Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, December 15, 2015

Our first and second...alhamdulillah!

Alhamdulillah. Eceece bila tertengok di blog suami,dia update pasal our marriage yg dah cecah 3 years++. Our 4th anniversary nanti kalau ada rezeki, dah 2 org anak. Ok lah tu,dua tahun sorang hehe.

Pasti banyak berubah.

Sure,sure.

Tahun pertama belum dikurniakan anak,dan kami anggap ia sebagai tahun paling santai, walau dalam hati 'teringinnnya baby'. Tapi,relax dulu...jangan tergesa. Setahun pertama utk mengenali dengan lebih dalam pasangan yg baru kita kahwini. Apatah lagi dgn ketidakstabilan ekonomi waktu itu. Rumah sewa kat sutuh..kecikkk sangat..bilik makan,masak,basuh kain..tempat yg sama. Alhamdulillah dapat harungi hidup di situ berbulan lamanya sebelum suami menemui rumah yg lagi sesuai.

Yang duk tanya2 tu usah disebut. Memang ramai. Pantang tengok kita makan masam sikit, terus tanya 'aiii ngidam ke??' hehe. Ni cabaran betul. Lagi membuak perasaan inginkan zuriat sendiri.

Masuk tahun 3,tengok kawan satu batch sorang tu dah mengandung..mulalah menangis,cemburu..cakap kt suami "nak baby"

Alhamduliah sebulan selepas itu Allah beri khabar bahagia.

Teringat juga.

Entah berapa kali beli upt sendiri,senyap2 beli tanpa suami tahu. Buat urine test..tp selalu kecewa..dan last beli yg mahal sikit JD5 = RM24. Pergi tandas univ dan buat test. Result masih sama,negatif..time tu dah sedih. Masuk musalla termenung dan cuba pujuk hati. Terdetik nak tengok sekali lagi test kit tu. Buka beg dan nampak double line!!.

Haaa.. Biar betul. Tadi negative,skrg dah positive. Time tu belum miss period pun lagi tapi sebab terlalu nak tau kan..

Balik rumah dengan hati berbunga.

Letak test kit tu tepi suami. Dia bangun dan tengok..."Ooo..." tu je yg keluar mulut dia tanpa ada rasa teruja..hahah

Bermula lah saatnya pening.muntah.loya.dll. 13 minggu yg sungguh dahsyat. Masuk dapur pun tak boleh... Nasib baik masih cuti sem.

Time ni lah nampak susah payah suami membantu, sabar dan dia lah lakukan semua benda kat rumah.. Kita rehat aje...bahagia sungguh.

Dari situ..

Kehidupan dah mula berubah...
Bajet belanja, amal ibadah, planning,semua memikirkan 'anak yg dikandung'.. Yelah tak sanggup kandungkan anak dalam keadaan kita banyak buat dosa. Jadi cuba jadi sebaik mungkin...walau kadang emo sangatttlah dasyat.

Mengharungi hidup sbg pelajar ,membawa kandungan ke hulu hilir, naik turun bukit,tangga yg beratus2 tu..pergi kuliah,jauh2, kejar waktu dan kejar coaster..masyaAllah.sekarang baru terfikir macam mana la aku dapat harungi semua tu masa mengandung dulu..

9 bulan kandungan dibawa sampaila ke penghujung sem..hampir dgn final exam sem kedua sebelum grad. Syukurnya dapat score subjek bahkan rasanya sgt mudah belajar..

-----

Kali ini. Bila anak dah genap setahun..dalam hati dah berbunga rasa 'nak pegang baby'. Mak aii..sabar dulu.

Akhirny bila anak sulung dah setahun 6 bulan,Allah beri lagi rezeki buat kami. Happy tu memanglah..haha. Sebab rindu zaman mengandung,gemuk dan comel.

Takda alahan dan tak rasa mcm mengandung di awalnya.

