Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Saturday, August 17, 2019

Pengalaman VBAC anak kedua

Bismillah.

Hari ini nak terobek kembali pengalaman 3 tahun yang lampau. Sebab seingat diri ini, masa nak usaha untuk vbac pun selalu search tentang pengalaman orang lain. Blog-blog mommies lah yang banyak membantu untuk hilangkan sedikit rasa gemuruh ni. almaklumlah pertama kali nak bersalin normal.

Sebagai seorang yang ada history ceaserian, memang Doktor akan pantau lebih sikit. Cuma kes saya, czer anak pertama lepas tanpa apa-apa faktor bahaya seperti darah tinggi atau gdm dll. Waktu tu sangat jahil lagi tentang bersalin ni... jadi ikut sahaja saranan Dr tersebut walau takda apa-apa kes berat. Bersalin di hospital swasta di Jordan, itulah risikonya. Tanpa diletakkan mesin ctg, tanpa diberi waktu menunggu dll.. terus proceed czer selepas sekali cek ve tiada bukaan.

Untuk anak kedua ni, memang usaha lebih sebab umur pun masih muda waktu tu, 24 tahun. Nak lah anak ramai sikit.... alhamdulillah sepanjang kehamilan, semuanya berjalan baik. Baby dan ibu sihat walafiat.

TIBA DETIKNYA....

 40 minggu lamanya bawa kandungan ke hulu hilir. Cubaan untuk induce seacara natural tak berhasil, turun naik tangga sampai tingkat 9 juga tak membuahkan hasil ketara selain penat hehe. Cuma ada waktu asar ni, nampak sedikit tanda lendir darah, Jadi terus beritahu ibu yang kebetulan dah sampai di rumah kakak di Kajang.

Terus petang tu, ibu ayah datang ke rumah sambil bawa bagasi untuk bermalam seminggu dua. Ibu beri nasihat untuk terus jelah ke hospital walau takda sakit lagi, sebab pertama kali nak cuba normal kan... bimbang juga. Jadi kita pun mandi cepat2, kemas sikit rumah dan baju. Terus petang tu ke hospital...

Selepas isya' baru dipanggil untuk buat ctg, ctg normal belum ada contraction. kemudian Dr scan pula, katanya berat dalam 3.4 macam tu. So boleh terus proceed normal delivery...

Tiba saat yang menakutkan iaitu ve, Dr seluk dan bagitahu servik dah lembut cuma takda bukaan lagi. Dr minta untuk warded alang-alang esoknya dah due date. Katanya, "insyaAllah esok awak bersalin lah ni.. bersedia dah nak bersalin normal?", terus berdebar.

....to be continued....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...