Nur Hanani Fadzilah bt Abdul Khalid
Second year Usuluddin, di..
University of Jordan,
Amman.
The Hashemitte Kingdom of Jordan.
Sedari kebergantungan kita pada Allah.
Wahai diri sendiri dan sekalian peneliti,
Fikirkan.
Apakah mungkin langit, udara, cahaya, pokok, haiwan dan laut(contohnya) bersepakat untuk memenuhi keperluan kita. Langit kadangkala mendung, meneduh dari terik kepanasan, kadangkala cerah, kadangkala gelap. Udara beralun, kadangkala panas, kadangkala sejuk. Pokok membesar, tumbuh dan berdaun, daun membekalkan oksigen, darinya lagi terbit buah-buahan menjadi santapan sehari-hari. Haiwan membiak, ada yang mati, lalu kulitnya bisa menjadi pakaian, ada yang dari dagingnya bisa menjadi makanan.
Semuanya memenuhi HAJAT kita.
Tatkala kita diserang kemarau panjang, kolam mengering, pokok2 mula mati, tanah menjadi gersang.. Muslim menadah tangan dan menunaikan satu ibadah yang dipanggil solat istisqa'.. memohon agar diturunkan hujan. lantas hujan turun mencurah-curah, tanah kembali menjadi subur, tanaman kembali menghijau dan kolam kembali penuh..
Siapakah yang lebih mengetahui tentang kita dan keperluan kita? diri kita kah? sedangkan tatkala hormon berubah pun kita tidak ketahui, bilangan saraf sendiri pun kita tidak pasti..
Haiwankah yang lebih mengetahui tentang keperluan manusia? itu lagi mustahil... ataukah langit kerana memenuhi doa kita agar diturunkan hujan? atau Jesus yang kejap menjadi tuhan, dan kejap menjadi manusia? tatkala menjadi manusia, bagaimana urusan hidup mati boleh berlaku ketika itu? Atau kah matahari yang mengetahui tentang keperluan manusia? sedangkan tatkala kemarau itu, manusia tidak ingin sedemikian!
Atau .. apakah mungkin ia berlaku secara kebetulan.. kebetulan pokok itu tumbuh sedemikian rupa, dan kebetulan manusia memang memerlukan pokok untuk bernafas...kebetulan langit nak turunkan hujan.. adeh.. peningkan? jadi, tolak 'kebetulan' itu.
Tidak dapat tidak, yakinilah bahawa setiap ciptaan di alam ini penciptanya hanya satu.. Itulah yang mencipta, dan mengetahui keperluan ciptaannya.. dan DIA pastinya bukan manusia, dan tidak sama dengan manusia.. DIA pastinya bukan haiwan, bukan pokok dan tidak sama dengan semua yang ada di alam ini..
Bahkan DIA lah yang mencipta semua fungsi itu, mencipta manusia dengan kelemahannya, manusia mengetahui sesetengah perkara, dan tidak mengetahui sesetengah perkara.. DIA mencipta langit dan memberinya fungsi menurunkan hujan, dan menahan hujan tatkala manusia melakukan dosa.
DIA menyintai makhluk ciptaanNYA dengan mengurniakan segalanya tanpa meminta bayaran.. namun kita menghadiah kan DIA kemaksiatan dan kederhakaan.
Bahkan DIA lah yang mencipta semua fungsi itu, mencipta manusia dengan kelemahannya, manusia mengetahui sesetengah perkara, dan tidak mengetahui sesetengah perkara.. DIA mencipta langit dan memberinya fungsi menurunkan hujan, dan menahan hujan tatkala manusia melakukan dosa.
DIA menyintai makhluk ciptaanNYA dengan mengurniakan segalanya tanpa meminta bayaran.. namun kita menghadiah kan DIA kemaksiatan dan kederhakaan.
Seorang pakar komputer, yang cipta komputer, dia pasti mengetahui fungsi komputer ciptaannya, dan jika berlaku sebarang kerosakan, kelembapan fungsi.. pakar tersebut pastinya mampu untuk mengubah suai dan membaikinya..
Justeru, Allah menciptakan alam ini sesuai dengan keperluan kita.. kerana DIA lah pencipta.. yang tahu, di mana lemah, dan di mana kuatnya kita.
---------------------------------------------------------------
Allah tidak memerlukan kita, tapi kita sangat memerlukan DIA.
"wahai sekalian manusia, kamu lah yang memerlukan Allah...."[surah al-fatir : 15]
Terus mara lah dalam hidup ini tanpa asyik persoalkan, 'kenapa aku diciptakan'.. ia sedikit membazirkan waktu utk memberi jwapan demi jawapan. Sememangnya persoalan itu sudah dijawab dengan firman Allah s.w.t dalam surah az-zariyat ayat 56.
Mengabdikan diri kepada Allah.. tunduk patuh pada suruhannya.. merasai 'kewujudanNya' dalam setiap pergerakan, menyedari pemerhatianNya dalam setiap pekerjaan. Meletakkan keredhaanNya di tempat tertinggi dalam setiap perbuatan. Maka, pisahkan suatu amal itu dengan niat.. untuk menjadikan ia suatu ibadat kepada Allah s.w.t, bukan adat semata.
Alangkah indahnya jika peluang hidup di dunia ini kita isi dengan pelbagai inisiatif dalam mengenali pencipta. Agar di akhirat nanti, kita tidak terkapai-kapai tanpa cahaya. Diizinkan untuk melihatNya, percayalah firman Allah s.w.t dalam surah al-qiyamah ayat ke 22 dan 23.. Hari di mana, wajah mukmin bercahaya, menanti2 waktu untuk melihat tuhanNya. dan wajah orang yang tidak percaya Allah, ketika itu hitam legam, dan betis kanan bertaut dengan betis kiri dek ketakutan yang sangat.
Lakukan apa yang DIA suka, bukan bertanya perkara yang sudah sedia ada.
Berdepan lah dengan wajah dunia. Tetaplah memandangnya seburuk mana pun ia, dan andai ada keindahan yang sedikit, jangan sampai ia menyilaukan mata, hingga kaca mata kita tidak nampak akhirat.
"maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji tuhanmu pada waktu pagi dan petang"[surah al-ghafir :55]
Perjalanan ini makin hampir ke penghujungnya. Bumi sudah tua, kezaliman berleluasa, wanita menyerupai lelaki kian ramai, begitu juga sebaliknya. Bencana di sini sana. Allah Allah..
Tetapkanlah lidahku ini menyebutMu di saat akhir hidupku.
Tetapkanlah hatiku mengingatiMu dalam sakit dan sihatku.
رب اغفر لي خطيئتي وجهلي وإسرافي في أمري كله وما أنت أعلم به مني . اللهم اغفر لي خطاياي وعمدي وجهلي وهزلي وكل ذلك عندي . اللهم اغفر لي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت أنت المقدم وأنت المؤخر وأنت على كل شيء قدير
Terkesan dengan sebuah doa yang pernah dibaca oleh Rasulullah s.a.w . sahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari : 6035..
Sungguh, rahmat Allah dan keampunanNya lebih luas, melebihi keluasan dosa kita. Justeru, pintalah keampunanNya selagi hayat masih ada.