Pregnancy kali ini, tidak lah setough dulu. Tapi masih tetap mencabar sebab menjaga toddler yg tengah aktif sangat. Mulut becok dan suka bertanya.

Dan lagilah..
Bila suami kena ke oversea selama sebulan lebih dalam keadaan diri tengah nak sarat dah...masuk 7 bulan...counting2...suami balik nanti dah bulan ke 8!

Still...

Syukur.

Semoga Allah panjangkan umurku untuk mendidik kedua permata ini. Anak sulung dan insyaAllah jika selamat semuanya, c adik juga.

Tapi itulah..

Perjuangan melahirkan bukan suatu yg main2 atau boleh gelak2.. Selalu rasa macam mana kalau Allah takdirkan saat bersalin nanti itulah saat terakhir aku di dunia ini. Syahid..alhamdulillah memang impian.. memikirkan anak2..Allah..sebak juga yer..fikir suami lagi..mcm mana la dia nak urus anak2 kalau aku takda nanti...sebak lagi hati ini.

Pokoknya..dari sekarang kena doa..biarlah Allah berikan yg terbaik. Mana2 pun..andai itu saat dipanggil menghadapnya pun,mungkin itu terbaik.saat paling sakit,kafarah dosa2...

Anak2...inshaAllah pasti di tangan insan2 yg baik. Suami tentunya...dan keluarga.

Doakan...lagi 2 bulan bakal berjihad lagi...bila dah kibar bendera ni.memang nak tak nak kena hadapi...bukan boleh tangguh,takleh minta tunggu...tiba masanya, aku kena hadapi jua.

InshaAllah selamat...doakannnn..ameen..



Sunday, December 13, 2015

Bahagia dengan syukur. Pandang hadapan..

Alhamdu wassyukru lillah.

Hm,akhir-akhir ini sering naik di timeline Fb ku rungutan,luahan, dan status yang pelbagai yang kelihatan agak sayu.

Mungkin keperitan hidup di zaman serba mahal ini, buatkan suami makin perlu membanting tulang mencari rezeki,kurangnya masa utk bersenang di rumah,isteri pun sama..yg suri rumah pula exhausted menjaga anak2 di rumah sendirian,hadap ragam anak yg mencabar sendiri, bukan mudah.

Semua penat..letih...

Bila begini,kadangkala terimbau kenangan lama di zaman IPT, zaman single, tiada apa2 responsibility melainkan belajar dan diri sendiri. Bebas dan bahagia.

Memang semua akan hadapi moment di mana fikiran kita jauh melayang ke masa silam...rindu tak usah cakap.

Tapi satu je masalah..

Andai imbauan itu menyebabkan kita membandingkan hidup kini(ada tanggungjawab,anak2,kekangan masa,no friends dll) dgn hidup yg lepas..maka ia satu musibah...

Sebab..

Kita akan fed up..kecewa..menyesal memilih jalan yg membawa pd kehidupan kita sekarang...

Kita akan lemah semangat dan sedih...memberi kesan pd sekeliling..anak2,suami dll.

Jadi..

Sbg nasihat..

Elakkan stalking rakan2 yg masih bujang...biarkan mereka dgn hidup mereka..hakikatnya,mereka pula yg kerap menilik hidup kita,cemburu dgn apa yg kita miliki skrg.

Sentiasa motivasi diri. Hidup makin mencabar,kita perlu makin kuat..Allah beri kehidupan kini,lebih baik dari sebelumnya. List dan think positive akan apa yg kita ada.

Apa yg kita ada?

Alhamdulillah atas nikmat :

🌸Suami yg penyayang,rajin bekerja,baik dan sgt membantu

🌸Anak2 yg mencuit hati. Lupakan saat derita menghadap ragam anak. Ingat dan imbas saat happy kita dengannya...celoteh mulut c kecil, wajah yg comel..

🌸Rumah yg selesa..kita lah raja dan permaisuri yg berkuasa utk susun atur rumah,bahagia menata hias mengikut kehendak kita.

