Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, April 7, 2010

Kasihani diri

Minggu ini ingin mencatatkan mengenai perkara yang menjadi lumrah bagi hamlatul quran di tempat saya belajar..

Kesian lah pada roh dan jasad,
kesian lah pada misi dan impian yang pernah dibina,
berpenat-penat mendapatkannya,
berpenat-penat mengejarnya,
bersengkang mata untuk menghafaznya,
menangis tatkala diuji dengan sukarnya,
menangis tatkala dimarahi kerana silap membacanya,
enam jam seminggu masa diisi dengannya,
menghadap guru untuk memperdengarkannya,
30 ringgit dibayar untuk menghadiri kelasnya,
duit itu bukan kita yang usaha,
tapi ibu dan bapa,

kesian lah pada diri sendiri,
dikala semangat awalnya menggunung tinggi,
lalu masa sentiasa diisi dengan kalam ilahi ini,
malam pula diisi dengan tahajjud,
sebagai wasilah menemui ilahi,
agar dilembutkan hati,
dimudahkannya meresap hingga ke dasar hati,
hatta terbit dalam mimpi..

Lalu,
dengan izin Pemiliknya Yang Maha Agung,
Hadir juga ia dihati,
Lekat juga ia dalam dada,
Mudah pula untuk melafazkan patah kalimahnya,
dilembutkan lidah untuk sentiasa membacanya,
ditambah dengan ilham untuk melagukannya,
ditambah dengan kefahaman akan bahasanya,
diberikan kemudahan untuk memahaminya,
serta dikuatkan badan dan jiwa..
ke mana sahaja membawanya,
ke mana sahaja hati mengingatinya,
kedudukannya, muka suratnya serta maksudnya..

Tapi,
tatkala diri diuji dengan kepadatan masa,
dek terikat dengan jadual yang tersedia,
dan terikat dengan program-program yang ada,
ditambah dengan malas yang menjelma,
mulalah mencari alasan untuk meninggalkannya,
kering lidah kerana mengabaikannya,
tetapi masa kosong yang sedikit,
sempat pula membuka kelab berbicara yang tiada guna,
tanpa rasa bersalah kerana mengenepikannya,

Mudahnya melupakan misi dan visi yang pernah dicipta,
Mudahnya melupakan setiap detik untuk mendapatkannya,
Mudahnya membiarkannya merajuk tanpa kata,
Kononnya kita ada alasan yang benar-benar tak dapat dinafikannya,
bahawa kita benar-benar tiada masa,
Tidak hairanlah sabda Nabi s.a.w yang bererti : ''Peliharalah al-quran kerana sesungguhnya ia lebih mudah lepas dari unta dalam ikatan.''(HR BUKHARI&MUSLIM)

Muhasabah kembalilah wahai jiwa,
yang dulu mengharap redha,
kenapa tiba-tiba ingin mencari murka?..
Bicara kita bukan sembarangan bicara,
melainkan ianya kalam Robb Yang Mulia,
Oh tuhan Yang Esa,
Ampunilah kekhilafan dan kealpaan kami semua.

Tidaklah yang kita inginkan darinya,
melainkan ia sebagai teman penunjuk jalan di dunia,
sebagai perawat jiwa yang gundah gelana,
sebagai penyeri hidup semasa,
Penenang sakit jasad dan jiwa,
pengukuh keyakinan dan penguat tali pergantungan kepada Yang Esa,
Yang paling penting,
wasilah mencari redhaNya,
serta kawan dalam kubur sana,
cahaya di sana yang gelap gelita,
pengiring setia bertemu Kholiq,
ketika dipanggil untuk menghadapNya,
Di medan hisab,
sebelum ditentukan ke syurga,
mahupun neraka.

Allah,
Islahlah dan tarbiahlah diri kami,
yang terkadang melupakan tanggungjawab yang kami pilih,
Bukan murka yang kami cari,
Bukan laknat yang dikejari.
Bantulah kami,
dalam setiap lapangan yang masih berbaki,
agar ianya diinfakkan dalam medan juang,
tanpa sedikit pun kami mengabaikan kalamMu yang suci..

1 comment:

khairabadan said...

Syukran Ya ukhti kerana mengingatkan diri ini..
May Allah bless u..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...