Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, January 21, 2013

Tenang + penat

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah.. dapat juga ukir sikit sebanyak senyuman hari ni. Semalam bergelut dengan kesihatan yang tunggang terbalik, suhu badan yang naik turun dan selera yang kejap ada kejap takda. Mungkin perubahan cuaca kot. Syukur ada suami yang baik.. haha. Walaupun tangan dia berbalut dek luka yang dalam... tapi dengan kudrat tangan kirinya, dia tolong masak, tolong belikan ubat, tolong buat air halia dan bagai2nya.. alhamdulillah.. kesian rasanya bila suami susah payah, tapi thats kehidupan.. Hampir 2 minggu suami diujiani dengan tangannya yang berjahit2, dan rasanya time tu lah peranan aku sebagai isteri dan student sngat2 mencabar.. Makan, minum, dan sume2nya aku akan sentiasa ada untuk dia... syukur sekarang dia dah ok dan hari ini jahitan dah dibuka ^__^ n it's my turn haha..

Allahu akbar..

Kejap2 aku pejam mata.. Kehidupan kami dalam seminggu sangat sibuk.. Malam dan petang mengajar.. Ngajar mengaji, ngajar sains, math, sejarah dan BI.. kadang tu aku rasa tak larat sangat untuk layan kerenah budak2 mengaji yang sangat nakal... yelah. tiap kali habis mengaji , rumah dah berubah wajah.. biskut, pencil colour, buku2, kertas, berterabur dek kanak2 nakal tersebut..

Hehe.. tapi mungkinkah ni salah satu didikan Allah .. yup, suatu masa nanti kami akan miliki anak, dan of kos budak2 bukan duk diam tidur makan buang... dan as a mother, perlu lah kreatif untuk bentuk anak2... tapi sampai sekarang aku masih segan untuk berkreatif sangat ketika mengajar budak2 kecik tu.. hihi.. encik hasben ada bersama... aku sedikit segan *_*

Camne eh..

Hm. Ok, takpa.. ritu aku dah cuba bagi dorang dengar lagu, video yang bagus2 untuk budak2.. diorang ni semua speaking english 100%.. jadi aku cari lagu2 yang islamic untuk diorang ikut..so far, kadang2 ada je yang buat tak peduli... tapi ada yang berminat nak ikut sikit2.. Hm, next maybe nak potong2 kertas tampal2 kat dinding umah bagi ceria sikit...

Hope ALLAH mudahkan cara untuk kami berdua mengajar... encik hasben sangat baik ketika mengajar.. berbanding aku yang susah skit nak buat baik bila budak2 naik kepala.. hehe. InsyaAllah berazam untuk contohi suami... sabarrr je ngan budak2 tu...

Em suatu ketika, ada budak yang paling kecik , nama dia Fathi... dia buat tak endah aku suruh baca dan follow aku ajar.biasanya dia ok je.. . Last sekali aku tanya dia, "are you sleepy?" ... "ya i'm sleepy".. memandangkan time tu cuaca sangat sejuk kat luar sana dan dah dekat ngn malam. aku pun suruh dia tido je... akhirnya memang dia tidur betul ,,, hehe , comel sangat... then aku ambil baju sejuk dia dan slimutkan dia.. so cute...

Suka sangat tengok .. subhanallah.. budak2 ni walaupun nakal, tpi kadangkala diorang buatkan kita rasa senang hati ^_^ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...