Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, November 8, 2011

Early marriage vs Increasing of divorce cases

Bismillah.

Ingin mencoretkan sedikit yang ku fahami tentang perkahwinan. Sebagai seorang yang makin meningkat ke arah dewasa, ku tidak lagi segan untuk berbicara tentang perkahwinan sekalipun usiaku masih seciput.. setiap orang memang melalui frasa usia ciputnya hihi.

Ku melihat dunia sekarang teramat jauh bezanya dengan dunia yang 10 tahun dahulu, berbeza dengan 5 tahun dahulu. Kita kini miliki facebook, twitter, yahoo messenger, millatfacebook, myspace, friendster dan sebagainya yang merupakan jalan pada perhubungan antara dua magnet lekat iaitu lelaki dan perempuan. Jaringan komunikasi kini teramat meluas, hatta berada di lebuh raya pun masih boleh berhubung, sesat pun masih boleh meminta tolong, ingin berskype, bervideo call dan seumpamanya bukan lagi sesukar dahulu..right? Kanak2 miliki handphone sekitar usia 12 tahun itu merupakan suatu perkara biasa, di mana-mana pun kita dapat melihat setiap watak yang bergerak samada kecil mahupun besar miliki handphone. Seingat saya, ketika saya darjah 6, saya masih belum memahami apa itu maxis, celcom, digi? Huhu. bila sebut jenama handphone lagi la dahsyat, sebut saja ipad, LG, XPERIA, apple, blueberry dan sebagainya... fuh.. tak mampu dihitung jari..

Justeru ku melihat perkahwinan awal bukanlah suatu yang pelik bagi sesetengah insan. Itulah cara yang terbaik untuk mengelakkan zina dan gejala buang anak.. Namun, dibimbangi masalah penceraian bakal meningkat, jika perkahwinan didirikan atas dasar nafsu semata, entah ke mana halnya setelah nafsu dipuaskan?..dapat anak?... itulah antara negatifnya perkahwinan awal yang bukan didirikan atas dasar kefahaman yang menyokong fitrah itu..dan itulah yang banyak mendominasi ramaja kita kini... sejurus tamat sekolah menengah dan masuk matrik, melaksanakan perkahwinan tanpa memikirkan risiko lain, pengajian, kewangan dan sebagainya...kemudian, apabila masalah-masalah tersebut menjelma dan membentuk sebuah gunung, akhirnya hancurlah sebuah rumahtangga itu..

Tapi jika cerdik dalam merancang dan memandang dalam setiap sudut, pasti ada jalannya.. kebiasaannya mereka yang cerdik, mampu merancang dengan baik dan sekalipun masalah itu datang,dia dapat mengatasinya dengan baik..kematangan dalam pemikiran dan keluasan sudut pandang sangat penting pastinya...! bukan sekadar pandai jaga anak, dah nak kahwin. bukan sekadar pandai masak, itu cukup untuk kahwin.. pandai uruskan diri, kewangan dan emosi.. tu pun penting...

Bagiku,..pernah je..

Terfikir dan tidak menolak untuk berkahwin awal, terlalu banyak hadaf yang ingin dicapai melaluinya... pergerakan pastinya lebih mudah bagi seorang wanita bersuami berbanding waktu bujangnya sangat terhad untuk bergerak..sedangkan waktu masih berkudrat kuat inilah masanya untuk terokai dunia sekeliling dengan lebih jauh..pulang Malaysia nanti, apakah masih berpeluang datang sini(oversea)? ... Allahu Allah..tp jika begitu, itu pastinya bukan diriku yang sebenar..aku yang sebenar bukanlah sematang itu untuk menjadi isteri orang..

Keluasan dakwah.. dan yang paling penting, selamat dan tenang dari unsur-unsur yang kurang baik yang bakal memperngaruhi gerak kerjanya dalam sebuah organisasi..