🌸Kereta yg baik..kita milikinya..walau milik suami,tp ibarat milik kita,boleh menghias dan melakukan apa yg kita inginkan dgn izin suami.

🌸Ketenteraman dan rasa selamat. Dek punyai seorang bodyguard,yg gagah perkasa,melindungi kita dan mendengar aduan2 kita...seronok kan ada suami?😍

🌸dll..

MasyaAllah.kalau nak senarai nikmat yg Allah beri,mmg tersenyum2 sendiri. Alhamdulillah..thanks Allah..

Bahagia itu...

Bila kita rasa cukup dgn apa yg kita ada,bahagia dgn apa yg kita miliki, tidak memandang belakang melainkan sbg pengajaran, memandang ke hadapan,planning utk me'upgrade' apa yg kita miliki..itulah aktiviti paling bahagia...

Sekadar renungan dan perkongsian.

🌹🌹🌹

Say alhamdulillah.

Wednesday, November 25, 2015

Real life :)

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh blog ni terbiar begitu sahaja. Kekangan waktu, perubahan hidup dan macam2 lagi perubahan yang berlaku setelah graduasi lebih kurang setahun lepas.

Apa yang ku rasa?

Hidup makin stabil.

Emosi makin stabil.

Jiwa makin tenang.

Sekarang ni sedang bercuti setelah menimba pengalaman mengajar di sebuah international school berdekatan tempat kerja suami. Suami pula outsation jauh ke Turki sana selama sebulan lebih, justeru mengambil peluang ini untuk berehat di kampung sebelum kehidupan kembali berubah dari sorang anak kepada dua.

Alhamdulillah rezeki.

Jun 2015 dapat bushra akan kehadiran "little caliph" bersemadi dan menumpang di rahimku, gembira dan teruja apatah lagi kali ini tak diganggu dengan morning sickness dan pelbagai simptom kehamilan yang teruk2. InshaAllah Feb/Mac 2016 Ruqayyah bakal menerima adik baru. Semoga Allah mudahkan segalanya.

Takda sapa tau dan ini merupakan my first official announcement hehe... Saya dan suami lagi selesa buat selamba sahaja dan bior orang tak tahu.

Planning tahun 2016 ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi jika diizinkan Allah. Suami sentiasa memberi greenlight dan support.

MasyaAllah rasa sangat banyak perkara berubah termasuk dari sudut emosi ku. Boleh perasan kalau dulu banyaknyaaa lahai merajuk, masam muka, bergaduh.. tapi sekarang ni segalanya dah kurang, boleh rasa kestabilan emosi dan jiwa bila menginjak usia sendiri termasuk usia perkahwinan. Sekarang lebih pada fasa memahami, menyelesaikan masalah bersama2,sama2 berusaha jalankan tanggungjawab, membantu dan saling memberi..

Rasa macam dah matured sikit kihkih.

Banyaknya Allah bantu.

Dari sudut kewangan. dan semua aspek.

Rezeki Allah dan rahmatNya sangat luas.

Alhamdulillah...kehidupan sebenar memang sangat fantastic,mencabar,tapi bahagia.

Buat suami nun jauh di Turki..harini menitis juga air mata bila Ruqayyah tetap gambar abang di hp lamaaaaa sangat... seolah dia rindu orang yang selalu main dan gurau dgnnya...inshaAllah Januari nanti kami bertiga sambut abang di airport.... :')

Tuesday, May 19, 2015

Travel with baby? toddler?

Assalamualaikum wbt.

Lama tak buat apa2 entry. Syukur alhamdulillah masih bernafas lagi di bumi Allah ini, masih diberi peluang bersama suami, anak dan keluarga.

Ok tak nak lari jauh dari tajuk. Alhamdulillah setakat ini dah berkali2 travel @ bermusafir dengan anak. Sama ada by car, atau flight. Sejak usia Ruqayyah 7 bulan lagi kami bermusafir jauh dari Jordan sana, singgah di Oman 7 hours lebih kurang, kemudian tiba di KLIA 1, dan naik MAS fly to Kelantan.  Overall dari Jordan ke Malaysia, tak kurang dari 13 jam musafir. Fuh, memang lenguh bak hang!

