Bismillah.
Alhamdulillah wa syukru lillah.
InsyaAllah hari ini dalam MURABBI, akan membentangkan biografi seorang tokoh pendakwah Islam yang haraki, iaitu Al-Allamah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Adeh. Terima kasih google atas bantuan untuk itu.
InsyaAllah jika berpeluang, ingin mencatatkan serba sedikit pengalaman PERTAMA ke-6 2012. Sebagaimana tahun lepas, telah saya catat secara ringkas tentang pengalaman PERTAMA ke-5 2011. Ada suatu yang berkait antara keduanya. PERTAMA 2011 telah saya catatkan serba sedikit perkara yang menyentuh hati saya sendiri yakni tentang ISLAMOPHOBIA yang berleluasa hingga menyebabkan manusia pelosok dunia memandang negatif terhadap Islam. Apa medium yang menyebabkan ia berleluasa? tak lain tak bukan berkait sangat dengan Media... samada media cetak mahupun media elektronik..
"Jika dapat kuasai media, maka pasti dapat kuasai negara"- kata seorang panelis.. katanya lagi : "Media kita di Malaysia bersifat primitif yakni tiada fekahnya (etika kewartawanan), tidak demokratik".
Tiada etika sebagai contoh, bersifat tidak telus, dan berat sebelah.. Mereka sering menyembunyikan kebenaran dan tidak lagi memainkan peranan media yang sebenar iaitu untuk menyampaikan kebenaran dan hal yang berlaku di sekeliling. 4 sifat seorang rasul yang patut media contohi : iaitu benar, amanah, menyampaikan(bukan menyembunyikan), dan cerdik...
Adapun yang dimaksudkan dengan tidak demokratik ialah tiada kebebasan bersuara. Hanya pihak tertentu sahaja yang boleh menggunakan media utama yakni siaran televisyen secara menyeluruh... benarkah ini berlaku? huhu. boleh difikir-fikirkan.
Rakyat Malaysia kini makin cerdik.. Menurut statistik yang dibacakan oleh seorang panelis berpangkat Professor pengkhususan media. Rakyat Malaysia yang menjadikan televisyen sebagai sumber memperolehi maklumat hanya sebanyak 10%.
Banyak lagi yang ingin dicatatkan namun ada 30 minit lagi sebelum waktu kuliyah kedua... itu hanyalah muqaddimah.
_____________________________________________________________________
Tajuk tahun lepas "Fiqh Interaksi dengan non-muslim" merupakan sebuah tajuk yang sangat saya gemari sesuai dengan bidang. Namun perlu diingat, dalam fiqh awlawiyat, antara sasaran utama dalam dakwah ialah terhadap sesama muslim. Hal ini kerana, muslim yang tidak mengamalkan Islam ibarat musuh dalaman yang lebih licik dan berbahaya berbanding musuh di luar..
Dalam perang uhud mencatatkan tentang 300 orang tentera yang mengundur diri di saat akhir, yang dikepalai oleh al-munafiq yang menunjukkan muka baik ketika mula-mula keluar kononnya untuk turut bersama berperang, itulah Abdullah bin Ubay yang penarikan dia dan 300 yang lain menyebabkan tentera Islam gelisah dan mula merasa lemah... Dua dari kabilah yang turut serta ingin menarik diri dek rasa gelisah telah dipulihkan kembali semangat apabila Allah menurunkan ayat dari surah ali-imran : 122.
Wallahua'lam.. sekiranya ada kesalahan fakta atau sebagainya, mohon ringankan jari untuk memberi teguran :) sekian.. wassalamualaikum wbt.
Jangan lupa
Firman Allah Ta'ala : "Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat ke atas nabi(yakni Nabi Muhammad s.a.w), wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sebenar-benar salam ke atasnya."(al-Ahzab:56)
Sahabat blogger2 :)
Nak belajar di Jordan ?
Bagi yang berhasrat ingin menyambung pengajian di jordan, bolehlah cuba contact saya di fb nur hanani fadzilah.
