Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, October 31, 2012

My Zauj

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah. Kuliyah bermula seperti biasa setelah 5 hari cuti aidiladha. Rindu sangat pada bonda dan ayahanda di Malaysia. Tapi perkhidmatan kad murah untuk call Malaysia telah habis ketika itu. Hanya dapatt mengutus beberapa SMS buat ayahanda dan bonda di Kelantan yang pastinya menanti panggilan berita dari anakandanya.. :'(

Alhamdulillah lagi, rezeki Allah mencurah-curah. Daging kambing pun banyak dapat. Dapat pulak lebihan kotak dari delegasi Malaysia yang terkandung dalamnya makanan yang banyak. *kami bukan pelarian, tapi suami membantu mereka dalam misi memberi bantuan kemanusiaan buat pelarian syria, so that,..* Allah juga telah mempermudah urusan suami dalam banyak hal. Busy semacam je dia.. Terjemah, baiki komp, antivirus, mengajar dll.

Usia sekarang 20 tahun. Maksudnya masih berbaki 4 tahun sebelum masuk usia 'normal' utk sebuah perkahwinan iaitu 24.. Bila melihat ada rakan yang baru kahwin dan sudah bakal menimang cahaya mata.. mengalir jua air mata. Fitrah seorang wanita, nak juga.. tapi belum masanya mungkin..tak lama dah nak grad..sabar dan terus bersabar ye.. :)

Syukur pada Allah..

Dia seorang yang baik. Tiap hari ada je rasa nak kongsi kebaikannya supaya diri ini tak lupa suatu masa nanti.. Tu lah, seorang isteri ni kadang2 kebaikan suami dia yang banyakkk boleh plak dia lupa dek satu kesalahan.. Ketika saya pitam baru-baru ni, muka dia punyala cuak macam nak nangis. Ada riwayat dari kawan mengatakan dia berlari-lari cari bini dia setelah dengar kata pitam kat tepi jalan. Hehe. Alhamdulillah ketika buka mata, dia orang pertama yang saya nampak walaupun duk jauh sikit. Walaupun malu, saya izinkan dia angkat sebab dah tak larat sangat nak jalan.. badan memang amat lemah ketika itu. *mungkin sebab kurang rehat.. pagi tu pula setelah subuh tak rehat jugak, buat sarapan untuk peserta lapah kambing*..

Sepanjang hari itu saya hanya berehat dan dialah yang buat semuanya. Masak, tanak nasi, buat air, basuh pinggan, kemas rumah. Bangun2 tengok semua dah settle.. Saya minta untuk tolong, tpi ditolak mentah-mentah. Dia asyik minta maaf menyebabkan saya pitam walhal bukanlah salah dia :)

Lagi la dia kalut bila doktor tu kata saya maybe pregnant ... Terus dia cari-cari nota kalendar saya dalam hp. Haha. bersungguh dia jawab soalan doktor. Saya gelak2 kat tepi.. mana ada pregnant...

Sometimes, bila bersendirian, kita akan rasa sunyi dan dia lah yang terbayang di mata. Bila dia keluar, kita mula merasa sebak kerana bertanya, keluar ni balik ke tak, balik tu masih bernyawa atau bagaimana..
Sebab itu, tiap kali sebelum ke kuliyah, atau tiap kali dia ingin keluar, saya meminta maaf darinya, tiap kali sebelum menutup mata, saya praktikkan meminta maaf, memandang wajah dan senyumannya.. tidak sesekali membelakanginya kerana bimbang itu kali terakhir untuk di dunia ini..tiada lagi gurauan, ketawa, tangisan. Yang ada hanyalah beberapa keping gambar kenangan yang tidak bersuara. Setiap yang Allah kurniakan pada kita di dunia ini tidak kekal... Dia secara tak langsung mengingatkan saya akan kematian. Kematian lah yang bakal memisahkan kami dan menjadi titik penantian sebelum bertemu kembali di alam yang tidak pernah terbayang di mata....

~

Aha. First entry about my husband and his good deeds. before this, I'm always talking about my parents and their good deeds... to ensure that they remain in my 'internal hard disk memory' forever and ever..




Friday, October 19, 2012

GIVE anda TAKE

Bismillah..
Alhamdulillah wa syukru lillah..

Hari ini hari jumaat, 3 Zulhijjah :) kiranya 10 awal zulhijjah yg dikhabarkan oleh baginda S.A.W sebagai hari yg paliing mulia masih lagi berbaki.. dan beberapa hari lagi usia perkahwinan kami bakal genap 2 bulan.

Dua bulan kalau dinisbahkan pada manusia, masih sangat kecil.. ibarat baby yang masih lembut..tapi mungkin dah boleh tersenyum, sudah boleh mengenali beberapa perkara baru dalam kehidupannya..

MasyaAllah.

Indah sungguh bila melihat sungguh banyak perkaitan antara apa yg kita lalui dengan alam syahadah yang terpampang depan mata sekarang!

Memang banyak perkara baru yang dipelajari setiap hari, apatah lagi apabila menggabungkan pengajian, tanggungjawab sebagai anak, sebagai isteri. Assingment tetap ada, kerja rumah tetap ada, hubungi mak dan ayah di rumah juga tetap berjalan. Ternyata dalam usia ini saya tidak merasa bosan dengan pengalaman baru ini, sungguh menakjubkan.

Ternyata kehidupan saya tidak hanya itu. Masih ada satu lagi tanggungjawab yang diamanahkan iaitu selaku Timbalan Presiden II Persatuan Penuntut Malaysia Amman yang kini ahlinya berjumlah hampir 200 orang.

Selaku timbalan presiden, tidaklah sesibuk ketika berada di Lajnah/ Exco. Peringkat ahli Majlis Tertinggi persatuan sememangnya lebih kepada berfikir, mencari idea, menjadi tulang belakang kepada Exco-exco dan mencari penyelesaian akan sesuatu isu/ masalah.

Justeru, tidak pelik jika di dalam meeting, mereka lebih banyak bersuara, meminta penjelasan akan suatu tindakan, serta mengkritik secara professional akan sesuatu perancangan dari setiap badan koordinator.

Faktor itulah yang kadang-kadang bakal memakan diri. Apabila ada yang tidak suka 'soalan' dilontarkan, tidak mahu mendengar penjelasan/ kritikan yang dilampirkan, maka akan mula timbul mimik muka yang menunjukkan rasa bosan, rasa malas nak dengar bahkan saling bertentangan mata senyum sinis.

Pesan seorang penasihat suatu ketika dulu.

"Kalian perlu berjiwa besar. apa yang orang lakukan, tunjukkan, dan katakan, telanlah dengan rela hati dan jangan ambil masa lama sangat untuk berkecil hati. kerana masih ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan"

Kata-katanya disemat sampai sekarang. Lumrah dalam kehidupan kita, berpersatuan atau tidak, tapi selagi ada manusia, selagi itu akan timbul percakapan, perkhilafan.

Pesan suami :

"Dalam organisasi, exco-exco, amt .. juga merupakan manusia. Manusia memiliki perasaan. Jadikanlah individu-individu dalam organisasi itu sbagai mad'u. kita sebagai da'ie. Berhemah dalam susun perkataan, berhikmah dalam menegur dan apa yang patut dipuji, pujilah sebagai tanda penghargaan.

Pesannya lagi :
"Sebelum menegur, dahulukan pujian. Puji cadangan, usaha dan idea yang diberi. Kemudian berikan pula cadangan kita berserta justifikasi.. kerana mungkin insan tersebut tak terfikir sebagaimana yang kita terfikir. Jika tetap tidak bersetuju, sebut kekurangan yang bakal berlaku sekiranya perancangan individu tersebut diteruskan.."

Pesanan tersebut kadang-kadang ingat, kadang-kadang lupa... adeyh. InsyaAllah nak kena semat lg ni.

Apapun, suatu team yang baik tak akan terbentuk melainnkan adanya GIVE and TAKE. Saling perlu memberi dan menerima. Bukan mengharapkan satu pihak sahaja berhikmah terhadap kita, namun kita tidak lakukan perkara yang sama.

Tuesday, October 2, 2012

Be positive~

Alhamdulillah..

Hari itu, sempena Konvensyen Mentor anjuran Mentor Council MPMMJ yang diadakan di Irbid, saya membuat status baru di laman sosial, facebook.. Sengaja ingin menyedarkan diri sendiri dan sebagai tambahan kekuatan di pagi hari.

