Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, March 31, 2010

Thanks Ummi wa abi


Assalamualaikum warahmatullah.

Sudah lama tak update blog, habisla..nampak gayanya ia semakin beruban, ditinggalkan tanpa jagaan. Takpe, yang penting, jenguk juga walau seminit. Syukur pada Allah, ahad baru-baru ini, usia saya menjejaki 18 tahun. Sweet 18 kata orang. Tu dalam tahun masihi. Jika dalam kelendar hijri, bulan ramadhan ni bakal mencecah usia 19 tahun. Dah tua pun. Berkisar dengan tajuk, malu rasanya bila ibu dan ayah masih lagi memberi hadiah, hehe.. However, it's meaningful. Alfun syukra diucapkan.

Orang kata, merotan anak, memukul, mencubit serta memarahi itu tanda sayang. Namun, jauh di pandangan mata anak-anak lebih-lebih lagi budak kecil, itu bukanlah tanda sayang, tak lain tak bukan, itu memaparkan tanda kebencian ibu bapa terhadap diri mereka. Bila difikirkan, ada benarnya kerana seorang kanak-kanak kecil mana mungkin mampu untuk mewujudkan dalam fikiran mereka akan ahwal dan cara orang dewasa. Justeru, tak mustahil untuk seorang kanak-kanak membenci ibu bapa sejak kecil lagi.

Kepandaian ibubapa dalam mendidik anak-anak itulah yang menerbitkan dua perkara dalam diri anak-anak, iaitu takut dan hormat. Ibubapa yang lebih cerdik pastinya menghapuskan rasa takut anak-anak terhadap mereka, tapi 'hormat' itu tetap ada.
Bagaimana caranya? Depends on yourself, wahai bakal ibubapa.haha. saya bukan ibu mahupun bapa, justeru, tiadalah pengalaman yang mampu dikongsikan. Hanya sekadar berfikiran logik.

Yang pasti, i do love my mother and my father so much.

Wassalam warahmatullah

1 comment:

Anonymous said...

happy belated birthday!!!!!!!!!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...