Ahlan wa sahlan
juga boleh klik :
Tuesday, February 28, 2012
Sunday, February 26, 2012
Sangat syumul kan?
Bismillah.
Alhamdulillah, merafa'kan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengizinkan diriku untuk hidup lagi di muka bumi ini, seterusnya mengisi hayat yang berbaki dengan kebaikan.
Alhamdulillah, merafa'kan syukur kepada Allah S.W.T kerana masih mengizinkan diriku untuk hidup lagi di muka bumi ini, seterusnya mengisi hayat yang berbaki dengan kebaikan.
اللهم اجعل باق عمري خيرا من ما مضى
Masih berbaki beberapa bulan sebelum pulang ke Malaysia, sangat merindui kampung halaman dan sanak-saudara. Namun 3 bulan cuti bukan suatu yang menyeronokkan seandainya masa itu dihabiskan tanpa apa-apa. Mungkinkah perlu buat paper work untuk 3 bulan tersebut? huhu. Pertama kali saya melihat seorang mahasiswi bertungkus lumus menyiapkan kertas kerja jaulah dirinya & seorang rakannya ke Jordan hingga kertas kerja itu sudah diubah sebanyak 5 kali. Itulah Kak Fatimah Mukhtar, pelajar cemerlang SPM 2008. Memang tak hairan kan? Walaupun pening menyemak kertas kerjanya itu, tapi ia cukup bermakna, mengajar saya bahawa dalam kehidupan kita, setiap perkara perlu memiliki persediaan serta perancangan yang bagus, tersusun dan teliti.
Jika kawan-kawan ada nak ajak handle program @ else, please dont leave me alone... ajak sekali ok. InsyaAllah sedia meluangkan masa.
Berbicara tentang kesyumulan Islam, saya sangat terpegun dengan syarah oleh Dr.Arif Hassunah yang mengajar nizom Islam, mengajar cara membentuk fikiran yang kritis, serta mengajar menggunakan mantiq dalam mendepani mereka yang ragu akan Islam.
Pertama sekali, HUBUNGAN DENGAN ALLAH @TUHAN yang sentiasa ada. Paling mudah dilihat ialah solat. Kadangkala kita tertanya, mengapa dihadkan rakaatnya? mengapa hanya pada waktu tertentu. Alangkah jika dibincangkan falsafah & faedahnya, pasti banyak. Ringkasnya, dalam setiap ketika, dalam apa jua keadaan, solat itu tetap wajib dilaksanakan. Apakah salah bagi ALLAH menyuruh kita melakukan suatu yang dilihat tidak penting? Itu sebagai tanda keagungan ALLAH S.W.T yang berhak untuk menyuruh kita melakukan apa jua perintahnya, sekaligus menafikan ''kemegahan'' sesetengah manusia akan dirinya sendiri, dan menguatkan lagi tanda ''kelemahan'' manusia itu sendiri.
Yang kedua, HUBUNGAN DENGAN MANUSIA LAIN. Yang ini, tiada satu shariat lain pun yang sama dengan Islam. Islam mengatur dari pelbagai sudut ; hak harta, warisan, ekonomi, politik dan sosial (ekoposial). Mengharamkan riba, rasuah, judi dan sebagainya. Mengharamkan zina, arak (memabukkan), pembunuhan. Meletakkan qisos sebagai hukuman terhadap si pembunuh. Dalam alquran :
Firman Allah S.W.T : ولكم في القصاص حياة يا أولى الألباب.....
"Dalam pensyariatan qisos itu ada kehidupan bagimu wahai orang cerdik pandai..."
"Apa yang dimaksudkan dalam ayat tersebut yang mengandungi balaghahnya yang cukup hebat?" tanya Prof.Arif
Terpana seketika, ayat yang sekian lama dihafal dan diulang, namun sediitpun tak pernah saya cuba selongkari maksudnya.
