Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, August 6, 2013

Salam aidilfitri :')

Allahuakbar 3x
Wa lillahil hamd.

Bismillah.

Alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat iman dan Islam yang masih ada dalam jiwa ini. Syukur juga Allah kurniakan kesihatan untuk berpuasa, straight tanpa 'keuzuran' melainkan uzur mengandung.

Ya rabb. Berdebar sebab dalam diri ku skrg ada insan yang dah lengkap segala anggota, sudah mampu membuka mata, sudah ditiupkan roh dan nyawa :') *crying*

Rasa berdebar sebab hari ni (Sehari sebelum raya) juga nak teman suami bawa orang jalan2, atas permintaan sangat2 dari mereka memandangkan ada yang balik pada raya kedua. Tak tergamak menolak, apatah lagi mengecewakan... Sekalipun bimbang macam2 dah didengari sejak akhir2 ni yang berlaku di Jordan, tapi kami tawakkal jelah..

Yup. Nak buka puasa sorang2 tak best. Satu lagi takut dia ngantuk almaklumlah puasa...

Subhanallah3....... nak ceritanya...

Malam sebelum tidur, sempat lah kejap borak dengan bayi dalam kandungan, memandangkan dah masuk 18 minggu, sepatutnya dah boleh rasa dia gerak dgn lagi aktif.. dan pada tarikh 4/8 baru2 ni, buat pertama kalinya tapak tanganku yang halus mulus ni ditumbuk halus sbanyak 2x, disamping merasai pergerakan2 lain yang buat aku geli *geli sangat2*.... sampai skarang trauma nak pegang perut sbb takut dan geli dgn tumbukan halus tersebut.. yuuuu...

Something is moving in my belly.. ya Allah. macam x percaya. :') sangat2...

Dah pasak niat nak rakam kenangan indah ini. Yelah, nikmat itu merupakan pinjaman..
_________________________________________________________

Buat semua ...

Salam aidilfitri dari kami, raya kali ini tidak lah sunyi... syukur pada Allah...
dan andai kami tak sempat beraya, mohon doa, mohon ampun dan maaf atas salah silap.. mohon yang hutang masih berbaki dgnnya, bolehlah hubungi keluarga kami...

Sungguh prjalanan hidup kita di dunia ni mmg kejap kan? kita pun tak kan pernah tahu, kita dah nak sampai alam barzakh ke masih jauh... sungguh, perkara yang membuat kita jadi insan cerdik ialah dengan mengingati mati... ingat mati, kita tak nak buat kjahatan, ingat mati, kita ingat kesalahan kita dan mohon taubat pada tuhan.... ingat mati, buat kita takut untuk terus berada dalam maksiat, kerana takut itulah hari terakhir kita....

Betapa ramai insan yang hari ini dia niat utk taubat, tapi ditangguh2, siapa tahu di petangnya dia sudah tiada... jangan lengahkan taubat! :'( sungguh pintu itu sentiasa terbuka, Allah itu Maha Penyayang...

Ya rabb... mohon kurniakan kami hambaMU ini husnul khatimah, pengakhiran yang mampu buat kami tersenyum, pengakhiran yang menyaksikan kami akan taman dari taman2 syurga...

InsyaAllah, sempena hari mengingati kematian ini jugak, saya dengan sepenuh hati memaafkan mana2 insan yang pernah membuat kesalahan.. :) apalah sangat jika nak dikira kesalahan kita dgn orang, laaagi banyak.

Kadang saya menangis, memohon pada Allah.. kurniakan hambaMU ini jiwa yang baru, yang mampu melupakan segala keburukan orang, dan melupakan segala kepahitan2 dlm hidup... kerana banyak perkara yang sudah laaaaaaaama berlalu, tapi masih berlegar dalam pemikiran...

Kalau ada butag delete, terus di delete kan? hehe..

Selamat berhari raya..

Hari raya disunatkan kita bergembira(dlm batas2 agama)... jangan bersedih plak ye...

Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...