Bismillah..
Hm, hari ini puteri ku,Ruqayyah sudah setahun 12 hari.. mulutnya bising berceloteh, pantang melihat makanan, pasti terkeluar sebutan "nak3"... hehe, syukur dikurnia anak yang tinggi seleranya. Walaupun penat jugak nak kena sentiasa get ready dengan makanan, sebagai ganti makanan2 yang kurang sihat yang dilihatnya.
I believe.. sebagai wanita, mesti ada waktu kita merasa sangat stress dan ingin menangis. Haha, jujurnya, Ruqayyah diserang milk thrush, dia agak meragam, petang ini sahaja menangis tersedu2 dan sangat kuat, sampai muntah beberapa kali. Buntu! Sampai ibunya ni pun nak nanges sama. Dia juga sukar untuk menyusu dengan baik, air liur yg banyak dek thrush menyebabkan si kecil ini senang sangat tersedak... kesian..
Pagi sampai malam, kita sebagai ibu tak lekang dengan kerjaya ini, ada suka dan kisahnya, ada juga duka dan cabarannya. Kadang menangis itu menjadi teman tatkala kita tak mampu lagi meluahkan. Perih jerih menjadi ibu, hanya akan difahami oleh insan bernama 'ibu'.
Buat wanita.
Do reward yourself! Ambil masa untuk diri sendiri dan beranikan diri untuk tinggal sat anak pada sesiapa. Lakukan sesuatu yang diminati seperti berkawan, shopping, beli belah, dll..
Buat lelaki.
Sekali sekala berilah penghargaan pada isteri dengan membuat kejutan, memberi hadiah dsbgnya sbg tanda terima kasih kerana sudi mengasuh, bersusah payah dll..lagi2 isteri yg tidak bekerja, yg hanya mengharap duit pemberian suami.. paling kurang editlah sesuatu utk ditatap istri mudah2an ada senyuman terukir di bibirnya.paling tak pandai sekalipun, hubungilah isteri untuk bertanya khabar seminit ketika waktu kerja, hehe, padahal tiap hari menatap wajah..
Wanita sangat kreatif dalam memberi penghargaan, sekalipun dia sangat jarang dihargai...
Apapun..
Buatlah sesuatu kerana Allah, pasti segala penat lelah itu ada nilai nya, gaji? Di akhirat nanti ok!
#special thanks and honours to my husband for hardly working out there! We miss you and love you so much abi :( ... may Allah grant you His paradise for all your efforts and tiredness.. ameen.

No comments:
Post a Comment