Lalu jawab seorang pelajar : " Sekiranya kita melaksanakan qisos, maka disitu masyarakat akan selamat yang bererti adanya kehidupan.."
Prof tersenyum : "Ya, memang benar, namun pernahkan kalian terfikir sebelum ini?" .. hehe.. Semua pelajar menggelengkan kepala. Prof meneruskan perbincangan secara lebih ilmiah dengan meyebut pendapat para ulamak.
Yang ketiga, HUBUNGAN DENGAN DIRI SENDIRI. Makan, sunnahnya menggunakan tangan kanan. Memang sama dengan fitrah kita yang 'tak mampu' makan menggunakan tangan kiri dek rasa 'kurang selesa' bukan? Yup, Islam telah sebut awal2 sejak 1430++ yang lepas lagi. Sunnah juga menggunakan 3 jari, duduk atas kaki kiri dan mengangkat kaki kanan, makan hanya tatkala lapar, adapun makan terlalu banyak membawa hukum makruh kerana boleh memudharatkan diri, dan bakal menjadi haram seandainya memang diyakini memudaratkan diri. Tidur juga diajar untuk mengiring sebelah kanan yang mana boleh mengurangkan tekanan pada jantung. Banyak lagi hubungan dengan diri sendiri yang kita tak sedari bahawa ia sebenarnya AJARAN ISLAM.
Konklusinya, memang Islam atur satu-persatu cara hidup kita. Jadi mengapa ingin memilih selain dari Islam? ingin mencari kebebasan? Islam juga miliki kebebasan, bebas ingin menyuarakan pendapat, bebas untuk melakukan apa sahaja, namun jika melanggar batasan, mudharatnya hal itu akan terkena pada diri sendiri, dan di akhirnya, bakal memenuhi kuota neraka. Nauzubillah min zalik.
Maha Penyayangnya Allah. Sangat ingin kita menurut perintahnya yang sudah pasti ada manfaat duniawinya untuk kita (samada dari sudut kesihatan, hubungan baik sesama manusia DLL..) dan menggalakkan lagi hal itu dengan menjanjikan syurga buat mereka yang menurut perintah itu.
Ketika kecil dulu, ayah menyuruh kita belajar baik-baik. Dapat satu A, ayah akan bagi hadiah sebanyak RM100 sebagai contoh. Tapi jika gagal, ayah mungkin akan rotan kita, atau mungkin juga tak ada apa-apa balasan. Manfaat A @ cemerlang exam itu untuk siapakah? untuk kita, right? bukan untuk ayah. Ayah mungkin akan meninggal, makin berkurang wangnya, namun A itu untuk masa depan kita yang lebih baik.. Begitulah juga dengan suruhan Allah terhadap kita.... manfaatnya untuk kita jua... Justeru, apa alasan kita untuk tidak mensyukuri Allah dan terus melanggar perintahnya?
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين
Saturday, February 4, 2012
فإذا عزمت..
Assalamualaikum wbt
INSYAALLAH
ESOK BAKAL BERMULA SEMESTER BARU IAITU SEMESTER KE 5. ATAU SEMESTER SATU TAHUN KE DUA. BERBAKI BEBERAPA SEMESTER LAGI..
TRANSFORMASI..
SEMOGA SEMESTER INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DARI SUDUT ILMU, THAQAFAH, AMAL, DAN TARBIYAH. MOGA LEBIH MATANG DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN BERBAKI DI BUMI SYAM INI.
YA ALLAH, TEGUHKANLAH DIRIKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU ATAS JALAN YANG BENAR.
JADILAH MAHASISWA YANG INTELEK(BERILMU) YANG PROFESSIONAL(MATANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK KEPENTINGAN ISLAM, MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SELARI DENGAN KEADAAN)~MENDEPANI SUASANA~MENGURUSKAN EMOSI, MADDI, ROHANI DAN JASADI~
INSYAALLAH
ESOK BAKAL BERMULA SEMESTER BARU IAITU SEMESTER KE 5. ATAU SEMESTER SATU TAHUN KE DUA. BERBAKI BEBERAPA SEMESTER LAGI..
