Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, January 21, 2013

Islam sayang semua golongan

Alhamdulillah.

Yup .. Suatu petang saya meneliti sebuah hadis yang bermaksud :
"Apabila matinya anak adam itu, terputuslah segala amalnya, melainkan 3 perkara : 1- sedekah yang berpanjangan. 2- ilmu yang bermanfaat 3- anak soleh yang mendoakan."

Matan hadith ini menggunakan أو .. yang bermaksud 'atau'... sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau...
Saya mula fikir. kenapa dia tak guna و yang bermaksud 'dan' ...

Hm, resultnya membuatkan hati ni rasa makin sayangkan Islam .. detail sungguh apa yang nabi s.a.w sampaikan.. Terfikir, seorang peniaga, usahawan yang kayaraya, menguruskan kewangan sana sini, tentunya tak sempat untuk pergi belajar... belajar sikit, amal .. belajar sikit, amal. .. itulah yang diorang mampu.. Jadi , jika dia tahu bahawa dengan wangnya yang bertimbun (dengan syarat, jalan perniagaannya halal dan mengikut syara') , tentulah dia dah boleh bina sebuah perniagaan besar di akhirat sana.. Yup.

How ?

Ok. dia bagi sedekah, derma, sumbangan dan yg macam2 tu untuk Islam.. untuk masyarakat, untuk kemudahan orang, untuk majlis ilmu .. tentulah amalnya itu berterusan pahalanya selagi mana ada yang menggunakan dan mendapat manfaat darinya...

Ahakss. ok .. .next ..
Untuk orang yang bukan usahawan, dan nak ada anak pun belum lg.. tapi ada ilmu ~

Jadi sebarkanlah ilmu tersebut..
Takda orang nak dengar?  >>>>>> jadi cuba jadi writer >>> tulis apa saja yang bermanfaat >>> untuk Islam... bahkan jika yang dia tulis tu hanyalah tajuk kecil2 seperti adab makan, sunnah seharian dalam kehidupan.. taat ibubapa..... insyaAllah benda kecil tp manfaat dan effectnya besar... jadi rahmat Allah buatnya lagi besar kan?

Ok.. aku orang kampung yang tak miliki duit.... bukan duit je takda, ilmu pun takda. hanya tahu buat herba, tahu makan minum , jaga perut suami ... hm.. camna nak ada amal yang berpanjangan?
Takpa.. mak cik pak cik jangan bimbang .... ada anak kan? biasanya orang2 tua zaman dulu kahwinnya awal.. dan anaknya ramai .... jadi didiklah anak itu untuk jadi insan berguna.. kalau pn takleh nak belajar tinggi2, cukup didik anak jadi orang yang baik, orang yang tidak menzalimi orang, tidak menzalimi kehidupan kat dunia... insyaAllah anak itu akan menjadi anak soleh yang mendoakan ibubapanya...

Takleh juga?

Tak ada anak, tak ada hrta, tak ada ilmu ...
It's ok..

Islam bagi jalan >>> Jangan menzalimi orang lain .. cukuplah jika kita tidak mampu mmberi manfaat untuk orang, jangan pula memberi sakit utk orang .... Fikirkan kehidupan kita bukan suatu yang berpanjangan, awak penat sekejap sahaja, kelak di akhirat sana lagi indah, lazat dan tak memenatkan .... cubalah mencari suatu yang membolehkan juga kita beri manfaat.. kalau tak untuk orang lain, manfaat untuk diri kita.. beribadahlah pada Allah SWT.... i love Islam ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...