Manakala dari Kelantan ke KLIA, dah banyak kali.

Cumanya itu musafir bersama anak kecil, tapi dengan kewujudan suami, cabaran dah dikongsi dua. Hehe.

Semalam, 19 Mei 2015. Try untuk travel berdua tapi dari Kelantan jelah menuju KLIA 2. Sat je pun.. bila ntah nak cuba jauh2. Ada rezeki ke Turki tak tahun ni? Hehe, ameen ya rabb harap ada, Memang lenguh tangan dukung anak. Nak pakai carrier @ babywearing memang takla sebab tak penah ajar anak, jadi dia pun tolak kena ikat2 gitu lagi la bila dah dapat kaki ni.

Ok, anak saya usia ketika ini 1 tahun 4 bulan. Kira dah besar, aktif, mulut bising, asyik makan, masih menyusu dan paling scary tak suka tempat sempit2 dan crowded.. confirm nangis.

Bila dah tahu akan travel sorang dengan anak dan tanpa suami. Saya dah get ready siap2 apa2 untuk back up sepanjang 45 minit perjalanan. Sat ja pun. Hehe.

1. Botol susu (letak air masak ja sebab anak takmo susu tepung langsung)

2. Biskut (sediakan in case flight delay dan tak bayar utk dapat makanan dalam flight)mahal noh kalau nk bayar. Bior tak pun

3. Toys yang jarang dia tengok (in case dia boring).

4. Videos yang menarik dalam tab @ hp anda. (Donwload siap2 cerita kartun ke nasyid comel ke bagi anak lali sat, tak leh ajar selalu cuma ni kes terpaksa)

5. Pants (pampes susah plak. Jadi pakai pants untuk sarung je macm seluar, in case dia ter 'melabur' dalam flight. Tak kan nak bior 45 minit berlalu dengan bau busuk, kesian passenger lain kan, silap hb dah melimpah2 kena baju emak, alahaiii)

6. Baju ku pakai confirm2 yang nursing friendly, maklumlah masih menyusu anak kecik ni.. tak kan nak selak baju kurung, hehe yelah bila sorang ni, tak tahu sape di sebelah kita kan, kang kena lelaki, habis kalut + segan.

7. Tudung macam biasa, yang boleh bernafas, labuh, senang bertindak terus sebagai penghadang time bf baby. Anak menyorok dalam tudung dan tak nampak la aurat kita sepanjang nyusukan anak.

8. Sarung lengan (haa confirm2 kena letak sendiri baggage kat atas tu, untuk penjagaan aurat secara maksimum, baik pakai sarung lengan sebab bila nak letak beg kat atas tu + ketinggian yang kurang nih, maka tak nampak lah lengan kita) kalau terlupa pakai, minta je pertolongan abang2 dalam flight tu untuk lend a hand.

9. Plastik kecik + sapu tangan @ tisu. Preparation kalau2 anak pening nak muntah. Memang boleh je minta dari pramugari flight tu, cuma tu lah, kang lambat plak, siap dah muntah anak kita ni baru sampai bantuan.

10. Doa.. haa memang kena doa selalu, moga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan kita. Syukur Allah bantu ku untuk jaga diri, seat tepi kosong sekalipun malam tu flight tu sangat crowded..senang nak bf anak, nak layan dia pun senang. Selang sebelah kerusi kosong, ada sorang pakcik 40 an, baik orangnya, tak pandang sikitpun apa yang saya buat, dan sepanjang flight dia duk berdoa, zikir, mengaji.. nak landing pun tak lekang mulut dia duk mengucap, dan baca doa.. termuhasabahlah kita kan? Alhamdulillah atas peringatan ini ya Allah.


