Bismillah.
Alhamdulillah. Aku angkat kesyukuran pada Allah SWT atas limpah kurniaNYA aku telah selesai hadapi 1 paper baru-baru ni. Ops. Bukan 1 page exam tu, 3 pages kalian bayangkan! adui. Madah Usul Dakwah. Rasanya mudah kot. Cuma ada lah beberapa hadith yang aku tak sempat nak baca syarah dia.
Adapun esok 31 Mac 2013, 1 lagi paper akan aku hadapi iaitu paper madah Al-Jarh wa At-Ta'dil. Seronok belajar madah ni, namun nak baca tu amatlah banyak. Sekian banyak aku hafal, tengok2 baru m/s 54. Huhu. Apapun insyaAllah aku akan lakukan yg terbaik esok, yang penting faham dan enjoy dengan madah tersebut...
Oh ye, apa itu jarh wa ta'dil. hm, dalam bahasa mudah nya, Jarh tu kritikan, adapun ta'dil tu macam pujian. semua ni berkait dengan perawi2 hadith.. Ulamak ni hebat. Tengok bukan pada akhlak sahaja, tapi melihat juga pada tahap kekuatan hafalan seseorang perawi tersebut...
Berbalik pada tajuk. Alhamdulillah minggu ni dah pelbagai menu aku cuba. Rajin la plak musim2 exam ni kan. Haritu dah cuba nasi kerabu, kul 11 malam masak tung tang tung tang di dapur.. hehe. Kemudian cuba lagi pizza hut buatan sendiri.. donut, bla bla bla dan last sekali aku buat roti canai. Punyalah eksyen kan. Tak pandai tebar pun, cuma buat2 sendiri setakat yang aku ingat mcm mana ma pernah buat..
Siapa sangka. aku sbg org bongsu sebelum tak pernah2 masak kat umah di Malaysia sana. Asyik mak, kakak2 je yg masak.. aku tolong potong sayur dan basuh. hehehe... Apapun, bila dah kahwin ni seronok masak tu ada.. dan makin lama boleh cipta resepi sendiri. Balik Malaysia baru ni sempat ajar mak buat apam balik, buat roti jala, kek coklat moist dan buat tepung pelita.... Suka :)
Rasanya bila rajin masak, rajin sidai kain sume ni. Aku dapat belajar dengan baik. Cepat tangkap apa yg dibaca... Yelah sebelum ni bila musim exam je rasa malas nak masak, dll.
Mungkin itulah keberkatan bila kita berkhidmat untuk orang kan? Kalau tengah sibuk2, tapi masih tolong mak ayah, maka mesti urusan sibuk kita tu dipermudahkan.. Kalau tengah exam core2, tapi kita masih lakukan kerja dan tugas kita, insyaALLAH Allah mudahkan kita untuk perkara lain.. Yang penting, buat kerana Allah... memang time masak skrg ni aku asyik fikir dan yakin bahawa Allah akan mudahkan aku utk benda lain. tak kisah lah, exam ke mudah dapat faham ilmu ke...
Kadang malas tu datang jugak.. tp Nak buat mcm mana kan.. Iman naik dan turun.. :'(
Ya Allah thabatkan aku.. ameen...