Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Wednesday, October 6, 2010

Catatan pertama, puitis min ardhi syam

Assalamualaikum warahmatullah..

Syukur padaNya yang meletakkan jasad dan roh ini di bumi Syam yang penuh berkat. Hari raya ke dua menjadi tarikh perpisahan seorang anak gadis dari tali jagaan ibu dan ayah. Usai bersalaman, tembok yang menyekat air mata akhirnya runtuh jua melihat ada antara ahli keluarga yang mengalirkan air mata. Namun, senyuman tetap diukir dengan sepenuh kekuatan sebagai menggambarkan diri ini bersedia menghadapi segala mehnah tanpa ibu ayah di sisi, mengisi dada dengan ilmu dan keberkatannya, bukan kerana nama, bukan kerana gahnya gelaran oversea, tapi kerana lubuknya di sana..bahasa asalnya juga di sana.

Apa gunanya belajar di sini jika tidak mampu memahami apa yang disyarahkan oleh para muhadhir/pensyarah. Maha Suci Allah, Dia lah tempat kembali segala kesukaran. Diri ini menasihatkan pada dirinya, mohonlah kepada Allah akan kefahaman yang benar, serta mohonlah kepada Allah moga-moga nur para duktur di sini sampai juga ke hati diri ini/kita. Tiada yang mustahil bagi Allah, apabila Dia berkehendakkan keajaiban itu terjadi, maka pasti akan terjadi. Moga Allah mudahkan segalanya bagi diri ini dan sahabat-sahabat yang lain.

Tatkala diberitakan tentang cara penilaian pointer bagi imtihan semester, diri ini tidak nafikan betapa bimbangnya hati, bergegar jiwa raga, memikirkan persaingan yang perlu dilakukan dengan pelajar-pelajar arab yang lain. Apakah ingin memberitakan berita yang tidak senang pada ibu dan ayah? tidak..justeru, pada sekalian pembaca yang singgah di laman ini, doakan diri ini moga-moga Allah mudahkan segala yang susah buat diri ini serta rakan seangkatan. Mereka juga dikelilingi harapan yang menyala-menyala..Moga ia tidak padam dengan begitu sahaja..

Selesai saja catatan pertama dari insan yang kini jauh dari ibu dan ayah.

Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...