Bismillah.
Alhamdulillah wa syukru lillah.
InsyaAllah hari ini dalam MURABBI, akan membentangkan biografi seorang tokoh pendakwah Islam yang haraki, iaitu Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Adeh. Terima kasih google atas bantuan untuk itu.
InsyaAllah jika berpeluang, ingin mencatatkan serba sedikit pengalaman PERTAMA ke-6 2012. Sebagaimana tahun lepas, telah saya catat secara ringkas tentang pengalaman PERTAMA ke-5 2011. Ada suatu yang berkait antara keduanya. PERTAMA 2011 telah saya catatkan serba sedikit perkara yang menyentuh hati saya sendiri yakni tentang ISLAMOPHOBIA yang berleluasa hingga menyebabkan manusia pelosok dunia memandang negatif terhadap Islam. Apa medium yang menyebabkan ia berleluasa? tak lain tak bukan berkait sangat dengan Media... samada media cetak mahupun media elektronik..
"Jika dapat kuasai media, maka pasti dapat kuasai negara"- kata seorang panelis.. katanya lagi : "Media kita di Malaysia bersifat primitif yakni tiada fekahnya (etika kewartawanan), tidak demokratik".
Tiada etika sebagai contoh, bersifat tidak telus, dan berat sebelah.. Mereka sering menyembunyikan kebenaran dan tidak lagi memainkan peranan media yang sebenar iaitu untuk menyampaikan kebenaran dan hal yang berlaku di sekeliling. 4 sifat seorang rasul yang patut media contohi : iaitu benar, amanah, menyampaikan(bukan menyembunyikan), dan cerdik...
Adapun yang dimaksudkan dengan tidak demokratik ialah tiada kebebasan bersuara. Hanya pihak tertentu sahaja yang boleh menggunakan media utama yakni siaran televisyen secara menyeluruh... benarkah ini berlaku? huhu. boleh difikir-fikirkan.
Rakyat Malaysia kini makin cerdik.. Menurut statistik yang dibacakan oleh seorang panelis berpangkat Professor pengkhususan media. Rakyat Malaysia yang menjadikan televisyen sebagai sumber memperolehi maklumat hanya sebanyak 10%.
Banyak lagi yang ingin dicatatkan namun ada 30 minit lagi sebelum waktu kuliyah kedua... itu hanyalah muqaddimah.
_____________________________________________________________________
Tajuk tahun lepas "Fiqh Interaksi dengan non-muslim" merupakan sebuah tajuk yang sangat saya gemari sesuai dengan bidang. Namun perlu diingat, dalam fiqh awlawiyat, antara sasaran utama dalam dakwah ialah terhadap sesama muslim. Hal ini kerana, muslim yang tidak mengamalkan Islam ibarat musuh dalaman yang lebih licik dan berbahaya berbanding musuh di luar..
Dalam perang uhud mencatatkan tentang 300 orang tentera yang mengundur diri di saat akhir, yang dikepalai oleh al-munafiq yang menunjukkan muka baik ketika mula-mula keluar kononnya untuk turut bersama berperang, itulah Abdullah bin Ubay yang penarikan dia dan 300 yang lain menyebabkan tentera Islam gelisah dan mula merasa lemah... Dua dari kabilah yang turut serta ingin menarik diri dek rasa gelisah telah dipulihkan kembali semangat apabila Allah menurunkan ayat dari surah ali-imran : 122.
Wallahua'lam.. sekiranya ada kesalahan fakta atau sebagainya, mohon ringankan jari untuk memberi teguran :) sekian.. wassalamualaikum wbt.
No comments:
Post a Comment