Namun di sana ada halangan yang perlu difikirkan... Jika diadakan debat.. agak2 yang mana menang?hehe.. debatkan! masyarakat kini sangat perlu penjelasan dan pencerahan tentang hal ini kerana rata2 memandang dalam satu aspek sahaja, iaitu "mengelakkan zina dan gelaja buang anak"...well, how about "penceraian"?

Wassalamualaikum wbt.

3 comments:

Anonymous said...

debatkan! masyarakat kini sangat perlu penjelasan dan pencerahan tentang hal ini kerana rata2 memandang dalam satu aspek sahaja, iaitu "mengelakkan zina dan gelaja buang anak"...well, how about "penceraian"?

assalamualaikum...
berdasarkn ape yg ditulis oleh tuan saudari seperti diatas..sy tidak setuju dgn pndpt itu kerana di dalam syriat islam perhawinan dibhgikn mengikut hukum taklifi yg 5..wajib sunat dan sebagai nye...di dalam kategori wajib kahwin syart nye adalam utk mengelakkn mksiat dan penzinaan...disini kite boleh lihat islam meletakkn mksiat n pnzinaan utk wajib kahwin..ini bukn mksd islam x pndg penceraian itu...x slh sy ade hadis yg nabi mnggalakkn prkahwinan jika sudah cukup syart2 yg telah nabi sbutkn ..apabila sudh ckup syart yg tlh dttpkn..x kire muda atau tua digalakkn menunaikn nye dah bukn fikir akn penceraian disbb kn ini bnde dituntut oleh islam..bukan ke Allah dh menetap kn jodoh masing2...wallahu'alam

Nur Hanani Fadzilah said...

Waalaikumussalam wbt :)

Yer, betul tu saudari@saudara, antara tujuan perkahwinan itu sendiri untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan..

Namun saya cuma melihat aspek zaman sekarang, untuk mereka yang faham dan mampu, takda masalah. Tapi bagi mereka yang tidak faham dan tidak memiliki ilmu tentang perkahwinan, mafsadah lain pula bakal ambil tempat. Pnceraian merupakan masalah besar dan semakin menular sekarang ini, dan dari penceraian, anak2 terabai menyebabkan makin ramai umat yang rosak dek pengabaian itu.

Hukum hakam satu perkara yang panjang jika mahu dibincangkan.. Bagi yang berada dalam daerah wajib kahwin, dlm sohihain ada mencatat, Nabi s.a.w memberi pelbagai jalan untuk seseorang itu kekang nafsunya antaranya dengan menahan pandangan mata, dn berpuasa sekiranya masih belum mampu utk brkhwin..jika Puasa pun tak dapat nak lawan,ulamak berkhilaf pula tentang hukum onani bagi yang smpai tahap yakin akan berzina..tp bg yang mampu, tentunya berkhwin itu lebih baik

Pndangan sy, ia bukan suatu urusan kecil yang memandang hanya kepada satu aspek(nafsu sahaja). Tp ia urusan besar yang akan berterusan sampai akhirat sana :)Penularan kes kahwin awal dalam kalangan insan2 yang faham sgtlah bagus namun bg insan yang tidak faham, tugas kita utk memahamkannya agar mampu bina umat Islam yang hakiki...

Anonymous said...

time kasih diats pnjelasn saudari....em..mungkin timbul 1 persoalan kepada kalangan insan2 yang tidak memahami yg saudari mksdkn tadi...ade hadis yang membncgkn psl menggalakkn perkhwinan..tetapi tidak pula berkait dengan penceraian...jd kpd insn2 yg tidak memhami ini trus mengambil akn hadis itu sebagai tndkn nye utk berkahwin tnpe menghiraukn penceraian disebabkn tidak ade pun dalil yang mengatakn penceraian sebagai penghalang..mgkn penceraian bnde yg x pasti..mgkn saudari boleh memberi pndpt tntg org yg berfahaman mcm ini..

maaf maklumatyang sy berikan kerana ceteknye ilmu sy..tp itulah setakat kefahaman sy..shukran..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...