Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, March 27, 2013

Salam ulangbulan perkahwinan yang ke-7

[karangan yg tak skema
, dan tak ada unsur ilmiah di dalamnya]

Bismillah. alhamdulillah.

ma, ayah tercinta yg sentiasa memberi sokongan dan umi ayah tersayang.Rindu3

Aku mengangkat 10 jari kesyukuran pada Allah. Rasanya makin hari makin tenang. Hm, yup. Banyak jugak la aku menyedari perubahan2 dlm diri aku nih sejak akhir2 ni. Maybe didikan cik abang tercinta yg ajar aku dalam diam..

Sebelom ni ada jugak la masalah2 melanda badai teratak kami ini, hasil tangan pemecah belah umah di FB. Ia ajar aku utk jadi isteri yg kena pandai bina semangat suami, bantu dia dll.. Apapun, alhamdulillah segalanya selesai beberapa minggu ini.

Maybe lepas hal tersebut, aku ngan encik abang lagi bersemangat utk jalani hidup sebab merasa hidup ni makin mencabar, makin nak kena lalui... perlu!!!

Aku rasa encik abang sangat pandai bina suasana kt umah ni. Tiap kali lepas solat, memang jadual harian baca quran. Lepas tu dia pasang video ceramah2 tazkirah dll. Bila ada masa free dan senang sket, kami tonton drama apa2, dan tak lepas jugak kartun kegemaran dia *rahsia la kot*. Hee. Masa lain lak, dengar ayat quran, nasyid.. woahh.. mmg tak rasa sunyi la walaupun belum ada baby lagi kan. Tambah2 aku gtau abg utk kami sama2 istiqamah ulang quran.

Syukur jugak encik abang ni jenis yang tak geli makan sekali. So, kat umah ni memang boleh dibilang la jumlah pinggan yg ada. Tolak yg orang bagi makanan, ada la dua biji pinggan. Kami biasanya makan apa2 atas talam je. Pastu guna sebiji gelas minum air sama2. Owh. maybe boleh ajar anak mcm tu jugak nanti ;)


Haritu ada rezeki lebih sket dapat la beli oven harga dlm 38 JD atau kira2 dalam seratus lebih ringgit Malaysia. Aku manfaatkannya utk buat samting. Cuba2 buat nasi kerabu dengan daging bakar, pizza, kek dll..

Uhuk. Skrg cuba beristiqamah nk buat sarapan pagi. Skrg kelas dah start lambat sket jadi sempatla masak apa2 pagi tu. Biasanya buat mee goreng atau nasi jer.

Mungkin hidup stakat study, makan, minum mcm tu tak cukup. Sekali sekala gi buat gila2 sket pi main rolller coaster ke apa2 mainan dekat mall. Rasanya aku telah menjadikan abg baith ni muda. hehee.dia mmg dah muda pun cuma sikap je tua sket. skema la kan.. jadi berjayalah aku memecahkan keskemaan dia itu. sama2 lompat tangga, main coaster pusing2 tu, lari dll.

cian time ni tangan tengah berbalut lagi...huk3.

Apa lagi yg best kawen muda ni? Hm, belajar benda baru la kan.. Bukan kita belajar dari suami, tp sama2 belajar... so, sangat2la melucukan right? Belajar masak, dll... kadang kami gelak2 bila baca tntg sikap masing2 dalam FB atau mana2 laman web. Bila dia baca bagaimana sikap perempuan, mmg habisla aku jadi mangsa... mmg semua yg dia baca tu ada pada diri aku.. Merajuk, bebel, etc.

Apapun yg lagi bagus ialah, sikap kekanak2an itu diraikan... dia memahami sikap dan kekanak2an kita ini. Al-maklumlah siapa suruh beristerikan org yg baru masuk fasa 20an. Kadang baju tak terjemur, dia jemurkan. Tak tergosok, dia gosokkan dan jika nampak aku tersengguk2 study, dia buat sendiri apa yg dia mampu.

Shukran ya zauji..

Salam ulangbulan perkahwinan kita :) 7 bulan sudah berlalu.. alhamdulillah..

Akan terus menyayangi dan menyintainya. Moga dia antara insan yg dikasihi Allah... tak sombong, tak angkuh dan penyayang..

3 comments:

Syahirah Fathony said...

kak nani!!!
biar sy teka kartun kegemaran tu....
hehehehe...
"Detective Conan"??
betul tak??

Nur Hanani Fadzilah said...

haha...

bukan la... yg tu kegemaran akak. dia minat benda yg akak x minat.. hehe. dlm masa yg sama, kegemaran abg2, adik dan kakak akak..
jawapannya ialah naruto bla bla bla.

Cik strawberi said...

salam nani...:) baru dpt tgok gmbr kawin nani..moga sentiasa bahagia ye...;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...