Alhamdulillah, hari ni dapat free treatment dan ubat free. InsyaAllah getting well dalam beberapa hari sahaja lagi. Terasa Allah begitu inginkan hambaNYA ini sentiasa ingat, sentiasa sedar betapa Allah tidak ingin biarkan kita dalam kealpaan.
Buat diri dan rakan..dalam bab ibadah dan ahkam, ramai yang dah perbahaskan. jadi, hari ni jom kita hayati sebuah hikmah.. sangat sesuai untuk pihak yang merasa dirinya buruk, dan pihak yang merasa dirinya mulia. Kita adalah bagaimana kita memandang orang lain...
Dalam blogku yang lain ^_^.. ku catat segala yang dinasihati oleh prof tercinta. antara yang pernah tertulis pada ogos lalu..
Mafhum sebuah kata dari Ibnu Atoillah yang merupakan seorang ulamak sufi, ahli hikmah yang hebat..
"Berjalan dalam perasaan hina dina dek dosa yang dilakukan, lebih baik dari berjalan dengan perasaan bangga dan ujub dek ibadah yang dikerjakan"..
Dukturah memberitahu, Itu bukan bermaksud "lakukan dosa agar kamu jadi lebih baik"... tidak sama sekali..
Tapi sebagai kesedaran pada kita bahawa
Saat hati kita berada di tahap paling rendah, saat itu kita paling hampir dengan Allah SWT..
_____________________________________________________________________
2 comments:
Bila baca2 updated posting sahabat2 yg masih di jordan..benar2 menggamit rindu di hati akan 'Jordan'.. huhuhuuu...
salam rindu kat adik2,kakak2 dan kawan2 sana...
dik nani, shoutmix tu bolehlah tukar ke cbox lak.. shoutmix dah no longer free lg.. ;)
Oo.. yeke.. hihi.thanks kak ayu.
Miss U too.. rindu sangat kak ayu sefamily :)
Post a Comment