Bismillah.
Lama sungguh menyepi dari blog. Alhamdulillah sudah sebulan kuliah semester baru bermula. Benar-benar mencabar dan banyak sungguh perkara yg menguji sabar dan menguji diriku selaku hambaNYA yang Esa.
Siapa sangka langkah-langkah dan penyusunan jadual yg dilakukan dengan sangat teliti semata untuk mengelak keletihan, di saat ia berjalan lancar, tiba-tiba berlaku perubahan yang tak tak dapat ku elakkan di saat pengajian sudah berjalan selama dua minggu.
Akhirnya makin banyak titian anak tangga yg perlu ku harungi, dan makin banyak langkah yang perlu ku gagahi untuk menghadiri kuliah...
Subjek mirath yang dirasa agak susah dan dielak sejak awal-awal lagi hinggalah dua minggu sesi pengajian, akhirnya diambil juga tanpa dirancang, dek sangat2 terdesak ketiadaan subjek untuk menggantikan subjek yg tiba2 mulghah(tutup - cancel). Namun kini aku sepenuhnya mengangkat kesyukuranku, segalanya tidak seperti yg ku sangka, ia tidak sesukar yang ku bayangkan. Alhamdulillah ya tuhan.
Pelbagai cabaran dan ujian datang menduga saat aku sedang sarat membawa kandungan yg kini berusia 7 bulan.
Apatah lagi apabila dompet dicuri, duit dalam beg diseluk/ terjatuh tanpa disedari. Hari ni pula, pensyarah memarahi ku di hadapan rakan-rakanku kerana menyangka aku banyak ponteng kelas padahal aku tidak melakukannya. (nasib baik ada rakan arabku yang membelaku). Mungkin saizku kecik hingga pensyarah tak nampak.. sedangkan boleh dikata tiap kali selesai pengajian,aku menemui pensyarah untuk bertanya.
Saat pertama segala ujian itu datang, aku hanya mendiamkan diri sambil menelan air liur. Tiada respon yang mampu ku lakukan, dek teringat hadith panjang yg ku pelajari tentang erti sabar, aku quote potongan akhir hadith tersebut :
إنما الصبر عند الصدمة الأولى
"Sesungguhnya yang dinamakan kesabaran itu ialah di hentaman pertama / saat pertama"
Iaitu sabar itu ialah tindakan kita saat pertama2 menerima ujian itu. Apakah kita mengamuk, menangis melalak..
Berjalan pulang dengan senyuman, pahit yang aku yakini merupakan penawar di kemudian hari..
Hampir seharian aku pendam masalah yang menimpa hinggalah malam harinya, aku tak mampu lagi menahan hal tersebut, akhirnya aku mencurahkan air mata yang ditahan sejurus selesai solat maghrib dibantu suami yang setia mendengar dan memberi nasihat.
Sungguh segalanya telah selesai, dan aku berasa sangat lega ..
Kini hanya menanti hikmah nya, sungguh aku yakin Allah itu Maha Penyayang. Tidak mungkin segala ini sia-sia. Tidak mungkin selepas kesusahan itu tidak didatangkan kesenangan.. Tidak mungkin kesedihan dan kepenatan ini berpanjangan... Wahai tuhan, jadikan aku antara yg meyakini dan sentiasa berhusnuzzhon denganMU..
:')
7 months with a cerdik and solehah baby :) memang cerdik sbb time mama dia belajar mirath, dia pun duk lumba nak buat... time dalam kelas, tak duk diam.. time mama dia duk wat homework pun tak duk diam langsung....... Be a good hamba Allah ye syg...