagi tanggungjawab golongan pemimpin Islam. Sungguh menakutkan! Setiap patah yang kita keluarkan akan dipertanggungjawabkan kembali di akhirat nanti, bersediakah kita untuk menjawab setiap persoalan yang bakal dikemukan oleh Allah Rabbul Jalal?

Apakah kita ingin mengatakan bahawa kita ‘’tidak tahu’’ tentang perkara ini?
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk sentiasa istiqomah menyeru kepada kebaikan serta mencari kebaikan, di samping istiqomah mengamalkannya.

Wassalamualaikum warahmatuLLah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...