Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Monday, March 18, 2013

Meng 'Amali' kan usrah

Bismillah..

Alhamdulillah...syukur kehadrat Ilahi... limpah kurnia inayahNya i'm still working, studying, living, smiling di dunia ini mengumpul bekal-bekal yang rasanya memang tak pernah cukup, untuk ke akhirat sana.

Woah. rasanya makin sihat, makin ceria, baik dan sibuk. Ingatkan lepas dah turun jawatan ni kita makin senang lenang kan.. rupanya sama saja. haha. Kenapa? sebab kita berjawatan atau tak, kita tetap daie...

Seriously, dalam seminggu, ada beberapa perkara yang aku perlu hadapi. Selain pada kuliah, kelas alquran, kelas nahu, juga tak ketinggalan usrah. Usrah mutazawwijat, usrah senior dan usrah untuk adik2ku..

Nasib baiklah usrah mutazawwijat dan usrah senior bukanlah tiap minggu. Cuma 1x dalam dua minggu. Cuma usrah untuk adik2 tahun 1 saja yang memerlukan komitmen setiap minggu. Alhamdulillah aku senang hati untuk menjayakan, bahkan rasa sangat pelik apabila dalam seminggu tak berusrah...

Kini aku cuba mengubah modul usrah. Yup, bukan cakap2, tengok video, diskas, makan2, atau seumpamanya SEMATA. Sedikit sebanyak aku selitkan orator 10 minit.. Bersama mengajak adik-adik usrahku untuk melatih diri selaku penceramah, pemotivasi, pembentang, panel, pengerusi dan sbgnya. Kemudian disusuli dengan sesi kritikan dan komen balas dari semua untuk penambahbaikan dlm 5 minit.. Semoga dengan itu, kami sama2 dapat jadi daie yang tak takut sejurus balik malaysia nanti. Mereka juga bersedia untuk berubah dari takut kepada berani!!! cayok! Nama yang pertama menerima taklifan itu ialah Syafiqah.. hehehe.

Sikit sebanyak berbincang dengan adik2 usrah tentang TINDAKAN.. apa yang boleh kita lakukan dalam keadaan tak berjawatan, tak da apa2 kehebatan, tak terkenal macam ni?? Resolusi yang kami dapat ialah :

- Buat nasihat2 ringkas dalam kertas  kecik, potong dan hias2.. sambil2 kat jamiah pun boleh buat... Jumpa je sesiapa, bagi kertas tu dan salam.........

- Amalkan sunnah nabi s.a.w.... senyum jumpa kawan2.

- Share2 something di FB,twitter dan sebagainya..

- Anjurkan program2 berbentuk murabbi, pembentangan dan lain2.. anjuran murabbi sendiri.. Jemput kawan2 lain untuk hadir... Kalau takda org hadir? Takpa, buat sesama murabbi sendiri.. :) Teringat apa yang dikongsi adikku Imaan, tntg zaman kejatuhan PAS dulu kala, 5 penceramah ready untuk berceramah, tapi yang hadir untuk mendengar hanya 3 orang.. sangat sayu kan? tp tengoklah hasilnya skrg, berduyun datang untuk mendengar...

Apa yang penting kat sini, bukanlah RAMAInya orang datang, atau GRANDnya program anjuran, tapi pada HEBATnya niat dihati ingin laksanakan, dan pada TULUSnya perasaan untuk menyampaikan walau sepatah kalam yang baik...

Nice... Semoga segala yang dibincangkan bukan semata berada di dalam halaqah tapi juga di luar...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...