Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Sunday, February 26, 2012

Sangat syumul kan?

Bismillah.
Alhamdulillah, merafa'kan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengizinkan diriku untuk hidup lagi di muka bumi ini, seterusnya mengisi hayat yang berbaki dengan kebaikan.

اللهم اجعل باق عمري خيرا من ما مضى

Masih berbaki beberapa bulan sebelum pulang ke Malaysia, sangat merindui kampung halaman dan sanak-saudara. Namun 3 bulan cuti bukan suatu yang menyeronokkan seandainya masa itu dihabiskan tanpa apa-apa. Mungkinkah perlu buat paper work untuk 3 bulan tersebut? huhu. Pertama kali saya melihat seorang mahasiswi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja jaulah dirinya & seorang rakannya ke Jordan hingga kertas kerja itu sudah diubah sebanyak 5 kali. Itulah Kak Fatimah Mukhtar, pelajar cemerlang SPM 2008. Memang tak hairan kan? Walaupun pening menyemak kertas kerjanya itu, tapi ia cukup bermakna, mengajar saya bahawa dalam kehidupan kita, setiap perkara perlu memiliki persediaan serta perancangan yang bagus, tersusun dan teliti.
Jika kawan-kawan ada nak ajak handle program @ else, please dont leave me alone... ajak sekali ok. InsyaAllah sedia meluangkan masa.

Berbicara tentang kesyumulan Islam, saya sangat terpegun dengan syarah oleh Dr.Arif Hassunah yang mengajar nizom Islam, mengajar cara membentuk fikiran yang kritis, serta mengajar menggunakan mantiq dalam mendepani mereka yang ragu akan Islam.
 
Pertama sekali, HUBUNGAN DENGAN ALLAH @TUHAN yang sentiasa ada. Paling mudah dilihat ialah solat. Kadangkala kita tertanya, mengapa dihadkan rakaatnya? mengapa hanya pada waktu tertentu. Alangkah jika dibincangkan falsafah & faedahnya, pasti banyak. Ringkasnya, dalam setiap ketika, dalam apa jua keadaan, solat itu tetap wajib dilaksanakan. Apakah salah bagi ALLAH menyuruh kita melakukan suatu yang dilihat tidak penting? Itu sebagai tanda keagungan ALLAH S.W.T yang berhak untuk menyuruh kita melakukan apa jua perintahnya, sekaligus menafikan ''kemegahan'' sesetengah manusia akan dirinya sendiri, dan menguatkan lagi tanda ''kelemahan'' manusia itu sendiri.
 
Yang kedua, HUBUNGAN DENGAN MANUSIA LAIN. Yang ini, tiada satu shariat lain pun yang sama dengan Islam. Islam mengatur dari pelbagai sudut ; hak harta, warisan, ekonomi, politik dan sosial (ekoposial). Mengharamkan riba, rasuah, judi dan sebagainya. Mengharamkan zina, arak (memabukkan), pembunuhan. Meletakkan qisos sebagai hukuman terhadap si pembunuh. Dalam alquran :
 
Firman Allah S.W.T : ولكم في القصاص حياة يا أولى الألباب.....
"Dalam pensyariatan qisos itu ada kehidupan bagimu wahai orang cerdik pandai..."
 
"Apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut yang mengandungi balaghahnya yang cukup hebat?" tanya Prof.Arif
 
Terpana seketika, ayat yang sekian lama dihafal dan diulang, namun sediitpun tak pernah saya cuba selongkari maksudnya.
 
Lalu jawab seorang pelajar : " Sekiranya kita melaksanakan qisos, maka disitu masyarakat akan selamat yang bererti adanya kehidupan.."
 
Prof tersenyum : "Ya, memang benar, namun pernahkan kalian terfikir sebelum ini?" .. hehe.. Semua pelajar menggelengkan kepala. Prof meneruskan perbincangan secara lebih ilmiah dengan meyebut pendapat para ulamak.
 
Yang ketiga, HUBUNGAN DENGAN DIRI SENDIRI. Makan, sunnahnya menggunakan tangan kanan. Memang sama dengan fitrah kita yang 'tak mampu' makan menggunakan tangan kiri dek rasa 'kurang selesa' bukan? Yup, Islam telah sebut awal2 sejak 1430++ yang lepas lagi.  Sunnah juga menggunakan 3 jari, duduk atas kaki kiri dan mengangkat kaki kanan, makan hanya tatkala lapar, adapun makan terlalu banyak membawa hukum makruh kerana boleh memudharatkan diri, dan bakal menjadi haram seandainya memang diyakini memudaratkan diri. Tidur juga diajar untuk mengiring sebelah kanan yang mana boleh mengurangkan tekanan pada jantung. Banyak lagi hubungan dengan diri sendiri yang kita tak sedari bahawa ia sebenarnya AJARAN ISLAM.
 
Konklusinya, memang Islam atur satu-persatu cara hidup kita. Jadi mengapa ingin memilih selain dari Islam? ingin mencari kebebasan? Islam juga miliki kebebasan, bebas ingin menyuarakan pendapat, bebas untuk melakukan apa sahaja, namun jika melanggar batasan, mudharatnya hal itu akan terkena pada diri sendiri, dan di akhirnya, bakal memenuhi kuota neraka. Nauzubillah min zalik.
 
Maha Penyayangnya Allah. Sangat ingin kita menurut perintahnya yang sudah pasti ada manfaat duniawinya untuk kita (samada dari sudut kesihatan, hubungan baik sesama manusia DLL..) dan menggalakkan lagi hal itu dengan menjanjikan syurga buat mereka yang menurut perintah itu.
 
Ketika kecil dulu, ayah menyuruh kita belajar baik-baik. Dapat satu A, ayah akan bagi hadiah sebanyak RM100 sebagai contoh. Tapi jika gagal, ayah mungkin akan rotan kita, atau mungkin juga tak ada apa-apa balasan. Manfaat A @ cemerlang exam itu untuk siapakah? untuk kita, right? bukan untuk ayah. Ayah mungkin akan meninggal, makin berkurang wangnya, namun A itu untuk masa depan kita yang lebih baik.. Begitulah juga dengan suruhan Allah terhadap kita.... manfaatnya untuk kita jua... Justeru, apa alasan kita untuk tidak mensyukuri Allah dan terus melanggar perintahnya?
 
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...