Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, pujian bagi Allah.. segala kesempurnaan hanya pada Allah. Buat kesekian kalinya, kesyukuran diangkat kerana masih lagi bernafas, masih lagi mampu menjenguk pintu taubat dan mengumpul seberapa banyak bekal untuk dijual di sana..
Update ringkas sahaja, insyaAllah.
Dalam meniti titian kehidupan, kita sebagai muslimah mungkin jarang menyedari pentingnya kita untuk berada di atas jalan yang dinamakan jalan dakwah. Jalan yang mungkin mengurangkan hilai tawa, mengurangkan borak kosong, gosip dan segala macam tabiat sesetengah wanita tatkala bersama rakan-rakan.
Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam at-Tarmizi. bahawa Nabi S.A.W berpesan :
ولا تكثر الضحك فإن كثرة الضحك تميت القلب
"Jangan ketawa yang keterlaluan, krn ia bakal mematikan hati"
Ketika berliqo' fikri beberapa minggu lepas, Ukht Nurul Jannah ada menyebut,
من كثر ضحكه قلت هيبته
"Sesiapa yang banyak sangat ketawanya, maka makin kurang kehebatannya"
Kata-kata saidina Umar al-Khattab kalau tak silap.
Bergurau senda bukanlah suatu tegahan, malah Rasulullah S.A.W juga bergurau, asalkan tidak membawa pada menipu.
Namun jauh sekali baginda S.A.W berhilai ketawa seperti kebanyakan kita, hingga tergolek-golek jadinya. cukup untuk baginda senyum hingga menampakkan giginya.
Banyak yang tidak saya ketahui tentang jalan yang dikatakan tadi, usia muda dan pengalaman seciput, namun, pernah terbaca sebuah buku tentang fiqh dakwah bagi seorang muslimah.
Sejarah telah melakarkan mereka-mereka yang hebat di zaman Rasulullah S.A.W dahulu.. Siapa ye? antaranya ;
Saidatina Khadijah r.a yang menenangkan ketakutan Rasulullah s.a.w serta melindungi baginda dengan harta,nyawa dan jiwa..
Khaulah bint Tha'labah r.a yang didengari rintihannya, lalu diturunkan ayat tentang zihar [dalam surah al-mujadalah]
Ummu Salamah r.a yang memiliki kebijaksanaan dalam meneliti suatu masalah, kisah yang sering kita dengar iaitu ketika perjanjian hudaibiyah..
Wanita-wanita yang berhijrah ke Habsyah bersama suami mereka, meninggalkan rumah, harta dan segala yang disayangi di kampung halaman sendiri iaitu Makkah. Tak mudah tu.. nak merentas padang pasir lagi...
Wanita yang menghadiri baiatul aqabah yang kedua.. iaitu seramai dua orang..
Saidatina Aisyah r.a..Imam Bukhari meriwayatkan dgn sanadnya dari Anas bin Malik r.a : Pada hari terjadinya perang uhud, aku melihat Aisyah dan Ummu Sulaim bekerja keras memindahkan kantong air di atas belakangnya kemudian menuangkan pada bibir orang-orang yg lain ..
Banyak lagi yang tidak mampu disebut di sini [sebab tak tahu nak baca camne] huhu..
InsyaAllah, jika dikaji, ia bukanlah suatu yang asing. Peranan seorang wanita memang sangat besar, paling besar ialah dalam membentuk rijal ummah.. ibu merupakan madrasah pertama bagi kita.. bagaimana kita terbentuk sekarang merupakan natijah dari penat lelah ibu dalam melayan kerenah kita kecik2 dulu.. kan?
Wallahua'lam..
Wassalamualaikum wbt.