*semua tu packing masuk beg kecik anak, maklumlah tak berat mana pun, lagipun beg keck gitu boleh letak kat kaki je.

__________
Ok, sekiranya travel yang memakan masa more than 6 hours, preparation masih sama, cuma tambah kuantitinya sahaja. More videos, more toys, more books, more pants, dll.

Kewujudan suami untuk travel yang lama gunakan sebaiknya. Gilir2 pegang, dan kalau kena masuk toilet pun, pergi sama2 supaya suami boleh bantu hulurkan apa yang patut untuk kita urus anak atas flight.

Solat jangan lupa!

Hehe. Dengan lafaz bismillah mulakan langkah bermusafir kita, semoga Allah berkati.

Monday, March 2, 2015

Pengalaman test jpj silibus 2015!!!

Amboi baca perkataan silibus tu macam buku teks lak kan..hehe

Alhamdulillah wa syukru lillah. Hari ini 2 Mac 2015 berakhir sudah penantian dan debaran hatiku untuk dapatlan lesen P... hehe. Walau sudah di bawah tanggungan suami, ayah sangat berbesar hati ingin sponsor belanja kos ambil lesen kereta ni sebab katanya anak2 yg lain semua ayah belanja.. thanks ayah!

Saya mendaftar kira-kira pertengahan bulan Januari 2015.. selesai kursus 6 jam, terpaksa plak tunggu seminggu untuk exam komputer.. syukur lulus jugak walau study ala kadar, maklumlah dah ada anak... markah?? Hee biasa2 je tapi lulus, untuk lulus perlu 42 ke atas. Dari 50 :)

2 hari selepas itu, saya mula desak cikgu training untuk mulakan latihan, terpaksa sebab nampak sangat lambat... kalau boleh nak siap dalam 3 minggu je, tapi alahaiii... ramai sangat la pulak anak murid cikgu ni.

Berjalan lah latihan seperti biasa. Adakala nya tertangguh dua hari dan seumpamanya.. mula2 bawa manual ni, macam seronok je. Main clucth dan minyak, seragamkan.. dll.

Minggu terakhir sebelum test jpj, dah mula rasa malas nak training, ponteng ponteng dan ponteng.. kereta dah bawak pergi jalan jauh dah walau lesen masih L hhehe. Sampai la cikgu call dan dtang amik pagi hari lagi.. dan masa tu saya sorang jr drive kul 7 pagi.. hehe.

Tiba hari yang mendebarkan..

Jam 7.30 pagi, saya dan rakan dah tercongok kat litar tu, belum ada sesiapa lagi melainkan staff2 situ. Tengok nama dan dapat tau no.8 sesi dua??? What? Lambat sangatttt... hmm. Time tu kecuakan dah hilang sikit2. Makan dan minum macam biasa,

Jam 9 pagi... bermulalah RPK. Iaitu rutin pemeriksaan kenderaan.. time ni kena sebut dan terangkan satu persatu tentang kereta tuh... bumper, bonet, wiper, pintu, tayar... kemudian, terus buka bonet depan dan bonet belakang... sebut pula keadaan barang dalam tu.. minyak selendar/enjin, minyak brek, air radiator, tangki air simpanan, air wiper, tali sawat dll ... fuh, syukur sangat dari tak tahu dan tak pernah2 sentuh perkakas tu, kini saya at least tahuuu juga lah. Lebih kurang 10 minit kot..

Terus dengan RSM.. iaitu rutin sebelum memandu, macam biasa, kena cakap kuat2 handbrake terpasang, gear free, betulkan kerusi, cermin2, kemudian start enjin dan cek satu persatu lampu signal, kecemasan, wiper, lampu depan dan jugak sign2 dalam panel box, haa baru tau sebut,, panel box ok! Hehe, yg kat dlm tu ada had laju, tekanan enjin, suhu, minyak dll.

