Jangan lupa

Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)



Pages

Sahabat blogger2 :)

Nak belajar di Jordan ?

Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.

Ahlan wa sahlan

juga boleh klik :


Tuesday, December 28, 2010

Menuju Imtihan nihaie sem1


Pulang dari Jamiah sedikit awal, saya berjalan seorang diri menuju ke rumah tercinta, aiseh, hari itu, kelihatannya waktu kanak-kanak sekolah pulang.. mereka berlari-lari keluar dari pagar sekolah, ada yang menunggu ibu bapa menjemput, ada yang berpimpinan tangan, ada yang duduk bersahaja..budak arab kelihatannya sangat comel. Saya berjalan sambil tersenyum, tak mampu tahan lagi, luar biasa nampaknya kecomelan mereka yang mengusik hati..

"Imsyi waro' imsyi waro'!!!"..kata seorang budak arab yang kecil

Apabila kawannya cuba melintas perjalanannya, dia berkata lagi..

"Imsyi waro'!!!!!!" dengan suara yang lantang serta mengeluarkan botol air dari beg sekolah yang disandang.

Sekali lagi kawannya cuba melintasnya.. lantas dia memukul rakannya itu sambil memberi amaran "IMSYI WARO'!!!!!!"

Akhirnya yang dipukul mengalah, sambil menunjukkan muka kesakitan serta bertemankan tangisan, dia mengikut saja kehendak kawannya itu..

Imsyi waro' امشِ وراء... membawa maksud "kamu jalanlah di belakang".. harf 'illah di hazaf di situ kerana ia merupakan fi'l amr..

Hmm.. alhamdulillah diangkat padaNya kerana mata ini masih berfungsi untuk melihat, walaupun sedikit sebanyak nikmat yang asal itu sudah ditarik. Kadang-kadang terfikir, andai penglihatan ini ditarik sepenuhnya oleh Allah, bagaimana kehidupanku nanti.

Berjalan lagi, terlihat seorang ibu membetulkan tudung anaknya. MasyaAllah..

Berjalan lagi, terlihat seorang pak cik penjaga kedai duduk sambil membaca al-quran di tangannya.. Subhanallah... very nice.

Berjalan lagi, terlihat jiran sebelah melambaikan tangan sambil tersenyum.. saya melambaikan kembali.

Berjalan lagi sambil menaiki anak tangga, terlihat pohon depan rumah, dedaun luruh satu persatu.. Subhanallah.

Berjalan lagi, kini tertera di depan mata dua kalimah bahasa arab "Bayt Sakeenah".. owh, rupanya dah sampai di depan rumah.

ربنا ما خلقت هذا باطلا...

Segala kepenatan yang tertanggung di belakang seorang pelajar, merangkap manusia biasa rasanya hilang serta merta. Dengan melihat setiap scenery yang terjadi di mata zahir, hati meyakini bahawa tiada suatu pun yang terjadi itu adalah sia-sia tanpa ada hikmah.. moga lorong-lorong ketenangan terbuka.

Dengan nikmat mata yang masih mampu mengenal cahaya, kelihatannya segala permasalahan menipis dengan sendiri.. Pujian bagi Allah..

Ya Allah.. jadikanlah kesedihan itu awal kebahagiaan, jadikanlah kesempitan itu awal ketenangan, bantulah diri ini membuang cebisan bimbang yang mengganggu fikiran, bantulah diri ini mengikis rasa takut pada suatu yang tidak patut.

Reciting Quran with your own
Praying two raka'at
Blogging :) also a way for releasing
Looking at animals
Talking to someone who you loved such as mother, father, or anyone else
Sleeping
Eating
or any other ways..

MA'ANNAJAH YA HANANi.. IMTIHAN NIHA'IE AATIN QORIB..

To ummi, abi, ikhwani wa akhowati al-ahibba'.. saya pohon kemaafan atas segala keterlaluan, maaf atas segala kesilapan dalam perbuatan mahupun perkataan, segala yang merimaskan fikiran kalian. Doakan saya mampu lakukan terbaik. Walau dengan sepatah kalimah dari kalian, nilainya sangat berguna.

