Alhamdulillah, kita masih diberi peluang ke beribu kali untuk hidup di muka bumi pinjaman sementara dari Allah, jika bukan kerana kasih sayangNya, kita sudah lama dihalau keluar dari bumiNya ini dek kesalahan yang banyak sekali kita lakukan.
Semalam,24 Julai 2010, kami ke Yayasan Islam Kelantan untuk mendengar sedikit taklimat berkisar tentang perkara yang masih belum selesai. Dewan sedikit panas, panas kerana tiada penghawa dingin serta panas kerana berlaku sedikit pertanyaan yang bercampur aduk dengan suara kemarahan. ~I don't like to share about it~ Pulang dari YIK, kereta yang dipandu ayah terus meluncur sederhana laju ke Kok Lanas, beliau terpaksa menyambut tetamu istimewa untuk program bersama orang asli.
Tiba di rumah, saya ambil peluang untuk urus pasal 'urusan' ini melalui internet~Dont like to share it~Sedar-sedar, jam sudah hampir pukul 4, apa lagi, dengan rasa cemasnya saya mengatur jasad ke stesen bas. Alhamdulillah, sempat juga. Bertahun-tahun naik bas, memang jadual bas sudah lengkap dikolumkan dalam kepala, save dan selamat dari virus.
Terus mara ke Maahad Muhammadi(p), malam tersebut bakal diadakan jamuan serba wangi dengan haruman yang sedikit memeningkan kepala yakni haruman buah durian. Sebagai tetamu tidak khas, saya, fathiah dan Muslihah bertandang di kelas tahfiz tercinta sedikit lewat bagi memberi ruang buat adik-adik junior menyiapkan tempat makan. Memang dahsyat.
Hari ini (25/07/2010).. saya dan sahabat2 lain dikejutkan dengan berita pemergian cucu kepada Allahyarham Al-Fadhil al-Allamah tuan guru haji Abdullah Lubuk Tapah, Sumayyah Hilaluddin yang sudah kami sedia maklum akan sakit barah yang menyerangnya. Ibunya guru fizik kami, dan beliau merupakan antara pelajar cemerlang SPM 2009. Perit rasanya mendengar berita ini, namun perit jiwa seorang ibu yang membesarkannya hatta usianya mencecah 17tahun lebih dahsyat lagi. Moga Allah cucuri rahmatNya ke atas beliau. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un..
Hilang kata-kata..
No comments:
Post a Comment