Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, January 21, 2013

Resepi Masakan Untuk Orang Yg Busy

Bismillah.. 

Hm, hidup selaku isteri, dan pelajar dan lain2 memerlukan saya tergesa2 dalam banyak perkara. Masak pun tak kurang tergesa. Tapi alhamdulillah Allah mudahkan idea dan tangan untuk lunaskan semua tu. Setakat ini masakan yang paling laju pun ambil masa selama 5 minit kot. 

1- Kuetiow Mamak / Mee Goreng / Bihun Goreng
Kuetiow / mee / bihun dah direbus awal2.
Tinggal potong2 bawang besar, bawang putih, lada hijau/ merah. (Kat Jordan takda bawang merah)
Potong juga daging / ayam / atau lagi mudah basuh telur beberapa biji.
Kemudian masukkan minyak masak kedalam kuali.
Tumis bawang2 tersebut setelah minyak panas.
Diikuti daging / ayam yang telah dipotong kecik2 tadi.
Diikuti sos tiram, serbuk cili kering, sos cili sikit sebanyak, dan kicap sikit sebanyak.
Masukkan garam secukup rasa. 
Masukkan sayur (jika ada)
Last sekali, letak kuetiow / mee / bihun tadi :)

2- Nasi Goreng 10 minit
Hancur dan leraikan nasi dalam periuk.
Potong bawang putih, atau ketuk2 je ngan pisau dan diikuti bawang besar/ merah.
Potong lada hijau atau merah atau sbgnya.
Ambil ikan bilis yang dah dibuang kepala (basuh2 dan siram)
Potong sayur yang ada samada carrot/ kubis/ sawi..
Panaskan minyak.
Tumis bawang2 tadi dan termasuk lada2 sekali. 
Kalau sayur carrot, masukkan terlebih dahulu untuk lembutkan dia.
Diikuti ikan bilis atau apa saja yg kita nak masukkan selain ikan bilis seperti ayam atau daging atau sosej.
Then sos tiram, dan sedikit garam.
Lastly, masukkan nasi dan kacau sehingga rata. Finish ..

3- Kari ayam / daging
Tumis bahan tumis beserta bawang putih yg telah diketuk dan bawang2 lain.
Bancuh kari beserta serbuk cili kering dengan air . (I chose Faiza punya, sedap)
Masukkan kari tersebut.. Kacau dan masukkan air untuk dijadikan kuah kari.
Lastly masukkan ayam, dan alat2 bagai. Finish.

4- Ayam Masak Merah
Potong ayam dan goreng biasa2 .. Pilih samada nak goreng berkunyit atau tak. 
Blend bawang besar beserta sedikit halia dan bawang putih.
Panaskan minyak(letak banyak sikit utk masakkan bawang)
Masukkan bawang blend tadi (bg lama sikit supaya tak pahit)
Masukkan cili kering blend sebanyak yg kita mau (kalau bau mcm pedas, letak la dlm dua sudu besar)
Kemudian masukkan sedikit sos tomato atau pes tomato atau sos cili. 
Kalau ada kurma / gula melaka, letak la sikit. bagi likat.
Masukkan garam secukup rasa.
Lastly, masukkan ayam. Siap.

5- Ayam kicap
Yang ni lagi senang. Potong ayam cepat2, potong bawang putih dan besar + lada.
Goreng ayam tersebut dlm kuali lain (terpulang nak goreng dengan kunyit atau tak, tapi lagi best dgn kunyit)
Masukkan minyak sikit dlm kuali lain, dan tumiskan bawang2 td skali dgn lada..
Masuk sos tiram , kicap, air sikit. kemudian garam...dan ayam yg digoreng td.. siap..

6- Ayam rempah ekspres
Potong ayam.
Pecahkan telur ke dalam bekas yg berisi ayam tadi.(sebiji telur untuk separuh ekor ayam)
Blend bawang besar dua biji sekali dgn halia dalam sebesar jari kelingking, serai sebatang dipotong2, bawang putih dlm 3biji.
Tuang ke dlm bekas td. 
Masukkan kari, serbuk cili, kunyit, lada hitam, garam dan sebagainya secukup rasa.
Gaul2 ..Then goreng :) 

7 - Bubur jagung
Simple. Ambil santan, masukkan ke dalam periuk, letak gula, garam,dan seberapa banyak gula melaka (nise), kemudian masukkan jagung. Kalau ada nasi, letak je nasi sikit(style kelantan). Kacau smpai menggelegak.

8- Donut lembut
Mula2. Rendam yis sebanyak dua sudu besar dalam segelas cawan + air suam. (better cawan plastik) .. mungkin dlm 250ml.. dlm 20 minit.
Ambil tepung dlm setengah kilo, masukkan mentega dlm satu sudu besar.
Masukkan yis yg direndam tadi. Then gilir2kan dengan air masak suam. 
Masukkan susu pekat dlm dua sudu besar. Letak garam sikit. 
Tunggu adunan kembang .. dalam 20 minit.. pergila study ke apa kan..
Then boleh bentukkan jadi donut dan goreng.. Lembut sangat walau kadang2 kita main letak je tak ikut sukatan.. gaulkan dlm gula yg diblend lepas donut tu dah kering mnyak...

Em.. moga2 sape2 yg urgent dan perlu asyik tergesa2 tu boleh cuba .. dan juga buat panduan suami tatkala isteri takda kat rumah :) insyaAllah mudah dan sedap. iringi dengan zikir2 dan selawat.

Banyak lagi resepi simple buat mereka yg malas nak sukat2 dan urgent... kek, roti jala, dan sbgnya. insyaAllah ada masa kita share lagi...  

3 comments:

Anonymous said...

good. org kena amalkan lah sebab 'bizi'

=P

Unknown said...

Nak rse bubur jagung kak nani la... ;)

Emy ilhamie said...

Donut lembut tu cam best je.. boleh try ni.. xtau ler jadik ke tak...

Jom exchange link : http://rujukvitaminku.blogspot.com

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...