Sesungguhnya cinta kalian itu kekuatan. Zahirnya ia menambahkan keyakinan.

Wednesday, December 22, 2010

أبي



Tiba-tiba rindu pada ayah..kata Dr Siti Hasliza, rindu tidak akan berlaku sebelah pihak..adakah ini bermaksud ayah juga rindukan anaknya ini.hehe..perasan..

Sinaran mata kalian menyilaukan mata..
Kasih kalian terus tenggelam di jiwa..

Kini baru ku sedar,
Kenapa ayah suruh baca buku sejarah, sains, agama itu, agama ini..

Ayah..
Di tangannya tidak lekang dari buku..
Masanya terisi kemas dengan buku..
Hatta terlena jua dengan buku..

Ayah..
Malamnya terhias indah dengan tahajud..
Paginya mekar dengan kesegaran dhuha..

Ayah..
Pengajiannya tak pernah tamat..
Lepas satu, satu..
Lepas bahasa arab, bahasa cina..
Di mana erti penat buatnya..

Ayah..
jarang berbicara melainkan suatu yang penting..
diamnya sangat hebat..
ramahnya tersembunyi..
tapi apabila tetamu datang..huu..

Ayah..
Dirimu inspirasiku..
Dirimu kekuatan buat ibu..

Allah rahmatilah ayahku..

~Uhibbuka abi~

Monday, December 20, 2010

Kita & Bahasa Arab


Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah. segalanya sudah selesai untuk semester pertama. Apabila ingin membuat keputusan penukaran takhassus baru-baru ini, persoalan yang sama tidak mampu dipecahkan, apakah kecenderungan aku sebenarnya?

Adoyai..itu tidak penting, yang penting, kata al-fadhil ust Mus'ab dari kata-kata syeikhnya, "Nak tengok sejauh mana dalamnya ilmu shariah seseorang itu, lihatlah dulu sejauh mana keilmuannya dalam bahasa arab."

Suka dengan jawapan yang diberikan oleh seorang ustaz doktor di WISE apabila pelajarnya menanyakan keputusan exam mereka, beliau dengan mudah menjawab,

"لا تسألوا عن أشياء إن تبد لكم تسؤكم"...

Cerita lain pula, seorang yang mengambil master di Uni Jordan dalam bidang Fiqh wa usuluh, memperihalkan tentang bahasa arab, beliau mengatakan, "saya ingin sebut tentang pengalaman saya dalam bahasa arab, bukan untuk berbangga tetapi dalam bab "وأما بنعمة ربك فحدث"..

Suatu yang biasa bagi orang yang sentiasa mendampingi kalamullah untuk bercakap sambil menggunakan kalamullah secara spontan.. susunan dan uslub ayat mereka juga cantik, tempias dari keindahan kalamullah.

Apa yang saya perhatikan seberapa lama, mereka yang mahir dan mampu menguasai bahasa arab kebanyakannya akan mahir dan fasih dalam membaca al-quran, lidah mereka lancar dalam tartil kalamNya, serta kebanyakan mereka mampu menguasai makhraj dan sifat huruf dalam al-quran dengan betul.. Silap menyebut huruf, maka silaplah maksud, silap maksud bererti perkataan itu majhul di sisi pembaca itu..semakin banyak tersilap menyebut huruf memberi gambaran sebanyak manakah vocab bahasa arabnya..

Orang yang mampu menguasai bahasa arab secara fasihah biasanya mudah untuk mereka menguasai bahasa ammiah(bahasa pasar).. Seorang ustaz menjawab ketika ditanya tentang penggunaan ammiah, beliau berkata, "خاطب الناس على قدر عقولهم"... yer, berbicaralah dengan manusia berdasarkan sejauh mana kemampuan akal mereka.. takkan dengan pak cik mak cik di pasar pun nak kata

"يا عم, تكلم معي بالفصحة كاملة, وإلا, فلا أباليك"!

haha..kejam kan..nenek2,atuk2,dan kawan2 sekalian,tidak salah berbahasa ammiah, dengan syarat kita tahu membezakan antara fushah dan ammiah.