Setel dan menunggu nombor dipanggil,.. akhirnya dipanggil jua,,

Mula dengan bismillah.. istighfar dan sbgnya untuk tenangkan hati,, terus tekan clutch dan masukkan gear 1, turunkan handbrake dan mula mendaki bukit,. Fuh... terhenti betul2 masa tayar cecah garisan kuning.. kalau ikut yang saya belajar, perlu ke depan lagi,,. Peg jpj tu tanya, macam mana nak jalan ke nak turun? Haaaaaa, terus cakap "jalan" dengan konfiden hehe, alhamdulillah, lepas tekan minyak dan clutch, dah rasa kereta nak ke depan, terus turunkan handrbrake dan kereta bergerak ke depan dengan sempurna ,, hehe,lega lepas satu halangan.

Terus ke side parking.. yang ni ramai fail.. maka macam biasa, ikut step cikgu ajar.. dapat parking dengan elok, kemudian masa nak keluar parking tu, kereta buat onar.. ya Allah!!! Mati berkali2, 3x rasanya.. time ni muka dah pucat macam apa.. peg jpj tu asyik pandang je... hehe. Nasib baik mati enjin tak dikira kesalahan mandatori...

Diizinkan untuk ke 3 penjuru.. macam biasa juga, masuk parking, pusing stereng smpai habis, masuk gear reverse, then undur dan betulkan stereng... senang je yg ni.

Keluar je dari situ, terus maju menuju ke selekoh z.. yang selekoh ni ramai fail, ada yang langgar divider, ada yg enjin mati, haish... takut dan cuak sangat, tapi terpaksa hadapi jugak hehe... bila peg jpj kata "jalan"... terus buat mcm biasa, senang sket rasanya sebab stereng dia lembut.. bila lepas yg ni, ya Allah,, perasaan gembira dan syukur tak usah cakap... walaupun tau belum selesai lagi, ada satu lagi selekoh. Hehe, tapi yg tu senang hati je sebab takdelah susah sangat..

Keluar je selekoh s, terus tekan minyak, mana boleh main bawak kereta slow2 hehe.. seronok. Parking je terus turun kereta dan jumpa balik peg jpj tadi.. nampak dia tanda "lulus"... fuh, alhamdulillah berkali2..

Tapi perjuangan belum selesai,.

Hehe, mula lah episod jalan raya..

Mula2 terpandang adik tu, satu team.. nampak sayu je muka dia.. baru tahu rupanya dia kandas, katanya semua berjalan lancar tiba2 sampai dalam litar dan hampir2 tamatkan ujian dgn jaya, langgar lampu isyarat la pulak.. aiseh.. time tu merah, dia hentam jalan je sebab memang biasa masa belajar, mcm tu jugak. Rupanya jpj tu terus tanda kesalahan mandatori yang menyebabkan dia gagal serta merta.

Dengan konfiden saya melangkah masuk dalam kereta.. menyebut macam biasa tentang krusi, handbrake, panel box dll.. peg jpj yang ni mcm baik je. Dari suaranya. Tau lah dia orang luar Kelantan.

Masa mula nak jalan tu, apasal berat ni.. ya Allah ,kereta duk mengaum tapi susah nak jalan...

Laa, rupanya lupa turunkan handbrake, hehe, dah tahu dah. Peg tu trus tick "gagal turunkan handbrake sebelum memukakan perjalanan",. Hm. Takpa2. Buat2 pandang belakang, terus mula macam biasa, drive steady smapai 60km/j.. slow je tu. Nasib dekat kawasan sekolah masih ingat had laju 30 km/j... ramai kawan kandas sebab had laju cecah 40 km/j di kawasan sekolah.. selama duk belajar selalu terlepas pandang.. hari test syukur Allah bagi ingat.

