Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, November 25, 2015

Real life :)

Assalamualaikum wbt.

Lama sungguh blog ni terbiar begitu sahaja. Kekangan waktu, perubahan hidup dan macam2 lagi perubahan yang berlaku setelah graduasi lebih kurang setahun lepas.

Apa yang ku rasa?

Hidup makin stabil.

Emosi makin stabil.

Jiwa makin tenang.

Sekarang ni sedang bercuti setelah menimba pengalaman mengajar di sebuah international school berdekatan tempat kerja suami. Suami pula outsation jauh ke Turki sana selama sebulan lebih, justeru mengambil peluang ini untuk berehat di kampung sebelum kehidupan kembali berubah dari sorang anak kepada dua.

Alhamdulillah rezeki.

Jun 2015 dapat bushra akan kehadiran "little caliph" bersemadi dan menumpang di rahimku, gembira dan teruja apatah lagi kali ini tak diganggu dengan morning sickness dan pelbagai simptom kehamilan yang teruk2. InshaAllah Feb/Mac 2016 Ruqayyah bakal menerima adik baru. Semoga Allah mudahkan segalanya.

Takda sapa tau dan ini merupakan my first official announcement hehe... Saya dan suami lagi selesa buat selamba sahaja dan bior orang tak tahu.

Planning tahun 2016 ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi jika diizinkan Allah. Suami sentiasa memberi greenlight dan support.

MasyaAllah rasa sangat banyak perkara berubah termasuk dari sudut emosi ku. Boleh perasan kalau dulu banyaknyaaa lahai merajuk, masam muka, bergaduh.. tapi sekarang ni segalanya dah kurang, boleh rasa kestabilan emosi dan jiwa bila menginjak usia sendiri termasuk usia perkahwinan. Sekarang lebih pada fasa memahami, menyelesaikan masalah bersama2,sama2 berusaha jalankan tanggungjawab, membantu dan saling memberi..

Rasa macam dah matured sikit kihkih.

Banyaknya Allah bantu.

Dari sudut kewangan. dan semua aspek.

Rezeki Allah dan rahmatNya sangat luas.

Alhamdulillah...kehidupan sebenar memang sangat fantastic,mencabar,tapi bahagia.

Buat suami nun jauh di Turki..harini menitis juga air mata bila Ruqayyah tetap gambar abang di hp lamaaaaa sangat... seolah dia rindu orang yang selalu main dan gurau dgnnya...inshaAllah Januari nanti kami bertiga sambut abang di airport.... :')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...