Semoga Allah menggolongkan kita dalam kalangan mereka yang menyintai bahasa al-quran ini.. semoga kita terus diberi pencerahan untuk menyelongkar segala rahsia bahasa yang cukup indah ini.. amiin ya robb. ~apasal tak taip kot arab~hmm..musykil.

Ni sempena bulan bahasa arab..HAYYA BIL ARABIAH anjuran PPMA.. ^^,

Wallahua'lam.

Persoalan yang sering jadi isu di Maahad dahulu khususnya dalam kalangan pelajar2 kelas tahfiz. Berpeganglah dengan yang mana pun wahai sekalian yang belajar, syaratnya apabila ditanya akan hujjah, anda mampu menjawabnya.. Tidak perlu bertegang lidah mengatakan ini atau itu lebih baik..kehkeh. jom baca.

Para fuqaha’ telah berselisih pendapat dalam masalah membaca al-quran semasa haid dan berjunub[1]( hadas besar kerana persetubuhan atau keluar mani kerana mimpi) kepada 3 pendapat:

Pertama

Tidak diharuskan membaca al-quran semasa haid dan junub(hadas besar).

Pendapat ini disokong oleh para ulamak dikalangan mazhab Imam Hanafi[2] dan Imam Syafie[3].Ini Juga merupakan pendapat Imam Malik[4] sendiri dan riwayat yang sangat masyhur pada Imam Ahmad dan beberapa ulamak dikalangan mazhab Hanbali.[5]

Hujjahnya:

Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
لا تقرأ الحائض ولا الجنب شيئا من القرآن

(Jaganlah membaca sesuatu pun dari al-quran semasa haid dan berjunub).[6]

Ulamak berselisih pendapat mengenai hadis di atas kerana terdapat seorang rawi iaitu Ismail bin A’yas yang ditolak riwayatnya.[7]

Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan hadis ini dhoif berdasarkan pendapat para ahli hadis.[8]

Kedua

Diharuskan kepada mereka untuk membaca al-quran secara mutlak.

Pendapat ini disokong oleh Az-Zhohiri di dalam kitabnya yang berpendapat membaca al-quran,sujud,menyentuh mushaf dan zikir kepada Allah Ta’ala dibolehkan dalam keadaan berwuduk,tanpa wuduk,semasa haid dan juga bagi yang berjunub.[9]

Pendapat ini berdasarkan dalil dari sunnah dan juga athar para sahabat.

Dalil dari sunnah:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُرُ اللَّهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ

(Adalah Nabi S.A.W berzikir kepada Allah pada setiap keadaannya)[10]

Keterangan hadis:

Ummul Mukminin Aisyah r.anha mengatakan bahawa Rasulullah S.A.W sentiasa berzikir kepada Allah Ta’ala pada setiap waktu dan keadaanya termasuk juga ketika waktu junubnya.Maka bacaan al-quran juga termasuk di dalam zikir yang sentiasa dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.[11]

Kata Imam Nawawi yang dimaksudkan berzikir di dalam hadis ini bukanlah membaca al-quran seperti yang difahami.[12]

Dalil dari athar sahabah:

Telah diriwayatkan bahawa Abdullah bin Abbas telah membaca al-quran dalam keadaan masih berjunub(hadas besar).[13]

Membaca al-quran merupakan amalan ibadah yang sangat dituntut dan dianjurkan,pembacanya akan mendapat ganjaran dan sesiapa yang melarang membaca al-quran pada waktu tertentu maka hendaklah membawa dalil yang melarangnya.[14]

Ketiga

Diharuskan membaca al-quran semasa haid dan tidak diharuskan kepada yang berjunub(hadas besar).