TRANSFORMASI..
SEMOGA SEMESTER INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DARI SUDUT ILMU, THAQAFAH, AMAL, DAN TARBIYAH. MOGA LEBIH MATANG DALAM MENEMPUH KEHIDUPAN BERBAKI DI BUMI SYAM INI.
YA ALLAH, TEGUHKANLAH DIRIKU DAN SAUDARA-SAUDARAKU ATAS JALAN YANG BENAR.
JADILAH MAHASISWA YANG INTELEK(BERILMU) YANG PROFESSIONAL(MATANG MENGGUNAKAN ILMU UNTUK KEPENTINGAN ISLAM, MENGGUNAKAN KAEDAH YANG SELARI DENGAN KEADAAN)~MENDEPANI SUASANA~MENGURUSKAN EMOSI, MADDI, ROHANI DAN JASADI~
Thursday, February 2, 2012
Nilai sebuah kemaafan
Bismillah.
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, atas kurniaNya dapat aku meneruskan perjalanan hidup. Dulu doktor Fiqh zakat sering memulakan pengajian dengan berdoa :
Alhamdulillah, bersyukur pada Allah, atas kurniaNya dapat aku meneruskan perjalanan hidup. Dulu doktor Fiqh zakat sering memulakan pengajian dengan berdoa :
اللهم اجعل باق عمرنا خير من ما مضى
Ya Allah, jadikan sisa baki usia kami lebih baik dari apa yang telah lepas.
3 minggu cuti telah berlalu, kini tinggal 3 hari sahaja lagi sebelum ku memulakan kembali pengajian di University of Jordan, sebuah university yang digeruni sistem pointernya yang susah dan zalim.haha.
Dalam 3 minggu, banyak perkara telah berlaku, dan hampir keseluruhan waktu dihabiskan bersama rakan-rakan. Qiyam, kelas nahu, projek terjemahan, majlis perpisahan, murabbi makan-makan, main masak-masak, diskusi kesihatan, murabbi on the spot dan video muhasabah. Alhamdulillah. Kini bilik ini kembali sunyi dan akan ditinggalkan pada hari ni sebab ada program di Muktah sana.
Tak sempat nak menaip panjang, cuma ingin menyebut sedikit tentang nilai sebuah kemaafan. Bila saya tengok status fb seorang hamba Allah dalam ini, sebak.. Turut sebak dengan kesebakannya. Apa yang dia lalui, apa yang dia terima.. jauh lebih baik. Tindakannya jauh lebih matang berbanding tindakanku dalam mendepani masalah. Sedangkan apa yang berlaku padanya jauh lebih menyedihkan sekalipun kesalahan itu berpihak padanya, tapi tindakan orang yang tidak berhikmah itu mengundang runtuhnya ukhuwah.
Aiwah. Memaafkan. Tiada siapa yang sukar untuk menyebut, ''Takpa, ana maafkan"
Tapi aku kini menyedari bahawa dengan memaafkan, tidak menandakan bahawa suatu itu dilupakan. Ada-ada sahaja perkara yang menerbitkannya hingga membuatkan kita rasa sedih, trauma dan genggam tangan menahan air mata.
Berhati-hatilah dalam tindakan kita, jangan sampai ada yang terluka dengannya. Sekalipun orang itu melafazkan perkataan menandakan dia memaafkan..Tapi untuk melupakan, itu tidak mudah....
Hati manusia itu kompleks. Jangan jadi daie sekiranya kita terlalu syadid.. Membentuk manusia lain, bukan dengan cara yang kita rasa rasa itu terbaik, tapi dengan cara melihat siapa di hadapan kita.. bagaimana dia, malukah dia, segankah dia, marahkan dia dan sebagainya.. :) Berhikmah bukan menjaga hati, tapi menjaga tindakan.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)