Sampai di litar, tunggu dia kira, dan nampak dia tick "lulus".. subhanallah... cerah mata, senang hati, hilang terus sakit kepala dll.. teringat anak kecik kat rumah.... terus call kakak untuk datang amik.. sebelum tu, pergi jumpa kawan2 yg kandas, sedih sangat tengok semua menanges, yelah harini kandas, esok nak amik result spm lagi,. Duk pujuk adik2 tu supaya sabar, masa masih banyak.... :) dari 8 orang team haritu.. 3 sahaja yg lulus, yg lain ada fail dlm litar, ada yg fail jalan raya.. sebak jugak rasa hati... kalau lulus semua kan seronok.

:')

Seriously..

Rasa syukur sangat.. duk whatsapp suami tiap masa minta dia doakan... thanks hubby,, thanks ma ayah, cikgu dll,.

Semoga Allah pelihara kita semua....



Wednesday, February 25, 2015

Didik anak membaca

Assalamualaikum.

Cak.

Yer bila tengok tajuk tu, rasa segan silu untuk tulis. Segan sebab saya sendiri sedar bahawa kecenderungan untuk membaca, belek2 buku itu... aishh.. sangat kurang dalam diri. Tapi saya tak nafikan minat untuk mengkaji, dan saat wujudnya persoalan dalam kepala, haa, insyaAllah sangat rajin untuk mengorek dan menelaah kitab.

Sejak dari kecil saya perhatikan, puteri sulung ni memang sangat minat dengan buku. Kalau diberi pilihan antara mainan dengan buku, buku lah jadi pilihannya! Dengan mimik muka bersungguh,tangan kecik tu pula sibuk duk belek, sentuh perkataab... masyaAllah.. Suami juga kepelikan. Dari mana datang sikap dan minatnya tu? Ummi abi? Eh,macam tak je. Hehe.

Sejak dari itu, saya dan suami bertekad nak beli buku banyak2, alang2 anak dah minat, insyaAllah tak membazir..

Saya perasan, mungkin kebiasaan 7 bulan bersama si kecil ini, hidup saya sebagai pelajar tak lari dari buku.. apatah lagi tatkala musim exam.. tidur juga berteman buku. Anak kacau, koyak.. sikit pun tak kisah.

Jadi untuk ibu-ibu di luar sana.. cubalah sentiasa sepah2kan rumah dengan buku. Hehe, insyaAllah lama2 anak pun asyik dan suka bergelumang dengan buku..

Paling penting, semasa dia duk pegang buku tu, kita bantu dia untuk belek, sebut kalimah2 dan kenalkan dia dengan apa yg dia lihat..


Tuesday, February 24, 2015

2nd baby?

Bismillah.

Alhamdulillah wa syukru lillah.

Sekian lama tak menambah entry di sini, hari ini diberi kesempatan untuk berkongsi lagi, hehe, public diary kah ini? Mungkin.

Sebenarnya sedang mengalami krisis bleeding yang agak teruk selepas 2minggu missed period.jujur jujurnya... sangat penat akhir2 ini melayan kerenah anakku Ruqayyah yg sedang aktif explore dunia dengan kaki.. tapi ku tetap gembira melihat perkembangannya itu.

Ya rabb...  Setelah merujuk Dr, ultrasound dibuat dan Dr juga tak dapat nak pastikan apa. Mungkin kerana upt menunjukkan garisan dua line skalipun samar. Aku melihat ada sac kecil ketika scan tersebut, sebelum ini dah ada pengalaman mengandung,jadi tahu jugak la sikit sebanyak pasal image yg terpampang itu. Masih terlalu awal lagi kata Dr. Dan kalau bleeding disertai dengan sakit perut yg amat, maka miscarriage sdg terjadi..

Apapun, ku redha dan pasrah. Hehe :) al maklum lah Ruqayyah juga masih kecil, namun tidak lah sampai menolak rezeki kerana bimbang tak cukup duit ke hape, ku yakin, Allah dah atur rezeki setiap hambaNya.. Jadi,ada baby atau tak, takda masalah inshaAllah, bahkan satu khabar gembira jika 'dia' masih ada dan kuat untuk menumpang rahimku.

Moga Allah permudahkan apa yg terbaik buat kami.

:) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...