Ini merupakan pendapat yang masyhur Imam Malik dan para pengikutnya[15].Begitu juga pendapat lama (qaul Qadim) Imam Syafie[16] dan juga merupakan pendapat Imam Ahmad dan para pengikutnya.[17]

Mereka berhujjah mengatakan haid merupakan satu perkara yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala kepada kaum wanita.Ia datang tanpa suruhan dan berterusan untuk beberapa waktu yang biasa dialami oleh wanita.Jika hal ini merupakan satu larangan,nescaya kaum wanita akan lupa apa yang telah dipelajari dari isi kandungan al-quran.Berbeza dengan orang yang berjunub (hadas besar),ia datang mengikut kehendak tuannya secara kebiasaanya (persetubuhan) dan dapat diatasi dengan mandi wajib sahaja.[18]

Maka diharuskan membaca al-quran semasa haid sahaja dan bukan kepada yang berjunub kerana tiada dalil yang mencegahnya.

Kesimpulannya

Pendapat ketiga yang mengharuskan membaca al-quran semasa haid dan tidak diharuskan membacanya ketika berjunub merupakan pendapat yang paling tepat kerana tiada dalil yang menghalangnya kecuali satu hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.anhuma.Hadis ini dhoif dan tidak boleh dijadikan hujjah.Manakala bagi yang berjunub,terdapat pelbagai hadis yang melaranggnya walaupun padanya terdapat perselisihan ulamak hadis tetapi masih ada lagi hadis lain yang menyokong hadis tersebut sehinggalah boleh dijadikan hujjah untuk beramal dengannya.[19]

Kata Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:

Telah diketahui bahawa semasa zaman Rasulullah S.A.W kaum wanita telah didatangi haid tetapi mereka tidak ditegah membaca al-quran sepertimana tidak juga ditegah untuk berzikir dan berdoa kepada Allah Ta’ala,bahkan mereka juga diperintahkan untuk keluar pada hari eid (hari raya) dan sama-sama bertakbir pada hari tersebut bersama kaum muslimin yang lain.Mereka juga diperintahkan untuk melakukan semua amalan haji kecuali tawaf,mereka juga bertalbiah,begitu juga bermalam di Muzdalifah,Mina dan sebagainya.
Manakala orang yang berjunub (hadas besar) mereka pula tidak diperintahkan untuk keluar pada hari eid (hari raya),solat pada hari tersebut dan juga tidak diperintahkan untuk menyempurnakan amalan haji…..
Maka berdasarkan hal ini,dapat diketahui bahawa kaum wanita yang didatangi haid dilonggarkan kepada mereka untuk melakukan semua amalan tersebut berbeza dengan orang yang berjunub kerana keuzuran (haid) yang telah ditetapkan oleh syariat islam walaupun tempohnya panjang.Begitu juga membaca al-quran bagi mereka tidak menjadi satu halangan di dalam syariat islam.[20]


[1]Berjunub:Hadas besar kerana persetubuhan atau keluar mani kerana mimpi.
[2] Fataw Al-Hindiyah:39/1,Mukhtasor At-Thohawi:18
[3] Al-Majmuk:158/2
[4] Al-Muntaqa Syarhu Muwatta’ Imam Malik:120/1
[5] Al-Mughni:316/1
[6] Sunan Tirmizi(131),
[7] Mizanul I’tidal:242/1,Tahzib At-Tahzib:325/1
[8] Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:460/21
[9] Al-Muhalla li ibni Hazm Az-Zhohiri
[10] Sohih Bukhari:Kitab Haid 79/1
[11] Subulus Salam Syarhu Bulughul Muram min adillati al-ahkam:71/1
[12] Al-Majmuk li Nawawi:159/2
[13] Al-Muhalla li Ibn Hazm:79/1
[14] Al-Muhalla li Ibn Hazm:77,78/1
[15] Al-Muntaqa Syarhu Muwatta’ Imam Malik:120/1
[16] Al-Majmuk li Nawawi:356/2
[17] Al-Insoof:343,347/1,Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:459,460/21
[18] Majmuk Fatawa Syeikh Islam Ibnu Taimiyyah:460,461/21
[19]Prof.Dr.Abdul Aziz bin Muhammad Al-Hujailan:Al-Ahkamu Al-Fiqhiyyah Al-Khashotu bil Al-Quran Al-Karim.
[20] Majmuk Fatawa Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah: 460,461/21

