Hari ini dengan beraninya merantau dan berjalan-jalan seorang diri..dek sedikit tekanan yang menekan emosi yang sekian lama dipendam..Alhamdulillah, banyak perkara hari ini yang membuatkan tekanan itu semakin hilang. Seronok bila bersendirian..
Dalam surah al-muzzammil, Allah menjawab dan memberikan kita sebuah penyelesaian tatkala perasaan kurang baik hadir..
Bangkitlah qiyamullail dan laksanakan dua rakaat tahajjud paling kurang. Amalan-amalan pilihan inilah yang mengangkat seorang hamba itu menjadi harum namanya hingga di langit sana..
Jika berkesempatan, bolehlah kita teliti beza kalimah abid dan ibad yang disebut dalam alquran.hehe.sgt menakjubkan.
Menuju ke sana, menaiki bas sendiri, kemudian berhenti dan mengambil teksi.. berborak dengan pak cik teksi yang baik. Kemudian membayarnya wang sedikit lebih dengan harapan dia mendoakanku.. Selesai itu, berjalan-jalan dan bertemu pak cik jual keropok.. beli keropoknya dan bayar lebih, smbil meminta dia mendoakan.. bila bertemu kanak-kanak di masjid, ku bahagikan keropok itu.. ada yang menolak dan melihat saja ku makan.kih2. Seronok..tiada apa perasaan tatkala itu melainkan berharap sepulangnya diriku ke rumah, Allah lapangkan hati ini..
Ketika makan, ku disajikan dengan sebuah pemandangan hebat. Sorang wanita sedang menyalin lampin anaknya dengan kasar sekali. Letak di atas lantai tanpa beralaskan apa2, kemudian terus menukar lampin budak tersebut yang menangis makin kuat. Apa tidaknya, lantai itu sejuk... lantai tempat orang lalu lalang masuk masjid.... tersenyum ku melihat perbezaan cara antara orang melayu dan orang arab.
Banyak masa dihabiskan di tepi masjid itu, memerhatikan manusia dan dikelilingi kanak-kanak yang sedang menunggu ibubapanya.. Kemudian, terus berjalan-jalan mencari sesuatu.. tanpa hala, namun mata tidak lekang memerhati dan menganalisis.. :) Seronok bersendirian.. namun sekiranya kita berhadapan dengan manusia dan bersabar dengan kerenah mereka itu lagi baik berbanding yang menyendiri tanpa apa-apa cabaran dalam hidup..
Ketika itu, terasa berani dan bersedia untuk dimarahi oleh pihak persatuan.. yerlah, seorang wanita keluar sorang2 di bumi orang.. Hati yang berbara lemah ketika itu bersedia memarahi dan menerima amarah orang, kata kan lah apa sahaja.. ku tidak kisah :)
Ingin dan sangat ingin berpindah, rumah kini di hujung kawasan, dan memaksa ku untuk rajinkan diri ke jamiah, naik turun bukit.. ku yang kecil pasti makin mengecil dek hal ini.. setiap kali pulang dari jamiah, setengah jam masa diambil untuk hilangkan kepenatan semput berjalan dan menaiki tangga rumah yang berada di tingkat 3.. Orang seringkali berpesan agar bersabar, namun tidak cerdik namanya jika bersabar tanpa cuba mencari penyelesaian.... insyaAllah moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk hidupku, ilmuku, agamaku dan hala tuju perjuanganku.. Ya Allah, ku mengharap belas ihsanMu untuk mudahkan urusanku ini..
Alhamdulillah terasa lega dan gembira sepulangnya ke rumah tadi sekalipun masih berbaki sesuatu..
Sekian wassalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment