Alhamdulillah syukur pada Allah SWT atas segala nikmatNya yang mengindahkan lagi kehidupan kita.
:) Terima kasih Allah beri saya peluang untuk teruskan kehidupan dengan positif. Setelah melalui detik-detik homesick pada bumi tempat saya menadah ilmu.
Tahun pertama di Jordan, jiwa dikacau dengan bermacam bisikan sesalan .. "Kenapa la aku datang Jordan.. Amman plak tu, takda kawan dan sebagainya...". Boleh dikatakan tiap malam berteman seorang sahabat merangkap housemate dan teman sepengajian tercinta, Azilah... kami berteleku selepas solat, kadang menangis.. Sahabat saya dirisik UIA, tapi menolak peluang itu semata untuk datang ke Jordan.
Ia tahun di mana saya terjebak aktif dalam persatuan, bermula sebagai timbalan lajnah multimedia kepada seorang ketua yang "wat tak endah".. Gigih saya meng"update" blog persatuan yang kini sudah tiada lagi(di block).
Menggunakan yahoo group di email masing-masing, di situlah kami berhubung sesama ahli untuk sebarang makluman program. Facebook masih tersangat rare ketika itu. (mungkin saya kot yang kurang main fb ketika itu).
Ketika itu, persatuan merupakan satu-satunya pengikis "homesick" melampau pada bumi Malaysia, serba sebanyak ia mengikis sikap manja selaku anak bongsu perempuan.
Disibukkan dengan kuliah setiap hari, library / maktabah merupakan tempat wajib singgah tiap kali gap kelas, dan ia juga merupakan tempat paling banyak dikunjungi untuk budak 1st year seperti saya saat itu.
Belum ada whatsapp, facebook pula masih lagi 'muda', tidak lah aktif mana. Jadi hadir ke maktabah adalah semata untuk siapkan kerja assignment atau mengulangkaji! bagus sangat kan.
Malam-malam disibukkan dengan meeting, meeting, meeting.. kadang kelas, kadang study dan sebagainya. Manakala hujung minggu kami "bertafaqquh" bersama, berqiamullail yang paginya pula kami beriadah dan berprogram...terngiang-ngiang bacaan yang lunak oleh seorang kakak yang kami panggil kak za sewaktu qiam kami.. indah sangat..
Disebabkan pelajar Malaysia Amman tidak ramai..kami sering dijemput untuk hadiri majlis-majlis ataupun keramaian orang arab.. Apatah lagi pelajar wanita yang boleh dikira dengan jari..
kenal tak kenal, kami turut menghadiri kelas mingguan personal(untuk kami sahaja, muslimat amman) bersama allamah Syeikh al-muhaqqiq Syuaib Al-Arnout, ulamak besar dalam bidang hadith... masyaAllah... disebabkan ketika itu kami tak berapa kenal dengan Syeikh, kami kadang bergurau dengannya seolah dia bukanlah ulamak besar. Syeikh sabar mengajar kami yang ketika itu masih lagi "kurang" dalam bahasa arab. Nahu, fiqh, isu semasa.... Boleh dikatakan ia talaqqi yang paling sempoi pernah saya join. Syeikh suka sangat bertanyakan pandangan kami dalam sesuatu perkara, pernah suatu ketika Syeikh bertanya "jika berhadapan dengan kuffar yang zalim dan mahu bunuh kamu jika tidak melafazkan perkataan kufur, mana kamu pilih, mati syahid atau melafazkan dengan niat mengambil rukhsah?" .... Sorang demi sorang memberi jawapan dan ia akan dikhulasahkan oleh Syeikh hafizahullah... kenangan talaqqi ini segar bermain di minda dan jujurnya saya sangat rinduuuuuuuu untuk menghadirinya lagi.
Allah...
Jika mahu disimpulkan kenangan 4 tahun kepada satu artikel ini.. Rasanya tak muat...
Segalanya segar dalam jiwa. Bahasa arab yang ku cintai... setiap hari praktis dan praktis agar tak hilang dari ingatan, agar lidah masih tak pelat menyebutnya...
...... to be continued