from www.anasarriyadhi.blogspot.com

Friday, December 17, 2010

Sejuk.. beku kah kita?


Assalamualaikum w.b.t..

Menjenguk ke fasl akhir tahun 2010, bulan disember yang sungguh menarik, bulan yang sungguh sejuk, dan kulit yang masih bertatih ke dunia 4musim pastinya semakin hari semakin baik.. alhamdulillah dirafa'kan kepada Allah.

Berakhir sudah imtihan awal untuk semester 1, nataij juga sudah keluar, alhamdulillah..(^^,). apapun,perlu diingat setiap waktu dan ketika, patut bagi setiap insan yang miliki jiwa dan fikiran untuk bersedia hadapi apa jua khabar yang tidak sama dengan kehendak hati..

Begitulah jika ingin bersifat seperti sifat orang mukmin, baik mahupun buruk, suka mahupun duka, marah mahupun senang hati.. ahwal dan situasi jiwa mereka tidak berubah. Jika dapat suatu yang diinginkan, mereka bersyukur, jika tidak dapat, mereka bersabar.. Justeru dalam apa jua keadaan, jiwa mereka sentiasa tenang untuk menerima apa jua ketentuan Allah..

Kesibukan sehari-harian di jamiah memaksa diri untuk tinggalkan perkara yang turut sama penting, talkhis kitab al-manar al-munif karangan imam ibn qayyim al-jauziy, bahath madkhol dirosah syariah, bahath ulum quran berkisar tarikh al-quran..dan injil 'ahdu aljadid.. (new testament) sudah ada di tangan, bila nak tengok2??..(^^,)

Bila terasa letih...anda akan mula mencari-cari jalan keluar dari kebekuan fikiran.. last-last, anda tidak akann temui jalan keluar darinya melainkan dengan menghamparkan sejadah, lalu solat hajat dua rakaat yang membawa bersama hati yang berat..inshaAllah selepas itu segalanya akan menjadi ringan seringan kapas.

Salji yang turun sungguh mengharukan.. bagai tidak percaya dengan apa yang dilihat di hadapan mata.. subhanallah..damai menyusup masuk.

Sejuk sesejuk salji.. Moga kesejukan ini tidak membekukan jiwa..tidak membekukan amalan yang sedia ada..ketahuilah,kekuatan itu ada..andai temui suatu yang beku dalam dasar hati, maka carilah kekuatan untuk meleburkannya kembali.

Rindu dan terus merindui Ilahi..

Tuesday, December 7, 2010

Why?? and why?



Assalamualaikum w.b.t..

Apabila berbicara tentang suatu yang memerlukan logik akal, maka, ramai orang mengecam Islam, kononnya setiap yang terkandung yakni dari pensyariatan dalam Islam kebanyakannya dikatakan tidak logik akal.

Dalam al-quran, terkandung pelbagai kemukjizatan sama ada dari sudut ilmunya, pensyariatannya, dan pemberitaan tentang suatu yang telah berlaku mahupun belum berlaku.

Apabila kamu mahu kan "RASIONAL" mengatasi "PELAKSANAAN" dan "PERCAYA" (kalau rasional, baru mahu laksanakan), maka di situ lah kamu tidak akan temui kebenaran dalam Islam. Inilah puncanya tertubuh persatuan-persatuan yang menentang hukum-hakam dalam Islam.

Mereka asyik tanya "kenapa ini? kenapa itu?"..banyak tanya..buatnya tak nak..

RASIONAL + baru nak LAKSANA kan = ....natijahnya? sesat sendiri..

Contohnya :

Keizinan bagi lelaki berkahwin empat, namun wanita ditegah sama sekali.
Talak di tangan lelaki, namun wanita tiada kuasa talak.
Solat..kenapa perlu? tunduk bangun sujud..apa yg kita dapat?
Haram jima' isteri haid?..pelik2.
Haram makan babi? why..? sedangkan ia nampak best je..hee
Potong tangan? rejam? kejamnya...kan baik kalau bagi dia kerja je..
Haram minum arak? why? sedap la arak tu..

and so on..

TAK RASIONAL langsung pensyariatan dalam Islam!! ..segalanya menyalahi nikmat..saje wat umat terseksa..ini tak boleh, itu tak boleh:(

Kaji dulu, jangan cepat melatah dengan zahir hukum..
Kita akan temui rasionalnya pensyariatan dalam Islam apabila meletakkan "KEPERCAYAAN" dan "PELAKSANAAN" terlebih dahulu..

KEPERCAYAAN + PELAKSANAAN = RASIONAL .....wal hasil ialah kebenaran.

1) Kena percaya bahawa Allah tidak meletakkan suatu itu melainkan di sisinya punyai hikmah yang besar untuk hambaNya..

2) Bila dah percaya, kena laksanakan..laksanakan(tanfiz) dengan mengikuti segala syarat dan panduan yang digariskan dalam suatu perkara itu..

3) Bila dah percaya, tambah dengan laksanakan, maka baru lah rasional itu akan timbul..."Oo..sebab itu lah Islam suruh/tinggalkan kaza wa kaza..rupanya sebab ini.."

Jika "rasional" itu tidak juga terbit, itu bermaksud, ada kekurangan di bahagian pelaksanaan, boleh jadi, pelaksanaan itu tidak mengikut apa yang Islam gariskan.. maka, "rasional" dengan sendirinya hilang..

THEORY FOR THE TRUTH.

Ini sama juga dengan kata-kata "Kamu tidak akan mengetahui hakikat sebenar sesuatu itu hinggalah kamu sendiri yang melaluinya"..

let's try..believe..then do it/leave it if it was haram..then..you'll know why..

Wallahua'lam.

Allah Maha Berkuasa??


Assalamualaikum w.b.t..

Apabila wujud manusia yang bertanya, "Kamu kata Allah itu Maha Kuat, Maha Berkuasa.. jadi, kenapa apa saja yang berlaku di sekeliling kita, malaikat yang lakukan? Malaikat la yang mencatat kesalahan, malaikat bawa turun rezeki.. kenapa? Allah tidak sempat ke nak lakukan semuanya?"Mungkin jawapan yang sedikit baik bagi yang tidak percaya akan al-quran ialah:

Seseorang yang berkuasa besar, seperi boss atau pengurus, pengetua mahupun raja, adakah mereka hebat jika tidak ada kuli/pekerja? Bukankah kerja mereka hanyalah memberi arahan? dan adakah kita boleh memberi arahan pada mereka?

Jika kamu kata malaikat itu hebat, boleh ke sana ke mari dengan pantas, dan sebagainya.. maka, tentunya, siapa yang boleh mengarahkan malaikat untuk melakukan segala arahannya itu lebih hebat, bukan? Ini bermaksud, Allah itu Maha Kuasa, yang mana, kuasaNya mengatasi kuasa yang lain, kekuasaanNya dibuktikan dengan 'adanya' kuli-kuli dan hamba-hamba untuk melaksanakan arahannya.. itulah Allah.. DIA tidak melakukan sesuatu yang remeh, seperti mencatat amalan kita, cukup bagiNYA memberi arahan. dan DIA sangat mengasihi akan hambaNya yang menurut perintahnya, kerana itulah disediakan syurga, disediakan keredhaanNya.. ganjaran buat mereka..

Wallahua'lam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...