"Berfikiran positif di pagi hari menjadikan kita positif sepanjang hari"

Suatu pagi yang damai, yang menyebabkan mata sedikit kuyu .. saya hadir ke kuliyah seperti biasa. Namun kelihatannya semangat professor matapelajaran takhrij hadith kali ini sedikit berbeza. Tiba-tiba beliau melepaskan das tembakan tepat terkena pada hati menyebabkan saya yang mengantuk ketika itu tersedar. Mata yang terasa lemah dikuatkan, dibulatkan dek terkena tembakan tersebut. Apa kata Prof?

"Kalau kalian mahu datang kuliyah dalam keadaan segar, cergas dan cerdas, pastikan kalian menepati waktu subuh.. Bangun awal dan elakkan tidur sejurus selepasnya."

Sakit!

Sakit terkena penangan kata-kata tersebut sekalipun ia bukan ditujukan pada saya directly. Tapi biasalah. Bila kita yang makan cili, kita yang akan rasa pedas.

Baguslah dah ada kesedaran.. Ok, itu zaman pertama jasad ini menyentuh angin sejuk-syita-musim dingin-

Kisah kedua :

"Ok, hari ini abang akan hantar Hanani ke Univ.." -kata suami

"Hah! Betul ke ni?"- Jawab empunya badan dengan nada terkejut dibuat-buat. Dalam hati melompat-lompat gembira.. padan pun en.suami nampak bersemangat pelik, lepas subuh je terus mengaji, checking2 internet dan buat kerja dia.

"Kang kalau tak hantar ada orang merajuk pulak"- perli beliau menyebabkan saya tersengeh akibat disekeh oleh perlian itu.

Uit, ada merajuk ke? mungkin tunjuk muka sedih tu ada la jugak. Tapi salam beliau tu tetap salam.

Sepanjang perjalanan dari rumah menuju ke tempat menunggu bas bagai dipenuhi bunga-bunga. Senyum memanjang. Yup. Hari itu merupakan hari yang sangat positif.

Sampai di sebuah lampu isyarat, saya menyantuni suami dengan cium tangan beliau sambil minta maaf sebab susahkan beliau. *Dalam hati duk bisik, 'kena teman selalu eh'* Usai lampu isyarat bertukar warna, saya menyeberangi jalan dan mata sekali sekali berpaling ke belakang. Terlihat masih ada kelibat insan itu, saya senyum lagi. Ceh! Ni memang kanak-kanak.

Memang.

Hari itu, kuliyah bermula jam 8 pagi, disambung lagi jam 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan berakhir pada pukul 2 petang. Tanpa rasa mengantuk walau sedikit, hati seronok enjoy dengan ilmu-ilmu yang disampaikan oleh para profesor. Jari tangan tak henti menulis, menyalin kata-kata prof. Seolah segalanya dapat difahami. *Dalam hati asyik fikir nak share apa yang diperoleh*

Tepat pukul 2, bergegas pulang ke rumah. Dalam fikiran terus merancang dan merencana untuk terus positif sampai ke malam hari.

Alhamdulillah.

~Positif lah dalam melayari kehidupan. .

~Pagi merupakan detik yang penting untuk setiap individu kerana ia bakal mencorak hari kita. ^^

~Positiflah dalam menerima permasalahan.. Kelak segalanya akan temui jalan. hilang kebuntuan.

InsyaAllah.


Ibu & ayah tercinta

Alhamdulillah ..

Dari sebuah teratak di Bumi Syam ini,
Yang jauh beribu batu,
Yang terpisah beberapa benua,

Sekalipun diri ini sudah berdua,
Tapi asal ku tetap dari mereka,
Menjaga ku penuh penat, lelah, suka dan duka .
Dari dalam dakapan, hingga mampu merentas dunia..
Ingat kebaikan, ingat mereka ..
Tatkala sujud, terbayang di mata ..
Linangan mengiringi,
Sebak di hati,
Rindu tak sudah!
Oh ibu, oh ayah..

Ya Allah ya tuhan..
HambaMu merafa'kan syukur..
Dikurniakan mereka..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...