Jangan lupa
Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)
Sahabat blogger2 :)
Nak belajar di Jordan ?
Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.
Ahlan wa sahlan
juga boleh klik :
Monday, November 29, 2010
Pertemuan (ii)
Alhamdulillah lagi masih berpeluang untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Yang pastinya bakal menjadi tatapanku suatu masa nanti.
Berkisar tentang pertemuan dengan penuntut di markaz lughah yang beragama kristian tersebut, jujur yang mampu saya ungkapkan, dari setiap patah kalamnya terpampang jelas bahawa dia merupakan mubaligh kristian.
Dia berkata : "Saya merasakan suatu tanggungjawab untuk menunjukkan pada manusia akan jalan yang benar, itulah dengan mempercayai bahawa Jesus(Isa a.s) adalah tuhan."
Untuk mengelakkan dia lari dari saya, saya hanya menhanggukkan kepala tanda saya faham akan kata-katanya. Jauh di sudut hati, jelas kebimbangan yang terpaksa saya sorokkan, bimbang kerana bukan sedikit pelajar korea beragama masihiah yang datang ke Jordan ini. Suatu perkara baik yang mereka tampilkan ialah keramahan. Mereka ramah dengan setiap insan yang ditemu. Itu taktik pertama mereka. Maka, saya mengambil keputusan untuk menemukan pelajar kristian tersebut dengan Doktor Amjad Qursyah yang merupakan pengkaji khusus tentang perbandingan agama, lulusan phd dari United Kingdom dan fasih bertutur bahasa inggeris.
Dia berkata : Hanan, awak nak ke syurga?
Nur : Sudah tentu, itulah tempat terakhir kami.
Dia berkata lagi : Apa perasaan awak jika saya katakan bahawa dari awal awak hidup hingga sekarang, segalanya tidak akan membawa awak ke syurga.
Nur menjawab : Kita di situasi yang sama, kan? saya juga boleh bertanya awak sedemikian rupa.
Noura : Saya doakan moga awak ditunjukkan jalan yang benar..
Nur : Saya juga, moga kita diberi kebenaran..
Hari sebelumnya, Nur telah bersedia dengan pelbagai soalan, merujuk penuh pada debate antara Ahmad deedat dan seorang kristian.
Nur : Apa itu Luke, Matthew, John yang terdapat dalam bible?
Noura : Owh, itu merupakan nama pelajar-pelajar Jesus, merekalah yang menulis tentang Jesus.
Nur : Begitu. Jadi, mereka bertemu dengan Jesus la ye..dan saya temui sesuatu dalam Luke 2:21(chapter, verse)..
Maka Noura bersemangat membuka biblenya pada halaman chapter dua verse 21..Luke itu ibarat surah..
Noura : Ok, saya temuinya.. apa kemusykilan kamu di situ?
Nur : Ia berbuyi, "When he was eight days old, he was circumcised and named Jesus by the angle when he was in his mother's womb."..circumcised(dikhatankan)? Tuhan kamu dikhatankan?
Noura : Emm..yea, Jesus yang dikhatankan..tuhan ketika itu berupa manusia. Jadi, kamu tidak perlu fikir itu, ia suatu yang miracle(ajaib)..
Nur : Bagaimana boleh tuhan kamu, almighty kan? namun bersifat dengan sifat manusia yang sangat lemah, malah ayat itu juga khabarkan Jesus berada dalam rahim maryam..
Noura : Yea, tuhan kami sangat pengasih, dia mahu merasai kehidupan manusia, bagi mengetahui keadaan mereka..dia sanggup lakukan ini.
Nur : owh..yea, adakah tuhan kamu tidak tahu apa-apa? sedangkan tuhan kami, Allah, DIA mengetahui segalanya, future or past..
Noura : Tidak, tentulah tuhan tahu segalanya, cuma dia mahu rasai sendiri.
Nur : Owh, jadi, dia tidak tahu apa rasanya ye..hingga terpaksa duduk bersama manusia yang standard yang sangat low..tuhan kami tidak begitu, DIA terlalu mulia untuk bersama manusia.
Noura : Itulah, benda pertama yang menyebabkan saya sangat cintakan kristian ialah kerana tuhan menamakan dirinya sebagai ayah. saya boleh merasai setiap inci kasih sayangnya, dan suatu hubungan yang sangat rapat.. dia juga memanggil kami sebagai anak(sons),tapi dalam islam, tidak kan, Allah memanggil kamu dengan hamba, bukan?
Tergamam dengan soalannya. Hati mula gemuruh untuk memberi jawapan yang sesuai, mungkin ini bukan jawapan yang baik.namun benar-benar ligat mencari idea.ya Allah..
Nur : Ya, sudah tentu, kami sebagai muslim, percaya yang Allah tu Maha Berkuasa. Dia tidak perlu menamakan dirinya sebagai ayah mahupun ibu untuk membuatkan kami merasai kasih sayangnya. Cukup bagi kami mampu melihat, menatap pepohon, mendengar, merasai angin syita, dan sebagainya.itu sudah cukup untuk membuktikan sejauh mana Allah sayangkan kami..dan DIA Maha Mulia, yang menciptakan, maka tiada masalah bagi kami untuk dipanggil sebagai hamba..kerana kami diciptakan.
Sebak rasanya ketika meluahkan itu..indahnya kasih sayangMu Ya Allah..angin ketika itu seolah menepuk, memberikan semangat pada diri yang lemah. Kuatlah! kerana anda Islam..!
Apa responnnya? nantikann..
Bersambung....inshaAllah..
8 comments:
satu perkongsian yang amat2 baik..
tak sabar nak tau kisah seterusnya...
reading your journal like i'm reading a novel..about ur life...i think u should have a bible,i have a mobile one..download it www.getjar.com...awak slalu ke jumpa noura 2?
satu perkara lg,org christian sangat menyayangi siti maryam,beritahu dia dlm al-quran ada satu chapter yg dikhaskan untuk mary...n cdgkan dia tengok filem iran.. maryam al-muqaddasah/virgin mary..kisah tentang mary dari kecil sehingga melahirkan jesus...seorg pelajar uia yang beragama christian prnah menangis smasa mnonton tygn crita nie...crita ni berdasarkan surah maryam dan arabic traditions...
to anonymous : yes inshaallah i'll have it. Noura wanna give me the bible.as a gift.
and thanks to all..
http://abdbaith47.blogspot.com/2010/03/blessed-saint-mary.html
bagus r, moga ALLAH menolong dia dengan memberi hikmah kat die.
usaha lah, bnyakkan kebergantungan kat Allah.
doa la ore sini jugok,ko ma, ayah n sume2 lah.hm...
everything u do, dun fill any worry , just leave all to HIM.
n remember to always be kind to others.
barakallahufik.
wsslamualaikum wbt
salam 'alaik
Terima kasih atas perkongsian menarik ini. Saya jadi teringat kepada roomate saya dulu. Dia juga seorang kristian yang kuat.
Setiap kali berbincang, pasti dia akan kaitkan amalan dia dengan amalan dalam Islam. Namun tidak banyak yang dapat saya kongsikan dengannya kerana keterbatasan ilmu dan bimbang tersilap.
Moga dia akan beroleh hidayah suatu hari nanti.
Moga Noura huga akan beroleh hidayah. Kristian yang kuat biasanya lebih open untuk berbincang tentang agama (saya hanya merujuk kepada pengalaman bersama roomate saya ini)
masyALLAH, smoga ALLAH membantu mu, ukhti... :)
Post a Comment